Jumaat, Mei 01, 2009

IQRA'

Assalamualaikum w.b.t





Saya ada beli satu buku sejak lama dulu, tahun 2000 rasanya, lupa lak nak tulis tarikhnya, cuma ada cop jer, dan cop tu memberi clue tahun beli tu sebab pada tahun 2000 sahajalah yang mana saya bertugas di unit tu dan tajuknya ialah Mengurus keduniaan: Qana'ah [redha], Miskin dan Kaya, Mewarnakan Cara hidup Islam. Tulisan Hj Johari Hj Alias.



Sebab tajuk tu yang menariknya menyebabkan saya beli buku ni, dan beli ketika tak berkahwin dengan suami lagi, dan alhamdulillah buku ni tak dicuri semasa drug addict masuk mencuri dalam rumah saya dulu menyebabkan banyak buku2 mahal dan berharga yang hilang...punah koleksi buku masa belajar di U dulu..sedih :(...kemudian saya merajuk lama tak membeli buku..beli majalah jer sampai beratus2 koleksinya...sampai saya tak larat nak kemas dan akhirnya saya tinggalkan dalam stor rumah lama...pun saya dah suh org yg duduk tu buang ajerlah...]




Walhal sejak kerja tetap tahun 2000 memang saya azam setiap kali gaji wajib beli buku [kebanyakan buku ilmiah samaada agama, motivasi, ilmu komunikasi]...tapi pada 2003 tu buku banyak hilang saya stop jer membeli buku [sendiri yg rugi] dan sejak rumah sendiri ni baru mula beli semula, tapi keutamaan pada buku hani lah pulak....dan kekangan ongkos pun yer juga...yerlah dulu2 gaji bulan2 bersih jer...takde tolak itu ini....sebab takde beli apapun..sekadar hutang keter kancil yg rendah sungguh bayaran bulanannya..hehehee :)




Okay....balik cerita buku ni, saya suka sangat buku ni, kadang2 ulang baca balik bila rasa nafsu menguasai diri. Kadang2 perlu juga motivasi diri sendiri, nak harapkan kawan susah juga sebab ramai yang motivasi ke arah keduniaan....hiburan dan sebagainya.




Buku ni cerita hal zuhud dan qana'ah. Apa yang dikatakan zuhud dan bagainama mencari jalan ke arah zuhud. Zaman mencabar ni kalau kita ikut arus maka nampak gayanya ke arah keduniaanlah kita akan dibawa. Sebab hidup sekarang arusnya ke situ.




Macamana nak zuhud...saya pun takdelah pandai mana dan jauh dari zuhud ni, tapi usaha nak zuhud ni kenalah kita cuba dulu secara beransur-ansur dan dimulai dengan kita meninggalkan perkara-perkara yang tidak penting ataupun berlebihan dalam hidup kita....




Banyak aspek 'perkara-perkara' tu.....antaranya makanan, pakaian, tempat tinggal/rumah, paerabot, perkahwinan, harta dan kemegahan....kalau makan, orang yang zuhud tak berlebih2 dengan pelbagai lauk dan makan yang sedap2 ajer...makan mereka hanya ketika lapar kerna takut menjadi sakit...jumlah makan pun sekadar hilangkan lapar bukan smapai mengah....




Pernah diceritakan Rasulullah s.a.w pernah mengenderai keldai, memakai pakaian dari bulu, berselipar kulit, makan dengan jejari tangannya dan makan duduk di atas lantai. Baginda bersabda, "Sesungguhnya aku ini Hamba. Aku makan sebagaimana Hamba-hamba makan dan aku duduk sebagaimana hamba-hamba duduk" [hadis riwayat Malik, Abu Daud]



Bila Rasulullah diberikan susu bercampur madu oleh penduduk Quba', Rasulullah letakkan gelas sambil berkata;



"Sesungguhnya aku tidak mengaramkannya [tidak meminumnya] kerana tawadhu' [merendah diri] kepada Allah Taala"
[hadis riwayat Tarmizi, Abu Daud dan Aisyah R.a]




Pakaian pula rasulullah tidak memakai pakaian yang mahal dan mewah, cukup sekadar sehelai baju dari bulu yang dianyam kasar dan sehelai kain sarung tebal, dan semasa meninggal Aisyah r.A mengatakan rasulullah meninggal hanya ada sehelai pakaian itu sahaja. Saidina Umar pula memakai pakaian yang ada 12 tampalan dan Saidina Ali hanya memakai pakaian dari kain yang berharga 3 dirham dan kain itu dipakai semasa beliau menjadi khalifah dan kedua lengan baju itu dipotong supaya tidak cantik, lalu beliau berkata "segala jenis pujian bagi Allah yang mengurniakan aku pakaian ini"....




Bukan bermaksud kita tidak boleh bermewah tetapi bersederhana itu lebih baik kerana sekarang banyak tipu daya dunia, tipu daya terhadap hati dan perasaan bagi orang islam...mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan tanpa kita sedar. Selagi tak dapat apa apa yang 'nafsu' kita menggila nak maka hati kita tak tenang..nampak handbag cantik, baju lawa mualah terbayang2 dan tak tido malam....walha tu semua tipu daya syaitan belaka.



Tapi kita kebanyakannya tak sedar yang kita telah tertipu...kita rasa tenang amana dan bersukacita bila kita dapat apa kita nak...kenikmatan mendapat sesuatu sebagaimana kehendak nafsu kita tu begitu menebal sehingga di masa2 depan pun kita akan terikut2 mengikut hawa nafsu lagi sebab nikmat puas bila dapat sesuatu ikut nafsu tu membuat kita terpedaya sekali lagi.....malang sungguh!




Cuma orang yang kuat dan tegas imannya mampu melawan hawa nafsu ni tadi...kita ingat tulah nikamt yan paling hebat. Walhal nikmat Allahlah yang lebih luas dan tidak terkira...cuma kita kena sabar...dan Allah akan beri nikmat kalau kita minta....tapi tunggulah nikmat syurga disana...dunia ni hanya sementara....




Jangan ikut hasutan syaitan yang mengatakan bahawa dunia ni adalah sementara maka nikmatilah sekarang, sedangkan akhirat boleh ditangguhkan..entah bila pula akan tibanya...janganlah fikir nikmat segera yang da didepan mata ini perlu dikecap kerana itu tipudaya syaitan belaka...bagi orang yang tidak tertipu mereka boleh menunggu lama kerana nikmat akhirat tu tiada bandingannya dan bersifat kekal abadi....dan lebih malang nanti di sana, kita bukan sahaja lewat dapat nikmat syurga bahkan akan disiksaapi neraka...




Setiap apa yang kita ada di sini akan dihisab...dinilai adakah kita mendapatkannya secara halal, adakah ia benar2 hak kita...banyak persolannya. Maka macam kita pergi shopping complex, lagi banyak barang kita beli lagi lama proses kita nak mambayar..begitulah gayanya.




Abd Rahman Auf salah seorang 10 sahabat yang dijanji syurga, kaya orangnya, kunci tempat menyimpan khazanah kekayaannya sahaja pernah diceritakan dibawa masuk [diangkut] oleh unta sehingga debu-debu berterbangan di mekah mengkaburkan pandangan asbab banyaknya unta yang mengangkut kunci2nya itu...tetapi dia antara yang banyak infak [menyumbangkan banyak harta untuk tujuan fisabilllah] tetapi dia yg banyak infak itupun melalui titian Sirat secara merangkak...apatah lagi kita ni...




Cuba tengok berapa banyak pakaian kita, berapa banyak makanan kita, harta benda kita...adakah semuanya hak kita, adakah semuanya kita gunakan, sebab kalau ada harta yang tidak digunakan maka ia akan dihisab.... maka sedekahkanlah barang/harta yang tidak diguna itu ...




Saidina Ali menangis teresak2 sambil berlinangan air mata kerana tujuh hari tetamu tak bertandang ke rumahnya, dan dia berkata, "aku merasa bimbang jika Allah s.w.t telah mensia-siakan alu" dia menangis kerana tidak dapat bersedekah makanan atau sesuatu apabila tiada tetamu datang....




Tapi isunya bagaimana sebenarnya kita hendak membelanjakan pendapatan kita? Adakah dengan mengikut hawa nafsu <-- ini kalau orang tak ikut hukum agama...maka ikut hawa nafsu jerlah...ada caranya bagaimana ingin berbelanja seperti yang digariskan Allah...sambung nanti...

4 cetusan rasa:

Maryam berkata...

banyak2 buku, saya asyik ulang ringkasan ihya' ulumuddin je.. dengan himpunan risalah. :)

zino berkata...

ada seorang pelajar bertanya kepada seorang ustaz pasal zuhud.. bagaimana seorang pelajar nak melakukan zuhud..kata ustad tu melakukan apa yg patut di lakukan sebagai seorang pelajar..

lupekanje berkata...

salam singgah..
teruskan perkongsian begini...
acik minta izin link...

Hanisumayyah berkata...

Maryam...

Akak ada dua jer Ihya' ulumuddin, sesekali baca gak...tapi hari2 yang pasti baca Fadilat Amal...


Zino...

Besar topik zuhud ni, saya sekadar boleh tahap Qana'ah jer...


Lupakanje...

Insyaallah...saya pun link kan gak...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP