Ahad, Ogos 22, 2010

Pelbagai Resepi Biskut Chocolate Chips Rangup & sedap

Assalamualaikum w.b.t


Entry sebelum ni resepi almond london kan..ni resepi Chocolate chips pulak...dan juga resepi biskut Famous Amos yang kontroversi di fb ni....mana tau ada yang ngidam tak perlua dah mencari2 famous amos sampai terpaksa menyalak2 di FB....meh ambik resepi kat sini jer...

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP dari Kak Liza


Bahan A

250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]

230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum
Cara

1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.



Gambar juga dari photopages kak Liza

NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum..

don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati..


Chocolate Chip English Style ambil dari sini
Ingredients


1 cup butter, softened
1 cup white sugar
1 cup packed brown sugar
2 eggs
1 teaspoon vanilla extract
2 cups all-purpose flour ( ros guna tepung gandum je)
2 1/2 cups rolled oats ( ros guna 1 cawan nestum)
1/2 teaspoon salt
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
2 cups semisweet chocolate chips ( ros letak 1/2 cawan coklat chip je)
4 ounces milk chocolate, grated ( ros gantikan dengan 1/2 cawan serbuk koko)
1 1/2 cups chopped walnuts ( ros guna kacang chesnut dan badam cincang)

Directions

1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Measure oats into a blender or food processor, and then blend to a fine powder. Set aside.
2. In a large bowl, cream together butter and sugars. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. In a separate bowl, mix together flour, oats, salt, baking powder, and baking soda. Stir dry ingredients into creamed butter and sugar. Add chocolate chips, grated chocolate, and nuts.
3. Drop by rounded teaspoons onto ungreased cookie sheets. Bake for 6 to 8 minutes in the preheated oven.
Gambar juga sumber dari blog yang sama. Harap maklum

Biskut Choc Chips Famous Amos ihsan dari sini


Bahan-bahannya:

1 cawan mentega @ 227 g
1 cawan gula halus (lilly kurangkan kepada 3/4 cawan)
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 sk esen vanila
2 cawan tepung serbaguna
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
2 1/2 cawan blended oatmeal (sukat dulu baru blend jadi serbuk) lilly tak blend halus sangat
12 oz choc chips (kalau letak banyak lagi best, lilly letak 1 1/2 cawan)
1/2 sk garam
9 oz Cadbury bar (grated) kalau takde pun takpe; boleh pakai choc apa2
2 biji telur
1 1/2 cawan kekacang almond @ pecan @ walnut yang telah dicincang

Cara membuatnya:

Pukul mentega dan kedua-dua gula sehingga kembang. Masukkan telur dan vanila dan pukul lagi. Masukkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
Masukkan choc chips, choc bar dan kacang. Gaul rata.
Bulatkan atau sudukan dan letak di atas dulang pembakar dengan jarak 2 inci.
Bakar selama 10-12 minit dengan suhu 160C. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.




Gambar sumber yang sama.

Saja saya kumpulkan kat entry ni, bila nak buat senang nanti..bukan tahun ni jer, tahun2 depan pun nak buat jugak...tahun2 sebelumnya saya ikut resepi kak hanieliza jer...tapi bahan tambahan saya campur ikut bahan2 yg ada kat rumah..nestum, oat, walnut semua habis saya masukkan...tapi rasalnya memang walla...dah tak raya pun saya ada gak buat biskut ni....

Wassalam

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP