Assalamualaikum w.b.t
Halal haram penting tapi berapa ramai kisah?
Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:
1)McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2)Kam Lun Tai
3) Lotus Family Restoran
Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2)Chicken Rice shop
3)Kiwi Express
Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal den gan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,Cinnabon, Al-Mar jan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King’s Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.
Wassalam
Episod baru..
3 minggu yang lalu
5 cetusan rasa:
ni bukan nak argue tau.. tp itu hari masa check halal kat website jakim sendiri kata starbuck halal....
Kawan jiji kata kat jakim tak cukup kaki tangan nak pantau.....
Salam,
saya rasa ni maklumat lama, sbb a few of the restaurant stated dlm kenyataan itu dh memohon sijil halal dan disahkan halal oleh JAKIM.. boleh check kat website JAKIM..
http://www.halal.gov.my
alamak, selalu gaks ke chicken rice
terima kasih..penting halal ni..akan jadi darah daging...anak akak kat rumah ni..sampaikan kicap yang kita beli kalau tak de cop halal pun dia tak mau..
same with jiji. rasanya starbuck dah dpt status halal. even kat their billboard pun terang2 ada logo halal
Catat Ulasan