Saya baru abis exam, pagi tadi masa pergi ke U, saya lalulah jalan dalam w.pun tak pernah lalu dengan memandu sendiri, sebab keluar jer penginapan saya ni, sy tengok signboard ke kiri menghala bangi so ikut jerlah, drpd ikut lebuhraya, kena keluar duit. 17 minit jer dah sampai. Fuuhhh senangnya!
Wah balik pun, saya ikut jugaklah jalan sama, boleh released tension lepas perah otak jawab peksa, tambah2 pulak minyak dah hampir habis tapi agaknya saya terlepas satu signboard kot ataupun tak persan simpang yang betul, sampai sesat barat saya, tak sampai2 ke sepang ni, sampai ke Salak Tinggi pulak dah, dah tu saya termasuk pulak ke lebuhraya nak ke KLIA tu...buang masa betul...
Perut saya pulak ntah apa kenanya menggigil2 lapar, kaki plk rasa lenguh semacam...walhal pagi tadi breakfast dah kat hotel ni, agaknya jawab peksa boleh buat perut lapar kot sebab banyak sangat otak guna O2, ni baru selesai ta'am ni, sebelum kelas mula ni surf lah kejap kat dewan makan ni.
Terkejut jugak saya bila baca komen2 tapi saya memang dah jangka. Vaa vaa vaaaa... panasssss..... apapun 'I'm open', saya berbesar hati sebenarnya ada kawan menegur. Maksudnya ramai yang ikhlas dan kasihan (ntah simpati ker empathy ni?), saya pun tak dapat agak respond sebegini yang akan diterima....bermacam rencam...
Terasa-rasa pulak saya yang audien yang membaca ni macam terlebih emosional plak dari saya [ramai lak kang terasa nih]. Niat asal saya cerita semata-mata nak released tension, lepas tulis blog saya rasa lega, lega sesangat...baru boleh study, dah lepaskan geram, tapi yang membaca agaknya terlalu terbawa2 dengan permasalahan saya ni [ada yang termimpi2 atau kongsi dengan kawan2 lain ker?]. Dah jadik lain plak kan nampak gayanya, at this stage dah jadik polemik plak kat sini, ada pro and cons nya.
Walhal saya okay2 aja dong..boleh makan dengan kenyang, boleh study sampai tak tido malam, boleh drive sana-sini, sepanjang sebulan tu macam2 saya beli tau....selama ni saya tak suka pakai barang kemas, masa pak haji takde siap beli rantai tangan emas dan 2 cincin lagi...siap boleh berkebun tanam ubi kayu [mak bawa dari kampung], siap petang-petang boleh tebang dahan2 pokok mangga, mesin rumput kasi keluar peluh...masa Hani ke sekolah siap ke parkson, jaya jusco window shopping kejap, gi kedai langsir kat Senawang, survey kedai belajar menjahit....beli kain2 batik dan kain ela serta cadar untuk berniaga di kampung..eh macam2 saya buat tau...
Apapun hidup kena terus...saya dah immune dah masalah ni, masalah saya adalah saya takde medium untuk communication, maksud saya komunikasi berkesan, takde sapa saya nak sampaikan, kalau cadangan kak wani tu, tulis diari, ohh tu saya dah biasa dah, pernah saya buat entry dulu siap dengan gambar saya ambil tulisan saya macam2 kaler ikut emosi pada 2/3 tahun awal perkahwinan. Memanglah tak manis tulis kat blog...dan sebenarnya saya pun tak reti nak kata berapa persen sebenarnya masalah yang kat blog ni menggambarkan masalah sebenar.
Orang kan kalau tengah marah...mesti keluar apa2 yang negatif, keluar benda2 yang dia nak marah serupa macam membebel lah, sudahnya audien yang terima tu takkan dapat makna tersirat daripada mesej tu sebab yang dia ingat benda2 buruk yang saya bebel tulah...silap saya lah tu...memang keseluruhan cerita saya tulis ni cerita ammarah dan bebelan saya semata-mata. Memang ia menggambarkan realiti 'sengketa' kami tapi bukanlah semuanya saya bebelkan, tentulah saya pilih2, yg mana ada dalam hati [bukan pakai otak sangat bila marah ni] yang rasa geram, nyampah tu saya luahkanlah...
Ini maknanya komunikasi sehala, mesej yang sampai adalah dari saya sahaja, semata-mata! Oh ya, statement ni bukan untuk digunakan sebagai pembelaan, takde sapa suruh saya bela diri pun kan Pn Azwa, bukan ada hakim kan....tapi saya tak salahkan komen2 tu, semua betul sebab anda hanya baca dan mesej yang sampai pada anda adalah berdasarkan info dari saya...walhal saya tentulah masa marah tu takdelah nak cerita hal selain dari kebaikan, pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan SAYA...dan semua cerita lain dalam masalah ni dan persengketaan ini dan sebelum ini tak timbul sebab saya memang tak fikir nak cerita sebab kita marah dan kita nak release tension diri kita sendiri....
Untuk saya, as i said early, NO BIG DEAL! Anda semua berhak tulis apa sahaja, saya terima seadanya, semua tu atas kelemahan saya, samaada betul atau tidak pandangan tu, pembaca lain boleh menilai, kan yang membaca ni pandai2 belaka, yer dak? Boleh apply jadik kaunselor rumahtangga semua2 ni...
Saya ni tengah perang dengan exam, tau? Saya ni duduk sensorang, tau dak? kehulu kehilir sorang, solo jer, kalau bercakap pun, dengan kawan saya yang kat labuan tu ler, selain Hani...tu pun mesti banyak bil bulan ni..., saya sedar sangat berdosa tulis ni, tapi saya anggap yg baca ni kawan2 belaka, yang kenal saya, saya anggap tak ada silent reader yg berniat jahat, ada mens rea terhadap saya, pastu blame saya... sebab saya takde niat lain, just share my problem dari pandangan saya dengan semua sahabat saya kat sini. Sapa bukan kawan saya, sila jangan ikut campur ya....
kalau ikut sejarah dulu2 takde orang pelik2 baca blog ni, lelaki yang baca ada dua orang jer, satu en wan kat mekah dan satu lagi en joe kat shah alam. Dua2 tu dah perkenalkan diri kat saya dan ada no hp saya pun, yg lain2 en zino lah, lain dr tu tak tauler pulak....yang perempuan, yang ada bag komen2 tu ler dan adalah beberapa pelajar IPT yang ada email saya dulu minta saya invite.
Yang kutuk2 takat ni takdelah pulak email ke saya, kalau mintak nasihat camana nak poligami tu adalah yg email. Jadik, kita sesama kita jer kat sini, dan ramai yg baca dan exposed diri ni semua dari kalangan kumpulan pengurusan dan profesional, semua berpendidikan dan berfikiran terbuka saya rasa...harapnya kita bincang dengan hati terbuka dan berlapang dada...
Hidup anda mungkin bahagia kerana anda mendapat apa yang dkehendaki dengan sempurna dan menepati piawaian anda. Macam saya, saya ada yang dapat ada yang tidak, ada yang dapat tapi tak sempurna, tapi mungkin sebab saya nak jugak walaupun tak sempurna dan tak memenuhi spesifikasi, daripada saya buang semua dan membazirkan keseluruhan pakej tu, baiklah saya gunakan kemudahan sedikit yang ada tu...life is short...
Saya beli barang emas, saya beli pakaian, saya beli itu ini, tapi tu tak bawa bahagialah...tak suka pun! sudahnya rantai tangan dan cincin simpan jer, lemas bila pakai, terganggu bila nak menulis, so cakap dengan hani tunggu dia besar kasi kat dia, kalau ke majlis2 bolehlah kot pakai tekdelah kosong ajer...
Eh kemana saya ni? Macamni, camana kalau saya terpaksa kata [masa saya marah hal ni saya simpan ajerlah,yer dak tak teringat pun nk citer] tahun ni dan tahun lepas pak haji kasi saya [pinjam sebenarnya, dia minta ganti jugak tapi tak bayar takdelah dia marah sehari dua ni] sebanyak RM 11 K, dia sebenarnya ada bagi saya kamera CASIO 4.1 megapixel, pastu baru beli kamera canon tu, pintu dan tiles depan rumah yang baru tu katanya semua kos ditanggung Aza dan dibuat masa dia keluar 40 hari...da tak beli baju saya dan anak begitu juga baju Aza dan anak2 dia kat sana sebab aza ada kakak yang banyak duit tak kahwin2 yang sangat sayang dengan anak2 aza, so majoriti kakak dia sponsor...baju raya pertama jer tu pun kengkawan buatkan...point saya dia memang teruk hal2 macam ni, aza pun ada cerita jugak...kalau dia belikan baju pun adalah dua helai jubah kaler hitam dengan purdahnya kat saya dan Aza, tu pun masa sihat dulu...
Tak guna saya cakap benda2 ni, sebab nanti adalah yg kata saya ni hipokrit, cerita buruk suami buruk sendiri sembunyi, yerlah...buruk saya kenalah tanya hani dan pak haji, panjang lebar nanti dia senaraikan, cumanya saya nak kata ni catatan di alam maya, komunikasi sehala jer ni, tu sebab komunikasi ni tak berkesan tetapi ia hanyalah sebagai medium komunikasi interpersonal sehala....kalau anda duduk sebelah saya, mesti saya boleh cerita macam2, macam apa yang saya cerita dekat kawan saya yang kat labuan tu...so janganlah terima bulat2 dengan penuh emosinal terhadap permasalahan saya ni, tapi kalau anda dekat pun tak larat nak borak dengan saya, hah...baca jerlah sebagai kawan, kan...macam2 ada gaya penulisan dalam blog ni, tapi sytle saya nak buat genre begini.
Nanti2lah...terasa2 nak stop ajer blog ni ataupun private buat bacaan diri sendiri, sebab saya aya pun dah teremosional [bukan marah yer, tapi terkesan pada perasaan saya jer] sama dengan pengkomen2... sudahnya dari tujuan tulis blog nak release tension jadik sebaliknya plak. Apapun nanti saya putuskan, tentang pandangan kata tak sesuai tulis macamni kat blog tu saya terima dengan lapang dada, cuma saya ni jenis terbuka, takde tertutup2...open, tapi open saya ikut apa ada dalam hati dan fikiran saya masa tulis entry tulah....bukan kata2 tu ajer tau, kat office dan dengan coursemate sekarang ni pun kalau ada masalah saya sentiasa gagal sembunyikan air muka susah hati saya...LOL...
Terakhir dari saya, maaf atas kesilapan saya 'memasukkan' anda dalam permasalahan ini, takde niat asalnya, sajer nak lepaskan tekanan sebab nak periksa dengan anak demam dan masalah lain [mcm org lain takde masalahkan?], tapi saya terbawa2 jugak akhirnya untuk ikut rentak audien kat sini, patutnya saya tak perlulah balas komen2 macam saya buat dulu2...yang terbaik abaikan ajer [berdiam2 lebih baik,kan] dan terus tulis entry macam takde apa-apa....waaahhh macam marah jer, benarnya berterus terang...
p/s: saya tanya pak hj pagi tu pasal cerai tu, saya tanya semasa saya menumbuk cili padi dengan sekuat2 hati saya [senada dengan emosi marah] masa nak buat nasik goreng, pak haji jawab dalam nada perlahan [terkejut dan ego dia tercabar] dan macam terpaksa [dr air muka dia] , "kalau dah rasa tak boleh nak bertolak ansur dengan abang, failkan ajerlah cerai tu", kemudian saya jawab, sambil bangun dari duduk menumbuk cili dan terus berdiri cekak pinggang, "saya tak bertolak ansur ker abang yang tak berterus terang", dia jawab, "abis tu kenapa malam tu abang tunggu lama, abang call berkali2 tak jawab?", "abis kenapa abang tak mesej?", dia senyap dan senyum...bagi orang yang pernah bercerai, macam tanpa nama, me moi, paya rumput mungkin cerai tu takde makna yang besar sebab mereka dah tempuh semua tu, dah melepasi tempuh2 getir berperang dengan perasaan [pak hj selalu guna istilah 'pecah hati'] macam tulah nilai cerai kt pada pak haji sebab dia dah melalui tempuh cerai tu, melalui perbicaraan tuntuhan hadhanah [gagal], dan sekarang tunggu keputusan harta sepencarian, satu pengalaman getir dan dia dah immune dengan cerai...cerai bagi dia sesuatu yg biasa, aza pun kena macam saya jugak, dan aza lagi berani, kalau gaduh dia minta cerai dulu...even pak hj klau gaduh dengan aza dia pun kata, sebab anak2 perkahwinan ni diteruskan [dia jenis suka guna cerai sebab dah sakit, malas nak fikir dan sebab utama dia dah phobia dengan perkahwinan yang panjang tetapi akhirnya gagal dan masalahnya panjang samai ke hari ni, dengan masalah anak2, bagi dia masalah hani dengan saya ni ciput jer...]
Tambah2 pulak bagi orang yang dibesarkan oleh seorang ayah yang kahwin empat, ada 28 adik beradik, dia dibesarkan oleh mak no 3,sedanga dik2 lain terpisah2, membesar dengan adik2 tiri dan dibiayai oleh bapa tiri, kejap pergi duduk rumah anak2 mak no 2...semua ni adalah biasa..biasa sangat..sbab mak dia cerai dan kahwin dengan bapak tiri dan ayahnya kahwin pula isteri no 4 [masih hidup lagi]...tapi tu semua saya tak ceritalah...macam kak wani cakap tu sama dengan kak aza cakap...tapi macam cliche jer,kan...eh..malas nak teruskan buat masa ni sebab saya dah nampak yang juih2 bibir bila baca ni, meluat...tapi apapun saya masih di sini [hotel] sebab ikut saya, bukannya saya nak bagi seluruh kehidupan saya pd perkahwinan ni...
Kalau bolehlah saya nak hidup macam ibu tunggal, nak bebas buat keputusan, buat apa sesuka hati, tapi saya nak ada suami bila saya perlu [macam ajaran sesat jer ni], tapi tak boleh, sebab pak hj kata apa2 dosa saya perbuatan saya dia yang tanggung....tulah masalahnya, rasa macam nak buat MoU dengan syarat2nya tapi realitinya mana boleh...kalau boleh bila saya ada masalah anak bila kena kerja, anytime saya boleh bagi jer kat kak aza dan pak haji dengan senang hati [kalau cerai mesti lain perasaannya], kalau ada masalah kerja dan masalah yg perlukan buah fikiran dia saya cerita dan boleh minta pandangan, tanpa ada gap..ada halangan [bercerita sebagai suami isteri, bukan sebagai bekas suami], takkan dah cerai saya nak suruh dia tolong bantu saya pulak...yang penting saya taknak gaduh ... sebab bila gaduh tu dia lari lepas tu terus nak cerai2....tu sebab saya taknak ada komitmen sebagai isteri sepanjang masa, saya nak dia wujud sebagai suami bila saya rasa saya mampu, ada masa, takde tekanan.... so takdelah jadik gaduh kerap sangat...sebab saya tau kemampuan saya, saya tak boleh nak jadik macamana aza layan dia, yg pada sy tip top...bg sy part yang sy mampu pun dah cukup dah...tp bila cuti ker oklah, tapi tulah nak buat begini pun ada risikonya...ntahlah zaman dah berbeza saya pun tak tau nak kategorikan macamana saya ni, t.jawab suami isteri dah ada dlm islam tp sebab dah ada kepincangan di situ, semuanya kena diubahsuai, kalau peranan suami tip top maka balance kalau saya pun bagi tip top, tapi sebab dah pincang, maka tak adillah utk saya bg tip top malah sy pun tak mampu nak bagi..kat situlah jadik pertembungan yang menimbulkan krisis, hal tak bg t.jwb tu macam sy dah immune, tp hal nak menangani emosi gila tu sy hilang sabar...lepas tu bercambahlah masalah2 lain...timbul hal poligami, madu, anak tiri, nafkah, kebajikan, dll.
Macam gaduh hari tu semua sebab sy nak siapkan assignment saya, nak kena gi CC sebab ada email penting, sebab saya tak masak petang tu sibuk buat tugasan jugak [dia pun ckp nak makan cucur udang jer lps isyak], dah tu giliran dia kat rumah saya masa saya takde kuliah, tapi masa tulah saya nak kena buat tugasan sebab masa dia takde saya pulak dah pergi kelas...memang 1st semester ni saya sangat2 penat dan terasa bila dia ada saya tak boleh nak bahagikan masa dan saya rasa dia menganggu...tapi saya tak berani nak suruh dia jangan datang...cuma saya ajak dia makan luar dan saya tak masak kecuali hari ahad sahaja. tapi perkahwinan mana boleh macam tu, saya ni nak half-half, ada part saya nak jadi ibu tunggal, ada part saya nak ada suami, macamana tu...Akhirnya saya nak cakap ni, kalau menurut teori maslow dalam kajiannya, manusia ada 5 tingkat keperluan, dan tingkat keperluan yang paling asas dalam teori ini adalah keperluan manusia untuk makan, minum dan seks, lepas tu tingkat 2 keperluan jaminan/keselamatan, tingkat 3 keperluan penerimaan/penggabungan, tingkat 4 keperluan penghargaan dan keperluan tahap 5 keperluan terhadap pencapaian hasrat diri.....so tulah keperluan manusia ikut kajian maslow ni, penghargaan jatuh no 4, keperluan mencapai hasrat diri dah jatuh no 5, jaminan keselamatan pun saya takdelah perlu sangat sebab tu jatuh no 2 jer...tu jerlah kesimpulannya, boleh klau nak percaya, tak nak percaya pun takaper, sekadar share....
Saya cadang nak privatekan blog sebab payah gak saya nak kontrol/tapis emosi masa menulis blog ni...so yang dah sedia ada dalam senarai ada 19 orang, kalau ada sesiapa yang sudi diinvite sila tinggalkan email ya...
Sekian dulu, terima kasih daun keladi atas komen sebelum ini.
17 cetusan rasa:
saya akui kak wa, cuma secebis kecil yang kak wa zahirkan di sini. namun saya juga berterima kasih kerana menzahirkan secebis kecil ini.. ianya jawapan untuk saya terhadap orang sekeliling saya.. saya ambil positif saje tau, yang negatif dah banyak sangat dan tak best. :D
Salam..
Kalau di tanya saya seribu kali pun.. jawapan saya tetap sama..
..."tak ada satu perempuan pun yang kahwin hari ni.. nak bercerai esok"...
Saya masih baik dengan bekas suami.. kami masih bercakap seperti org lain.. malah lebih senang berbincang bila sudah tiada ikatan.. :-(
tapi permasalahan kita tak sama.. dan tak boleh disamakan.. :-)
Saya juga seorang ibu yang bekerja dan juga part time student.. Tahun ni.. tahun 5.. and final... saya kira saya faham kesibukan, tekanan, cabaran dan sebagainya..
Walau apa pun keputusannya.. seperti yang saya kata sebelumnya.. saya tetap akan menyokong kamu 100% tanpa soal.. kerana saya percaya.. cuma kamu saja yang tau apa yang kamu lalui..
saya pun dalam persimpangan dilema cam salwa tapi saya tak pandai nak luahkan dlm blog mcm salwa sebab tu saya mengikuti blog ni dgn penuh minat dan baca semua hujah pembaca seolah2 apa yg salwa putuskan, itu lah juga keputusan saya...
d
bagus dik, privatekan blog ini, kerana saya melihat adik menulis tanpa pertimbangkan bahawa malaysia mempunyai penduduk lebih 23 juta, mungkin jiran suami adik juga suka berbloging macam adik dan cikgu tadika anak adik juga suka berbloging.Hal rumahtangga jika dah nak meletup sekalipun biarlah menjadi rahsia rumahtangga, jika tak tahan carilah walaupun hanya seorang kawan, untuk diluahkan, itu sudah cukup.
Dik, adik kata masalah adik biasa-biasa je, masih boleh tanam pokok ubi, dll lagi, kalau biasa-biasa punya masalah pun dah mencurah-curah dalam blog ni, bagaimana agaknya kalau adik terjadi bercerai atau suami adik kahwin lagi satu ke? Atau pak haji tak balik rumah 2, 3 bulan ke? Kalau adik nak curahkan perasaan tanpa privatekan, better jangan letak gambar sesiapa. Kalau dah private, yang tinggal dalam blog tu boleh simpan rahsia ke?
Semoga adik berjaya harungi apa saja cabaran hidup, saya nampak adik ni bijak dan jujur sangat macam tu juga hani,pandai budak tu. Namun adakah semua orang disekeliling kita boleh dipercayai?
Maaf ye dik, jangan ambil hati.
tak pernah saya bagi komen di sini sbb saya pun sgt mentah dlm masalah-masalah ini. agak tak bersetuju dgn komen2 pedas dari sesetengah reader yang tak da kena mengena dgn salwa tapi garang bukan main lagi. orang dah kasi baca tu dah bagus buat isi masa korang.
Perkahwinan ni mmg complicated klu kita tak boleh bertolak ansur langsung. Tapi nampaknya Salwa masih menaruh harapan dlm perkahwinan ini dan Salwa tahu apa yang Salwa inginkan dari perkahwinan ini. Selagi boleh bertahan, baguslah diteruskan.
Bagus juga ada part time husband kan. Tak payah nak layan tiap-tiap hari. Kita ada masa untuk diri sendiri dan keluarga sendiri. Memang itu pun antara kebaikan berpoligami ni yang saya nampak.
Cuma lepas Salwa dah tunjuk keras sikit ni, harap-harap Pak Haji berubahla sikit kan. At least jgnlah hilang sampai sebulan lagi. Memang kita semua tak berhenti berharap selagi mampu berharap, kan.
"Kawan Me Moi. hehe.."
psst salwa ; saya belum bercerai da. Sebab tu saya faham laa sangat kenapa susah sangat nak bercerai.. back to square one tu dah berapa kali saya alami..
Cuma kali ni saya dah move on to next step.. Memang nampaklah perubahan. Confirm laa penyedihan tu berlaku kerana suami haha! Memang laaa dia sumber segala masalah ekekeke...
Anyway, mak saya pesan, dan maybe salwa boleh gunakan juga.. "dah baik2 ni, jangan la kasik 100%, beringat sedikit.. puji jangan melambung sangat.. simpan sedikit untuk peringatan masa depan. Sebab memang akan ada masa problem ni akan BERLAKU LAGI.. sejarahnya dah ada..."
kenapa kena simpan sedikit? supaya nanti kita tak kecewa. untuk protect diri kita sendiri.. yang penting kita lah happy.. dia tak happy tak per..sebab dia laa problemnya, hehehehe....(yang last tu ajaran sesat ekeke)
Adat la Kak Wa, kalo dah tensi bebenar tulis mcm mcm boleh dijadikan blog therapy diri sendiri.
Kami tetamu yang menyinggah ni ada yang hulur nasehat mana yang mampu, kasi buah fikiran mana yang betul.. dan ada yang menjenggil bijik mata tak puas hati mcm kita bercerita laki dia pulak. Hehehe.
Apa pon. SEMANGAT @!~ SEMANGAT!@~
tak berniat apa2, cuma saja bagi akak lagu lama ni....akak tau kot...hehe
Rina Rahman
Ku Ingin Bahagia
Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi akan derita
Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru
Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra
Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hati ini
Oh itu
telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya
salam,
salwa, terasa hati dengan kak ummi ke?
siap ada teori maslow lagi!
selain dari buat assignment boleh jugak digunakan untuk blog!
wa, walau apa yang terjadi, ingatlah, kawan-kawan blog ini ada yang baik, ada yang boleh dipercayai dan sebagainya
kalau rasa senang untuk berkongsi masalah dengan kami, kongsilah, nangislah dan buatlah kami macam saudara sendiri!
kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk meluahkan masalah, a shoulder to cry on kan!
tapi pilihlah kawan yang sejati, yang sanggup berkongsi suka dan duka :)
All i wanna say is that if u ever decide to make this blog private, pleasee jgn lupa invite akak yaa...hehehehe
eh luna beri lagu Rina Rahman...akak rasa lagu Benci Tapi rindu pun sesuwai jugak..jgn mareee
kak azwa, lagu ni ke? ahaks..relevan jugak...
Diana Nasution
Benci Tapi Rindu
Bukan hanya sekedar penghibur
Diriku ini sayang
Bukan pula sekedar pelepas
Rindumu oh sayang
Sakit hatiku
Kau buat begini
Kau datang dan pergi
Sesuka hatimu
Oh... kejamnya dikau
Teganya dikau padaku
Kau pergi dan datang
Sesuka hatimu
Oh... sakitnya hati
Bencinya hati padamu
Sakitnya hati ini
Namun aku rindu
Bencinya hati ini
Tapi aku rindu
jgn marah ye kak wa..kami cuma dtg menghibur hati...
Maryam...
maaflah maryam tak kawin lagi akak macam dah bg gambaran -ve tapi baguslah maryam ambik yg +ve sahaja, yg buruk tu jadikan sempadan...
*************
Paya rumput...
Ha'ah betul tu, saya dilemma sebab ada banyak jenis perasaa saya dalam waktu yang berlainan, tapi untuk blog ni saya gunakan utk meluahkan perasaan marah dan benci saya, tapi masa saya suka + happy + bahagia + rsa syukur dapat suami macam tu + terima kasih atas nikmat allah diberi jodoh saya takdelah tulis kat sini sebab nanti adalak kata eksyen, riak, masuk bakul angkat sendiri..tu lah pasal! Tq sokong saya w.pun apa saya pilih...
***********
d
Saya tau ramai isteri dilemma dan ramau isteri bekerja yang suppot kewangan utk keluarga, dan arami rasa tak bahagia seluruhnya perkahwinan mereka, w.pun luaran nampak bahagia, tapi mereka serba salah nak bercerai sebab ada pakej dalam perkhwinan tu yang mereka rasa "tak berbaloi" lepaskan semata-mata atas sebab2 sy sebutkan tadi...
Apapun teruskan baca, mungkin kita sama2 boleh belajar
*******************
Tanpa nama
Langsung tak ambil hati lah...sy jangka kalau pak hj kawin lagi sy tak kisah, dah cakap denga dia pun kalau nak kawin silakan masalahnya dah OKU adaker yg sanggup jaga! Dan juga saya pun takkan sabar sampai 2/3 bulan kalau pak hj tak balik, lama dah cerai kot? Tapi saya rasa ni jerlah tahap maksimum yg saya boleh dedahkan, apapun masih ada rahsia yg saya tak cerita di sini, hanya ada seorang jer tahu, dan dia pun baca blog ni...bagi saya dia sorang tau pun dah cukup... apapun tq...
*****************
Kawan me moi
Betullah tu, tapi sy tak marah sebab bila saya open blog ni maksudnya sy sanggup terima semua kritikan.
Sebenarnya saya pun dah nampak ada perubahan bila sy keras dan saya tunjuk seolah2 nak cerai, itulah yg menyebabkan saya berhenti sejenak...saya dapat rasakan 'sayang' dia masih ada untuk saya, cuma dia bukanlah seperti suami lain yg curah melalui kata2, kadang sy fikir dia buat semua tu sebagai bentuk didikan dan pengajaran utk saya...
*****************
Me.moi
Oh yer ke...saya dah lama tak jenguk blog...takper minta maaf nanti2 sy ikuti lagi blog masa2 cuti nanti...terima kasih pesanan mak tu betul sangat tu, sy pun berjaga2 jugak sejak akhir2 ni
*************
jiji...
takper jiji biasalah tu...tu namanya empathy kat akak tu, tu pasal diorang terasa macam diorang berada dalam amsalah akak...tu bagus tu dalam konsep kaunseling...
**************
Luna...
Nampaknya lagu kedua tu relevan sangat, yang pertama tu bakulsampahkan dulu...heheheee
****************
Ummi...
takderlah kecik hati, w.pun tak kenal secara fizikal tapi bila dah baca blog hari2 tu rasa macam dah kenal ummi dah...dah boleh tau niat ummi yg ikhlas tu sy ni bukan jenis sensitif...takde hal, anytime boleh tegur..
*************
Kak Azwa...
Kalau nak diinvite jemputlah, bagi emailnya...pesan kat luna pun boleh mana tau saya dah private nanti tak sempat akak tinggalkan email...
salam..
kak jgn lupe invite kite eh..
Eiz...
eiz mmang dalam senarai dah...
salwa
macam salwa katalah pembaca terlebih emo dari salwa sendiri sampai kak zar baca komen sambil geleng geleng kepala.. hehheheh
Kak zar pun banyak amik iktibar kat sini.. yerlah manusia tak sempurna.. bagi diri kak zar sendiri, memang gaduh tahap dewa dewi pun rasanya belum bersedia lagi nak hidup sendiri.. wpun kak zar ni memang indenpendent tapi kalau ikut pengorbaanan, hubby kak zar lebih benyak berkorban untuk akak..huhuhu
Kak Zar, cakap mulut nak cerai tu senang, tapi maslaahnya bukan kita penentu jodoh ni...segala2nya ketentuan allah...alhamdulillah kesabaran saya ni macam allah bagi tak bertepi, insyaallah saya pertahankan hingga ke akhir hayat...
Catat Ulasan