Isnin, Mei 04, 2009

Fifi dan sentosa, anak kucing saya

Assalamualaikum w.b.t



Awal tahun ni, kucing ni sesat datang rumah saya, masa tu takdelah besar sangat. Pastu kami bela jerlah sebab dia dah taknak kemana-mana dah. Dia ni anak saya beri nama fifi, sejak datang dulu memang dia ni terus anggap diri dia tuan rumah. Spot dia paling suka tido atas kerusi urut, so sebab ada orang atas kerusi tu, dia parked betul2 depan kerusi tu atas sofa, pandai pilih atas bantal, posisi pulak posisi kuak lentang sipi2....


Tengoklah orang ambik gambar pun tak sedar...aktif sesangat kucing ni, hampir setiap minggu ada jer hasil tangkapan dia bawa balik. Kalau dikira rasanya anak burung jer dah 5 ekor dia tangkap, cicak tak terkira dah, katak ntah berapa ekor, binatang macam mengkarung pun hampir setiap minggu...ntah apa2 lagilah...ada jer hasilnya nak bawak masuk tunjuk kat saya....geli! Sah2 baka jenis penangkap/pemburu ni. Sejak dia ada takde nampak tahi cicak dah kat rumah ni, tak merasa cicak nak mengeluarkan diri, harus diterkam fifi ni....bagus jugak kemas rumah takyah sapu2 tahi cicak dah!



Ni antara hasil tangkapan dia baru ni, tak tahu apa jenis dan apa nama binatang ni, besar jugak tau, tengok ekor dia panjang, hidup2 dia tangkap, kalau kita ada dekat memang harus melompat naik atas kerusi terus. Ni binatang ni siap ada bunyik2 lagik, garang pulak tu. Saya ada kat atas karpet tu tengah study atas meja makan [merangkap meja beajar] tetiba dengar benda alah ni macam kuarkan suara....wah teperanjat beruk disitu terus bangun berdiri atas kerusi....sah2 fifi nya kerja...tengok2 dia aim dari jauh jer, dia nak tunggu benda ni gerak pastu dia tangkap. Kejam betul fifi ni. Sudahnya binatang ni cedera parah gaklah boleh jalan tapi senget kakinya sebelah...saya gak yang kena sapu keluarkan...siap hantar kat kebun sayur saya kotler dia nak jamah apa2 daun sebelum KO, kan?


Sekor lagi kucing ni baru dapat dalam dua minggu. Orang bagi....Anak saya pencinta kucing tegar. Kucing ni seumpama baby pada dia, siap bedungkan yer...sian anak kucing yang anak saya beri nama Sentosa ni. Terpaksa berlapang dada jerlah dengan layanan yang super over nih!



Didukung ke sana ke sini...mengiow1 anak kucing ni "bebaskan daku..agaknya tulah dialog dia....tapi takde kesahnya anak saya..kehulu ke hilir dengan sentosa ni jerlah...





lama-lama sentosa pun pasrah...terlentok jer dia atas bahu samaada menahan letih diperlakukan begitu atau telah berputusa asa....baik aku rehat... tu agaknya yang bermain diminda sentosa ni..huisshhh panjang sgt nama kucing ni plak...


Sentosa ni akan di letakkan di pasar berdekatan sebab saya akan berpergian seminggu, takde sapa kat rumah, dan saya tak tau nak letak mana, fifi pulak akan biar lepas bebas sebab dia dah agak pandai carik makan sendiri, kalau ada rezeki balik nanti saya ke pasar carik2 kot2 Sentosa ada saya ambiklah semula. Hani akan dijaga mak tirinya dan sedia maklum kam tirinya pembersih dan adalah satu tindakan tidak bijak kalau saya meletakkan sentosa sama sebab dah tau ianya akan jadik isu..pepandailah sentosa ek carik makan kat pasar nanti!





2 cetusan rasa:

Cool berkata...

ni yg nak kasi hani kucengni hehehe.. nak ke kak wa? tapi baka bulu gebu neh. tp tak pemalas der.

Hanisumayyah berkata...

Boleh sangatlah jiji...tunggu hujung bulan ni boleh ker...takut nanti takde yang nak jaga dan ambil perhatian....nanti kita roger2 yer...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP