Jumaat, Jun 25, 2010

Tak pandai zaman sekolah tak semestinya tak berjaya dalam hidup

Assalamualaikum w.b.t



Nasib masing-masing berbezakan.


Semuanya Allah yang menentukan.


Sejak ada FB ni, makin lama makin ramai kawan-kawan lama yang dapat bertemu di laman sosial berkenaan.


Yerlah bayangkan sekolah rendah dah berapa orang, pastu sekolah menengah lagi.


Kalau sekolah menengah tu, macam sekolah saya, satu2 tahap (tingkatan) ada 8 kelas...memang ramailah...


Tapi takdelah kita kenal rapat semua kan...


Macam saya, kelas sains ada dua kelas jer, sains 1 dan sains 2,


Dua kelas ni memang kalau tak kenal memanglah...konon zaman sekolah kalo kelas sains kawan budak2 sainsjer, tak main kawan budak2 kelas sastera/perdagangan ni....


Pasal dua2 kelas ni bersaing....tapi tentu kelas sains 1 lagi pandailer kan...


Eh, apa lak ke situ citer ni...


Gini, akhir2 ni saya jumpa balik kawan2 sekelas 4/5 sains 1 dan 4/5 sains 2, tengok2 ramai yang berjaya dalam hidup...


Yang mengujakan saya, bila saya tengok kawan2 yang kelas lebih bawah dari kelas kami (konon kelas terpandailah ni) nampak gayanya lebih berjaya....


jadi engineer, programmer, pendek kata kerja swasta yang gaji tinggi2 ler...


Yang kelas saya ni kelas pertama lah kononnya...ramai plak yang jadik jururawat, pegawai bank, guru lah paling ramai(bukan nak kata guru tak berjaya yer)


Ada lak kawan2 yang kelas hujung2...bukan nak kutuk plak...tapi muka bajet macam model....walaupun tak berkerjaya mantap..dapatlak kawin suami yang mantap...ada satu kawan tu kelas hujung2 tapi dapat kawin doktor lagi tu...


Ada sorang paling tak sangka, dua2 kawan saya, kelas lain2 satu sekelas satu kelas lain, bolehlah pulak berkahwin...walhal tak pernah bercinta pun masa zaman sekolah..pelik sungguh saya...yang lelaki tu rupanya jadik engineer company besar..dan isterinya pramugari....hishhh selepas berlalu 18 tahun ...macam2 dah berubah...


Kawan paling bijak dan paling nakal dalam kelas dulu pulak masih bujang trang tang-tang....tulah mungkin bijak sangat kot...payah carik yg sekufu....


Dan ada tu, kawan kelas saya yang paling ayu....dan pemalu (dululah ni)  tapi tengok dalam FB sekarang ni cergas dan aktifnya melapor status dalam FB....xsangka sungguh....malah banyak plak gambar2 nya bertentangan dengan gaya dia dulu2...terkejut tengok yang dia selamba jer berkaraoke, kalau dulu rasanya tak mungkin kot....


Dan ada gak kawan yang dah meninggal...sedih :(


dan ada juga yang sama sekolah rendah dan dia bukan jenis yang kita rasa tergolong dalam kalangan cerdik tapi berkat gigih belajar (tak sama kelas masa zaman sekolah menengah) tengok2 akhirnya berjaya, pada sayalah pencapaian dia sebagai seorang guru sekolah berasrama penuh sekarang ni memang di luar jangkaan saya berdasarkan keadaan/prestasi dia bila ingat2 balik zaman2 sek rendah dulu....yg paling pandai dalam kelas tu sekarang ni masuk maktabdan jadik guru sek rendah jer tau....sedangkan kawan yg agak2 slow ni dah ada master bagai....


Apapun, macam2 lah ada..ada yang berijazah tapi mengambil upah jahitan baju (berjaya gak ni), buka kedai, malah ada yang tengah sambung PhD....


Ada kawan yang paling nakal (perempuan) yang jenis suka sakat dan jerit2 kat budak lelaki kira cam brutal lah...dengan baju kurung sinsing sampai atas siku...tapi sekarang ni jumpa dalam FB dah berubah....yerlah dah jadi ibu pada 4 anak...siap kawin dengan lelaki yang berjanggut dan nampak alim jer....bila chat dalam FB...cara berkata2 pun nampak berhikmah jer....suka saya pada perubahan dia...


Namun, masih ada yang sama jer tak berubah pun melainkan berubah fizikal...


Tapi saya cemburu kalau tengok kawan2 baya saya dah ke Mekah dan punya anak ramai...jeles sungguh!


Wassalam

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP