Jumaat, Disember 31, 2010

Aku Bukan Sumayyah Mu

Assalamualaikum w.b.t


Suami ku bunga semalam telah layu

Gugur dari jambangannya

Mujur cinta dan perjuangan kita

Bukan itu lambangnyaMulut ku kaku untuk merayu

Hati ku malu untuk terus cemburu

Tidak seperti dulu

Kerana kini kau mujahid

Yang rindu memburu syahid



Maaf kiranya tutur dan tingkah

Senyum dan seri wajah

Pudar dan hambar di mata mu

Pada ku yang baru belajar

Menjadi seorang mujahidah



Aku kini hanya mendoakan

Agar kau menjadi Yassir

Walau kiranya… bukan aku Sumayyahmu



Dalam tangis ku cuba senyum ketika kau bermusafir

Sepertinya Siti Hajar

Sewaktu ditinggalkan Ibrahim



Biar selalu kita berpisah

Selalu derita kerap susah

Kerana syurga menagih ujian berat

Sedangkan neraka dipagari nikmat!



credit to tn blog

Wassalam

Aku Bukan Sumayyah Mu

Assalamualaikum w.b.t Wassalam

Rabu, Disember 29, 2010

Kita jer yang lebih-lebih

Assalamualaikum w.b.t


Entah kenapa masyarakat Malaysia ni jenis murah hati baik sangka


Negara-negara jiran dianggap serumpun, sehati dan sejiwa malah dalam banyak hal kita bersuara senada dengan mereka dalam hal2 yang mereka perlukan sokonga  kita


Malah dalam hati kita terasa rakyat dan negara mereka tetap dekat dengan kita


walau macam2 diorang dah usaha nak ganyang kita


wah ganyang katanya


Tapi di tv2 kita


diradio2 kita


lagu2 mereka juga berkumandang


muka2 pelakon mereka juga yang ditatap hari2


sudah2lah


Kita ni orang tak suka


tapi kita tak faham bahasa


tunggu jerlah malam ni


musuh tradisi bertemu di padang bola


harap malaysia tidak hanya menjadi jaguh kampung


buktikan bahawa Malaysia Boleh


Wassalam

Ahad, Disember 26, 2010

MAHER ZAIN ~ INSYAALLAH

Assalamualaikum w.b.t

Insaf dan pelbagai rasa bergelora....bila dengar lagu ni rasa macam kena pulak dengan jiwa!




Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah 2x
Insya Allah we`ll find the way




Nota untuk diri sendiri~ Saya cuba ingat dalam hati yang Allah sentiasa ada bersama, doa jer, Allah akan mendengar, bersangka baiklah dengan Allah.....dan Allah maha mengetahu apa yang ada dalam hati kita walaupun ia terselit di ruang paling dalam dilubuk hati....dan apa yang kita mahu itulah yang Allah akan beri...jika kita tak dapat tu maksudnya itu bukan yang terbaik untuk kita...semua ujian ada hikmahnya.... walaupun dah terasa yang kita diuji macam2, berbagai dugaan tanpa mendapat kebahagian macam lain, tetaplah fikir nikmat2 apa yang Allah dah beri, selalulah lihat orang yang lebih berkurangan daripada kita...


kalau kita ada suami yang sakit, bayangkan ada isteri yang suaminya sakit tak boleh jalan pulak tu, ada yang suami tak bertanggungjawab tapi ada isteri lain yang kena pukul bantai pulak, ada yang suami handsomke kaya tapi tak solat..maka bersyukurlah dan belajarlah berterima kasih dan tidak keluh kesah atas setiap ujian untuk kita....

Wassalam

Isnin, Disember 20, 2010

Penyedia makanan: sukarkah jaga kebersihan@memakai sarung tangan?

Assalamualaikum w.b.t


dah lama saya perhatikan


peniaga kita ni susah betul nak ada kesedaran


Bahawa kebersihan itu amat penting dalam penyediaan makanan


Selamba jer mereka membelah roti burger dengan memegang roti mengguna tangan kiri


Tanpa menyarung tangan dengan sarung tangan plastik tu...


Bukan mahal pun sarung tangan tu...dan bukan susah pun nak pakai


Suasana pakai sarung tangan ni saya selalu nampak di bazar ramadhan jer


Kadang nak tegur rasa serba salah


Sudahnya bila tengok gerai burger tak guna sarung tangan saya cancel order


Nak2 kalau peniaga tu remaja lelaki yang merokok


Lagilah sampai jer tengok cara kerja dia trerus tak jadik


tu tak masuk dia pegang sana sini, dengan air yg terhad nak basuh tangan dan dia pulak selang seli pegang senduk, pegang kain buruk..pastu pegang lak roti burger tu...haru!


jumaat lalu


saya makan di noodle station


makan banana split jer pun, kawan saya makan noodle


Macam biasa dah terbiasa tengok kat gerai


Mata ni nak jeling gak orang yg buat kat kaunter tu


mula2 dah rasa semacam...(lelaki) dengan rambut panjang, telinga bersubang, ibu jari ada cincin besar....dari gaya nampak macam perokok tegar


Dan bukan sebangsa dengan saya!


Yang tak bestnya saya nampak dia potong dua banana tu pegang pisau tangan kanan, pisang tangan kiri tanpa sarung tangan plastik tu


sepanjang buat kerja juga dia tak lupa menguak rambut yang belah tangah sebab tepi2 rambut asyik jatuh tutup muka


Aduahaiii camana nak makan dan telan banana split ni?


memam tak lalu lah...mamat tu siap pegang2 botol, pinggan ntah apa2 lagi...


So, bila banana split saya sampai terus saya komplen


Rasa hak pengguna dicabar


terus pelayan report kat manager...


saya nampak dia call sana sini pastu baru datang meja saya


dia ucap terima kasih


Ambil banana split yg dah dihantar


dan katanya akan ganti baru...


dengan tahap kebersihan yang dijaga...


Yesss...baru lalu nak makan...


Selalulah tuntut hak pengguna kerana kita bayar untuk dapat yang terbaik!


Kalau bukan kita pejuang hak kita, siapa lagi?


Wassalam

Ahad, Disember 19, 2010

Tawar hati pada suami/isteri?

Assalamualaikum w.b.t


jangan salahkan isteri jika keadaan ini berlaku



Mungkin salah kedua2nya



Dua2 perlu perbaiki diri



Jangan salah menyalah



dan perasaan tak boleh dipaksa



perasaan kasih @ kasihan?


Wassalam

Selasa, Disember 07, 2010

Hijrah perlukan kekuatan

Assalamualaikum w.b.t


Selamaat tahun baru hijrah


Moga tahun yang berlalu ditinggalkan dengan penuh keberkatan


Dan tahun yang mendatang ni dipenuhi dengan azam untuk berjaya dunia akhirat


Tahun ini saya ingin berhijrah


Hijrah besar-besaran


Dan perlukan kekuatan mental dan fizikal


Rohani dan jasmani


Saya akan mulakan dengan apa yang saya rasa, ada dan tahu


Moga2 penghijrahan ini berjaya


Lepas hampir 10 tahun, baru saya nak berhijrah?


Takper, biar lewat sekalipun, asalkan penghujungnya berjaya


Hanya Allah mengetahui dan memahami qadha dan qadhar perjalanan hidup ini



Wassalam

Rabu, Disember 01, 2010

Perkahwinan satu percaturan hidup yang berisiko bagi wanita

Assalamualaikum w.b.t


Saya perasan ramai gadis-gadis keliling saya takut nak kawin


Bukan tak suka kawin


tapi takut sebab tak yakin sebenarnya


Tak yakin dengan lelaki-lelaki yang bakal menjadi suami


saya rasa kualiti lelaki yang ada dipersekitaran kita ni makin menurun


Mungkin ada tetapi tersorok dimana-mana agaknya


Kalau ada yang bersepah sekeliling kita ni, rata2 alahai...


nak memimpin diri sendiri pun teraba2


Nak pimpin anak dara orang?


satu lagi, ramai lelaki hari ni (yang bersepah tu lah) berkecenderungan nak ambil kesempatan...


Tapi tak semualah, cuma saya ni payah nak jumpa manalah lelaki2 berkualiti ni tersorok agaknya?



Wassalam

Isnin, November 29, 2010

sukarnya lelaki melafazkan maaf!

Assalamualaikum w.b.t


wanita mungkin telah ditanam dalam benak mereka sejak kecil bahawa mereka kaum yang lemah

sebagai kaum yang lemah tentu kerap buat kesilapan


apabila kerap buat kesilapan


maka tak jadik masalah untuk mereka memohon maaf


sebaliknya bagi lelaki dari kecil dah terdidik bahawa mereka pemimpin


khasnya pemimpin kaum wanita yang dikatakan lemah


lemah fizikal dan mental


jadi mereka perlu ada ego


dan perlu perfect, sempurna


tak boleh buat kesilapan


bahkan kalau ada kesilapan yang dibuat sebolehnya akan disimpan disorok


sebab taknak menjejaskan kualiti diri mereka kononnya


tapi hakikatnya


lelaki ego


taknak minta maaf


walhal kesalahan betul2 sah sahih mereka lakukan


namun meminta maaf secara terbuka dan terang-terangan ternyata


lelaki tak sanggup mendepani kekurangan diri mereka


saya tak faham kenapa sesetengan lelaki sukar sangat nak minta maaf


pada perempuan


pada wanita khususnya


iteri atau isteri2 mereka?


Bukankah dengan meminta maaf itu akan meninggikan darjat dan harga diri mereka?


Pada wanita @ isteri lelaki yang meminta maaf itu jeuh bernilai bandingd dengan yang ego itu!


$Wassalam

sukarnya lelaki melafzkan maaf

Assalamualaikum w.b.t Wassalam

Sabtu, November 20, 2010

Sukarnya Untuk Taat Suami Dalam Senario Hari Ini!

Assalamualaikum w.b.t


Bercakap tentang taat pada seorang lelaki yang bergelar suami itu memang mudah


Tapi mencari isteri yang benar-benar taat kepada boleh dibilang dengan jari agaknya


Terutama isteri yang bekerjaya


Bolehlah kalau nak mengaku taat


Tapi hakikatnya, hhhmmmmm sendirilah yang tau


Tapi kalau dapat suami yang nama jer suami tapi kat luar gaya macam bujang


Adillah kalau tak taat...


Sesuailah tu...


Tapi kalau dapat suami yang jaga tatatertib, jaga keperluan isteri


Tapi sang isteri plak, kat pejabat buat onar macam2


Tapi sebab sayang isteri, suami buat tak tau


Kadang2 suami pun tak kisah


Isteri keluar dengan lelaki


Isteri mendedahkan aurat dengan lelaki ajnabi




Statistik penceraian dikatakan meningkat...boleh rujuk sini


Situ boleh jugak rujuk statistik poligami tau...








Wassalam

Khamis, November 18, 2010

Lelaki kenapa kau terlampau ego?

Assalamualaikum w.b.t


Mujurlah hidup ini hanya ada dua jantina


Dan kalaulah diberi pilihan mencari pasangan hidup selain lelaki


Agaknya ramai perempuan akan rela mencari pasangan dari jantina ke 3 tu


Sebab apa?


Sebab menguruskan seorang lelaki sangatlah menyusahkan diri


Menguruskan ego mereka umpama berdebat dengan sekumpulan ahli debat terbaik lagaknya


Kalaulah mereka hendak mengalah dalam situasi tertentu


Agaknya tentu wanita selamanya takkan bermasalah melayan mereka


Ahh....kalaulah boleh dubuang lelaki dalam hidup ini, agaknya mesti wanita....


Rela hidup sendiri


Dan saya percaya...wanita sebenarnya memang mampu hidup sendiri...dan ramai yang rela hidup sendiri


Tak rekla berkongsi dengan apa yang telah dimiliki seorang diri selama ini...dengan seorang lelaki


Cuma telah dicipta fitrah hidup yang wanita adalah pasangan lelaki


Maka wanita terpaksa redha...dan pasrah terus melayan lelaki


Dalam hidup mereka....sungguhpun kadang2 lemas dan rimas dengan kerenah mereka....

Wassalam

Ahad, November 14, 2010

"Untukmu yang telah menikah & akan menikah"

Assalamualaikum w.b.t


Pernikahan yang dibeli dengan harta akan dijual ketika harganya menguntungkan


Pernikahan demi kecantikan atau ketampanan semata tak ubahnya rumah yang dibeli kerana berandanya saja


Pernikahan adalah gerbang bagi suami isteri menapaki titian kehidupan baru yang sarat kebahagian atau kesengsaraan atas kehendak berdua


Jangan membangun rumah di atas sebidang tanah tapi bangunlah diatas pernikahan


Berbahagialah anda, isteri yang akan dan telah menjadi milik anda, bisa menjadi kekaih hati, dan teman hidup, buayh hati dan belahan jiwa, cahaya mata dan penglipur lara, penyembuh hati yang luka, setia dan pembangkit semangat, ratu kecantikan yang melebihi khayalan, lebih tahu diri anda daripada anda sendiri, cintanya tak pernah pupus dan pudar....



Dipetik dari buku "Untukmu yang telah menikah dan akan menikah"


Wassalam

Khamis, November 04, 2010

Untuk kamu lelaki!

Assalamualaikum w.b.t


Saya sangat terasa bila memikirkan peranan wanita hari ini. Nampak gaya macam jauh berat dari lelaki. Baik di pejabat mahuipun di rumah peranan wanita berkembang dengan pesatnya kadang2 melampaui kemampuan dan kudrat wanita itu sendiri. Unsur manipulasi dan diskriminasi masih ada dimana-mana.

Namun betapa beratpun tanggungjawab seorang wanita, hatta dia seorang surirumah, ibu, pekerja, boss, kuli, cleaner, penyelia, penguasa namun dengan kudrat terhad itulah dia mampu berperanan sehingga dikatakan mampu menggoncang dunia....

Cuma kadangkala kelaki terlupa bahawa wanita itu yang dipimpin, yang dibuat dari tulang rusuk lelaki, yang perlukan dokongan dan nasihat, yang perlukan belaian dan sama2 memikul tanggungjawab dengan lelaki meletakkan  dahulu asas tanggungjawab mereka, dan barulah wanita dengan senang hati menggalas tanggungjawab mereka sesuai yang digariskan agama....

Namun hari ni nampak gayanya tanggungjawab wanita sama berat dan dalam kes-kes tertentu lebih berat pula, lelaki kian banyak lemak dan kian meletakkan macam2 beban dan peranan atas bahu wanita kerana wanita secara fitrahnya ada naluri yang mendorong mereka untuk mengasihani dan membantu selagi berdaya sungguhpun daya yang sikit itulah pun yang ada....sampai tahap kadang2 mereka  dimanipulasi...

Lelaki, kadang2 untuk dibenci sentiasa ada ruangnya, namum untuk dicintai pula lebih besar ruangnya kerana wanita dan lelaki itu saling melengkapi ...sewajarnya begitulah, namun dunia hari ini kadang2 wanita yang melengkapkan dunia lelaki sebaliknya lelaki pula banyak yang menyemakkan dunia dan hati wanita....banyak buat masalah, buat wanita makan hati dan buat anak2 memberontak pada ayah, anak2 lelaki menjadikan mak bapak tak senang tidur, dan lelaki juga yang menjahanamkan ramai anak2 dara orang tanpa rela....

Wah hari ni lepas rasa geram kat lelaki....sambil tu saya titipkan tulisan tentang tanggungjawab ayah pada anak-anak yang mana ramai lelaki hari ni dah terlupa (tak dibafikan ramai juga yang bertanggungjawab, saya tulis ni khas utk bacaan merka yang terlupa tanggungjawab mereka), kalau nak kutuk lelaki ni banyak point...tapi cukuplah utk halwa mata pagi ni....

So, bacakan tulisan ini;


Sangat popular di kalangan masyarakat kita bahwa ibu adalah pendidik dan ayah yang mencari nafkah. Apakah ini benar ? Memang dalam kitab suci Al-Quran, sedikit sekali tuntunan ibu dan bapak kepada anaknya, yang paling banyak adalah kewajiban anak kepada orang tua.




Cinta orang tua kepada anak melebihi cinta anak kepada orang tuanya. Sehingga modal cinta ini yang sebenarnya mendorong untuk selalu berbuat yang terbaik kepada anaknya. Karena itulah Al Quran tidak banyak menuntut ibu dan bapak berbuat kepada anaknya.



Setiap manusia termasuk Nabipun mendambakan anak, seperti Nabi Ibrahim. Orang tua mempunyai anak bukan sekedar untuk dapat mengambil manfaat dari anaknya, bahkan jika dianggap tidak bermanfaat pun, orang tua tetap membutuhkan sang anak. Pokoknya ada anak. Ini kita temukan di beberapa ayat Al-Quran, seperti isteri Firaun menemukan Musa kecil di sungai, berkata di dalam ayat Al-Quran : “ Siapa tahu dia bermanfaat buat kita atau kita angkat dia sebagai anak”.



Itu menunjukkan seorang ayah atau ibu sangat mendambakan anak. Karena dambaannya ini yang demikian besar, tuntunan tidak terlalu banyak dalam Al-Quran.



Mari kita lihat kewajiban ayah kepada anak-anaknya.



Al-Quran menekankan sejak awal, bahwa pilih-pilihlah calon pasanganmu, bukan sekedar sebagai pendamping tapi juga sebagai penerus generasi. Karena itu Nabi bersabda : “Kawinlah dengan wanita yang bisa melahirkan (jangan yang mandul) dan yang menyenangkan kamu”. “Pilih-pilih tempat kamu meletakkan benihmu”. Karena kalau sampai salah pilih, bisa membahayakan generasi selanjutnya. Kalau tanah tempat menanam benih gersang, tidak akan ada gunanya, begitu pula dengan tanah yang penuh hama.



Ini adalah awal langkah dalam mendapatkan keturunan yang baik.



Kita kupas dan lihat lagi ayat AlQuran yang ditujukan pada ayah :



Dalam QS. Al-Baqarah (2) ayat 223 : “Isteri-isteri kamu adalah ladang buat kamu”. Maknanya apa ? Siapa yang menentukan jenis kelamin anak ? Betul memang Allah yang menentukan tapi Allah tentukan jenis kelamin anak melalui satu sistem. Siapa yang menentukan ini tomat atau apel ? Siapa yang menentukan jenis buah yang ditanam ? Tentu petani. Maka ketika Al-Quran berkata “Isteri-isteri kamu adalah ladang buat kamu”, otomatis para ayah adalah para petani. Jadi siapa yang menentukan jenis kelamin anak ? Tentunya adalah ayah.



Kita lihat petani, supaya dia bisa mendapatkan buah yang baik, dia harus bersihkan ladang, dia harus mengairi ladang. Setelah berbuahpun, dia tetap harus perhatikan ladang, diberinya pupuk ladang tersebut. (Jangan pula ladang tersebut dituntut untuk terus menerus berproduksi, beri jeda sebagaimana ada jeda agar ladang siap untuk ditanami kembali). Setelah buah dipetikpun, harus dibersihkan sebelum dibawa ke pasar. Supaya buah ini jika dijual mendapatkan harga jual yang memuaskan, ataupun kalau buah itu hendak dimakannya maka dia dapat menikmatinya dengan lezat. Itulah tugas bapak, jadi petanilah Anda, jangan jadi ladang.



Perhatikanlah isteri, jangan sampai ada hama di sana atau kotoran yang mengganggu. Begitu dia hamil, perhatikanlah. Begitu dia melahirkan, tetap perhatikan dan pelihara.



Perlu kita lihat beberapa hal tentang kewajiban ayah :



1. Begitu anak lahir, ayah dituntun untuk meng-adzankan anaknya di telinga kanan, dan qomat di telinga kiri. Apa maknanya ini ? Kalaupun anak belum mampu mendengarkan dengan baik, paling tidak, itu sudah menggambarkan bahwa ayah berusaha menanamkan nilai-nilai tauhid kepada anak. Ayah sudah mendidik anak. Disini jelas tugas ayah sudah mendahului ibu.



2. Masyarakat kita terutama di pedesaan mempunyai sedikit kekeliruan. Nabi pernah didatangkan seorang anak yang baru lahir, kemudian Nabi mengambil kurma, mengunyah kurma itu, lalu menggosok kurma tersebut ke bibir atau langit-langit mulut anak tersebut. Di beberapa daerah menerapkan seperti ini, namun sayang keliru. Seperti kita ketahui, disini (Indonesia) tidak banyak kurma, kalaupun ada kurma setelah berlalu bulan Ramadhan sehingga kurma-kurma kita sudah kering. Mereka pikir bayi itu harus diberi makan kurma. Kurma yang sudah keras, dimasukkan dulu ke dalam cuka. Ini keliru apalagi bayi belum kuat mencerna cuka dan memakan kurma. Sebenarnya Nabi tidak mengajarkan seperti ini. Bahwa bayi-bayi yang baru lahir ini telah terputus sumber makanannya dari ibunya sehingga boleh jadi dia kekurangan zat gula dan kalori. Sehingga Nabi ketika itu mengoleskan kurma, yang kaya mengandung zat gula dan kalorinya yang sangat tinggi, kepada bayi. Dengan demikian cairan zat gula yang ada pada kurma dapat diserap oleh bayi. Kesalahan masyarakat adalah menganggapnya Nabi memberi makan korma kepada bayi, padahal Nabi tidak memberi makan kurma tapi memberikan cairan zat gula kurma itu dengan cara mengoleskan saja kurma yang sudah dikunyah agar dapat masuk ke dalam mulut sang bayi.

Terlihat dari contoh Nabi tersebut, Nabi mengajarkan bahwa mendidik kepada anak juga diberikan secara fisik dan memperhatikan kesehatan anak disamping mendidiknya secara mental dan spiritual.



Ada pula ayat Al-Quran dalam QS. Al-Israa (17) ayat 31 : “Jangan bunuh anak-anak kamu”. Jangan membunuh anak itu bukan hanya berarti merenggut nyawanya, tapi juga jangan membunuhnya secara mental.



Keliru sekali lagi anggapan bahwa ibu adalah pendidik, dan ayah lepas tangan. Yang benar adalah ayah ikut berkewajiban mendidik anak. Bahkan di dalam Al Quran banyak merekam bahwa kewajiban mendidik anak justru dari bapak. Seperti kisah Luqmanul hakim dalam Surat Luqman (31) ayat 13: ”Berkata Luqman kepada anaknya, “Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya syirik adalah dosa yang besar”. Di sini jelas, terlihat ayah mendidik anak.



Kita baca lagi Nabi Ya’qub mendidik anaknya, ditemui dalam QS. Al-Baqarah (2) ayat 133 : “Siapa yang akan kamu sembah setelah aku (meninggal) ?” . Jadi ayah bertugas mendidik anak.



3. Memberi nama kepada anak-anaknya. Ada yang keliru dalam budaya masyarakat kita, yaitu anggapan bahwa ketika bayi lahir, kata pertama yang ayah lihat di dalam Al-Quran itulah menjadi nama anaknya. Jika dilihat kata “wasyarikatu” maka namanya dinamakan “Syarik” padahal artinya pencuri. Bukan dengan begitu cara memberi nama. Nama itu adalah doa dan keinginan seseorang agar anaknya meneladani tokoh yang namanya diambil. Sewaktu anak diberi nama Muhammad, maka anaknya diharapkan mau meneladani Nabi Muhammad. Nama juga bisa mempengaruhi anaknya. Jika nama anaknya jelek, bisa membuat anak minder.



4. Hari ketujuh, kewajiban ayah untuk meng-aqiqahkan anaknya. Menyembelih kurban untuk anak, sebagai tanda bersyukur atas kehadiran anak, tanda bersedia juga demi karena Allah dalam rangka melaksanakan tuntunan2 Allah.



Itu tugas ayah, di awal-awal dimana anak masih bayi dan masih banyak lagi tuntunan2 ayah dalam mendidik anak-anak.



Al Quran pernah menggambarkan ketika Nabi Ya’qub memberikan kasih sayang yang lebih kepada salah satu anaknya yaitu Yusuf (yang kemudian menjadi Nabi) yang sangat beliau cintai. Anak-anak yang lain merasakan perbedaan kasih sayang tersebut. Ayahnya membedakan mereka dengan Yusuf. Apa yang terjadi kemudian ? Suatu malapetaka yang dialami oleh Yusuf. Nabi Ya’qub saking cintanya kepada Yusuf, secara tidak sadar beliau berbohong menurut sebagian ulama. Ketika saudara-saudara Yusuf yang sudah menaruh rasa benci kepadanya, akan membawa Yusuf untuk bermain. Ayahnya (Nabi Ya’qub) menjawab, jangan nanti takut dimakan serigala. Hal ini diabadikan dalam QS Yusuf (12) ayat 13-17. Padahal kita tahu, bahwa serigala tidak makan orang/manusia. Tetapi saking cintanya, lahir ucapan ini dari Nabi Ya’qub, dan secara tidak sadar dia telah mengajarkan kepada anak-anaknya berbohong. Terbukti, ketika akhirnya Yusuf dijerumuskan ke dalam sumur oleh saudara-saudaranya, dan ketika ayahnya menanyakan kemana Yusuf ? Anak-anaknya menjawab bahwa Yusuf telah dimakan oleh serigala.



Peristiwa Nabi Ya’qub ini menjadi pelajaran bagi kita, karena ada orang-orang yang saking cintanya kepada anak, maka mereka secara tidak sadar telah mengajarkan anaknya berbohong.



Ada pula orang tua yang mendidik anaknya menjadi minder. Sebagai contoh, ada orang yang mempunyai 2 anak yang tidak berbeda jauh umurnya. Ketika naik kereta, salah satu anaknya tidak dibelikan tiket karena nanti akan dipangku, namun yang satu lagi dibelikan tiket sehingga mendapat tempat duduk tersendiri. Secara tidak sadar, sang ayah telah mendidik dengan cara yang keliru yaitu dengan menanamkan rasa minder, rasa tidak berharga kepada anak yang tidak dibelikan tiket tersebut. Anak itu merasa dirinya tidak diberikan hak yang sama sebagaimana saudaranya padahal sebaya dengannya. Secara tidak langsung, sang anak tertanam rasa minder. Itu karena egoisme ayahnya.




Anak sejak kecil sudah mempunyai perasaan sehingga perlakuan orang tuanya dapat berpengaruh sampai dia dewasa. Sebagian besar dari kompleks-kompleks kejiwaan (rasa minder dsb) disebabkan adalah perlakuan orang tua atau lingkungan sekitarnya ketika orang tersebut masih kecil.



Itulah sebagian kewajiban-kewajiban ayah dalam mendidik anak disamping kewajiban utamanya adalah memberi nafkah kepada keluarganya.



Terkadang kita menuntut anak untuk dapat berbakti kepada orang tuanya namun kita sering lupa bahwa kita mempunyai kewajiban mendidik sang anak.



Pertanyaan :

1. Bagaimana dengan budaya patriarkat yang berkembang di masyarakat kita ? bagaimana agar peran ibu menjadi jelas begitu juga peran bapak menjadi jelas ?



Justru kita saat ini ingin meluruskan hal ini dimana bukan hanya kewajiban ibu saja mendidik anak namun juga menjadi kewajiban bapak. Ibu tetap memiliki tanggung jawab terhadap mendidik anak, seperti penyusuan terhadap anak. Sebenarnya ketika AlQuran berbicara tentang penyusuan maka diperintahkannya musyawarah antara ayah dan ibu. Perintah bermusyawarah dalam AlQuran ditemukan dalam urusan masyarakat dan juga urusan keluarga. Jadi pembagian kerja bapak ibu tidak sedemikian kaku. Harus ada kerjasama antara ibu dan bapak. Tidak ada salahnya pula, jika ibu boleh membantu ayah dalam mencari nafkah, asal telah ada musyawarah diantara keduanya.



2. Bagaimana kekerasan dalam rumah tangga yang biasanya dilakukan oleh Ayah ? bagaimana menguranginya ?



Kekerasan dimanapun terjadi jika tidak ada komunikasi yang sehat sehingga tidak dicapai kesepakatan yang baik. Seorang anak harus pandai mengkomunikasikan kehendaknya kepada pihak lain. Kesulitan kita terkadang sering terjadi kalau tingkat pendidikan terlalu jauh, katakanlah ayahnya pintar ibunya tidak pintar. Karena itu, perkawinan diperlukan adanya equality (kesetaraan) supaya bisa berdiskusi/bermusyawarah. Kekerasan yang dilakukan ayahnya boleh jadi disebabkan ayahnya tidak pandai mengkomunikasikan manfaatnya tentang apa yang diinginkannya kepada ibu atau anaknya, begitu juga sebaliknya. Kekerasan harus kita hindari dengan cara semua permasalahan dimusyawarahkan dan dicarikan jalan keluar yang terbaik untuk semua.



Dan perlu dingatkan kembali, bahwa cinta itu bukan meleburkan kepribadian kita kepada orang lain. Cinta adalah hubungan dua ‘aku’. Ketika anda sudah memaksakan kehendak anda kepada orang lain, maka anda tidak mencintai dia. Ayah punya kepribadiannya, ibu mempunyai kepribadiannya sendiri pula begitu juga dengan anak, nah tinggal bagaimana ini bisa dikomunikasikan dengan baik.



Sekali lagi perlunya kesetaraan dalam perkawinan agar supaya bisa berdiskusi/bermusyawarah. Alangkah baiknya kalau budayanya sama sudah bisa mengurangi ketegangan. Semakin banyak perbedaan semakin besar peluang adanya ketegangan. Bisa dibayangkan jika prinsip hidupnya masing-masing pasangan sampai berbeda, agamanya berbeda, latar pendidikannya berbeda, budayanya berbeda, ini sulit untuk melakukan komunikasi yang sehat. Jangankan budayanya yang berbeda, hal-hal yang kecil seperti yang satu senang pedas yang lainnya tidak, bisa menimbulkan percekcokan. Jadi semakin dekat semakin baik.



3. Tadi disebutkan bahwa ‘isteri-isteri adalah sebagai ladang kita’, sedangkan ayah menjadi petani, yang berperan banyak menyemai sampai memelihara kembali ladang yang telah berbuah. Terlihat dominan sekali peranan ayah, lalu dimanakah letak kesetaraan tersebut ?



Kalau ladang saja, tanpa petani, tidak akan tumbuh tanaman. Anda punya jarum tidak punya bahan kain, tidak bisa jadi baju. Masing-masing memiliki keistimewaan dan masing-masing membutuhkannya. Jangan Anda anggap bahwa bisa terjadi kesempurnaan seorang pria tanpa wanita. Jangan Anda anggap bahwa wanita bisa sempurna tanpa ada pria. “Sebagian kamu dari sebagian yang lain”, maksudnya adalah sebagian kamu harus bekerjasama dengan sebagian yang lain. Disisi lain, jangan menganggap kuatnya cangkul dan lemahnya relatif tanah, menyebabkan penilaian tanah lebih rendah derajatnya dari cangkul yang kuat. Saya membutuhkan cangkul yang kuat karena saya ingin mendapatkan hasil buah yang baik. Jangan menganggap kuatnya lelaki lebih istimewa daripada lemah lembutnya wanita. Dua-duanya kita butuhkan, kerjasama ini yang kita butuhkan. Jadi tidak ada superioritas. Tidak bakal lahir buah tanpa adanya ladang atau petani saja.



Kesimpulan :

1. Jangan beranggapan bahwa ayah lepas tangan dalam kewajiban mendidik anaknya. Ayah dan ibu bersama-sama berkewajiban mendidik anaknya.

2. Jangan memaksakan nilai-nilai yang dianut ayah terhadap anak, selama nilai-nilai yang ditawarkan sang anak (atau nilai-nilai global sekarang) tidak bertentangan dengan nilai-nilai universal ajaran agama.

3. Jangan anggap kebaktian kepada ayah atau ibu, bertentangan dengan hak-hak kepribadian sang anak. Kehendak ibu dan ayah tidak boleh bertentangan dengan hak-hak anak. Karena itu, kalau seorang wanita dipaksa kawin oleh ayahnya padahal dia tidak setuju maka wanita itu tidak durhaka karena dia tidak mau. Jalan keluarnya adalah masing-masing punya hak veto.




Wassalam

Rabu, Oktober 20, 2010

Dilemma Ibu Bekerja....kalaulah ada waktu kerja yang anjal...

Assalamualaikum w.b.t


Waktu Kerja Anjal Bagi Wanita


[color=indigo][color=green]KUALA LUMPUR 21 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedia menimbangkan waktu kerja fleksibel bagi pekerja wanita agar mereka tidak lagi terikat dengan waktu kerja tetap seperti dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.



Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam usaha untuk menarik lebih ramai kaum wanita berkerja, maka perlu ada pendekatan fleksibel dan inovatif yang mengambil kira bahawa pekerja wanita juga adalah seorang ibu dan isteri.



Menurut beliau, kaum wanita lebih mementingkan masa kualiti bersama keluarga, mahu lebih waktu bersama anak di padang permainan berbanding terperangkap dalam kesesakan jalan raya.



"Mungkin sukar bagi sesetengah wanita terikat dengan waktu kerja tetap seperti pukul 9 pagi hingga 5 petang kerana dalam waktu itu mereka perlu melakukan aktiviti penting lain seperti menghantar anak ke sekolah," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Wanita 2008 yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen di sini hari ini..



Kata Najib, tidak ada sebarang kelemahan jika waktu kerja fleksibel diperkenalkan kerana ia terbukti sebagai mampu meningkatkan produktiviti dan bukan sebaliknya.



Sehubungan itu, Najib meminta hasil perbincangan meja bulat di Sidang Kemuncak Wanita 2008 berkaitan perkara itu dihimpunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk dirundingkan bersama Kementerian Sumber Manusia sebelum ia dibawa kepada Kabinet.



Ditanya jika beliau sendiri bersetuju dengan pengenalan waktu kerja fleksibel itu Najib berkata, beliau menyokong prinsip untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan kerana jumlah mereka belum setanding negara-negara maju.



Timbalan Perdana Menteri yakin, pengenalan waktu kerja fleksibel akan mampu menarik lebih ramai kaum wanita untuk berkerja.



Kata beliau, sehingga tahun lalu hanya 46.4 peratus wanita di negara ini terbabit dalam sektor pekerjaan iaitu satu jumlah yang rendah jika dibandingkan dengan negara maju seperti Sweden yang mana 77.7 peratus wanitanya berkerja, Denmark (76.7 peratus) dan United Kingdom (70.3 peratus).



Najib juga bersetuju jika wanita dibenarkan meninggalkan kerja mereka untuk satu tempoh waktu tertentu sebelum menyambungnya kembali apabila sesuatu urusan penting dalam hidup mereka selesai.



Beliau bagaimanapun mengakui masalah disiplin dan pengawasan diri akan menjadi isu yang lebih besar dalam ruang kerja pada masa hadapan jika sistem kerja fleksibel diguna pakai di negara ini.



Dalam pada itu, Yen Yen berkata, tempoh kerja yang terlalu lama sudah menjadi satu alasan yang kerap kali didengari apabila seseorang wanita mahu berhenti kerja.[/color] [/color]


Wassalam

Sabtu, Oktober 16, 2010

BAJET: Sebagai Penjawat Awam apa reaksi saya.....

Assalamualaikum w.b.t


Semalam saya menonton penuh pembentangan Bajet 2011.


Bukan apa, tunggu pengumuman samaada tuntutan CUEPACS nak bonus tu tercapai ker?


Sekali dengar dapat bantuan khas RM500 jer...syukurlah jugak tapi tertanya2 adakah bantuan khas ni dah jadik trend dalam setiap kali pembentangan bajet....?


Dulu2 merasa jugak bonus sebulan gaji...tapi selepas diperkenalkan terma bantuan khas ni, setiap tahun pun bantuan khas jer yang dapat....


Memanglah kalau kerajaan bagi bonus banyak peruntukan yang terlibat..terutama dalam membayar mereka yang dah bergaji besar tu, menteri2, JUSA, gred2 pengurusan tertinggi....kalau gaji pokok jer dah RM18,000, bonus pun kenalah sama kan...


Tapi kalau bagi bantuan khas ni semua pun dapat sama rata, gaji besar ker kecil ker tetaplah dapat RM500...baru adilkan?


Tapi tetap juga tak berapa nak adil bagi rakyat marhaen ni, dengan gaji kecil setiap bulan, inilah satu2nya harapan mereka untuk mendapat sedikit lebihan pendapatan....


Mereka mengharapkan BONUS yang diberi kalau tak menyamai syarikat swasta yang ada saya dengar ada yang sampai 13 bulan gaji....dan syarikat2 GLC yang bonus mereka membolehkan mereka menunaikan haji/umrah, sekurang2nya berilah sebulan gaji...


Memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam kini tidak semudah yang disangka. menjadi penjawat awam kini sesekali terasa lebih berat tanggungjawabnya.


Saya punya sahabat dan kawan yang bekerja swasta dan saya juga banyak mengikuti blog yang dimiliki oleh mereka yang bekerja swasta


Dan saya boleh buat kesimpulan bahawa kerja swasta lebih relax dari kerja kerajaan pada masa ini. Mungkin sukar sedikit tentang cuti dan kemudahan pinjaman (rumah/kereta/komputer) tetapi dengan kelebihan itu sahaja yang ada kalau dari kekukuhan kewangan takde kekuatan apalah ertinya...


Saya ada kawan hanya berjawatan kerani sahaja, tetapi percayalah walaupun sebagai kerani, yang gajinya lebih sedikit dari seribu, dan adakalanya malam membawa balik kerja sedangkan pada siangnya menghadap kerja yang tak sudah2....masih tak mampu membeli rumah....dengan anak dua, masih menumpang di rumah maknya....


Penjawat awam untuk bercuti sesekali pun perlu mengumpul peruntukan sepanjang tahun....bila hujung tahun duit yang dikumpul untuk bercuti terpaksa pulak berhabis untuk peruntukan anak ke sekolah...


bagi saya, andainya ada yang berpandangan bahawa penjawat awam kerja sekejap cukup masa pergi minum dan mesyuarat tak sudah2 kerja tak siap, maka itu hanyalah mitos sahaja...


Kini beban tugas kami sama sahaja dengan swasta malah mungkin lebih lagi....siapa kata kami balik kerja 8-5? balik lewat jadi perkara biasa, sabtu ahad ke pejabat juga perkara biasa...


Mendapat panggilan telefon urusna kerja di luar waktu pejabat juga perkara biasa.....


Maka, kerajaan dengarlah dan lihatlah pengorbanan penjawat awam, tahun depan cubalah sedaya mungkin umumkan bajet yang boleh buat penjawat awam gembira dan bersemangat bekerja...


Mungkin boleh gunakan bonus mengikut ranking jawatan....bagilah mereka yang gaji dah banyak tu peratusnya rendah sedikit dan bagi mereka yang bergaji rendah diberi lebih...sebab dahulu kerajaan pernah umumkan bonus sebegitu, mengapa kini setiap tahun pun 500 sahaja...


Apapun ada juga yang bagus dalam bajet ini, tentang cuti bersalin 90 hari....malangnya saya dah tak berslain lagi, kalau lah boleh bersalin alangkah indahnya 3 bulan duduk dirumah makan tanggung berak cangkung....hujung2 dapat jugak gaji....


Dan cukai dihapuskan bagi pembelian barang2 macam handbag serta lain2 keperluan ...hah ini satu lagi, berapa ramai dari kalangan rakyat bawahan yang beli designer handbag ni? Kalau tak mereka yang banyak duit dan berlebihan duit...? trakyat marhaen sanggupker beli handbag mahal2 belas2 ribu ni?


Aduhh...ni semua untuk isteri2 pak menteri kah? Untuk wanita2 ghairah memliki bag yang tak masuk akal harganya ni? Rakyat marhaen dapat manfaat inikah?


PTK pulak dihapuskan??? What???


Selama ni PTK nilah macam harapan kami penjawat awam yang muda2 untuk dapat markah yang bagus....sebab dia bergantung pada pemahaman kita terhadap kerja yang dibuat...
kerana wujud PTK inilah saya meras amendapat anjakan gaji sebab mendapat aras 4-4...


tapi dah hapus pulak...tak sabar juga nak dengar apa pula sistem penilaian yang berikutnya ini...harap2 tetap ianya satu sistem yang boleh memenuhi dan adil bagi semua pihak dan meneliti pengalaman dan pengatahuan....adililah penjawat awam dengan kedua2 cara, secara sistem merit dan juga secara menilai senioriti mereka...

Wassalam

Jumaat, Oktober 15, 2010

Mengapa lelaki sukar melafazkan talak?

Assalamualaikum w.b.t


Malam atadi ada kawan sms suh tengok tv9


Sekali on tengok rancangan semanis kurma


Tajuk 'kenapa lelaki sukar melafazkan talak'


memang tepat tajuk tu...


Patut ada seseorang tengok rancangan tu, tapi dia pulak tak tengok tv....


Keciwa saya!



Wassalam

Khamis, Oktober 14, 2010

Business Online, apa produk sesuai dijual?

Assalamualaikum w.b.t


Syok tengok melalui online ni ramai usahawan yang timbul


Hanya mereka yang berani dan sanggup ambil risiko yang pasti berjaya


Melihat kejayaan mereka memberi semangat baru kepada saya bahwa tiada sesiapa yang akan gagal kalau berusaha


Nak melibatkan diri dalam business online, sedar diri tiada pengalaman dan asas berniaga


Tapi agaknya apa product or service yang sesuai secara online ini?


Tengah survey ni....


Tapi ni ada 3 ciri barang yang sesuai diperniagakan melalui online......cuba baca sini, antara ciri2nya ialah;

1. Produk yang menyelesaikan masalah
2. Produk yang kecil dan ringan
3. Produk yang sukar didapati di pasaran biasa

owhhhh...apakah produk itu?


haruskah saya jual ubat kurus? produk pelangsingan badan?

Hahahahaaa.....nanti cukupkan ilmu didada, tengok market dulu dan tengok kepakaran sendiri, apa agaknya barang yang semua orang suka dan mau? Makanan, pakaian, hiburan?




Wassalam

Selasa, Oktober 12, 2010

Berkongsi pengalaman tentang perasaan terhadap pemandu ekspress kurang kesabaran@kurang ajar di lebuhraya....

Assalamualaikum w.b.t


Dah selesai bulan syawal dah....lama betul entry syawal tu...


Saya sangat sangat sangat sedih sayu pilu dan terharu bercampur baur dengan geram dan sesal dengan apa yang berlaku dalam kemalangan yang kini melibatkan kematian 15 orang...nyawa melayang begitu sahaja...


Dikatakan kemalangan berpunca dari sebuah bas yang melayang sehingga merentas lane sebelah dan menghempap dua biji kereta.


Saya selalu berimaginasi berlakunya kemalangan semasa memandu.....kemalangan seumama beginilah...


Sebab apa?


Sebab pengalaman saya memandu di lebuhraya seringkali saya dapati bas ekspress sememangnya dibawa dengan kadar kelajuan yang sangat diluar kelajuan yang dibenarkan seperti yang tertulis dibadan bas tersebut.


Saya juga selalu menyumpah2 bas-bas ekspress ini yang mana perilaku mereka umpama raja di jalanraya


Antara perlakuan-perlakuan mereka ini yang saya perasan adalah;

*memecut selaju2nya dan secara tiba-tiba telah ada begitu hampir di belakang kita secara senyap2...terkejut sangat!


* Tiba2 mereka menekan hon dan mengejutkan kita yang sedang relax memandu secara berhemah...apahal tetiba nak marah2 pemandu kereta yang bawa secara berhemah?


*Berlumba sesama mereka seolah-olah mengejar masa yang amat suntuk...kadang tu kita boleh perhati dari jauh yang mana sangat ketara mereka saling kejar mengejar macam ada hadiah yang menunggu pulak....


* Seandainya bila saya dapati mereka menghampiri belakang kereta saya dalam keadaan yang amat hampir sehingga saya merasakan jika saya brek mengejut maka kereta saya akan dihentam...saya pun memecut kereta saya, tapi pemandu bas ekspress ini sedaya mungkin akan mengejar kita..semacam mengajak berlumba pula....sedangkan dari segi saiz pun dah berbeza.....tak taulah kenapa saya rasa kaau saya berjaya potong bas..mesti dia akan usaha kejar semula....atau hanya perasaan saya sahaja?


* Yang saya pelik, selalunya bila saya akan berada di lane kiri atau tengah....dan saya amat2 geram selalunya bas2 ekspress ini macam dengki bila tengok kita bawak secara sederhana kelajuan di lane kiri atau tengah...seboleh2nya mereka dari jauh dah bagi lampu tinggi signal suruh kita beri laluan...walhal boleh saja masuk lane kanan kalau kau dah nak bawak laju sangat kan? Tapi tak pulak..tak berani nak ke lane kanan tu...kita plak dipaksa2 bawa baju....


* Lagi satu kalau dalam keadaan sesak@jem, bas ekspress boleh selamba jer nak potong..macam tak sedar diri awak tu panjang...macam tak boleh sabar, tetiba muncung bas cilok laluan sebelah..sedangkan kereta di belakang ni punyalah takut....yerlah dia tau dia tinggi dan besar mana tak mudah cilok sebab kenderaan lain semua ketepi jer....


Banyak lagi pengelaman memandu dan melihat gelagat bas ekspress ni.....mujur minggu ni saya tak balik, walhal sejak lepas raya setipa minggu saya balik melaka dan bertolak dari rumah lepas asar....kalau tak memang kemalangan tu timing dia sama lebih kurang masa saya balik dari kampung....


Wassalam

Rabu, September 08, 2010

!!~Salam Eidul Fitri dan adakah raya kita Ikut Sunnah....~!!

Assalamualaikum w.b.t

Sempena hampir berakhirnya Ramadhan ini, marilah kita hayati bagaimana pula cara Rasulullah menyambut Syawal. Jangan2 kita pula sudah elok beribadah di bulan Ramadhan tetapi bila tibanya syawal tergelincir pula cara kita dari yang dituntut agama....

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 )


Sumber: http://akob73.blogspot.com

(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)



Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:



“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” - Surah al-Maaidah: 3.



Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan tertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.



Bertakbir.



Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu

amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika

terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak

hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:



“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa

(sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir)

kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu

bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.



Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan

dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri.

Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:



“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu

dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang

ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat

Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani

Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali

al-Halabi al-Atsari, ms. 32



Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar

Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat

solat.



Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.



Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu

sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil

Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan

amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah

sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h

yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:



“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian

mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’

(Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari,

al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau

hadis ini berstatus hasan.



Meneruskan qiamullail.



Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan

malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan

(solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari

berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak

bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan

qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat

mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan

mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.



• Mandi pada pagi hari raya.



Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu

sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali

bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan

mandi setiap hari? Beliau menjawab:



“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi

pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis

riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.



• Makan sebelum solat Aidilfitri.



Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan

solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa

dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:



“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya

adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa

sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah

Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” - Rujuk Fath

al-Bari, jil. 5, ms. 272.



Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang

ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu

menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri.

Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik

daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi

(tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:



“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke

tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.”

Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa

Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.



Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut

dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu.

Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum

air.



Memakai pakaian yang indah.



Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:



“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya

pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha

dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis

perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai

wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil.

1, ms. 327.



Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang

terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang

bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik

perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie

r.h menambah:



“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian

paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka

juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk

Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.



Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta

paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat

hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian

tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:



“Mana-mana wanita yang memakai

wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat

menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.



Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya

berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta

kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang

keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak

sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang

kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.



• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.



Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:



“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.



Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana

tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan

kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.



. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.



Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali

dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:



“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.



Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:



“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan

pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini

dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui

kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan

barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan

pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu.

Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di

jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang

ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid

atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat.

Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan

kesalahan-kesalahannya.” - Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim

al-Jauziyyah, ms. 49.



• Tempat perlaksanaan solat hari raya.



Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla

(tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua

hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia

melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang

kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid?

Abu Said al-Khudri r.a berkata:



“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha,

Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama

yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa

ada sebarang solat sunat).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.



Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:



“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang

mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum

muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka)

dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan

berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak.

Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi,

dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang

imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan

penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa

bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada

mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” –

Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin

Hasan, ms. 394.



• Mengerjakan Solat Aidilfitri



Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah

perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat

Islam. Ibn Abbas r.a berkata:



“Rasulullah s.a.w telah keluar pada

hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya

sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya

dan sesudahnya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.



Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:



“Pada hari raya Aidilfitri dan

Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama

yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan

mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah

makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan

memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.



Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari

raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang

tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan

meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:



“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah

selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh

itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa

yang ingin pergi, dia boleh beredar.” - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.



Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri



Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah

sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada

Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan

kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan

suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya

Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan

ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan

sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju

baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah

sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah,

cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli

keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua

bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari

tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia

dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h

berkata:



“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan

agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna),

semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari

raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan

hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.



Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah

al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan

Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:



“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah

sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka

bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu.

Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu

memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa

jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan

kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan

Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.



Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal



Sabda Rasulullah s.a.w:



“Sesiapa yang berpuasa pada bulan

Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal,

seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.



Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang

paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah

hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal)

sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan

pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas

memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal,

pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara

berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang

melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula

dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari

mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan

puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa

sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud

hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa

setahun.



PENUTUP



Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan

ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri

menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan

bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri

yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan

dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.






Wassalam

Isnin, September 06, 2010

Di mana Dato' Sosilawati Lawiya menghilang? & Tentang Iklan Raya TV3 yang kontroversi

Assalamualaikum w.b.t


Terkejut dengar berita malam ni di Buletin Utama, jutawan kosmetik terkemuka, Sosilawati yang juga bekas isteri penyanyi Nash hilang.


Beliau yang keluar bersama 3 individu lain bagi urusan perniagaan tidak pulang2 ke rumah walaupun katanya 3 hari sahaja.


Pelik yer...kemanakah agaknya mereka semua menghilang? Misteri betulkan?


Harap2 kesemuanya dalam keadaan selamat....tidak diculik oleh penculik ataupun tidak berada di alam lain....bunian contohnya....


Tetiba saya teringat cerita Puteri Bunian....


Satu hal lagi malam tadi adalah kekecohan di FB tentang iklan Raya TV3 yang dikutuk hab is-habisan..


Jujur saya tak berkesempatan menontonnya, tapi lagu raya tu banyak kali dengar


Almaklumlah sibuk di dapur...


Sekali tengok kat FB tadi terkejut lak....ntah apa2 iklah tu


Sungguh tak relevan dengan suasana ramadhan dan syawal nanti...


Mujur juga telah ditarik balik penyiarannya....


Tapi kenalah minta maaf secara rasmi kan, memang tak sesnsitif..


Wassalam

Isnin, Ogos 30, 2010

KELEBIHAN 10 AKHIR RAMADHAN & LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

Assalamualaikum w.b.t


Assalamualaikum w.b.t

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.


Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.


Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"


Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa


Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:


1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.

2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.


Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar


Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.

- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.

- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.


Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Dipetik dari sini



Wassalam

Khamis, Ogos 26, 2010

Pelbagai Resepi TART NENAS

Assalamualaikum w.b.t
















Ni saya ambil dari myresepi

Bahan-bahan ( 150 biji )

• BAHAN UNTUK DOH TART:

• 2 1/2 cawan tepung gandum

• 2 sudu besar tepung jagung

• 2 1/2 sudu besar tepung kastard

• 2 sudu besar tepung susu

• 1 cawan mentega (226 gm)

• 1 sudu besar minyak sapi

• 1 biji kuning telor

• 1 sudu teh esen vanilla

• 1 sudu besar gula

• BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:

• 4 biji nenas muda

• 2 ½ senduk gula pasir

• sedikit esen vanilla

• Bunga Cengkih

• Kulit Kayu Manis

• Daun pandan

Cara-cara

1. CARA MEMBUAT DOH TART:

2. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.

3. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.

4. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.

5. Panaskan oven.

6. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).

7. Ulangi sehingga habis.

8. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.

9. CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:

10. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.

11. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.

12. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.

13. Kacau tanpa henti hingga likat.

14. Angkat dan sejukkan.



Dari Kak Ina KL pulak;



Bahan-bahan

• 250gm butter -akak gunakan butter jenama tatura

• 60 gm gula aising

• 2 biji kuning telur

• 1 sudu teh vanila

• 3oo-330gm tepung gandum*

• 50 gm tepung jagung*

• 30gm tepung kastad*

• 20gm susu tepung*

• 2gm garam halus

• * ayak

Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)

• 450 gm parutan nenas – tapis

• 1 camb jus limau nipis

• 180 gm gula pasir

• 1 batang kulit kayu manis

Cara membuat:

1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.

2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.

4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.

5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.

6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.

7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.


Untuk Jem:


Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.


Dan ini dari resepimesra




Tat Nenas Gebu

Kiriman: anymz

Sumber: mak saudara


Bahan-Bahan:

4oz mentega

4oz minyak sapi

1 biji telur

sedikit air sejuk

1lb tepung gandum Bahan2 Inti nenas

nenas

gula

sedikit pewarna kuning

Cara:

gaul mentega,minyak sapi bersama2 telur dan tepung gandum.akhir sekali masukkan sedikit air sejuk.

Cadangan Hidangan:

resepi tat ni lebih sesuai untuk tat gulung kerana ia lembut sekali.

Tambahan:

cuba la resipi ni.ia cair dlm dlm mulut.sedap giler.


Dari Kak Hanieliza pulak;

Bahan-bahannya

60 gm butter

190 gm majerin

70 gm gula halus

1 biji kuning telur

1 s/k esen vanilla

350 gm tepung gandum

50 gm tepung jagung


Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek atau..

1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula

1/2 cawan air ]

1 cawan gula


Bahan Glaze/pengilat

2 kuning telur

2 s/kecil air

pewarna kuning


Cara

1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.

4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.

5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.

6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.

7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.

8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.

9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.

10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Ni dari mana ntah....

Doh tart;

2 1/2 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung jagung

2 1/2 sudu besar tepung kastard

2 sudu besar tepung susu

1 cawan butter (226 gm)

1 sudu besar minyak sapi

1 biji kuning telor

1 sudu teh asen vanilla

1 sudu besar gula



Inti nenas;

4 biji nenas muda

2 ½ senduk gula pasir

sedikit vanilla

Bunga Cengkih

Kulit Kayu Manis

Daun pandan

Cara-caranya;

Doh tart; Pukul bersama butter, susu, minyak sapi, garam hingga sebati. Masukan telur dan vanillin pukul lagi akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan lembut


Jem Nenas: Parut nenas dan jangan dibuang airnya. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.


Panaskan oven terlebih dahulu. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar. Ulangi sehingga habis. Bakar pada 150 sehingga 15-17 minit sehingga masak.


Wassalam

Ahad, Ogos 22, 2010

Pelbagai Resepi Biskut Chocolate Chips Rangup & sedap

Assalamualaikum w.b.t


Entry sebelum ni resepi almond london kan..ni resepi Chocolate chips pulak...dan juga resepi biskut Famous Amos yang kontroversi di fb ni....mana tau ada yang ngidam tak perlua dah mencari2 famous amos sampai terpaksa menyalak2 di FB....meh ambik resepi kat sini jer...

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP dari Kak Liza


Bahan A

250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]

230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum
Cara

1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.



Gambar juga dari photopages kak Liza

NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum..

don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati..


Chocolate Chip English Style ambil dari sini
Ingredients


1 cup butter, softened
1 cup white sugar
1 cup packed brown sugar
2 eggs
1 teaspoon vanilla extract
2 cups all-purpose flour ( ros guna tepung gandum je)
2 1/2 cups rolled oats ( ros guna 1 cawan nestum)
1/2 teaspoon salt
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
2 cups semisweet chocolate chips ( ros letak 1/2 cawan coklat chip je)
4 ounces milk chocolate, grated ( ros gantikan dengan 1/2 cawan serbuk koko)
1 1/2 cups chopped walnuts ( ros guna kacang chesnut dan badam cincang)

Directions

1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Measure oats into a blender or food processor, and then blend to a fine powder. Set aside.
2. In a large bowl, cream together butter and sugars. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. In a separate bowl, mix together flour, oats, salt, baking powder, and baking soda. Stir dry ingredients into creamed butter and sugar. Add chocolate chips, grated chocolate, and nuts.
3. Drop by rounded teaspoons onto ungreased cookie sheets. Bake for 6 to 8 minutes in the preheated oven.
Gambar juga sumber dari blog yang sama. Harap maklum

Biskut Choc Chips Famous Amos ihsan dari sini


Bahan-bahannya:

1 cawan mentega @ 227 g
1 cawan gula halus (lilly kurangkan kepada 3/4 cawan)
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 sk esen vanila
2 cawan tepung serbaguna
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
2 1/2 cawan blended oatmeal (sukat dulu baru blend jadi serbuk) lilly tak blend halus sangat
12 oz choc chips (kalau letak banyak lagi best, lilly letak 1 1/2 cawan)
1/2 sk garam
9 oz Cadbury bar (grated) kalau takde pun takpe; boleh pakai choc apa2
2 biji telur
1 1/2 cawan kekacang almond @ pecan @ walnut yang telah dicincang

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan kedua-dua gula sehingga kembang. Masukkan telur dan vanila dan pukul lagi. Masukkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
Masukkan choc chips, choc bar dan kacang. Gaul rata.
Bulatkan atau sudukan dan letak di atas dulang pembakar dengan jarak 2 inci.
Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 160C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.




Gambar sumber yang sama.

Saja saya kumpulkan kat entry ni, bila nak buat senang nanti..bukan tahun ni jer, tahun2 depan pun nak buat jugak...tahun2 sebelumnya saya ikut resepi kak hanieliza jer...tapi bahan tambahan saya campur ikut bahan2 yg ada kat rumah..nestum, oat, walnut semua habis saya masukkan...tapi rasalnya memang walla...dah tak raya pun saya ada gak buat biskut ni....

Wassalam

watak yg timbul kerana kontoversi!

Assalamualaikum w.b.t

1. Nor Azita Osman-Angkara facebook
2. Salleg Gregor Samsa-  juga terkenal akibat posting di facebook
3. Raja Azmi- kes cerai Roslin kali kedua masih wujud wataj ni
3. Roslin Hashim - menceraikan dua kali iteri

Watak sebelum ini turut kontroversi



Wassalam

3 biskut raya yang wajib saya buat & pelbagai resepi ALMOND LONDON

Assalamualaikum w.b.t


Saya ni bukanlah rajin sangat nak duduk mengadap dapur nak buat biskut raya ni.

Tapi tulah kadang2 terpaksa buat juga...sebab setiap tahun ada jer lebihan bahan tahun lepas yang menyebabkan saya fikir taknak membazir jadi buatlah jugak...

Bahan2 macam esen vanila, mangkuk kertas dan benda2 lain tu selalu berlebihan dari tahun ke tahun.

dan terasa rugi pulak bila barang dan peralatan membuat kuih tak digunakan langsung.

Jadi di kesempatan raya setahun sekali barulah saya gunakan mixer, oven, loyang dll....

tapi tahun ni mood tak mari nak membuat kuih.

Tapi anak lah pulak dah pandai minta suruh buat kuih kesukaan dia.

Makanya tahun ni rasanya mula minggu depan terpaksalah buat juga...

Dan 3 jenis biskut raya wajib buat saya ialah tart nenas, almonn london dan chocolate chips

tart nenas dan almond london ada payah sikit...bukan payah apa, tapi ambil masa lama.. Chocolate chips paling senang

Yang lecehnya, tart nenas nak gentel satu2 jem, pastu nak tekan satu2 dohnya....bila buat sorang memang jenuhlah jugak sebab oven butterfly tu hanya sekali masak satu loyang jer....


Almond london pun sama...kena sabtu ahad baru okay kot....


saya letakkan dulu pelbagai resepi almond london.....saya cilok dari sini




LONDON ALMOND sumbangan Puan Rozita MTM (Cikgu kelas Cookies Raya)


250 GM BUTTER
125 GM GULA ICING
100 GM TEPUNG JAGUNG
200 GM TEPUNG HONKWEE (PUTIH,KERTAS TULISAN BIRU)
250 GM TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR (PUKUL SEDIKIT)

1. PUTAR BUTTER, ICING SUGAR DAN TELUR.
2. MASUKKAN SEMUA JENIS TEPUNG DAN ULI LEMBUT.
3. SUKAT MENGGUNAKAN 1 STEH DAN MASUKKAN BADAM YANG SIAP DIBAKAR DI DALAMNYA.
4. BAKAR
5. DAH MASAK, CELUPKAN KEDALAM COKLAT MASAKAN DAN TABUR DENGAN BADAM NIP (BAKAR)

Komen : Ini merupakan secret resipe Puan Rozita so cuba jangan tak cuba.

London Almond sumbangan Rafidah Junid

Sumber : ResepiNet

Bahan biskut :

150 gm mentega
50 gm gula aising
1 butir telur
170 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
60 gm nestum (saya guna nestum madu sebab lebih wangi, tapi nestum perisa asli pun ok jugak kot)
50 gm susu tepung
1/5 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam halus
lebih-kurang 100 biji badam (masa saya buat bebaru ni, satu adunan
menghasilkan 110 biskut)

Bahan salut :
coklat masakan (tapi, saya buat guna coklat masakan putih)
serpihan badam/chocolate rice/sprinkles - untuk hiasan

Cara :

1.Panggang badam dalam ketuhar sampai rapuh & merekah sedikit kulitnya
(saya panggang pada suhu 180C, 10 minit). sejukkan ke suhu bilik.
2.Putar mentega & gula aising hingga sebati.
3.Masukkan telur & esen vanilla, gaul hingga sebati.
4.Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, susu tepung & garam masukkan nestum & gaul rata.
5.Masukkan campuran tepung ke dalam campuran mentega. gaul hingga sebati.
6.Ambil 1/2 sudu teh adunan, buatkan bebola (saya guna sudu sukatan, bukan sudu teh biasa, supaya saiz biskut akan sekata).
7.Leperkan bebola, masukkan sebiji badam & bentuklah mengikut citarasa (bulat atau bujur).
8.Bakar pada suhu 180C selama 12 minit.
9.Keluarkan dan biarkan sejuk ke suhu bilik sebelum disadur dengan coklat, dihiasi serpihan badam/chocolate rice/sprinkles & dimasukkanke dalam cawan kertas.
10.Biarkan coklat betul-betul kering sebelum disimpan dalam bekas kedap

udara.


Almond London (Amy Beh)

Sumber : Kuali, The Star

Bahan

125g butter
75g gula icing
1 kuning telur



Ayak Bersama:
225g tepung gandum
1/2 tsp tepung beras
300g badam, dipanggang
450g coklat masakan, dicairkan
Badan cincang, dipanggang
Mangkuk kertas


Cara

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur. Pukul lagi. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak. Adun sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.

Ambil sedikit doh, saiz sebesar guli, balut badam dan bentukkan menjadi sebiji bola.

Letakkan doh dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu175�C selama 20-25 minitatau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan apabila sudah masak.

Letakkan cookies ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang dicairkan di atasnya. Hiaskan dengan badam yang dicincang.


Almond London Cookies sumbangan Hasnee MTM

Bahan-bahan

260gm Butter/mentega
550gm tepung Top
120gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 sudu Emplex
(Jumlah sukatan badam: agak2 sendiri lerr : 100biji kerr lebih boleh disimpan )
Badam di bakar/sangrai garing ~ di bahagi spt. berikut
3/4 Badam biji ~ inti
1/3 Badam hancur ~ hiasan
100gm coklat masak di campur dengan 1 sudu makan Crisco (lemak sayuran) di masak dengan cara double cook ( coklat diletak di dalam periuk~1 dan dimasak di atas air panas di dalam periuk~2 sambil di kacau perlahan2) gunakan api yang perlahan.

Cara-cara

Pukul telur, gula, butter emplex hingga putih, masukkan tepung top sedikit2 sambil di gaul rata.

Badam biji di salut dengan doh tadi dan dibentuk lonjong (ketebalan tepung ikut suka anda..) kemudian di bakar hingga masak atau dengan suhu 1800C selama 15 minit.

Setelah masak dan di sejukkan..bolehlah di celup kedalam coklat yang telah di cairkan, kemudian letakkan di dalam cawan kertas.


Ketika coklat masih basah taburkan badam hancur sedikit di atas biskut tersebut supaya ianya mudah lekat. Setelah coklat kering barulah boleh disimpan di dalam bekas.

Panduan.

1. Coklat hendaklah di masak setelah biskut tadi siap di bakar.
2. Untuk yg nak simpan lama...Biskut yang telah siap di masak jangan di celupkan dengan coklat. Simpan di dalam bekas yang kering & kedap udara. Agak2 nak makan (sehari dua kerr) barulah di masak coklat dan di celupkan biskut tersebut. Coklat yang agak sedap untuk biskut ini brand Tulip..



London Almond sumbangan Sifu Suria RN

250g butter
1 cup icing sugar
1 cup serbuk almond ( kisar punya)
1 cup tepung jagong
1/2 cup tepung beras
1 sudu kecil emplex

Tepung gandum guna sampai boleh uli doh tu, lebih kurang 2+ cup lah. saya guna measuring cup standard ni kat bake with yen ada jual cup ni.

Almond kena goreng dulu ( sangai ke orang biasa cakap, tanpa minyak tu), saya biasa masuk aja dlm oven dalam 10 min, jgn hangus pulak nanti tak sedap.

Bulat2kan letak almond sebiji(setengah biji tak jadi nya), susun banyak2 dalam loyang bakar dalam oven. Lapik loyang dgn kertas

daripada sapu marjerin, senang nak angkat tak pecah kuih. As usual salut dgn choc. choc murah boleh + coco butter nak cairkan choc, tak pun guna choc mahal, nama dia lebih kurang morangue glance ke, satu bar kat bake with yen tu cost 25+++ tapi hasil cantik, berkilat. Kuih ni kembang sikit so jgn buat besar2, bagi comel2 muat isi satu biji almond tu dahlah. Adunan jgn keras sangat, nanti tak boleh bentukkan bentuk bujur tu.



Almond London sumbangan Nor Faizah Che Din Restoren Pak Amir



Bahan2

250gm mentega
130gm gula aising
450gm tepung protin sederhana
2 kuning telur
1 camt esen vanila
Biji badam dipanggang
Badam cincang dipanggang
Cooking choclate



Cara2

1.Pukul mentega & gula aising sehingga kembang & lembut
2.Masukkan esen vanila ; kuning telur; pukul lagi sehingga 2 minit
3.Masukkan tepung ; kacau rata
4.Ambil sebiji badam yg tlh dipanggang baluktkan dgn adunan tepung & bentukkan membujur
5.Bakar pada suhu 180 darjah Celcius sehingga kuning. Apabila sudah sejuk, celupkan biskut kedlm coklat cair. Masukkan kedalam mangkuk kerta warna coklat/hitam dan taburkan badam cincang.


* Coklat tu dicairkan dgn kaedah double boiling.

Komen dari sorang ahli Restoren Pak Amir : Ini resepi almond london yg diperolehi dari netters baru2 ni. I dah cuba last weekend. Cumanya bila I nak beli bahan bakery I tanya the bakery girl, dia syorkan I guna satu jenis tepung - namanya red roses flour menggantikan tepung protein sederhana (TPS) tu. I tanya adakah red roses and TPS tu sama. TPS dijual berasingan disitu. Dia kata tak sama (Wallahualam). So I pun gantikan TPS dgn red roses. The result was marvellous...rangup. But I also believe TPS will give good almond london too. Try...



ALMOND LONDON sumbangan Abang Joe Mas RN


Bahan-Bahannya :

125gm mentega
75gm gula ising
1 biji kuning telur
225gm tepung gandum serba guna
333gm badam berkulit dibakar di dalam ketuhar pada suhu 176�C selama 7 minit
300gm coklat masakan dicairkan
Sedikit lemak sayur ( shortening )
Mangkuk kertas
Sedikit hirisan badam untuk hiasan
1 sudu kecil emplex ( bahan untuk membuat biskut rangup )


Cara Membuatnya :

Pukul mentega dan gula sampai halus.
Masukkan telur dan emplex serta tepung gandum serbaguna.
Gaulkan adunan sehingga sebati.
Ambil sebiji badam dan diisi di tengah-tengah adunan.
Bentuk seperti guli dan letak di atas dulang pembakar.
Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 170�C.
Sejukkan dahulu.
Masukkan ke dalam kertas mangkuk dan disudukan sedikit coklat cair (yang telah dimasukkan sedikit 'shortening' ).
Hiaskan dengan hirisan badam.



BISKUT LONDON ALMOND sumbangan Abang Joe RN

Sumber : Yusniza


Bahan-Bahannya :

230gm tepung red rose
1 biji telur diambil kuningnya
1 sudu teh esen vanila
1 kotak cooking chocolate
125gm mentega
60gm gula icing
1 paket badam dipanggang / dibakar
Sedikit badam yang dikisar halus.


Cara Membuatnya :

Mentega dan gula dipukul separa kembang.
Pukul mentega dan gula hingga separa kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian kacau.
Akhir sekali masukkan tepung red rose tadi sehingga boleh diuli.
Salutkan badam tadi dengan adunan sebiji-biji dan bakar pada suhu 180C selama 12 minit.
Setelah sejuk, masakkan coklat dan celupkan badam yang disalut tadi.
Kemudian masukkan ke dalam paper cups.
Tabur sedikit badam halus sebagai hiasan.



ALMOND LONDON sumbangan ABang Joe RN

Bahan-Bahannya :

1 buku butter
1 cawan gula perang
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 sudu impleks
1 sudu esen vanila
Badam
Coklat masakan
Minyak shortening

Cara Membuatnya :

Pukul butter dengan gula perang sehingga kembang.
Masukkan esen vanila dan serbuk impleks.
Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Masak biskut selama 10 minit menggunakan api yang perlahan.
Celup biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
Masukkan ke dalam cup dan tabur dengan badam halus.



COOKIES - BISKUT ALMOND LONDON sumbangan Ana Restoren Pak Amir

Bahan:

1 buku butter (kalau nak lagi sedap guna jenama SCS)
3/4 cawan gula castor
1 biji telur merah
3 cawan tepung SUPERFINE
badam biji - dipanggang rangup
paper cup - warna chocolate

Bahan Salutan:
Cooking coklat secukupnya
sedikit mentega cair

Cara:
1. Pukul butter dan gula ising bagi sebati, then masukkan kuning telur, biar sebati.
2. Masukkan tepung SUPERFINE.
3. Uli sikit sampai doh tak melekat di jari.
4. Jemput doh kecil-kecil dan letakkan badam di dalamnya. Bakar sehingga kuning / masak.
5. Bila biskut dah sejuk baru dicelup kedalam cooking coklat yang telah didouble-boilingkan dan diletakkan ke dalam paper cup.


*Cooking coklat tu ada sesetengahnya tak perlu ditaruh dengan mentega cair semasa double-boiling, ada tu pulak kena taruh, kena tanya taukeh kedai tu la...AWAS, jangan sesekali bagi air masuk kedalam bekas coklat tu, kalau tidak, coklat tak akan beku. TAK PAYAH masuk peti ais selepas coklat disejuk, cukup biarkan ia beku, then simpan dlm. bekas.
Wassalam

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP