Assalamualaikum w.b.t
Semalam masa ambil anak dari tadika, jam 1.30 lebih, kiranya dah masuk waktu solat jumaatlah...saya berhenti di traffic light merah. Ada dua kereta depan saya. Kebetulan sebelah saya sebuah kereta wira.
Saya pandang sekilas jer...memang jelaslah pemandunya bersama dengan eorang wanita sebelahnya. Tak kisahlah tu pemandangan biasa kan?
Tapi lepas seketika saya menoleh sekali lagi sebab memang agak lama nak tunggu lampu hijau. Saya nampak tangan wanita yang sebelah pemandu tu pegang2 dengan mesra telinga lelaki yang memandu tu...
Pastu gosok2 belakang, pastu tangan lelaki pegang2 tangan wanita tu. Masa ni orang lelaki lain semua kat masjid nak solat jumaat, kalau ada yg ata jalan pun berpusu2 ke masjid walaupun dah agak terlewat kot!
Tapi mamat sebelah ni yang aya anggarkan dalam 30 an, selamba badak jer beramas mesra dalam kereta. Dari gaya memang tak nampaklah pasangan ni macam muda belia atau remaja, nampak gaya dah matanglah. yang lelaki berbadan besar dan gempak jugaklah...
Saya bersangka baik, mungkin suami isteri, tapi rasanya suami isteri tak sampai tahap macam tu kot...takdelah tergelak2 mesra sambil beramas mesra. lagi haru waktu solat jumaat... tu yang saya tak faham orang kita ni...berpada2lah nak berbuat apa2...
Lepas adegan tu, mamat tu sempat dongak dan saya kebetulan naik MPV memang agak tinggi dari kereta dia...pun tengah pandang dengan geram arah dia.... mulalah mamat tu malu2 dan saya pun merasa malu ada lelaki muslim tak ke masjid tapi dok beramas mesra dalam keter sementara tunggu lampu hijau!
Episod baru..
3 minggu yang lalu
0 cetusan rasa:
Catat Ulasan