Assalamualaikum w.b.t
"wa, senangnya kalau kita jadi robot, takde perasaan, ikut jer apa nak jadi.."
tu sms my best friend kat Labuan pada saya. Katanya kalau jadi robot ikut jer, takpayah fikir2.
Kenapalah kita perempuan selalu nak mengalah, i pun tak boleh nak baca apa ada dalam fikiran lelaki. Itu katanya yang dah 2 tahun kawin tapi belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata.
Itulah kawan saya yang paling boleh saya kongsi segala2nya dan dia bukan saja kenal saya lebih 10 tahun (1994 kami mula kawan 1st year di u), malah dia kenal rapat juga orang tua tu, biasa bermalam rumah saya dan ada juga keluar makan sesekali dengan ayah si hani, pernah juga bermalam di rumah kampung saya. Saya pun biasa bermalam rumah mak dia di Penanti, BM.
Pendek kata luar dalam saya dia tau, buruk baik saya lagilah...walaupun lepas keluar u 1998, kami tak pernah bekerja dalam satu daerah/negeri yang sama, tapi tak pernah putus berhubungan dalam tel. Dia lah yang asyik tukar kerja walaupun ada master sebaik shj tamat degree dalam lanskap, tp ntah apa2 kerja jer dia buat...sudahnya atas nasihat kami kawan2 dia jadik cikgu... kahwin pulak dengan cikgu satu sekolah....
Saya rasa orang yang paling adil dan sesuai beri nasihat pada saya ialah dia, tulah sebab saya tak pernah perlekehkan dan abaikan dia dalam sebarang keputusan yang saya nak ambil.
Lagi sms dia...
"i tak faham perangai lelaki, susah nak komen, kita selalu kena mengalah, susah nak bertegas"
"Kalau i, penat main tarik tali ni...cuba u tanya hani apa perasaan dia, dan usulkan pd haji plan asal u "
Ok...tu jer...letih memerah otak, bukan study yang letih, nak handle hidup ni yang letihnya...kalau dapat ke JJ jalan2 tengok itu ini, bestnya...melabur 100, 200 pun cukuplah, senangkan hati kejap...tapi jalan sorang2 ni sedih gak kan...dah tua2 cenggini...lainlah budak remaja muda belia, ni sensorang pelik arr orang tengok, masa beginilah perlunya hani...w.pun dia suka mengacau....
Blog kadang2 membosankan dan kadang2 menjadi tempat melempiaskan perasaan, masing2 ada caranya, tapi kadang saya rasa saya ni melampau2 meluahkan, lega sesangat rasanya, tapi tulah, kalau privatekan kepuasan tu tak seberapa, sebab takde sapa nak komen...kalau citer ala kadar pulak, lagi tak real, tapi hal2 r.tangga ni kena privatekan kot..tu sebab entry sebelum2 lepas tersiar sebulan dua, semua saya save dalam draft jer, dah lama dah kalau sesapa perasan, sebab entry tu tak relevan dah dgn perasaan semasa sy...dan bila sy baca sy rasa mcm itu org lain...tapi ada yg rajin baca tu, bolehler buat kesimpulan saya macamana, macam tanpa nama tu kata, takde pendirian....dan jugak akal letak kat ATAS bukan kat BAWAH...
Saya faham tu...masalahnya kalau dah cerai yg kat bawah tu nak jaga yg susah. Datangkan fitnah, jadi tohmahan, umpatan, syak wasangka orang. Sejujurnya, sebab nak jaga dirilah saya ni pegang status isteri. Macam dulu2 saya cakap, susah nak jaga diri sebagai perempuan ni terutama sekeliling lelaki yg berpandangan pesimis pada wanita tak bersuami....
Ramai sangat dah saya tengok yg merasa tertekan hidup sebagai ibu tunggal dan tak kurang juga yang ada berusaha semula cari pasangan untuk bersuami semula...kadang tu terpksa kahwin dengan suami orang [cnth bekas isteri pertama pak hj, sudahnya cerai semula] kan saya banyak deal dengan saksi2...macam2 orang...agak menyedihkan juga cerita mereka2 ini....
Saya rasa macam nak rangka satu plan.,...blue print...apa yg saya nak....tapi kang ada lak yg komen..w.pun saya suka komen2 begitu...tapi bila komen tu meresap dalam jiwa ia jadi kudis plak...macam nak kecik ati pun ada, tapi tulah manusia...apapun sy tak buat keputusan lagi..
En..wan pembaca setia blog ni dari dulu lagi dan banyak nasihat melalui YM, siap kirim buku2 dan email macam2 nasihat ada di Mekah sekarang, kalau jumpa CC tu dan terbaca ni, [xdapat baca melalui hp katanya] tolonglah doa yg terbaik untuk saya...w.pun dia suami org tp ikhlas bagi nasihat... doakan ajerlah yer...moga makbul, w.pun sya tau dia mesti doa suh saya ikut sunnah, patuh dengan suami...tapi takper Allah mengetahui...
terima kasih juga paya rumput...kampung cemerlang peringkat kebangsaan tu...senegeri kita ni...
6 cetusan rasa:
Kadang2 jiwa terlalu tertekan, hingga terpaksa luahkan sesuatu agar dapat rasa lega. Itu yang selalu Kak tie buat. Dan kadang2 terover pulak lalu kena sound dr teman2 blog. he he..tapi pandangan org yang ikhlas dapat kita rasa walaupun kita tak pernah jumpa atau kenalnya. Kalau rajin, bacalah blog memori kak Tie yang lama. Saja untuk suka2. Memang makcik ni selalu merapu!!
blog ni memberi sumbangan pelbagai.. terpulang bagaimana kita mengendalikan nya.. dan apa yg kita maukan.. ada yg guna utk meluahkan segala perasaan yg terbuku dihati.. ada yg menulis utk mendapat feedback atau komen dari penulis lain..ada juga yg bercerita pengalaman masing dan sebagainya..
pendek kata apa saja boleh di lakukan.. blog kita ikut suka kita..dan apabila kita buka utk komen.. bermacam komen yg kita terima.. kena lah terima dengan hati terbuka.. walaupun mungkin ada komen yg tak berapa kita suka..
akhirkata..zino harap hijrah dapat mencari jalan keluar segala permasaalah yg sedang di hadapi.. baik utk hijrah baik utk hani.. baik utk semua..
inshaallah..
salam salwa,
ni akak yg tulis salwa tak ada pendirian kembali semula:)
kami pembaca menilai salwa dari cerita2 yg kami baca tapi keputusan ditangan salwa sendiri untuk mencari apakah makna KEBAHAGIAN
selagi AKAL yang diatas boleh mengawal yg kat BAWAH,selamat lah semuanya
kalau dulu salwa sanggup meredah segala cara nak kawin ngan pak aji,masa tu salwa tak fikirkan apa owg akan kata kenapa baru sekarang salwa fikir kalau jadik janda,macam2 owg akan kata eh
minta maaf kalau kata2 akak menjadik kudis di hati salwa
Kak tie..
Cantik bahasa kak tie ni, dari gaya bahasa kak tie pun memang dah menunjukkan kejujuran, Terima kasih, kak tis, ada masa cuti semester nanti saya jalan2 blog lama kak tie tu..layout blog kak tie pun sangat cantik...
*************
En Zino..
Betul kata2 En Zino tu, saya suka sebenar2nya komen2 ni, takde sakit hati, jadik kudis tu kejap jer, macam luka, sehari dua kena luka, jadik kudis lepas tu baiklah, luka kecik jer takde parut pun...
Sesekali saya berharap kalaulah sapa2 yang beri komen tu boleh wujud di alam nyata....meh duduk seminggu dua dengan saya, jadik kawan saya, ada ramai jugak sudi jadik pendengar masalah saya ni, blog ni terbatas, saya sendiri tak taulah berapa persen luahan saya tu sebenarnya menggambarkan keseluruhan permasalahan saya...
Hah tu yg malas nak jwb komen ni, merapu jer...
Kak tanpa nama...
Kalaulah akak bernama kan senang saya nak panggil!!!
Kak, kalaulah boleh saya luahkan semuanya di sini takdelah akak tertanya2 kenapa semua keputusan perkahwinan itu dulu saya ambil, sesungguhnya saya sangat berfikir apa org kata tentang perkahwinan itu, sehingga saya sanggup merahsiakan perkahwinan di Siam itu daripada keluarga sampailah sekarang...:( ...dan kalau bercerai ni pun haruslah saya rahsiakan sekali lagi...biar saya telan sendiri...kerana memberitahu atau tidak memberitahu adalah sama bezanya rahsia ni saya dapat memelihara 'perasaan' mak saya takdelah terfikir2 apalah nasib saya menjanda duduk merantau dengan anak gadis sorang...
Kak terus komen, takdelah kudis besar...bagus ansihat gini, terbuka minda saya...disamping boleh baiki diri...
kenapa menjadi isteri kedua mesti takut orang kata? Begitu juga menjanda? Saya pun pelik fikir? kedua-dua ini salwa lalui dan plan nak hadapi. Bukankah semasa nak tempuh perkahwinan selalunya kita di alam percintaan yang membahagiakan. Ini persoalan yang timbul sebab jiran saya sanggup ajar anak-anak berbohong untuk tidak mendedahkan bahawa dia isteri kedua. Saya pula lihat kehidupannya OK saja, yang penting sah dan tak huru hara keluarga. Begitu juga menjanda, kenapa bimbang sangat orang mengata sedangkan yang mengata itu anak-anak bertaburan, suami entah ke mana-mana. Bahagia atau sengsara di mana-mana dan tidak mengira siapa, hanya kita yang mampu mengubahnya.
pasal 'takut orang kata' ni mmg sgt complicate..
ya..ada sstgh perkara kita boleh buat tanpa peduli org cakap..psl nk laluinya kita,nk susah senang pun kita..
tapi tu lah....bkn pd smua perkara boleh begitu.mungkin sikap masyarakat kita (dan kita pun terikuyt)ni belum boleh betul2 terbuka, berfikiran positif macam orang2 di negara maju.
Catat Ulasan