Jumaat, Oktober 30, 2009

Sedikit Ulasan drama Nur Kasih episod malam tadi

Assalamualaikum w.b.t


Sedih betullah episod malam tadi. Sungguh tajam dan tepat sekali dialog2 yang diutarakan oleh Katrina.


Saat Adam cuba menyampaikan isi hatinya kepada Katrina, saat dia serba salah dan saat dia umpama hilang kata2..Katrina yang masih diatas sejadah meluncur jer ayat2 yang sangat emosi...


Katanya, walaupun dia sedar sayang pada Nur melebihi sayang pada dirinya, gembira bersama Nur tak sama gembira bila berada dengannya dan cahaya diwajah Nur tidak sama dengan cahaya diwajahnya...namun apa yang diinginkan hanyalah berada disisi Adam kerana walaupun dia tidak ada dalam hati adam namun Adam tetap ada dalam hatinya.


Dan kata2 Katrina itu memang tepat, tepat dalam ertikata perasaan dan kedudukan seorang isteri kedua yang terasa diketepikan. Sungguh sadis...


Dalam ertikata lain sangat sangat menyentuh hati. Dah dua minggu saya terlepas menonton citer ni memang agak ketinggalan sikit jalan ceritanya....


Dan kata2 tu sangat dekat rasanya dengan diri mereka yang dimadukan. Pandai betul penulis skrip ni mengolah ayat sampai menusuk kalbu.


Tu jer nak ulas. Agak kagum dengan skrip dan dialog cerita ni, walaupun sesekali ada juga dialog yang terlalu sempurna...tapi overall memuaskan hati bagi yang menonton...

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP