Khamis, Oktober 30, 2008

Syawal terakhir

Assalamualaikum w.b.t


Dulu masa bergaduh, ada dialog yang keluar dari pak haji yang mengatakan “cinta dan sayang’ tu tak boleh dipaksa. Tapi masa tu, saya sedih sangat dengar diaolog tu, rasa macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Bukan sekali dia cakap serupa macam tu, seingat saya, setiap kali gaduh saya akan makan hati berulang jantung dan terhiris hati dan perasaan kerana apa yang saya korban seolah tiada nilai bila keluar jer dialog tu. Kalau dialog tu keluar masa nak kahwin, bolehlah saya patah balik tapi dialog tu keluar lepas 5 tahun kawin...dah keluar anak pun...bila gaduh jer mula kata sayang tak boleh paksa....macam pura2 jer apa yang dipersembahkan pada kita selama ni????

Tapi hari ni, saya sedar dan berpijak di bumi nyata. Barulah saya rasa betapa ada benarnya diolog tu. Mungkin kami berdua cuba menyemai rasa kasih tu sekian lama....sejak 2000, dan mungkin bukan sepanjang tempoh tu kami gagal menyemai rasa kasih, tapi mungkin ada turun naiknya. Bagi saya mahupun suami, saya rasa tak mungkin langsung takde kasih tapi keadaan menyebabkan kasih tu berubah-ubah... sebab kita ada banyak pertentangan dalam cara berfikir dan bertindak...bila persefahaman dan tolak ansur ada, maka kasih pun tumbuh mekar..tapi bila pertentangan dan kontradick memanjang maka kasi pun seakan terkubur...

Adalah tidak benar kalau nak dikatakan yang kami berpura-pura saling berkasihan sepanjang tempoh tu. Kalau dulu, bergaduh, sakit hati saya kerana isu nafkah, isu tak ambil berat, isu tak adil dari segi masa. Tapi hari ni, saya rasa gaduh kami betul2 kerana memang takde titik persefahaman dan pertemuan....agaknya macam yang artis2 tu cakap kalau bercerailah kot?Pada masa ni, saya tak marah sedikitpun (terkilan adalah) hal isu nafkah dan ketidakdilan masa. Telah dicuba banyak kali juga rasanya, tapi titik itu semakin menjauh...jenuh juga saya mengingati detik kebahagian kami supaya dapat saya titiskan air mata kesedihan disaat ini dan akhirnya dapat memacu saya memujuk dan merayu suami balik ke sini...tpi mlngny gagal seluruhnya....

Kalau dulu, komunikasi kami berjalan lancar walaupun dalam banyak hal timbul isu dan pertentangan pendapat kerana saya akan beralah dan mendengar cadangan dan idea suami. Tapi agaknya semakin lama saya semakin naik tocang kerana serasanya banyak juga keputusan suami itu pada akhirnya tidaklah sebaik yang dijangka semasa keputusan dibuat. Tetapi tidaklah dapat saya pulangkan paku buah keras. Maka dalam diam saya belajar buat keputusan sendiri dalam banyak hal...maka mulalah timbul isu tak hormat, tak taat dan dikatakan ketepikan suami....

Letih juga ya bila kita sentiasa cuba mengikut keputusan orang dalam menentukan hala tuju hidup kita. Macam tulah saya ni, dalam hal sekecil2 perkara hinggalah kepada yang sebesar2ya semua ikut keputusan suami. Dari beli rumah, beli kereta, beli perkakas rumah, susun atur rumah, beli langsir sekalipun, semua keputusan suami. Mulanya saya suka sebab semuanya mudah dan senang, beli rumah dan kereta saya hanya pergi untuk sign S&P sahaja....banyak lagilah yang saya malas nak listkan...

Saya dapat bezakan perasaan saya sekarang dan dahulu. Dulu, saya bersemangat memasak dan melayan suami....tapi semakin lama saya rasa semakin terpaksa buat tu semua. Salah saya kah itu? Selepas dua tahun lebih dia sakit saya mula bosan. Saya bosan bukan sebab dia sakit tapi agaknya sebab dia masih macam itu...macam itu juga. Takde usaha nak berurut, saya minta ke fisioterapi pun begitu juga...malas dan menolak dengan katanya sel otaknya dah mati payah nak recover....tapi kalau supplement, beratus malah beribu pun sanggup dia beli....sbb nak jaga hati kawan.

Saya bersungut ni bkn sebab saya ni marah dan menyesal....tapi sebab saya rasa letih yang amat, ke kelas berulang, uruskan anak, kemas rumah, lepas tu dapat tambahan kerja mengurut...lagi itu sahaja....taunya menghulur kaki untuk diurut....ditambah dengan leterannya, suami sakit tak kesian. Dia penat berulang ke sinilah....macam terpaksa ajer bunyinya. Kadang2 nak juga minta kasihan sebab saya ni kan sakit pinggang teramat sakitnya....takde sapa peduli pun...

Maka eloklah rasanya kami berpisah. Keputusan nak bercerai tak dibuat lagi sebab saya risau hal tuntutan penjagaan anak. Takut sangat saya kalau dia tuntut hak nak anak kami. Saya berpisah bukan sebab dia sakit tapi saya rasa saya dah takde apa-apa lagi nak dibuat dengan dia dan dia sangat sombong dan tak pernah mengakui yang dia kini seorang OKU, dia kena ada juga usaha untuk ambil hati isteri yang banyak khidmat utk dia bukannya berleter dan berleter...juga perlu ada rasa terima kasih yang diucapkan, bukan menyindir dan menuntut sesuatu yang diluar keupayaan saya...

Nak tau tak apa yng berlaku pd malam dia lari balik ke PD tu. Malam tu, maghrib sebenarnya selepas saya ke kedai belikan top up saya dan dia dan sepatutnya saya terus ke CC, tapi saya balik ke rumah sebab pen drive tertiggal dan kami keluar sekali naik kereta sama dan saya hantar dia ke surau dan saya dan hani ke CC dekat dengan surau tu dan dia minta saya ambil lepas isyak. Lepas isyak saya dan hani teruslah ke surau tu untuk ambil dia , tapi sebab dia ada majlis ilmu saya dan hani ke kedai dekat tu juga sebab nak beli bahan utk buat cucur udang (permintaan dia sejak petang) dan hani pun ada masuk ke surau dan panggil ayah dan ayah kata suruh tunggu sekejap....alang2 tunggu saya ke kdailah dulu....

Saya terambil lah masa lama sikit kat kedai tapi takdelah lebih setengah jam, bila balik ke surau tu, saya tengok hj dah takde, saya terfikir mana pulak dia ni, saya terus balik rumah, bila balik saya tengok kereta pak hj pun dah takde. Saya call banyak kali tak berjawab, saya sms pun tak berjawab. Malam tu saya tunggu sampai jam 2 pun dia tak balik2, mulanya saya ingat dia joint jemaah dari pakistan yang ada di seremban 2. Esoknya saya sms petang baru dia jawab....panjang juga, tapi saya padam dah sms tu, tapi ayat terakhir tu ada tertanam dalam kepala ni, katanya ....”abang tak menyesal kalau berpisah dengan kau”...itu yang keras hati saya kali ni sebab cabaran dalam ayat dia tu buat saya rasa macam nak pulangkan 100x apa yang dia cakap tu pada dia semula, kalau dia tak menyesal, saya ni lagilah gembira...macam terlepas dari beban jer rasanya....

Kalau anda ada baca apa yang saya tulis dalam blog ni sejak 2006 lagi, tentu tau perasaan saya macam mana setiap kali saya bergaduh dan pak hj lari tak balik2 rumah saya. Kan saya macam orang tak betul...sampai cakap2 dengan dinding semua....menangis toksah cakaplah...memang saya tak mau bercerai2 ni..kalau boleh nak sampai akhir hayat....macam tak keruan saya..macam hilang pertimbangan jugaklah..tak kisahlah apa pak haji buat, pada mata saya tetap saya yang salah...maka merayu2lah saya dan memujuk dia balik ke sini semula. Dan benda2 macam tu berulang lagi dan lagi.

Tapi gaduh kali ni saya rasa lain macam sungguh. Takde setitik air mata saya yang gugur. Cuma hari sabtu tu jer saya menangis bila saya telefon sahabat baik saya yang berada di Labuan.Saya luahkan perasaan dan lepas geram pada dia sebab saya kesian dengan anak saya yang demam berpanjangan, tak baik2 sampailah hari ni (29/10/2008). Hari sabtu tu dalam demam2 saya terpaksa juga hantar dia ke sekolah sebab takde siapa lagi yang boleh jaga dia. Dalam hati saya macam berat jer andaian yang mengatakan dia rindukan ayahnya. Tu yang sedih sangat hati saya tu, sambil bawak kereta sambil telefon kawan saya sambil menangis2, kat luar kereta pun hujan masa tu....

Hari ahad tu saya penuhkan masa dengan dia dan saya tunaikan apa yang dia nak. Hari isnin saya ada kelas lagi dan kemudian saya balik kelas petang tu terus ambik dia dari sekolah dan balik kampung. Hari selasa hani ponteng sekolah jer...badan dia masih juga panas. Risaunya saya. Dah berapa malam saya tido tak betul2 lena sebab asyik bangun basahkan tuala dan lap badan dan ketiak dia dengan tuala basah tu, sejuk sikit lepas tu panas semula. Sebab panas sangat dua kali saya kejut dia bangun makan ubat. Tengah malam dan subuh...dalam merengek2 tu abis jugak dia makan ubat....kesiannya saya pada buah hati saya tu....


Tapi adakah ayahnya terfikir kebajikan dan kesihatan anak? Wajarkah matikan diri begitu sahaja. Saya tau dia ada di PD (mula2 saya andaikan dia keluar 40 hari), takdekah sekelumit dalam fikiran dia fikir apalah yang anak ni rasa sebab ayah tak balik2... sihat ke...sakit ker...[hal saya tak payah fikirlah sebab saya ni memang dah terlebih berdikari dah]. Saya pernah tanay soalan ket hj kenapa kalau gaduh ngan Aza takde pulak duduk rumah saya berlama2, kalau gaduh degan saya boleh pulak duduk rumah aza berlama2 tak balik2 rumah saya. Jawabnya senang bangat...katanya saya berdikari, aza kaau gaduh nanti anak2 jadik mangsa, saya takde hal, ok jer...adakr itu rasionalnya????.

Semalam saya ambil Hani separuh hari, risau dengan kesihata dia, jam 2 ambil dia terus bawa ke klinik kesihatan, cikgu pun risau sama tengok demam berpanjangan. Menjerit2 masa diambil darahnya dan alhamdulllah takde denggi (selang dua rumah ada kes denggi). Malam tadi demam kuat lagi, sampai mak saya suruh saya letak baju ayahnya yang tak basuh lagi, biar ada bau2 badan ayahnya.


Entah dari mana mak saya dapat ilham kata Hani rindu ayahnya sebab dengan mak saya siang2 saya dah cakap suami saya keluar lama (40 hari) supaya dia tak banyak tanya. Mcm saya cakap dulu2 apa2 masalah r.tangga saya sekelumit pun mak saya tak pernah dan tak ambil tau. Yang mak saya tau hani rindu sebab lama tak jumpa ayah. Kebetulan petangnya saya kemas2 bilik ayah, terjumpa pulak sehelai baju pagoda dia terjatuh tepi katil, dan bau badannya memang kuat, subuh2 tadi bila rasa badan hani panas lagi saya letakkan sebagai alas kepala dia...yang peliknya saya tetap tak sedih...saya cool ajer...cuma risau dengan hani


Dari cerita ni memang anda semua akan nampak macam bodoh jer punca atau sebab kami gaduh [tapi mana ada gaduh2 jerit2 kan? last sekali kami cakap2 elok jer masa on the way ke surau hantar dia maghrib tu] alih2 lambat ambik lepas isyak punya pasal, terus lari...kata tak hormatlah apa2lah...sampai hani pun pelik sungguh, katanya kenapalah ayah tak miss called ataupun sms bagitau dah siap, on the spot saya boleh lari dari kedai tu yang sepelaung jer dar surau tu...bukan hal besar pun, sebab prepaid saya dah top up kan sebelumnya....susah sgtker nak tekan satu dua punat PDA dia tu???


Dari 9 syawal dia bolah tu...sampailah hari ni dah 30 syawal....dah 21 hari dah...fikirlah patut tak patut. Kalau saya call ni dah tentu ntah apa lagi dialog2 panas dia akan keluar...buat saya sedih dan rasa down jer nanti [saat2 macam ni baik jaga hati sendiri dulu, kalau down sendiri susah ...kan ker nak exam ni kalau emo, macamana nak study]. Yang Hani pulak entah bila nak 'mampu' dan ada kekuatan nak call ayah tak taulah. Hp dah bagi dibuatnya belek2 dan call cikgu2 pulak....bukan saya larang pun...lagi saya suruh dia, siap marah2 suh call ayah, dia pulak menjerit2 cakap kakak tak mau...kali ni sekali lagi diungkap kata tak mau binti sidek nak binti salwa pulak bila saya cakap dia takkan putus dengan ayah sbab namanya binti sidek dan darahnya adalah darah sidek+salwa....

19 cetusan rasa:

Sya berkata...

Kalau berpisah Hani anak perempuan akan dpt dijaga oleh Salwa.. lagipun Salwa dah cakap yg Pak Aji tu sakit tak mampu menjaga diri sendiri apa lagik menjaga anak.. jadi Hadanah akan menjadi hak Salwa

Zareda Norman berkata...

salwa
betul cakap kak sya tu.. kalau tak dapat pun boleh fight dengan lawyer.

Kak zar tak nak komen apa apa.. tapi membaca dan cuba memahami apa yang salwa rasa. Berat dugaan kali ni, apa apapun harap salwa sabar dan hadapai exam dengan penuh semangat ok..

Ummi berkata...

salam,

berat sungguh dugaan salwa

orang luar hanya mampu menilai tapi diri sendiri yang menanggungnya

lain orang lain dugaannya

mungkin inilah masa yang sesuai untuk tenang dan berfikir sebaik-baiknya

beginilah orang OKU, suka berkecil hati, mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dan macam-macam lagi

apa-apapun ummi harap kalau salwa boleh bersabar, bersabarlah

lupakan segala masalah dan hadapi exam dengan tenang

Maryam berkata...

sayunya saya baca tentang hani... rindu tapi takmau mengaku. macam orang dewasa. tapi dia tetap kanak-kanak, rindu tak terucap sampai demam-demam.

kak wa jawab exam baik-baik ya..

Cool berkata...

Kak... sabar ye....

*hug*

Tanpa Nama berkata...

*hugs..

all the best for the exam..semoga diberi kekuatan luar biasa untuk menghadapi semua masalah..

KLMari berkata...

Kak ....sekian lama saya ikut dan baca blog akak ni, since dari blog lama lagi...Akak sememangnya sangat tabah...Saya juga tak dpt komen apa apa, cuma saya doakan yang terbaik untuk Akak dan Hani yang masih kecil...All the best untuk exam nanti...Moga berjaya !!!

Irfa berkata...

salam kak wa..
akak sbnrnya tahu apa yg terbaik utk akak dan hani.."hug"

izawani berkata...

Hmmm.... cerita hidup salwa macam roda... berpusing pusing... ke atas kebawah... dan ke atas semula...

Suami akak dulu, sihat walafiat pun asik kecik hati, marah marah kalau akak lewat biarpun lima minit... Mungkin faktor dia OKU dan dah berumur buat dia semakin rendah diri ?

Kalau Salwa rasa tak sayang dia, kalau dia hidup menyusahkan salwa, adakah jika dia 'tiada' dan 'pergi' tak kembali, salwa dapat terima keadaan tu ? (Kalau akak... tak mau tak mau... benci mana pun akak pada suami, akak tetapppppp tak mau dia 'pergi' dulu dari akak)

Cuba fikirkan...

Cuba... cuba la... mana tahu kot berkesan, tulislah sepucuk surat, cerita keadaan sebenarnya malam dia lari tu, apa yang salwa buat, supaya dia tau cerita sampai habis apa sebenarnya yang salwa niat... niat baik salwa...

Salwa usah mengalah, cuma tulis kenyataan sebenar. Kot dia terfikir semula... dan mengalah... mana tau kan ?

Sebab akak buat cam tu kat hubby... biar dia faham apa yang dia silap faham tuh... dan dia yang akan pujuk kita semula... kan ?

Kan tak bagus bergaduh perkara yang tersangat kecik dan berpisah disebabkan hal tu ? Kesian kat Hani...

Pasal kata kata dia 'tak menyesal' semua tu... jangan la kecik ati... Suami akak pun kekadang kata memacam masa marah... masa marah la... lepas marah... baik semula...

Pasal picit kaki tu... ala... akak pun bosan gak picit paler suami akak tuh... tapi... lepas abis bosan... picit semula... hehehe...

Biasalah bila bergaduh... memang la kita kecik hati... dan dia pun memang la kata memacam...

Suami isteri... memang la suka bergaduh...

Kalaulah dapat... kalau dapat la...
Tanam dalam fikiran...
"Bukan suami aku jer perangai macam ni... suami orang lain pun serupa juga..."

Sebab, suami akak pun sama gak perangai... cuma... cuma... dia tak ada tempat lain dah nak pegi kalau gaduh... hehehe... itu jer....

Apa apa hal pun... semoga salwa buat keputusan yang tepat dan salwa bahagia... dan hani juga gembira...
Kesian kat hani... Akak rasa, dia bahagia kalau salwa bahagia... tak kira apa saja keputusan salwa...

kakLuna berkata...

antara bersetuju dgn pendapat kak izawani dan keputusan yg bakal akak buat, tak dapat tidak saya lebih bersetuju dgn keadaan kedua (bercerai).

ni krn, spjg perjalanan idup akak sehingga ke syawal akhir ni, akak telah melakukan segala langkah yg perlu tetapi nyata tidak berhasil.

saya rasa mmg inilah hari nya keputusan itu direalisasikan tanpa menoleh lagi ke belakang.

Pnut berkata...

Wa-masa adik sy bermasalah dengan rumah tangga dia dulu, satu je soalan mak saya pada adik saya
"mana lebih bahagia ada laki ke takder laki?"

adik saya jawab, lagi aman hidup dia tak der laki, kalau ada laki tapi macam tak ada laki, menyakitkan hati, end up adik saya berpisah, dan ternyata mmg dia lebih bahagia tanpa seorang suami..

Tanpa Nama berkata...

Salwa dear salam,

Kak dah lama baca citer salwa dari awal dulu then baru arini terjumpa balik ur new link

Nasihat kak do things 1 by 1,buat yg penting dulu..habiskan exam bila dah selesai then sit down and think deeply what u really want in life

Dont worry bab anak bawah 7 tahun akan ikut ibu

Betol apa mak pnut kata,sebab dulu masa akak nak bercerai abah tanya,kalau kau dah buat keputusan ko tak bahagia,buat la semasa umor muda kalau dah tua tak guna dia kata,and semua ada hikmah

Whatever good memories u keep it,what ever bad just delete it from ur hard disc thats how kita tak akan ada rasa marah berterusan

All the best salwa,once move forward dont ever look back

Tanpa Nama berkata...

Salwa dear salam,

Kak dah lama baca citer salwa dari awal dulu then baru arini terjumpa balik ur new link

Nasihat kak do things 1 by 1,buat yg penting dulu..habiskan exam bila dah selesai then sit down and think deeply what u really want in life

Dont worry bab anak bawah 7 tahun akan ikut ibu

Betol apa mak pnut kata,sebab dulu masa akak nak bercerai abah tanya,kalau kau dah buat keputusan ko tak bahagia,buat la semasa umor muda kalau dah tua tak guna dia kata,and semua ada hikmah

Whatever good memories u keep it,what ever bad just delete it from ur hard disc thats how kita tak akan ada rasa marah berterusan

All the best salwa,once move forward dont ever look back

Tanpa Nama berkata...

Salwa dear salam,

Kak dah lama baca citer salwa dari awal dulu then baru arini terjumpa balik ur new link

Nasihat kak do things 1 by 1,buat yg penting dulu..habiskan exam bila dah selesai then sit down and think deeply what u really want in life

Dont worry bab anak bawah 7 tahun akan ikut ibu

Betol apa mak pnut kata,sebab dulu masa akak nak bercerai abah tanya,kalau kau dah buat keputusan ko tak bahagia,buat la semasa umor muda kalau dah tua tak guna dia kata,and semua ada hikmah

Whatever good memories u keep it,what ever bad just delete it from ur hard disc thats how kita tak akan ada rasa marah berterusan

All the best salwa,once move forward dont ever look back

Tanpa Nama berkata...

Salwa
Niat terpendam Wa kata nak berhijrah... hijrah ler Wa..dari dalam kegelapan, kesengsaraan, kepada kehidupan yg cerah dan bahagia. Ada kebahagian di hujung tunnel. Ada cahaya di sebelah sana.
Allah dah bagi peluang Wa beberapa kali, maybe ini peluang terakhir Wa keluar daripada kesengsaraan ini.

Dengar lah kata hati sendiri. InsyAllah, Allah akan bersama-mu.

Tada masalah tak boleh selesai.Cuma Wa saja yg boleh.Orang lain cuma boleh nasihat. Semua tindakan adalah di pihak Wa.Kuasa executivenya ditangan Wa.

zino berkata...

berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

fikirkan lah baik baik apa yg terbaik utk hani..dan masa depan salwa sendiri..apa saja yg berlaku itu adalah takdir utk kita..

semuga salwa dapat keluar dari kemelut ini.. amin..

MOKCIK AZWA berkata...

Apapun keputusan salwa, azwa pasti salwa telahpun memikirkan kesan dan akibatnya sedalam2nya...pohonlah padaNYa kerana Dia lah yang lebih mengetahui hikmah disebalik semua ini.

Kasihan Hani, mungkin ada benarnya tu dia demam rindu kat ayahnya.

all the best untuk salwa dan hani.

Tanpa Nama berkata...

Tepuk dada tanya selera. Betapa berat mata memandang - berat lagi bahu memikul.


Saya faham kemelut Salwa. Dan saya juga faham keprihatinan kawan-kawan yang lain.


Anak demam rindu - ngapa bapa dia tak pulak fikir kesan ini? Kenapa semuanya akan terbeban atas Salwa sendiri? Kenapa semuanya salah Salwa? Kenapa Pak Haji terlalu ego dengan perasaan sendiri dan sanggup menganiayai perasaan anak dan isteri sendiri?


Ye - ramai akan kata, Bergegar tiang arasy jika memohon cerai. Tapi cerai ialah sesuatu perkata halal (walaupun dibenci Tuhan). Dibenci kerana sepatutnya ada jalan penyelesaian antara dua pihak yang terlibat. Tetapi penyelesaian itu tidak akan dapat ditemui jika hanya satu pihak yang mengambil berat akan institusi perkahwinan ini dan sementara pihak yang lagi satu terusan menzalimi anak dan isteri atas dasar kepentingan diri sendiri (supaya terusan ditanggung isteri) dengan tidak memikul tanggungjawap zahir dan batin. Maka sebab itu cerai dihalalkan supaya segala kezaliman ini dapat dihentikan. Isteri juga mempunya hak di sisi syarak.


Walaubagaimana pun segala keputusan di atas tangan Salwa. Ramai ibu-ibu tunggal telah berjaya mendidik anak secara sendirian tanpa suami. Kestabilan emosi anak bergantung kepada kebijaksanaan ibu dan bapa mereka untuk menanganinya.


Tiada guna teruskan perkahwinan jika hidup hanya berpura-pura.



Maaf jika kata-kata saya menyinggung perasaan Salwa tetapi saya telah mengikuti blog Salwa secara senyap sejak dahulu dan saya rasa Pak Haji ialah seorang yang tidak bertanggungjawap .

Hanis berkata...

I ni yang somi karkun, dan lebih kurang suami berperangai sama dengan Salwa, esp. time gaduh tu. Wah , dalam Islam boleh pisahkan isteri dari bilik tidur kalau dia degil.. boleh pukul. tapi dalam islam juga cakap tak bagus kalau tak bertegur sapa lebih dari 3 hari kan.. kesalahan isteri pun macamana..


dan yang paling tak boleh tahan, alasan dia kenapa duduk rumah K.aza tu.. sebab anak2 jadik mangsa? means.. kena ker kita buat macam tu nak dapat perhatian suami?

I tell you, my suami pun sama! Alasan2 yang bodoh2 yang boleh gila kalau nak absorb. langsung tak islamic.


The only islamic is pegi masjid, solat, puasa, dakwah, 40 days.. anak2 , bini, nafkah, kurenggg.. sometimes tak ada.

I know nak mulakan cerai susah. tell me about it. and i can guarantee you, if dia datang baik2 dengan you hari ni, terus niat cerai tu tak jadi...

Like my mum said.. deal with a husband like that since tak nak cerai.. dun complaint. kerja ada duit sendiri.. dun rely on him...

I lagi dahsyat da.. i lari terus hehe..

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP