Rabu, Mei 28, 2008

langgar

Assalamualaikum w.b.t

Saya terlanggar lagi kereta orang. kali ni iswara. Tapi masa ni bawak merc pak hj. Kami gi jaya JJ S2. Nak belikan anak patung Baby Alive utk Hani. Dah lama sangat mengidamnya. Dah ambik anak patung tu dan beratur untuk bayar pun, tapi Hani pulak ubah fikiran, katanya, "kesian ammie, tunggu ammie kaya nanti baru ammie belikan kakak yer". Harganya RM 159.90.

Mula masa nak beli tu macam biasalah takkan nak beli jer, kena ajar Hani ni bukan senang nak dapat semua benda, saya cakap jugak dengan hani, "mahal ni, cuba kakak tengok anak2 patung atau mainan lain, boleh kita jimat duit".
Lagipun bila tengok harga dia RM 159.90 (ada jugak yg harga RM 259.90) saya pun call ayah minta kebenaran, ayah kata, "membazir, cuba pujuk dia beli yang lain".

Tapi hani tetap jugak nak beli, yerlah dah banyak kali tengok iklan kat TV tambah2 saya pun dah bukak laman web baby alive ni kat internet, memang seronoklah hani tengok macam2 accessories ada, semangat dia nak 'melayan berak-kencing' baby ni. Tapi dah hani takmo beli, puas saya pujuk balik dia saya kata, "takperlah, ammie boleh bayar, ammie ada duit", dia tetap taknak beli, dia pilih anak patung yang harga RM 69.90 tu, jimat gak duit saya...

Baliknya kami makan kat kopitiam, sebab teringat-ingat hari tu makan kat Kluang Rail Station [yang pernah masuk majalh 3 kot] aduhh .... rupa2nya sungguh tak sedap dan kami tiga2 tak puas hati. hani yang kecik pun pandai mengadu beehuun sup tu tak sedap, yerlah dia dah pakar dah rasa beehun sup sebab kalau makan luar sure dia order beehun sup jer...

Masa perjalanan baliknya lah masa di traffic light nak membelok ke arah seremban, saya bergurau2 dengan hani, sambil menoleh ke belakang, tapi kaki saya yang tekan brek tu terangkat dan kereta jalan kedepan dan saya tak perasan, dah hentak kereta depan baru perasan. Isu yang saya gurau dengan hani tu sebab hidung hani yg sebelah kanan tu saya terperasan ada satu bulu hidungnya terpanjang dan terkeluar sikit, sama plak macam ayah, tu yang kelakar sangat kami 3 beranak tu.

Sudahnya pemandu tu bila hijau utk jalan, dia jalan depan dan berhenti kat tepi jalan. kalau saya sorang saya dah pecut dah, takut gak saya....tapi pak hj suh jugak saya ke tepi, sib baik jugak Allah pelihara lagi dua2 keter kami takde apa2 bila pemandu cina iswara tu periksa keter dia takde apa2.

Ni citer lain plak ni. Masa gi rumah kakak kami ke Giant Kluang yang baru buka tu, saya nampaklah ada promotion spek RM 88, kanta dan frame sekali. Kan saya tak singgah melaka ambik spec mak, jadik saya cadanglah nak buatkan spek baru untuk mak. Yerlah harga promosikan? Sudahnya gitu gini dia tunjuk dan cadangkan akhirnya harga spec mak jadik RM 380. Eiii geram plak saya, rasa macam tertipu jer. Ikut hati saya nak cancel jer tapi kesian kat mak dah pilih memilih jenis frame. Tawar punya tawar dapat RM 340 jer.

Ada satu lagi cerita...kakak saya nak robohkan rumah mak yang dah buruk bahagian atas tu. memang dah buruk benar pun, kakak saya yang cikgu tu nak beri RM5K pada mak ubahsuai sikit. Saya rasa bersalah sangat tak dapat nak bagi duit buat menambah. Bila tanya pak hj dan cadangkan usaha2 saya utk bagi duit kat mak dia macam tak setuju jer, mak pun takde mintak kat saya, agaknya dia pun 'malu' sebab saya takde miss bulan2 bagi dia duit dari start kerja lepas SPM, lepas degree tulah pasal dia pernah cakap kat saya yang dia bagitau anak2 lain yang saya ni jer yang sentiasa bagi duit dari dulu sampai sekarang.... ada hikmahnya jugak saya berpoligami, takdelah terikat sangat dengan rumahtangga.

Cuma baru2 ni mak cakap nak bagi saya tanah dia kat jeti umbai yang ada medan ikan bakar terapung tu..sebelah kanan jarak dalam 50 meter dari medan ikan bakar terapung tu, dan mak mintak saya bagi duit dia nak gi mekah. Saya kata ok. Dan saya cadang nak simpan RM 1K sebulan, kalau larat dan nafsu saya 'terkawal' dari beli bukan2...tapi takat ni janji mulut jerlah. Tapi pak hj dah setuju dah. Sikit hari lagi baru boleh, kalau saya sambung master insyaallah lah saya usaha jugak simpan duit buat mak ke mekah.

Apa kata Pnut dalam komen tu memang betul sangat2. banyak hikmah jugak tak dapat anak lagi...cuma bila rasa cemburu tu datang rasa macam tak terkawal sangat tambah2 sedih rasa hati saya bila kenang betapa bahagianya haji dan kak aza nanti main2 dengan baby kecik, kalau dapat lelaki lagilah saya menjeles...rasa macam tak hingin nak jenguk baby tu nanti w.pun baby tu tak bersalah apapun. Nilah yang dikatakan bermadu ni memang cemburu tu sinonim sangat. Lagipun bak kata happyirfa memang saya ni tak sabar lagi utk didik anak2.

Tu jerlah..wallahualam

6 cetusan rasa:

Najah Farahin berkata...

saya pun pernah terkena psl frame tu. memula offer rm100, pastu jadi rm320 pulak.
menyesal juga sebab bukan nak buat spek sangat masa tu. juzz nak buat spare aje.huhu
-Raiyan-

Zareda Norman berkata...

Zar pun setuju dengan pinut, Zar pun anak sorang jer dan dah tak mahu mencuba lagi. Cukuplah kot 8 tahun mencuba lagipun usia dah bertambah, karier sedang naik so nak tumpu pada pendidikan anak dan karier pulak. Itu kena pikir secara positiflah. Setiap perancangan Allah mesti ada hikmahnya. Bukan tak cemburu tengok orang menambah anak tapi hati tu yakin dengan perancangan Allah.. Wallahualam

HAPPYIRFA berkata...

salam kak..
kalau buat spek mmg selalu kena camtu kot.tp sy buat kat JJ sban 2 dulu rm168 jer..tp x pakai pun.he he.last2 hubby yg pakai.sib baik power sama..

alamak..komen saya pun ada?sy komen tu sbb nak rujuk yg saya pun xsabar dgn karenah anak

oren berkata...

rasa nak komen pasai baby tu, tp tak tau nak cakap apa..

tera saya yg anak kecik2 nih pun, kadang jeles gak kat org pregnant nih, sbb privileges depa lebih..semua org akan dahulukan depa (padahal masa saya pregnant pun, depa treat sama jugak..)

cuma, buat masa dah keadaan sekarang, saya opt untuk stop jap..bagi si bongsu nih puas bermanja..

Hanis berkata...

saya punya komen... related to diri saya sendiri yer.. yang tidak bermadu ni...


"sendiri mengandung, sendiri beranak dan sendirik jaga anak, sendirik jugak laa yang susah2 berjaga malam, bukan saja tak cukup tidur, duit beli susu pampers pun sendirik keluarkan..."

apatah lagi you yang hidup bermadu ni tau...

so maybe ada hikmah laa Allah tak kasik.. usaha memang usaha, tapi kalau dah memang tak dapat, jangan hiba tau! ingat hikmah sebalik tu!

Mutiara berkata...

Having a baby for the wrong reasons? Think about it.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP