Jumaat, Oktober 24, 2008

Petanda apakah ini?

Assalamualaikum w.b.t
Satu benda kerap bermain2 dlam fikiran saya sejak 2 minggu ni. Satunya pergerakan saya yang tidak mendapat keizinan suami. Sebab dulu adalah 'suami' tu cakap kat saya, dia sebenarnya tak suka bergaduh lama2 sebab sepanjang bergaduh tu kesian kat isteri, sebab semua benda yang dibuat tu tanpa keizinan suami...(melainkan yg wajib dan perlu), dulu2 yang wajibnya ke pejabat dan hantar/ambil hani tapi sekarang, ke kelas kira wajib dan dia memang dah tau...


Tapi kalau pergerakan selain tu, tulah saya macam serba salah dan selalu berdoa agar tak ditimpa apa2 yang tak elok...walaupun bkan saya pinta keadaan macamni. Apapun setakat hari ni saya alhamdulilla.


Tapi Hani mula awal subuh tadi dah demam, panas sesangat sampai terkejut tangan saya raba ketiak, dahi dan kaki dia. Tambah merunsingkan saya dia merengek2 macam tak ketahuan. Tanya apa sakit, katanya pening kepala. Serba salah pagi ni nak hantar dia ke sekolah. Saya mesej cikgu dia kata lambat sampai.
Saya tak boleh cuti/ponteng hari ni sebab jam 2.45 ni ada taklimat dari fakulti tetang penulisan tesis gaya UKM. Semua pelajar fakulti peringkat master/PhD wajib hadir. jam 5 hingga 7 pulak ada kelas ganti.


Dan dari suruh semalam, peg bank dah call suruh sain s&p sebab loan dah lulus. Saya ingat nak pergi minggu depan jer sebab esok sepanjang hari kelas ganti lagi dari pagi sampai petang. Ahad nak balik kg ambik emak. Sebab masuk study week tu saya akan ke UKM jadi hani terus berheni sekolah jerlah sebab takde masa nak ikut timing antar ambil dia. Lepas konvo 1 nov takyah ke sekolah lagi.


Malam tadi ambil dia lewat jugak, sebab kelas kat KL, kalau keluar jam 6 lebih tu sah2 mesti jem, sudahnya sampai ke s'ban dekat 8.30 sebab singgah r&R solat lagi. Ambil hani (dah diangkut ke pejabat.... ckgu bawak sebab ada meeting-kesian dia kena angkut sana sini, sepanjang raya ni banyak gak ikut cikgu beraya malam2 sebab ami tak sempat ambik cepat). Teringat pulak, dah dua hari dalam buku pesanan mesej cikgu suruh beli kemeja putih, jeans biru, dan kasut utk persembahan percussion dan dikir barat masa konvo nanti.


Terpaksalah carik jgk, cadang nak ke JJ, Sban2 tapi sebab amsa kurang dari 2 jam, saya pusing ke terminal 1 ajer...dekat sikit. Payah nak jumpa kemeja budak pompuan yang putih keseluruhannya....cikgu dia kata kalau takde beli kemeja sekolah yg saiz kecik pun boleh...tapi cutting budak lelaki mest tak cantik kan?
Hani ada blouse putih saya beli hari raya hari tu, mahal jugaklah sebab bajunya takdelah lawa sgt tapi sopan, saya bayarlah jugak RM79.90 diskaun 10%, skirt labuhnya pulak RM 89.90...gila betul sya beli sepasang baju dia dekat RM 200. Tapi sudahnya tak pakai sebab terbesar dan tak terletak sgt so simpan 2/3 bulan lagilah kot...blouse tu cutting macam baju mengandung...so kalau pakai amsa konvo ni tak berapa kemas sgt...


Cari punya cari dapatlah jenama anakku kemeje style ada ropol2 kat dada macam baju mess kit tu, RM 53.90....malas punya pasal beilah jugak....lepas tu carik kasut..pun payah jugak sebab yg hani kenan saya pulak tak kenan...sudahnya dapat jugak, jeans jer saya tak bel lagi sebab cuttingnya tak cantik kat terminal 1 tu kena ke JJ jugak....


wah detail kan saya citer...penangannya hari ni hani demam ....kejap lagi nak kena jugak hantar hani ke sekolah...malam nanti baru ambil, kesian jugak, tapi tak tau dah nak menggapai ke mana nak minta tolong tengok hani ni.


Sakit hati pulak rasanya kat bapaknya kalau marah kat emak, sekurang2nya telefonlah tanya khabar anak, entah2 hani demam rindu kat ayah agaknya..mulut jer marah dan cakap tak suka ayah, dalam hati anak gadis ni tak taulah apa yg tersurat...dah ada hp dan no celcom bila suh call ayahnya boleh dia jawab..."kakak rasa kakak tak mampu lagilah nak call ayah..." cewaaah ngalahkan emaknya pulak diaolognya.
Dalam demam pagi ni tekak dia nak makan choclate indulgunce SR, so terpaksalah saya ikutkan...dah ke kedai mamak tadi dia taknak makan pulak roti canai tu...i kat SR lah ni, sebab bank saya pergi ni dekat SR ni...



So dah dapat duit ni, miggu depan saya kena settelkan semua hutang piutang yg ada...lepas n bayar kereta dengan rumah jer....lega sangat rasanya. Abis belajar nanti saya cadang ubah tempoh pinjaman ni sebab rugi sangat kalau tgk beza pnjaman yg kita dapat dan nilai akhir yg kita bayar tu.


tapi orang macam saya ni, ke mana lagi nak mengadu (allah dah tentu)...pada kudrat sendiri jerlah, selagi kerja ni itu jer jalan yg agak senang w.pun rugi....dan ada kemampuan nak bayar.....harap sgt dalam 5 tahun akan dtg saya dah takde hutang personal loan ni...kalau faktor lain sy anggap tetap (ibu tunggal, anak seorang, rumah dan kereta yg sama, tapi for sure gaji dan pangkat naik ler) insyaallah lepas 5 tahun ni menyimpan 2,000 sebulan pun dah mampu kot....buat masa ni kalau dapat simpan 500 (dengan iltizam dan keazaman yg tinggi sebab takde hutang besar dan kecil selain dua tu...) bolehler berhenti kerja 45 tahun buatler apa2 yg patut...hehehee berangan free katanya kan....
Oklah...nak hantar hani dan nak ke u...
p/s :

1 cetusan rasa:

Hanis berkata...

Memang ada ketika, ada masa, dengan suami yang begitu, kita akan mengasihani diri kita dan anak2. Part anak tu yang hiba tak tentu hala... Tapi.. as time goes, heal dengan sendirinya..

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP