Assalamualaikum w.b.t
Syawal tentunya diraikan bagi kejayaan menepuh bulan ramadhan yang mulia yang setiap amalan diganjarkan pahalanya.
Namun sekilas pandang bagi saya dan rata2 orang kita, ialah masanya untuk bertemu sanak saudara dan berkumpul semua adik beradik dan anak buah cucu cicit semua....dan juga semestinya enjoy dengan cuti yang panjang...
bagi saya juga, ertinya saya dapat menikmati ketupat daun kelapa bersama rendang ayam kampung yang sedap air tangan mak, dan juga kari daging yang pekat juga air tangan mak....sungguh nikmat sekali.
Tak lupa juga, bagi saya hari raya adalah harinya yang kita 'kena' keluar belanja yang lebih dari hari biasa. Kena beli baju baru untuk diri dan anak, juga mak. Dan kena sedia duit untuk diberi pada anggota keluarga, tetamu yang datang ke rumah atau anak2 tuan rumah tempat bertandang.
Juga keluar belanja untuk membeli kelengkapan yang sewajarnya yang 'perlu' ditukar baru, juga keluar kos minyak kereta untuk berjalan ke sini sana. Pendek kata kempis jugaklah poket tu...
Dan selepas hari raya pula, terpaksa melawan mood raya yang selalunya kontra dengan rutin seharian kita sebelumnya....yerlah bila raya kan selalunya sibuk dengan berkunjung, makan2, borak2, gelak2 , jumpa orang sini sana...tiba2 kena kerja semula..Ahh..boringnya....paling boring bila terpaksa meninggalkan kampung halaman tercinta....
Apapun episod raya hampir berlalu separuh masa pertama...dan tak lama lagi segalanya normal semula....sehinggalah kembalinya ramadhan 1431 hijrah....dan bermulalah rutin raya semula....
Episod baru..
3 minggu yang lalu
2 cetusan rasa:
assalamualaikum puan
salam syawal ya
Waalaikum salam...
salam syawal juga...
Catat Ulasan