Selasa, Oktober 21, 2008

Dari secret resepi lagi

Assalamualaikum w.b.t


Wah...sebab internet laju kat sini hari ni lepak lagi kat SR. Kebetulan kan saya kata saya nak buat loan hari tu, rupa2nya ada balck list nama saya di luar kesedaran, ni cerita lama, yang saya beli motor utk abah dulu, lepas abah meninggal, saya atas cadangan ayah si hani pulangkan balik motor tu dan pada masa tu ada hutang tertunggak, jadinya, lepas pulang motor pak hj bncang2 dgn tokey kira settel lah kan. Lepas tu tutup cerita.


Rupanya, diluar kesedaran nama saya black list. Semuanya angkara hutang motor tu. Saya pun tak diberitahu yg saya berhutang lagi, nama saya diblack list lama dah sebab nak buat loan ni barulah tau nama saya black list. Dr minggu lepas saya call kedai motor di PD yg pak hj kenal baik sgt tuuuu....ta dapat2 macam2 katanya, boss takdelah, tak dapat lagi baki hutang sy dari KL lah...tup2 tadi bank call katanya, dia sendiri dah dapatkan, 4 ribu lebih...mangkuk betul!!!


Saya pun bergaduh2 dengan towkey tu dalam telefon tadi, saya kata kalau nak saya bayar, saya nak motor tu semula, ada ker dia kata dia dah lelong...dr bergaduh buat sakit ati saya bayar jerlah, melalui loan tulah...


Adaker towkey tu cakap dia dah deal dengan pak hj, dah call pak hj, apasal saya tak diberitau malah takde satu surat maklman pun kata saya berhutang dan nama dah black list. Ada hikmah juga saya buat loan baru tau nama ada black list. Selesai dah ni saya baru balik bank lah bagi surat full settlement tu.


Sejak single (?) ni saya takde bersedih2an, saya penuhkan betul2 masa saya. Sabtu ahad saya bawak hani ke perpustakaan ngeri, dia pun saya dah jadikan ahli, banyak aktiviti kanak2 kat stu. Adabilik hipermedia, dia boleh pilih tengok CD apa dia nak dan ada macam2 games pendidikan. Sabtu lepas, saya bulatkan tekad dan saya tengok hani pun okay, saya tinggalkan dia kat tgkt bawah, suka ati dia nak pilih apa aktiviti, saya naik atas bahagian dewasa, cari bahan utk assignment, buat assignment sekali sebab ada kemudahan internet dan ada juga kemudahan photostat. Selama ni tak terfikir nak ke state library.


Hani bukan main suka dapat tengok 'beribu2 buku' sampai tak tau nak pilih buku apa dah..tapi yang kelakarnya dia baca bukan main kuat lagi..., masa nak ke kaunter utk pinjam saya tengok salah sat buku kat tangan dia tajuknya, "langkah2 kerajaan membasmi penagihan dadah"....dia ambik sebab ada banyak gambar ilustrasi penagih dadah, gamabr pil dan dadah , dia tak baca tajuk terus dia pinjam...kelakar saya,beriya ia nak pinjam lepas baca tajuk baru dia perasan.... suka lah saya dengan aktiviti baru ni, semalam siap bawak buku pinjam tu ke sekolah, tunjuk kat kawan2 dahlah 2/3 kawannya nak jugak pergi ke library...dahlah si Hani pening tanya saya nak jawab apa kat best friendnya tu. hari ni hani ke hotel Allson Klana Resort untuk rehearsal konvo kanak2 6 tahun, dia buat persembahan dikir barat. happy dia....dahsyat konvo budak2 tadika sekarang nih , main htel 4/5 bintang jer...siap sekepala (saya lah tu) kena bayar RM50...ingat taknak pergi, tapi awal2 cikgu dah pesan siap2 kat saya suh datang....boring betul kalau hadir ke majlis gitu sebab saya kan single, yg datang pulak semua berpasang2...kita jer single...tu yg boring takde kawan tu...


Apapun, utk hani kena tebalkan muka jerlah hadir...mungkin ni saat2 yg takkan berulang lagi dalam hidup dia....tahun depan saya cadang duduk di serdang dan hani mungkin akan sekolah di ABIM Taman Seri Serdang...semalam survey kadar sewa rumah kat situ, ada jugaklah yg murah2, sesuailah utk kami dua beranak takat duduk setahun jer, lepas ni 2010 mungkin saya akan diposting ke tempat lain, pindahlah lagi kami....

5 cetusan rasa:

Cool berkata...

Go kak wa! hehehehe

Ok la tuh kakwa.. dari dok pikir serabut masalah suami isteri .. baik ngadap kehidupan yang ada terbentang depan mata..

Kak.. meh laa paste gambo hani.

Hanis berkata...

Kita tak boleh ubah suami kita. Kitalah yang ubah diri kita dan kehidupan kita kan. Selamat berjaya dan get the happiness always with or without.

Irfa berkata...

salam kak wa..
wah..seronok dgr citer hani.sy pun masa remaja dulu suka lepak kat library..dapat baca buku free..nak beli x mampu.

KV berkata...

wah, hebat konvo hani wat kat hotel tuu. ;)

Najah Farahin berkata...

salam..
rindu kat akak.pekabo?jeles nye luna bgtau dia dpt jumpa akak!
-najah-

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP