Sabtu, Oktober 31, 2009

Info tentang Port Dickson

Assalamualaikum w.b.t

Ini info tentang Port Dickson dari Wikipedia

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.
Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya relaks.
Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.
Isi kandungan[sorok]
1 Lokasi
2 Asal nama
3 Perkembangan
4 Pantai
5 Lihat juga
6 Pautan luar
//
[sunting] Lokasi
Port Dickson ialah sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Bandar yang paling hampir ialah Lukut. Di Lukut terdapat Kota Lukut yang menempatkan kubu pertahanan warisan Sungai Ujong.Mukim-mukim di port dickson merangkumi Si Rusa, Telok Kemang, Pasir Panjang dan Linggi.
Ia terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuh raya Seremban-Port Dickson, warga Kuala Lumpur lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang. Harga tol RM3.20.
[sunting] Asal nama
Port Dickson sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British.
Nama asal Port Dickson ialah Tanjung atau Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh.
Nama lainnya ialah Arang kerana ada kilang menghasilkan arang di hadapan pantainya.
[sunting] Perkembangan
1901, kilang Shell didirikan. Shell merupakan syarikat petroleum multinasional berasal dari Belanda. Kilang ini didaftarkan sebagai Syarikat Shell Petrol and Trading dapat menghasilkan 700 liter tan minyak. Keperluan kilang penapisan petroleum amat penting agar Malaysia tidak bergantung kepada minyak dari Pulau Bukom, Singapura. Petroleum mentah diimport dari Arab Saudi, Kuwait, Iraq dan Iran.
1902 stesen kereta api telah dibina hingga ke pelabuhan Port Dickson. Kelebihan keretapi ialah dapat mengangkut barangan secar banyak, pukal dan murah. Contohnya kayu balak, bijih timah, petroleum, kelapa dan lain-lain.
1933 Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan kem Angkatan Tentera Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan. Kem ini dinamakan Kem Si Rusa.
1964 Esso membuka kilang penapisannya sebagai saingan kepada Shell. Rakyat tempatan diambil bekerja di dalam kilang ini.
1965 Port Dickson Stesen Janalektrik Tuanku Jaafar dibina bagi membekalkan tenaga elektrik. Janakuasa ini menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Janakuasa ini sering disalah anggap sebagai kilang Shell dan kilang Esso.
1 Disember 1979 Majlis Daerah Port Dickson ditubuhkan.
[sunting] Pantai

Tanjung Tuan
Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7.
Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.

Sebuah hotel di PD
Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya ialah Ilham Resort, PD Marina, Tanjung Tuan Beach Resort, Guoman, Residensi Hotel, Hotel Costa Rica dan Hotel Sri Malaysia. Sewa hotel dari RM90.00 sahaja.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Sakit hati waktu jumaat dia bermesra dalam kereta

Assalamualaikum w.b.t


Semalam masa ambil anak dari tadika, jam 1.30 lebih, kiranya dah masuk waktu solat jumaatlah...saya berhenti di traffic light merah. Ada dua kereta depan saya. Kebetulan sebelah saya sebuah kereta wira.



Saya pandang sekilas jer...memang jelaslah pemandunya bersama dengan eorang wanita sebelahnya. Tak kisahlah tu pemandangan biasa kan?


Tapi lepas seketika saya menoleh sekali lagi sebab memang agak lama nak tunggu lampu hijau. Saya nampak tangan wanita yang sebelah pemandu tu pegang2 dengan mesra telinga lelaki yang memandu tu...


Pastu gosok2 belakang, pastu tangan lelaki pegang2 tangan wanita tu. Masa ni orang lelaki lain semua kat masjid nak solat jumaat, kalau ada yg ata jalan pun berpusu2 ke masjid walaupun dah agak terlewat kot!


Tapi mamat sebelah ni yang aya anggarkan dalam 30 an, selamba badak jer beramas mesra dalam kereta. Dari gaya memang tak nampaklah pasangan ni macam muda belia atau remaja, nampak gaya dah matanglah. yang lelaki berbadan besar dan gempak jugaklah...


Saya bersangka baik, mungkin suami isteri, tapi rasanya suami isteri tak sampai tahap macam tu kot...takdelah tergelak2 mesra sambil beramas mesra. lagi haru waktu solat jumaat... tu yang saya tak faham orang kita ni...berpada2lah nak berbuat apa2...


Lepas adegan tu, mamat tu sempat dongak dan saya kebetulan naik MPV memang agak tinggi dari kereta dia...pun tengah pandang dengan geram arah dia.... mulalah mamat tu malu2 dan saya pun merasa malu ada lelaki muslim tak ke masjid tapi dok beramas mesra dalam keter sementara tunggu lampu hijau!

Sedikit Ulasan drama Nur Kasih episod malam tadi

Assalamualaikum w.b.t


Sedih betullah episod malam tadi. Sungguh tajam dan tepat sekali dialog2 yang diutarakan oleh Katrina.


Saat Adam cuba menyampaikan isi hatinya kepada Katrina, saat dia serba salah dan saat dia umpama hilang kata2..Katrina yang masih diatas sejadah meluncur jer ayat2 yang sangat emosi...


Katanya, walaupun dia sedar sayang pada Nur melebihi sayang pada dirinya, gembira bersama Nur tak sama gembira bila berada dengannya dan cahaya diwajah Nur tidak sama dengan cahaya diwajahnya...namun apa yang diinginkan hanyalah berada disisi Adam kerana walaupun dia tidak ada dalam hati adam namun Adam tetap ada dalam hatinya.


Dan kata2 Katrina itu memang tepat, tepat dalam ertikata perasaan dan kedudukan seorang isteri kedua yang terasa diketepikan. Sungguh sadis...


Dalam ertikata lain sangat sangat menyentuh hati. Dah dua minggu saya terlepas menonton citer ni memang agak ketinggalan sikit jalan ceritanya....


Dan kata2 tu sangat dekat rasanya dengan diri mereka yang dimadukan. Pandai betul penulis skrip ni mengolah ayat sampai menusuk kalbu.


Tu jer nak ulas. Agak kagum dengan skrip dan dialog cerita ni, walaupun sesekali ada juga dialog yang terlalu sempurna...tapi overall memuaskan hati bagi yang menonton...

Rabu, Oktober 28, 2009

Adab tertawa dan bersenda gurau

Assalamualaikum w.b.t


ADAB TERTAWA dan BERSENDAU GURAU


Penyusun : Majid bin Su'ud al-Usyan


Terjemah : Muzafar Sahidu bin Mahsun Lc.
Editor : Eko Haryanto Abu Ziyad



• Allah  telah menciptakan tertawa, sebagaimana firmanNya:
وَأَنه ُُهوَ أَضحكَ وَأَبكى
"Dialah dzat Allah yang menciptakan tertawa dan menangis".

• Tertawa adalah sifat Allah, sebagaimana disebutkan di dalam hadits:
يَضْحَكُ اللهُ إِلَى رَجُلَيْنِ يَقْتُلُ أَحَدُهُمَا ْالآخَرَ يَدْخُلاَنِ الْجَنَّةَ,يُقَاِتلُ هذَا فِي سَبِيْلِ اللهِ فَيُقْـتَل, ثُمَّ يَتُوْبُ اللهُ عَلىَ اْلآخَرِ فَيُسَلِمَ فَيُقَاِتلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَيَسْتَشْهِدَ

"Allah tertawa terhadap dua orang, dimana salah satunya membunuh yang lain dan mereka berdua masuk surga. Yaitu seseorang berjihad dijalan Allah kemudian dia terbunuh padanya, lalu Allah menerima taubat orang yang membunuh tersebut setelah masuk Islam, kemudian ia berjihad dijalan Allah dan akhirnya mati sahid".


• Memperbanyak ketawa adalah sifat tercela sebagaimana sabda Nabi :
وَالَّذِي نَفْسِي ِبيَدِهِ لَوْتَعْلَمُوْنَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيْلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيْرًا
"Demi Dzat yang diriku berada di tanganNya seandainya kalian mengetahui seperti apa yang aku ketahui, niscaya kalian pasti akan sedikit tertawa dan banyak menangis ".
Juga sabda Rasulullah :
لاَ تُكْثِرُوْا الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكَ تُمِْيتُ اْلقَلْبَ
"Janganlah kalian banyak tertawa, sebab banyak tertawa menyebabkan hati menjadi mati".


• Para ulama memasukkan tertawa yang banyak tanpa sebab sebagai dosa kecil, sebagaimana sabda Nabi :
إِيَاكَ وَكَثْرَةَ الضَّحِكَ فَإِنَّهُ يُمِيْتُ اْلقَلْبَ
"Berhati-hatilah dengan banyak tertawa sebab ia menyebabkan hati menjadi mati".


• Terdapat riwayat tentang sifat tertawanya Nabi: "Bahwasannya tertawa Rasulullah (sama seperti) tersenyum".


• Terkadang tertawa menyebabkan kekufuran apabila tertawanya untuk mengejek apa-apa yang diturunkan Allah atau sunnah Rasulullah .


• Tidak diperbolehkan berbohong untuk ditertawakan oleh orang lain, hal ini sebagaimana dijelaskan Rasulullah :
وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبَ لِيَضْحَكَ بِهِ اْلقَوْمُ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ
"Celaka bagi orang yang berkata kemudian berbohong supaya orang-orang tertawa, maka celaka baginya, maka celaka baginya".


• Disebutkan bahwasannya Nabi terkadang duduk dalam suatu majlis bersama para shahabatnya di mana mereka menceritakan suatu yang lucu dan Rasulullah hanya tersenyum dengannya.


• Sebagaimana yang diriwayatkan dari Samak bin Harb radhiallahu anhu ia berkata: Aku bertanya kepada Jabir bin Samurah: Apakah engkau pernah duduk bersama Rasulullah ?”. Dia menjawab: “Ya, seringkali beliau tidak beranjak meninggalkan tempat sholatnya pada waktu shubuh atau pagi sampai matahari terbit, apabila matahari terbit maka beliau bangkit (untuk melaksanakan shalat) dan mereka bercakap-cakap tentang suatu peristiwa di zaman jahiliyyah maka mereka tertawa-tawa sedangkan beliau hanya tersenyum saja.


• Terdapat jenis manusia yang pandai bersendagurau seperti yang terjadi di zaman Rasulullah , terdapat seseorang bernama Abdullah, digelari dengan keledai dan dia terkadang membuat Rasulullah tertawa.


• Hal-hal yang menyebabkan tertawa adalah (karena gembira apabila melihat sesuatu yang menggembirakan, tertawa karena marah, disebabkan oleh keheranan orang yang marah).


• Syariat menuntun untuk menciptakan suasana yang menyebabkan tertawa pada saat bersenda gurau dengan istri terutama yang masih perawan sebagaimana sabda Rasulullah kepada Jabir tatkala ia menikah dengan seorang janda.
فَهَلاَّ جَاِريَةً تُلاَعِبُهَا وَتُلاَعِبَكَ وَتُضَاحِكَهَا وَتُضَاحِكَكَ
"Kenapa tidak menikahi seorang perawan, yang bisa mencandaimu dan engkau mencandainya serta engkau membuatnya tertawa begitu juga ia membuatmu tertawa".



• Meninggalkan senyum dan tertawa secara mutlak bukan termasuk sikap orang yang berwibawa, pendiam dan bersungguh.



• Tertawa yang mengeluarkan suara dapat merusak shalat. Sebagian ulama berkata: Ia tidak membuat shalat menjadi rusak sebab bukan perkataan, begitu juga tersenyum tidak merusak atau membatalkan shalat.

28-ADAB BERSENDA GURAU

• Bercanda adalah perkataan yang dimaksudkan untuk melapangkan dada, dan tidak sampai menyakiti, bila menyakiti maka berubah menjadi mengejek.

• Diriwayatkan bahwasannya Rasulullah bercanda, bahkan beliau becanda dengan saudara Anas bin Malik radhiallahu anhu dengan mengatakan: يَا أَبَا عُمَيْرُ ماَ فَعَلَ النُّغَيْرُ “'Wahai Abu Umair apa yang dilakukan burung kecil".
Beliau juga bercanda dengan Anas bin Malik: "Wahai yang punya dua telinga".

• Bercanda juga dianjurkan di antara saudara dan sahabat sebab hal itu dapat membuat hati menjadi tenang.

• Saat bercanda jangan sampai menuduh, menceritakan aib orang, tenggelam dalam canda yang dapat menurunkan harga diri, mengurangi kewibawaan pribadi, perkataan kotor yang dapat menimbulkan permusuhan, tidak memunculkan keributan dan tindakan bodoh, tidak memunculkan pengkhianatan dan tidak pula bermuatan kebohongan.

• Di antara canda para shahabat radhiallahu anhum adalah saling melempar semangka, sementara dalam pentas realita mereka adalah para pejuang.

• Di antara bercanda dan bermain yang tidak diperbolehkan sebagaimana diterangkan dalam hadits riwayatkan Abdullah bin As Saib dari Ayahnya dan dari kakeknya ia berkata: Aku mendengar Rasulullah  bersabda:
لاَ يَأْخُذُ أَحَدُكُمْ مَتَاعَ صَاحِبِهِ لاَعِبًا وَلاَ جِدًّا فَإِنْ أَخَذَ أَحَدُكُمْ عَصَا صَاحِبِهِ فَلْيَرُدُّ إِلَيْهِ
"Janganlah seseorang diantara kalian mengambil harta saudaranya dengan main-main atau sengaja, Jika di antara kalian mengambil tongkat saudaranya maka hendaklah dia mengembalikannya".

• Tidak memperbanyak bersendra gurau, jika hal tersebut melewati batas sehingga terbentuk menjadi tabi’at pribadi, akhirnya menjatuhkan harga dirimu dan para penganggur mempermainkanmu.
Ada beberapa hal yang harus diperhatikan oleh orang yang bersenda gurau:
o Hendaknya senda gurau dilakukan pada waktunya yang sesuai.
o Tidak tenggelam dan terlewat batas.
o Tidak berbicara dengan perkataan yang buruk.
o Tidak bersenda gurau dengan memperolok-olok agama.
o Tidak bersendra gurau dengan orang-orang yang bodoh.
o Hendaknya menjaga perasaaan orang lain.
o Bersanda gurau dengan orang yang lebih tua dan alim dengan sesuatu yang pantas.
o Tidak terbuai sampai tertawa terbahak-bahak.
Tidak memudharatkan diri sendiri

Isnin, Oktober 12, 2009

Petua mendapat anak bagi yang sukar mengandung

Assalamualaikum w.b.t

Saya petik dari www.pakarhowto.com

Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini.


Begini petuanya :

Ambil segenggam kacang hijau.

Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge).

Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh.

Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.


Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya.


Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak.

Semoga dipercepat menimang cahaya mata.

Sekian

Isnin, Oktober 05, 2009

Sekilas pandang erti hari raya pada saya

Assalamualaikum w.b.t


Syawal tentunya diraikan bagi kejayaan menepuh bulan ramadhan yang mulia yang setiap amalan diganjarkan pahalanya.


Namun sekilas pandang bagi saya dan rata2 orang kita, ialah masanya untuk bertemu sanak saudara dan berkumpul semua adik beradik dan anak buah cucu cicit semua....dan juga semestinya enjoy dengan cuti yang panjang...


bagi saya juga, ertinya saya dapat menikmati ketupat daun kelapa bersama rendang ayam kampung yang sedap air tangan mak, dan juga kari daging yang pekat juga air tangan mak....sungguh nikmat sekali.


Tak lupa juga, bagi saya hari raya adalah harinya yang kita 'kena' keluar belanja yang lebih dari hari biasa. Kena beli baju baru untuk diri dan anak, juga mak. Dan kena sedia duit untuk diberi pada anggota keluarga, tetamu yang datang ke rumah atau anak2 tuan rumah tempat bertandang.


Juga keluar belanja untuk membeli kelengkapan yang sewajarnya yang 'perlu' ditukar baru, juga keluar kos minyak kereta untuk berjalan ke sini sana. Pendek kata kempis jugaklah poket tu...


Dan selepas hari raya pula, terpaksa melawan mood raya yang selalunya kontra dengan rutin seharian kita sebelumnya....yerlah bila raya kan selalunya sibuk dengan berkunjung, makan2, borak2, gelak2 , jumpa orang sini sana...tiba2 kena kerja semula..Ahh..boringnya....paling boring bila terpaksa meninggalkan kampung halaman tercinta....


Apapun episod raya hampir berlalu separuh masa pertama...dan tak lama lagi segalanya normal semula....sehinggalah kembalinya ramadhan 1431 hijrah....dan bermulalah rutin raya semula....

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP