Assalamualaikum w.b.t
Dah selesai bulan syawal dah....lama betul entry syawal tu...
Saya sangat sangat sangat sedih sayu pilu dan terharu bercampur baur dengan geram dan sesal dengan apa yang berlaku dalam kemalangan yang kini melibatkan kematian 15 orang...nyawa melayang begitu sahaja...
Dikatakan kemalangan berpunca dari sebuah bas yang melayang sehingga merentas lane sebelah dan menghempap dua biji kereta.
Saya selalu berimaginasi berlakunya kemalangan semasa memandu.....kemalangan seumama beginilah...
Sebab apa?
Sebab pengalaman saya memandu di lebuhraya seringkali saya dapati bas ekspress sememangnya dibawa dengan kadar kelajuan yang sangat diluar kelajuan yang dibenarkan seperti yang tertulis dibadan bas tersebut.
Saya juga selalu menyumpah2 bas-bas ekspress ini yang mana perilaku mereka umpama raja di jalanraya
Antara perlakuan-perlakuan mereka ini yang saya perasan adalah;
*memecut selaju2nya dan secara tiba-tiba telah ada begitu hampir di belakang kita secara senyap2...terkejut sangat!
* Tiba2 mereka menekan hon dan mengejutkan kita yang sedang relax memandu secara berhemah...apahal tetiba nak marah2 pemandu kereta yang bawa secara berhemah?
*Berlumba sesama mereka seolah-olah mengejar masa yang amat suntuk...kadang tu kita boleh perhati dari jauh yang mana sangat ketara mereka saling kejar mengejar macam ada hadiah yang menunggu pulak....
* Seandainya bila saya dapati mereka menghampiri belakang kereta saya dalam keadaan yang amat hampir sehingga saya merasakan jika saya brek mengejut maka kereta saya akan dihentam...saya pun memecut kereta saya, tapi pemandu bas ekspress ini sedaya mungkin akan mengejar kita..semacam mengajak berlumba pula....sedangkan dari segi saiz pun dah berbeza.....tak taulah kenapa saya rasa kaau saya berjaya potong bas..mesti dia akan usaha kejar semula....atau hanya perasaan saya sahaja?
* Yang saya pelik, selalunya bila saya akan berada di lane kiri atau tengah....dan saya amat2 geram selalunya bas2 ekspress ini macam dengki bila tengok kita bawak secara sederhana kelajuan di lane kiri atau tengah...seboleh2nya mereka dari jauh dah bagi lampu tinggi signal suruh kita beri laluan...walhal boleh saja masuk lane kanan kalau kau dah nak bawak laju sangat kan? Tapi tak pulak..tak berani nak ke lane kanan tu...kita plak dipaksa2 bawa baju....
* Lagi satu kalau dalam keadaan sesak@jem, bas ekspress boleh selamba jer nak potong..macam tak sedar diri awak tu panjang...macam tak boleh sabar, tetiba muncung bas cilok laluan sebelah..sedangkan kereta di belakang ni punyalah takut....yerlah dia tau dia tinggi dan besar mana tak mudah cilok sebab kenderaan lain semua ketepi jer....
Banyak lagi pengelaman memandu dan melihat gelagat bas ekspress ni.....mujur minggu ni saya tak balik, walhal sejak lepas raya setipa minggu saya balik melaka dan bertolak dari rumah lepas asar....kalau tak memang kemalangan tu timing dia sama lebih kurang masa saya balik dari kampung....
Wassalam
Episod baru..
3 minggu yang lalu
2 cetusan rasa:
sy mmg takut ngan bas ekspress dan lori lori besar..... mesti elakkan
SALAM,
mmemang betul bas ekspress ni selalu ikut kereta kita rapat-rapat dan memang pun mereka seakan-akan nak mengejar kita atau depa ni seronok tengok kita takut dan mencicit -cicit ke tepi kalau mereka di belakang.ni dari pengalaman sendiri.
Catat Ulasan