Selasa, Jun 29, 2010

Halal, Haram, kamu ada kesah ker?

Assalamualaikum w.b.t

Halal haram penting tapi berapa ramai kisah?


Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:

1)McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe


Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2)Kam Lun Tai

3) Lotus Family Restoran


Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2)Chicken Rice shop

3)Kiwi Express


Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal den gan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,Cinnabon, Al-Mar jan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.



Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King’s Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.



Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .



sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.



pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.



Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.



Wassalam

Ahad, Jun 27, 2010

Bebel petang minggu pasal dunia gosip artis rantau ini!

Assalamualaikum w.b.t


Dalam dunia teknologi maklumat hari ni, apa sahaja boleh terjadi.


kalau disalahgunakan dan masukkan benda2 personal dan confidential jika terlepas pada tangan orang


Sedia jerlah terima kesannya


Macam tulah yang berlaku pada Ariel Peterpan @ peterporn?


Katanya laptopnya hilang


Sekarang penangannya dia ada di penjara..


Tapi Luna Maya, Cut tari saksi jer pulak?


Lepas ni Bunga Cinta Lestari pun ada ?


Hmm tak taulah apa nak jadik...


Gila betul kalau kita baca


Sex maniac betullah @ kuat sex secara abnormal?


lelaki perempuan dibedalnya...kalah tiger woods


Dah tu dirakamkan pulak tu....suka2 atau gila seks mamat  ni?


teringat kes artis malaysia dulu tu....wan nor azlin...sekarang dah macam orang buat2 lupa sejarah lama tu...dia pun dah insaf, eh tapi kejap bertudung kejap tak, apa citer minah ni?


Sekali fikir saya rasa macam benda ni perkara biasa bagi artis2...


kalo dah bergambar dengan cara menghairahkan, dekat2 hampir bercantum mulut/muka, ngalahkan laki bini


Bercuti/melancong luar negara....bersama...


mampukan kita nak bersangka positif sebab aktiviti tu pun dah macam aktiviti ala2 menghampiri zina...


pakaian pulak tu seminima jer...seluar pendek, dada plak terbuka luas...hishhh tak tercabar ker....


tu depan kamera, mesra2 bergambar.....belakang macamana?


hishhh, petang2 minggu ni buat dosa mengata lak....


Apapun, asalnya artis2 ni ada mak ayah, adik beradik, saudara mara, kalau rasa dah hilang malu..hormat dan kepercayaan pada keluarga begitulah jadinya...


Mereka tak rasa malu ker dedah pada mak ayah, adik abang..mak cik pk cik, atok nenek...


kan ker sedara mara pun akan access gambar2 mereka dedah2 tu....


mungkin dah biasa dari rumah agaknya?


tu sebab mereka tak malu juga dedah satu dunia aset mereka yang mana semua perempuan pun dalam dunia ni ada...


Apa hal lah ko nak dedah sana sini...ingat orang tak de ker? sama jer lah...


tapi memang malampau dah sekarang ni cara2 artis berpakaian...dulu2 seingat saya tak ramai yg berani dedah bahagian atas ni tapi sekarang macam wajib pulak.....yg kecik yang besar semua nak tunjuk...


Nak salahkan pereka pakaian artis ker? atau tu kehendak artis kita....ntah tak tau!


Dalam aspek lain, masa lain, tempat lain, ada yang alalalalaaa sopannya lah hai....bagus, kagum...tapi tu masa ke umrah.....balik sini lain lak jadinya...tapi xsemua lah


Dan akhir2 ni juga rasa bersyukur ramai artis2 yang mula mendapat hidayah....mula bertudung....terbaru liza hanim....sedia ada Nora, Aishah...sapa lagi ek? Lupa lak....sheila Rusly, ekin, aida rahim, rahimah rahim, rubiah suparman, erma fatima, ziela jalil...normala shamsudin, azean Irdawaty, fauziah ahmad daud ...


dan saya menunggu2 juga bilalah agaknya yang dah lanjut2 ni nak bertudung macam sharifah aini, anita sarawak, ella, kak engku, rosnah mat aris, sheila majid, norsheila amin, Zur eda, khadijah ibrahim, fauziah latif, salamiah hassan....sapa lagi ek? wan apa tu....yg selalu berlakon over tu? kalo nangi ngila2 nangis....eh xingatlah pualk, yg jadik mak benjy dalam citer cintaku saerah...(lupa tajuk lah pulok)


pada masa sama saya doa kan juga yg tengah hot2 ni dapat hidayah, mungkin ramai yg akan ikut dan dapat manfaat agaknya kalu mereka berubah dan sebarkan cerita macamana mereka boleh berubah...


Yerlah kot2 ler tiba2 mereka dapat mimpi...dapat petunjuk suh bertudung (contohnyalah), macam Lisa Surihani, Tiz zaqyah, Fasha sandha, Farah Fauzana, Lina Onn, Almy Nadia, fouziah Gous,  Scha Al yahya...yerlah mana tau..tiba2 macam Liza Hanim kan....keluar2 jer dah bertudung...


Tapi tulah sayang, masa dah sejuk baru nak bertudung....masa tengah hot kalo bertudung kan kesan dia masyarakat akan terkesan....yerlah artis kan idola....


Dah panjang bebel...pasal baru lepas baca gosip artis petang2 ni....macam2 dunia artis ni....


Wassalam

Sabtu, Jun 26, 2010

Dah 5 bulan....

Assalamualaikum w.b.t


Bukan mengandung ya.

Cuma dah 5 bulan saya hidup sederhana

Sejak febuari berpindah tempat tinggal

bukan saja rumah saya tinggalkan, malah barang2 utama semua pun saya tinggalkan

hanya bawa yang asas

Dibilik, saya hanya bawa sebiji tilam kekabu di beli di Nilai 3, beberapa biji bantal, toto dan satu rak baju, satu tempat sangkut baju

Didapur saya hanya bawa satu set pinggan serba 4 biji, sebiji kuali kecil, beberapa mug, sebiji kole, setengah dozen sudu/garfu, senduk/sudip/pisau serba satu dan 3 biji casserole utk masak dan 6 biji bekas kuih utk isi barang gula/kopi/teh....

Pastu sampai sini beli termos sebiji dan jug pemanas air satu

Peti ais & dapur madu saya sedekah dia punya..heheheee

Pasti saya hangkut microwave oven bagi senang utk panaskan apa2....

Itu sahaja hidup kami dua beranak untuk tempoh 5 bulan ni...

Mula-mula dulu rasa macam nak angkut segala mala bawak pindah tapi terasa pulak ringkas/minimalis lagi mudah...dah jemu hidup cara biasa...

Mula2 sakit gak badan yang dah termanja tido atas tilam empuk atas katil super king dalam aircond tiba2 kena tido atas kekabu saiz queen nipis pastu siap kena tendang2 dengan anak masa tido dengan musim panas malam2....berebut2 space...

Lama2 ala bisa tegal biasa...

2 minggu lepas kasi upgraded sikit beli tilam angin kat alamanda...tapi jenuh lak 3 @ 4 hari kena pump angin sebab angin keluar...agaknya tampung berat saya + anak....tapi lebih selesa dari atas kekabu nipis...

Paling mujahadah....takde mesin basuh...paling malas basuh baju....tambah2 baju kotor iaitu baju sekolah anak sangat hitam....seminggu 5 pasang + stokin + kasut...dan juga dengan towel mandi utk rumah/rumah pengasuh dan towel saya sendiri...

Memang hazab takde mesin basuh ni....saya plak malas nak ke dobi...kononnya anggap membasuh sebagai hobby...

Tapi lama2 tak tahan wooo...malam2 kena duduk bilik air menyental...proses membilas tak tahan tu..pastu memerah dan menjemur...lama lak nak tunggu kering dengan space menyidai tak kena matahari/angin dan kecil pulak tu..bayangkan kadang2 seminggu sekali @ dua kali basuh...punya banyak benda yg nak dibasuh....sampai saya terpaksa beli semua serba 5 keperluan sekolah anak supaya xkotor sangat dan seminggu basuh sekali jer....

Akhirnya tewas juga saya, esok saya terpaksa rela juga angkut mesin basuh, barang lain biar jerlah, oh yer dan juga kerusi urut ogawa buat melegakan badan selepas penat kerja seharian...

Buat masa ini, kehidupan selesa dengan cara sederhana..cuma ruang tamu terasa hambar takde tempat melepak lepas balik kerja....harus sambar sofa bed @ L shape sofa satu ni...

Jumaat, Jun 25, 2010

Tak pandai zaman sekolah tak semestinya tak berjaya dalam hidup

Assalamualaikum w.b.t



Nasib masing-masing berbezakan.


Semuanya Allah yang menentukan.


Sejak ada FB ni, makin lama makin ramai kawan-kawan lama yang dapat bertemu di laman sosial berkenaan.


Yerlah bayangkan sekolah rendah dah berapa orang, pastu sekolah menengah lagi.


Kalau sekolah menengah tu, macam sekolah saya, satu2 tahap (tingkatan) ada 8 kelas...memang ramailah...


Tapi takdelah kita kenal rapat semua kan...


Macam saya, kelas sains ada dua kelas jer, sains 1 dan sains 2,


Dua kelas ni memang kalau tak kenal memanglah...konon zaman sekolah kalo kelas sains kawan budak2 sainsjer, tak main kawan budak2 kelas sastera/perdagangan ni....


Pasal dua2 kelas ni bersaing....tapi tentu kelas sains 1 lagi pandailer kan...


Eh, apa lak ke situ citer ni...


Gini, akhir2 ni saya jumpa balik kawan2 sekelas 4/5 sains 1 dan 4/5 sains 2, tengok2 ramai yang berjaya dalam hidup...


Yang mengujakan saya, bila saya tengok kawan2 yang kelas lebih bawah dari kelas kami (konon kelas terpandailah ni) nampak gayanya lebih berjaya....


jadi engineer, programmer, pendek kata kerja swasta yang gaji tinggi2 ler...


Yang kelas saya ni kelas pertama lah kononnya...ramai plak yang jadik jururawat, pegawai bank, guru lah paling ramai(bukan nak kata guru tak berjaya yer)


Ada lak kawan2 yang kelas hujung2...bukan nak kutuk plak...tapi muka bajet macam model....walaupun tak berkerjaya mantap..dapatlak kawin suami yang mantap...ada satu kawan tu kelas hujung2 tapi dapat kawin doktor lagi tu...


Ada sorang paling tak sangka, dua2 kawan saya, kelas lain2 satu sekelas satu kelas lain, bolehlah pulak berkahwin...walhal tak pernah bercinta pun masa zaman sekolah..pelik sungguh saya...yang lelaki tu rupanya jadik engineer company besar..dan isterinya pramugari....hishhh selepas berlalu 18 tahun ...macam2 dah berubah...


Kawan paling bijak dan paling nakal dalam kelas dulu pulak masih bujang trang tang-tang....tulah mungkin bijak sangat kot...payah carik yg sekufu....


Dan ada tu, kawan kelas saya yang paling ayu....dan pemalu (dululah ni)  tapi tengok dalam FB sekarang ni cergas dan aktifnya melapor status dalam FB....xsangka sungguh....malah banyak plak gambar2 nya bertentangan dengan gaya dia dulu2...terkejut tengok yang dia selamba jer berkaraoke, kalau dulu rasanya tak mungkin kot....


Dan ada gak kawan yang dah meninggal...sedih :(


dan ada juga yang sama sekolah rendah dan dia bukan jenis yang kita rasa tergolong dalam kalangan cerdik tapi berkat gigih belajar (tak sama kelas masa zaman sekolah menengah) tengok2 akhirnya berjaya, pada sayalah pencapaian dia sebagai seorang guru sekolah berasrama penuh sekarang ni memang di luar jangkaan saya berdasarkan keadaan/prestasi dia bila ingat2 balik zaman2 sek rendah dulu....yg paling pandai dalam kelas tu sekarang ni masuk maktabdan jadik guru sek rendah jer tau....sedangkan kawan yg agak2 slow ni dah ada master bagai....


Apapun, macam2 lah ada..ada yang berijazah tapi mengambil upah jahitan baju (berjaya gak ni), buka kedai, malah ada yang tengah sambung PhD....


Ada kawan yang paling nakal (perempuan) yang jenis suka sakat dan jerit2 kat budak lelaki kira cam brutal lah...dengan baju kurung sinsing sampai atas siku...tapi sekarang ni jumpa dalam FB dah berubah....yerlah dah jadi ibu pada 4 anak...siap kawin dengan lelaki yang berjanggut dan nampak alim jer....bila chat dalam FB...cara berkata2 pun nampak berhikmah jer....suka saya pada perubahan dia...


Namun, masih ada yang sama jer tak berubah pun melainkan berubah fizikal...


Tapi saya cemburu kalau tengok kawan2 baya saya dah ke Mekah dan punya anak ramai...jeles sungguh!


Wassalam

Selasa, Jun 22, 2010

Anakku dikata persis Ibu Arini

Assalamualaikum w.b.t


Ramai kata budak kat dalam gambar bawah ni macam rupa Ibu Arini. Baru ni termasuklah ustaz di kelas KAFA pun cakap benda sama....sian budak 7 tahun disamakan dengan pelakon 30 an. Ada rupa ker?



Kalau dah besar bersolek dan nanti kok gini rupa eh...bolehlah jadik pelakon sinetron gantikan Ibu Arini ni....


Wassalam

Isnin, Jun 21, 2010

Panduan singkatan bahasa sms dari DBP

Assalamualaikum w.b.t


Ramai yang main suka-suka sahaja gunakan bahasa singakatan sms dizaman ni. Bukan sms jer kalau dalam FB tu, khususnya remaja alahai, teruk bahasa dilacurkan....saya cakap ni sebab saya tengok anak2 buah sendiri kalau borak dalam Fb masing-masing macam2 ejaan dan sebutan pelik2 diorang tulis. Nah apa2 jer..

SMS diorang main hentam jer, macam itu dia tulis ittew, ada lagi macam seperti leh join , yg cute, sume, jer, dan pastu, U, I, 4 (for), 2 (to), @, dan $.

Tak caya cuba pantau remaja punya sms atau kat FB...memang hancur bahasa bila tiba kat tangan diorang. Sampai tak fahamlah kalau kita yang membacanya.


Sebenarnya DBP ada keluarkan garis panduan untuk bahasa sms ni supaya penggunaan bahasa sms ini terkawal dan tidaklah sewenang-wenangnya digunakan sehingga tidak membawa kepada kemurnian bahasa melayu itu sendiri.


Dan ini adalah panduan tulis sms dengan menggunakan bahasa singkatan. Silalah lihat mungkin ada manfaat buat semua.

Wassalam

Sabtu, Jun 19, 2010

20 tahun kahwin, tak pernah panggil nama isteri...

Assalamualaikum w.b.t


Pagi tadi lepas subuh menonton TV9 sambil-sambil mengadun cekodok ikan bilis...siap tu terus makan depan TV. Menarik pulak, ada rancangan tanya ustaz, tertulis situ secara langsung, tapi pernah jugak tengok tengah malam pun ada rancangan tanya ustaz ni....ulangan @ secara langsung tak pasti.


Salah seorang pemanggil tu bertanya ustaz, adakah panggilan kepada pasangan (isteri) sebagai salah satu nafkah buat isteri dan isteri berhak menuntut supaya suami memanggilnya dengan panggilan yang baik dan disukainya.


Masalah pemanggil tu (ustazah mengajar mengaji) dah 20 tahun  kawin tapi beliau tak pernah dipanggil dengan nama, gelaran bahkan 'awak' pun tak pernah.


Mula2 saya pelik juga, takkan lah tak pernah, dah 20 tahun...bukannya sekejap tu.


Katanya, kalau suami nak bercakap dengan dia, suami akan kuatkan suara, ataupun kalau dekat suami akan pandang dia sebagai tanda nak bercakap....


Pemanggil tu sambil menangis cerita suaminya bertanggungjawab, bahkan melimpahkan kasih sayang buatnya, tak pernah kurang cuma suami tak pernah memanggil dia dengan sebarang nama.


Katanya, kalau bangun pagi, suaminya pun takkan panggil namanya, suaminya hanya datang dan goyang-goyangkan badan dia untuk kejutkan dia bangun tidur! Suami sanggup goyang badan daripada panggil nama dia!


Perkara ni pemanggil tu baru sedar sejak akhir-akhir ni, dan setelah puas difikir dan diteliti memang suaminya tak pernah panggil namanya, bahkan memanggil dengan nama "awak" pun tak pernah.


Dan dia pulak malu nak cerita kat kawan2 dan malu jugak nak tanya mana-mana ustaz...hanya ni baru tergerak nak telefon kat rancangan "tanya ustaz'...


Komen saya;

Sedihkan.....dan kenapa pemanggil tu tak berbincang dengam suami dia, suruhlah ubah, bukannya susah...bahkan suaminya kaki ke masjid, kira orang yang faham....takkanlah susah benar nak ubah benda tu...kalau panggil nama 'yah, yam, minah' pun jadilah...jangan tak panggil langsung...terus cakap jer apa nak. apa tu? .macam kurang ajar pulak kan....

Mak ayah saya dulu konsevatif...takde panggil  'abang' depan2 anak..malu agaknya...mak ayah saya bahsakan diri masing2...'awak'...bapak saya panggil mak saya "mah"....konon dia nak cakap dengan mak saya, macamni ayat dia;


"mah...awak nak ikut tak gi rumah orang kawin ni?"-->'awak' tu merujuk pada mak saya


"takkanlah 'awak' jer nak menolong..abih orang lain buat apa?"--> 'awak' tu ayah saya bahasakan diri dia, mungkin nak sebut abang tu malu dan tak biasa....yerlah orang dulu2 kawin zaman 60 an...mak saya pun bahsa kan ayah saya 'awak' kalau bercakap....


Anak muda zaman ni terlebihlah pulak

Tu hal pemamggil tu dan mak ayah saya, yang anak muda zaman sekarang ni takde apa2 dah gatal panggil pasangan dengan panggilan 'ayah/ibu', ada tu 'mama/papa', 'mummy/daddy'...eiii gelik pulak dengar...


Bukan dan kawin, baru berpacaran dah tergedik2 berangan macam orang dah ada anak....eiii... tapi apa nak buat, dah jadi trend lah pulok....mungkin nak senang dah ada anak nanti takdelah kekok nak panggil...heheh..macam2..



Apapun, komunikasi ni sangat penting dalam membina hubungan yang berkesan, termasuklah cara memanggil pasangan. Macam saya, dari awal dah declere dengan pasangan saya (suami) jangan panggil saya 'yang' sebab saya geli...heheheheee....elok2 orang panggil sayang@yang, saya yang nak menjawab ni tergelak2....camana tu?


Anda camana...panggil pasangan apa?

Wassalam

Jumaat, Jun 18, 2010

Penceraian Sultan Brunei-Azrinaz Mazhar, ada sebab rupanya...

Assalamualaikum w.b.t



Sebagai seorang wanita, bila mendengar penceraian, ia semacama menarik2 kita nak tau apa puncanya. Yerlah yang diceraikan tu sama naluri, sama perasaan dan sudah tentu sikit sebanyak kita terkesan.


Terbayang apa puncanya, kenapa sampai begitu plak? Anak2 macamana...


Gituler rasanya bila dengar Sultan Brunei-Azrinaz Mazhar bercerai, pagi2 lagi saya dah google benda ni. Tapi tak dapat kesna apa-apa.


Saya sekadar tertanya2, dan terfikir mesti ada isunya, yerlah walaupun jodoh tu ketentuan allah dan perpisahan pun ketentuan allah tapi ada sebabnya.


Dan jodoh pun walaupun dah ditentukan allah masih boleh berdoa untuk jodoh, doa jodoh dikekalkan, dapat jodoh yang baik, jodoh dipanjangkan...kena doa utk jodoh tau!


Masing-masing ada bahagian dalam jodoh, ada yg jodoh cepat, dapat lak yang handsome, muda, dan ada pulak sampai ketua tak berjodoh, mungkin jodohnya dah mati awal, masuk penjara ataupun memang dah dutakdirkan tak berjodoh...


Tapi si Azrinaz ni memang bertuah,  dapat orang kaya, dahlah senang dapat jodoh dengan cinta pandang pertama, dahtu antara orang terkaya di dunia, memang sungguh..macam bulan jatuh ke riba...


Tapi dah ditakdirkan allah Sultan Brunei-Azrinaz berjodoh sampai tahap tu jer, tetaplah begitu...cuma bagi kita rakyat jelata ni, tertanya2 apa puncanya.


Macam orang takde kerja saya, lepas office hour menggugel lagi, dan persoalan yang berlegar2 dah diketahui punca, cuma masih kesamaran. dan taknak lah terlibat sana memfitnah tanpa mengetahui hujung pangkalnya.


Walaupun apa cerita sebaliknya penceraian tu, ianya dah berlaku dan jodoh Sultan Brunei -azrinaz setakat tu jer, kita terimalah.


Melihat gambar2nya pun kita dah tau, alangkah mewahnya...lihat pakaiannya....cantikkan?


Dari alam yang mewah-kaya-selesa-indah-umpama hidup di atas emas permata, kini....segala2nya allah jua....dan Allah meletakkan seseorang tu ditempat yang terbaik untuk dia...


Cantik baju dia...

Haluan berbeza?



Suka warna biru nampaknya....bukan biasa azrinaz duduk sebelah kiri sultan?


Sedih kan macam terpisah jauh jer....


Sekali lagi azrinaz hala ke lain...



Tengok ropol2 tu....

Sedih? Apalah nasib dua anak yg comel ni?

Sabtu, Jun 12, 2010

Kisah gadis dua kepala satu badan....

Assalamualaikum w.b.t






Semalam terjumpa kisah ni. Ajaibnya kan?

Yerlah kun fayakun....apa nak jadi maka akan terjadi...

takde yang mustahil

Bila tengok ni mula2 saya terfikir macam;

1. Perut mereka satu tapi mulut ada dua, maksudnya mereka kena makan secara terhad kot...kalau dua2 makan banyak, teruk perut nak tampung tu.

2. Jantungnya kena mengepam lebih, sebab nak bekalkan darah kepada dua otak sekaligus, mesti kerja keras jantung dan segala urat

3. Pergerakan tubuh mereka menerima arahan dari mana yer? Dengan dua otak kanan, dua otak kiri, otak siapa yang lebih dominan mengawal pergerakan anggota? kalau setiap sorang punya yang sebelah...mujahadah juga nak pastikan semuanya syncronise....tak berceragah


4. yang pasti mereka ni tentu pandai, bijak, kreatif dll sebab mereka ada dua otak...apa2 idea datang dari dua buah fikiran...

5. Bagaimana kalau salah satu kepala (orang) mengantuk...adakah boleh tido sambil sorang lagi buat aktiviti lain? Mesti tak boleh kan....yerlah dia tido tapi kakitangan dia bergerak...camanalah pagi2 kalo sorang nak bangun yg sorang taknak.....seksa kan?

6. Mereka ni tentu ada dua nama, dua identiti sebab ada dua pemikiran/otak...tertanya2 pula dengan emosi sebab mereka ada dua hatikan....jadi mereka sentiasa berkongsi emosi dalam satu tubuh pada masa sama ada dua pemikiran (rasional)...apa pula berlaku bila satu emosi dan pemikiran bertembung dalam satu tubuh....apa reaksi tubuh...


7. Bila mati nanti, kan otak yang mati dulu...so bagaimanalah kalau salah satu (otak) kepala ni mati....dan satu masih hidup...maka dia akan bawa ke mana2 kepala lagi satu atau automatik bila satu mati maka dua2 akan mati sebab mereka berkongsi organ lain...


8. Apapun mesti mereka tak pernah sunyi sebab ada jer melekat berdua....sentiasa boleh berborak bersama walaupun mereka tak boleh saling pandang memandang secara berdepan...


Apapun memang kagum sangat2 kewujudan mereka ni, saya masih tertanya2..kalau mereka mengadap PC...tangan tu bergerak ikut arahan kepala mana yer....tak ker confuse tak tentu arah tangan nak taip apa, nak dengar arahan dari sapa...ikut video ni katanya mereka banyak bergilir....ataupun bila nak buat sesuatu jer, kena bincang sapa buat dulu, nak pakai baju mana dulu...macam2 lah..


Ataupun Allah setkan mereka ada fikiran yg sama....cuma kepala jer berbeza....dah 16 tahun umurnya ya...camanalah kalo kawin kan...suami tu dapat pakej lah kawin satu tubuh tapi sebenarnya dapat dua orang....jenuh gak layan nanti tu eh ada yang sanggup kawin dgn mereka ker ek?


Pada anda apa lagi masalah mereka yang ada terfikir? Apa yang anda terfikir???


Wassalam

Rabu, Jun 09, 2010

Kenapa buang 'sampah' di tempat tak sepatutnya?

Assalamualaikum w.b.t


Sungguh tak faham dengan perangai sesetengah pemandu. Macam takde rasa bersalah langsung.


Selamba jer buang/campak sampah keluar dari tingkap kereta.


Selalu saya nampak benda ni.


Kalau puntung rokok tu toksah cakaplah...main lempar jer...masih berasap lagi puntung tu...


Sian kat rumput yang menjadi mangsa tempat dia mendarat...kepanasan dan mati sel2 daunnya.


Kadang tisu....terutama masa traffic light merah. Sementara menunggu tu sempatlah kot ambik tisu lap2 dashboard kereta tu...


Lampu hijau jer, amboi cantik jer turunkan cermin jatuhkan tisu kat atas jalan...slow and steady jer


Bukan jalan2 kat ceruk kampung ni!


Jalan yang bersih kat Putrajaya yang saya cerita ni.


Terkadang, sampah bekas makanan macam plastik jajan, mak ayah biar jer anak2 baling dari dalam kereta ke luar...


Sungguh tiada rasa tanggungjawab.


Tu baru isu kecil.


Tapi sekarang bukan sampah jer yang dibuang,kan?


Anak yang jenuh dikandung dan jerih payah dibersalinkan pun dibuang!


Masih sanggup dibuang! Hidup lagi tu, bukan ajer yg dah mati (meninggal) dibuang


Macamana nak cakap?


Salah siapa?


Mak ayah?  Pergaulan sosial? kurang didikan agama/moral? media baru tanpa sekatan? sistem pendidikan?


Hmmm, pendek kata semuanya memberi sumbangan serba sedikit!


Sistem sosial masyarakat hari ni tak serupa dengan dahulu.


Budaya kita sudah berbeza. Tak jadi halangan anak2 remaja pulang lewat bahkan tak balik pun takde sapa kisah (kalau mak ayahnya sendiri tak menegur memang berterusanlah)


Tak jadi kesah juga berpacaran, malah kalau takde makwe/pakwe tu yang jadi kesahnya!


Sangat2 dituntut pakwe dan makwe berdating...menonton wayang, berjalan berduaan, makan berduaan....tiada batas waktu...samada siang malam dua2nya diterimapakai secara meluas...


mak ayah pulak begitu percaya dengan anak gadis/teruna yang duduk merantau jauh dari mereka! bukan 100% malah 200% kot! Malah kalo ada pakwe/makwe tu lagi bagus ada jugak yg ambik berat sakit pening! Heyyyy....betul tau ni, pengalaman sebenar depan mata saya! Anda pun tentunya!


Mak ayah gusar kalau anak dara/anak gadis takde pakwe/makwe..bimbang nanti lambat kawin pulak!


Walhal bukankah jodoh itu sudah diputuskan Allah sejak alam roh lagi? tak percaya? Ia akan datang sendiri dengan pelbagai cara, usah dicari, ia menunggu anda...


Maka kalau dicari juga...itulah yang timbul pelbagai cara & akibatnya...berjumpa...berdating...bermesra di tempat hiburan...anak2 esok2 pun akan ikut cara yang sama...tak boleh keluar dari lingkaran yang sama...mungkin lebih teruk lagi....


Maka mudahlah bangsa kita terpedaya dengan pelbagai angkara, dengan fesyennya...ohhh tak terkata lah saya tengok fesyen anak2 muda (termasuklah mak2nya pun sama) sungguh2 takde beza apa dengan yang dibarat sana, sama malah berlebihan pulak gayanya....tudung masih dikepala tapi gunung/bukit/busut semua tertonjol, lagi kecik baju lagi up to date, lagi sendat, lagi ketat lagi ko menawan!


yang tak bertudung pulak lain caranya....eh ramainya sekarang remaja/wanita yang sanggup pakai seluar pendek (katuk?)ya....walhal kulitnya sama sowo matang macam saya! Kadang ada yang malu2 alah nak pakai, sarung lak legging dalamnya...what a stupid!


Dengan foodnya, ada yang tak kisah langsung makan kat tempat yang takde sijil halal...hmmm merata muka macam saya selamba bangga makan kat tempat yg dahpun diwar2kan tiada sijil halalnya..hmmm nak cakap pun kawan2 bangsa kita jugak....tak tau? hey...google jer melambak keluar hasilnya...zaman ni kalo kata tak tau, memang sungguhlah naif!Ikut trend kononnya...tekak pun dah pandai nak cuba makanan segala jenis...(syurga lagi tak tergambar beb, sungai susu/madu, makan sedap2 tak kenyang2....meleleh air liur lah di sana nanti..)


bila makan pun kita tak ambil kisah halal haramnya....jadi darah daging, maka standard piawai yang allah letakkan dalam hati orang2 beriman/mukmin akan ditarik...bila benda haram/syubhah masuk dalam badan maka sekaligus allah masukkan rasa tidak takut untuk langgar perinta Allah, benda haram dibuat takkan mendatangkan rasa ketakutan dalam hati kita, langgar perintah Allah rasa takde apa2...malah lihat mereka yang patuh perintah Allah dirasakan janggal...


Tengok orang ikut sunnah rasa ketinggalan, tengok orang ikut perintah Allah rasa janggal, tengok wanita tudung labuh..ekstreme, tengok lelaki berjanggut pelampau..tu dah buang dunia lah tu...tengok orang tak gi tengok wayang/tak gi karaoke ...eh rugi ko...bukan berdosa....release tension geng...so what say you?


Itu tak disentuh hal 'fun', dengan wayangnya, karaoke nya, DVD...games, pesta sana sini muda mudi... shopping complex yang melambak2...bahan bacaan hiburan, siaran TV hiburan...wooooo tak terkata lah...semua2 senarai atas ni takkan ditanya dalam kubur...berapa filem kat wayang u tengok? Restoran mana yang u dah cuba? fesyen pakaian apa yang dah ada dalam almari? Perabot jenis apa yang tak lengkap lagi? Soalan dalam kubur very simple, tapi nak jawabnya persiapan sepanjang masa hayat masih ada nilah..sok2 dah nazak, tak sempat dah....tinggal semua2 senarai atas tu...tu kalau sempat..kalo dikatanya esok subuh dah dicabut nyawa? Apa nak jawab?



Eh, asalnya nak citer kegeraman saya hal manusia tak bertanggungjawab buang sampah dari luar kereta sudahnya penghujung lain cerita daaaa! baca jer sebagai halwa mata....memang saya pening kalau jalan2 di kotaraya sekarang ni...rasa dalam dunia yang entah apa2....masing2 sibuklah marahkan Israel yang 'menjajah' Palestine..walhal dalam diri ni pun dah terjajah lama....


Wassalam

Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.

Assalamualaikum w.b.t


Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.




Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W



Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..



Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.



yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23

tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.



Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah

di universiti ini.



Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.



Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah

sepanjang hari.



Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu

perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.



Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit

yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”



Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin

Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.



Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh

kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”



Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!



Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp

diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”



Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.



Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.



Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..



Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.



Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti

akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.



Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku

tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”



Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang

daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.



Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:



“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.



Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”



Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;

“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”



Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.



Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di

situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”



Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan

betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”



Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan…



Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”



Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)



p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)



sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…

banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)



Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

[dipetik dari blog isu hangat]
Wassalam

Khamis, Jun 03, 2010

Semua kini dalam sejarah!

Assalamualaikum w.b.t


Tarikh semalam, 7 tahun lalu

Ahad, jam 10-11 pagi

sahnya saya menjadi isteri kepada suami saya.

Jauh di tempat asing

tanpa keluarga

tanpa saudara mara

tanpa baju pengantin

tanpa hantaran

tanpa pelamin

tanpa inai di jari

tanpa paluan kompang

tanpa kawan2

hanya saya, bakal suami, saksi, dan tok kadhi

akhirnya selamat juga dinikahkan dengan mas kahwin RM200..tunai...

esoknya bangun pagi macam mimpi....betulkah aku isteri?

Dan hari ini

7 tahun lalu

seawal pagi saya keluar dari rumah mal rumah seorang diri...tanpa suami

dengan sarat 9 bulan mengandung

menunggu due date 9 Jun 2003

ke klinik kesihatan kg

malangnya terus di refer di hospital melaka

untuk dibersalinkan

saya memecut ke hospital melaka seorang diri ke unit O&G

terus doc booking labour room (untuk induce)

akhirnya berjaya pujuk doc tangguh masuk wad sebelah petang

saya memecut laju ke merlimau dari melaka (jauh tu)

carik bank keluarkan duit RM4,000 persiapan bersalin dan berpantang

balik rumah mak terus packing baju

tunggu suami dari kuala pilah

suami sampai jam 4 kami ke hospital~masuk ward untuk induce dan tunggu bersalin

5 Jun, 4.11 pagi..

Selamatnya lahir seorang baby, 3.1 kg

secara pembedahan...amiin

Semuanya telah jadi sejarah!

Cepatnya masa berlalu!

Selamat ulangtahun pernikahan (betul2 nikah sahaja)

dan

Selamat ulangtahun kelahairan anakku~ satu2nya anakku yang comel cerdik bijak petah

Moga2 dapat doa untuk ayah ibu dan dapat pakaikan ayah ibu mahkota di syurga nanti...amiin...

Wassalam

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP