Khamis, November 27, 2008

Destinasi bercuti?

Assalamualaikum w.b.t



Saya teringin nak bercuti. Pak haji pun dah lama bangkitkan isu bercuti ni. Memandangkan sebelum ini agak kesibukan dan hani yang bersekolah, dan juga saya pun kerap berjalan atas urusan kerja maka isu bercuti tenggelamlah.



Lepas 'perang' ni, isu bercuti timbul lagi, cadangan awal nak ke Trengganu, tapi saya ingatkan pak haji, yang di sana musim hujan, agak tidak mengujakan kalau berjalan di waktu musim hujan,kan?



Malahan destinasi Trengganu bukan destinasi asing bagi kami, di tahun2 awal kahwin 2001-2003, hampir setiap bulan kami ke trengganu menziarah anak pak hj yang belajar di madrasah Kubang Bujuk. Tapi keasyikan Trengganu membuatkan kami tak pernah jemu ke sana lagi dan lagi. Pulau Redang dan Kapas jugak telah dilawati. Itu semasa 2003, ketika menyambut ulangtahun kahwin yang ke 2...



Makanya bercuti kali ni kami kebuntuan, tak tau nak ke mana. Tanah tinggi, memang reject sebab keadaan fizikal pak hj yang tak tahan sejuk, malah saya pun tak teringin ke sana, 3 kali dah ke Cameron Highland, 2 kali dengan pak hj dan sekali bawa Hani masa umur 2 tahun. Kemudian ke Genting Higland dan Bukit Larut pun dah pergi, ni semua pergi zaman Hani takde lagi, berdua jer...



Untuk ke pantai pun rasanya takde yang menarik dah....tu bagi pak hj yang tinggal dekat pantailah, macam saya, oklah jugak, cumanya tak taulah pantai mana. Dalam kepala ada jugak teringin nak ke Mersing, setahun dulu destinasi ni ada masuk senarai kami, kononnya nak ke Tioman, tapi sebab musim angin ketika tu, tak jadiklah, sekarang pun musim angin jugak di situ.



Terfikir jugak nak ke Cherating walaupun dah pernah bercuti di situ, tapi tanya pak hj dia pulak senyap jer. Nak ke Langkawi, 2006 kami dah pergi, nak ke Pangkor, 2002 kami dah pergi. Cumanya kalau ikut rancangan dulu2 [sebelum stroke] nak ke K.Kinabalu. Cuma masa tu sempat rancang tapi tak sempat pergilah, yang sempat tahun 2005 tu bawa hani ke Kuching. Sajer merasakan dia naik aeroplane.



Tiba-tibakan baru-baru ni masa malam saya stay up di de palma tu, ada siaran ulangan Majalah 3, zaman Norzie belum bertudung lagi. Abdullah Sidek Majin yang buat cover story bagi siaran hari tu. Dia pergi ke Kelong Aceh di Johor. Buat aktiviti memancing dan dia tunjukkan mereka yang datang dan pelancong luar kat situ. Macam popular sangat tempat tu...


Sejak tu asyiklah terbayang-bayang nak bercuti ke Kelong Aceh tu, pagi tadi bincang dengan pak hj, dia setuju jugak cadangan saya tu, terus saya carik dalam internet berkaitan Kelong Aceh ni. Kelong Aceh ni tempat memancing, bukan tempat jalan-jalan, tapi seronoknya tengok ikan2 yang ditangkap dahtu terus dimasak pulak tu...



Ada 30 bilik kat Kelong ni, satu bilik RM 150 semalam, makanan dan umpan semua disediakan. Pak hj ni minat memancing, dulu2 khabarnya ada speed boat, ada jugak joran mahal [katanya] yang diletak di rumah saya dulu, tapi dah dikebas oleh drug addict masa proses kami nak pindah rumah yang dulu...dulu2 sebab hani baby lagik, kalau dia takde, rasanya saya pun dah ikut pak hj memancing. tapi sayang, sebab stroke semua tu habis camtu jerk...




Jadik gituler, rancangan nak bercuti ni minggu depan, tapi destinasi takde lagi. Agak2 kalau ke Trengganu jugak ok tak? Kami ni bukan jenis jalan2 beli belah, kami jenis jalan2 memang betul utk jalan semata2, masa gi Sarawak, gi Thailand, gi Langkawi, kami sewa kereta dan kami masuk ceruk kampung semua, makan kat kedai ceruk2 kampung, bukan pergi pusat membeli-belah ke, tempat sejarah ker...tapi tu yang seronoknya....




Semalam sampai petang ni kawan saya Azizah dari Labuan ada di rumah sementara nak tunggu hubby dia sampai hari ni dari Langkawi berkursus, sebab pak hj dah biasa dengan za, malam tadi dia balik jugak, terbatas lah sikit aktiviti kami nak berborak2, saya tak kisah mengadap jer si za ni citer2 dulu punya hal lah, tapi dia plak yang terlebih asyik suh layan pak hj....petang ni dia dah ke KLIA dah ambik hubby nya, dan saya pulak jap lagi nak ke sekolah hani ambil rekod prestasi dia....tak taulah camana perkembangan dia, ok ker ko ker....



P/s : pak hj nak ke Terengganu sebab nak carik jala2 ikan 2nd hand nak buat kepung bela ayam kampung kat rumah yang baru buat tu...tulah pasal dia nak ke sana jugak kot...

7 cetusan rasa:

Zareda Norman berkata...

salwa

jom ke trengganu..

tapi feberet destination adalah penang.. bes banyak tempat dan makan makan pun banyak pilihan

kami pun kalau bercuti suka masuk kuar kg.. makan makan asal nampak jer.. mesti nak singgah makan

Tanpa Nama berkata...

yes kak zar!

vote for penang!hehehe

tapi tu utk citarasa mcm kita je kak zar..

utk kak wa dan tuan haji...eloklah bercuti kat tmpt2 yg boleh beriadah...dan bertenang2an...

Maryam berkata...

kak wa,
setakat nak jalan2, ok je. banyak tempat boleh gi. yang payah kalau nak mandi manda la belah pantai timur ni.. :)

Tanpa Nama berkata...

salwa, trg skrg memang hari2 hujan lebat...mmg kurang seronok jln2 time mcm ni...saya nak keluar rumah fikir 2 3 kali sebab asyik hujan

ina

zino berkata...

distinasi mungkin tak berapa penting.. yg penting dapat bersama menghabis masa berkualiti bersama..

Hanisumayyah berkata...

Kak Zar...

Ha'ah...penang ok gak tu, nanti masuk senarai...

***********
LUna...

Luna...

ha'ah betul tu..pak hj punya taste asyiklah pantai timur takpun ke sempadan sana...susah nak atur sejak stroke ni...kalau sihat dulu mau dah ke Turki kot...[adik pak hj tinggal di Turki], takdelah pening memikiorkannya..

***********

Maryam...

Oh yer ker...kami ni memang idakler mandi manda..kalau gitu bolehler ke trengganu...


**********
Ina...

Ha'ah belah2 sini [pantai barat] pun hujan tiap-tiap malam...

Ni ina paka ker?

***********

Zino..

Ha'ah tulah, cakap dengan pak hj kita sewa hotel kat PD jer...asalkan takde org kacau, tapi dah boleh agak dah mesti lain jadinya nanti, sebab dah pernah dah buat gitu, sudahnya abis anak2 tiri diangkut sama nak teman hani mandi swimming pool...hahahahaa
***********

Tanpa Nama berkata...

ya ina paka...:)

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP