Ahad, Februari 28, 2010

Kejadian dera sehingga mati~ Cermin masyarakat hari ini?

Assalamualaikum w.b.t


Sedih sungguh bila mendengar berita kematian Safiyyah Humairah. Gila, takde hati perut dan bukan manusia namanya pendera tu.


Saya rasa dia memang dah tak siuman agaknya. sanggup buat seorang kanak-kanak sekecil 3 tahun macam tu.


Memang tak mengejutkan sebab lelaki tu adalah teman wanita kepada kanak2 malang tu. Dahlah bukan bapa sendiri, lelaki tu pula takde ikatan yang sah dengan ibu kanak2 malang tu.


Sangat2 mengejutkan yang ibu dan teman lelaki tu boleh bersekedudukan sehingga lahir sorang lagi anak setahun lebih. Dahlah tu mengandung pulak 4 bulan.


Nampak sangat kebejatan masayarakat hari ni. Tak boleh disalahkan juga ibu tu seratus peratus. Suami atau ayah kanak2 tu dimasukkan penjara....320 KK plak tu.


dengan dua anak kecil. Yang pelik kenapa tak minta cerai, pastu kawin jer dengan teman lelaki tu. Hishhhh tak tau lah apa agaknya bermain dalam minda ibu muda 25 tahun tu.


yang lagi menunjukkan betapa tak prihatinnya masyarakat kita adalah keluarga kedua2 belah pihak, ibu Safiyyah dan teman lelakinya tu. takkan lah tak tau anak sendiri bernikah atau tidak?


Kenapa dibiarkan keluarga tu hidup bergelumang dosa sehingga segala2nya menjadi tak keruan dan hisup menjadi teman syaitan...sehingga apa yang berlaku pada kanak2 tu terjadi?


Atau boleh jadi keadaan 'penyamaran' mereka menjadi..lakonan yang mantap sehingga semua orang termasuk ahli keluarga dan jiran2 percaya dan terpedaya sehingga menganggap mereka telah bernikah. Tapi mustahil juga, mana keluarga mertuanya...ibu bapa dan adik beradik belah suaminya..atau nenek kanak2 malang tu sebelah ayah?



Yang pelik nenek dan atok kanak2 tu selalu juga jumpa, takkan tak boleh kesan dan tau apa yang berlaku pada keluarga anak perempuannya. dan takkan tak ambil pusing langsung kehidupan anaknya yang bersekedudukan???? Ajaib sungguhlah ada keluarga/mak ayah macam ni pada zaman ani di Malaysia????


Sapa nak jawab ni? Nak bebel memanag banyak....sedih dan tak terkata melihat apa yang berlaku depan mata di Malaysia hari ni. memang dah kronik dah ni! Entah2 disebalik kisah ni beribu masalah sama berlaku dlm masyarakat cuma tak terdedah tu sebab benda tu berterusan.


Kesian juga...apapun wanita selalu bernasib malang walhal hakikatnya lelaki yang membuat onar. Dalam kes ni ibu safiyyah menjadi mangsa, dimangsakan oleh uaminya yang dipenjara dan teman lelakinya. Wanita walauapun lemah tapi wajib gunakan segala kudrat yang Allah bagi untuk buat yang terbaik!!! kalau lemah dan tak gunakan akal fikiran yang waras maka kemungkinan beginilah jadinya agaknya....



Wassalam

Jumaat, Februari 26, 2010

Mari amalkan sunnah sempena Maulidur Rasul ini.

Assalamualaikum w.b.t


Sempena maulidur rasul, marilah kita bersama-sama menyambutnya dengan mengamalkann hidup secara sunnah. Sekecil-kecil sunnah yang kita amalkan insyaallah kita akan dapat ganjaran pahala yang besar. zaman fahsya'dan mungkar ini bagi umat Nabi yang mengamalkan sunnah akan mendapat ganjaran pahala mati syahid.

bagi umat Nabi yang mengamalkan sunnah, di padang mahsyar nabi akan mengenali umatnya berdasarkan tanda-tanda yang ada pada mereka kesna mengamalan sunnah.


Banyak sunnah yang boleh diamalkan. Dikatakan dari bangun tido sampai nak tido ada 200 sunnah yangh boleh kita amalkan.

Antara sunnah yang boleh jadi amalan harian kita adalah adab nak tido dan bangun tido, adab makn, adab masak, adab berpakaian dan banyak lagi termasuklah sunnah bersugi...kerana dikatakan bagi mereka yang bersugi ni akan dimudahkan sakaratul maut. memang nampak macam mudah jer nak mudahkan sakaratul maut..takkan hanya dengan bersugi jer? tapi itulah indahnya islam..kan dah dikatakan sesiapa yang amalkan sunnah dia akan mendapat kejayaan....


Pernah diriwayatkan dlam satu perang, tentera islam hampir menemui kagagalan dan rasulullah telah menghantar dua orang sahabat yang pakar sunnah untuk menkaji apa puncanya pasukan islam hampir tewas. Pada masa ni Rasulullah tidak menghantar pakar strategi perang pun.


Bila dikaji rupanya tentera islam telah memandang ringan sunnah. Dua sahabat tadi melihat yang tentera islam tidak bersugi dan saf solat mereka tidak lurus. Dua sebab itu telah menyebabkan mereka hampir gagal dalam perang berkenaan.


Setelah dua perkara berkenaan dibetulkan barulah pasukan tentera islam menemui kejayaan.


Pada zaman rasulullah dulu juga, kerana percaya dengan setiap amalan Nabi, semua orang akan membuat setiap perkara yang Rasululullah buat. Termasuklah orang-orang Yahudi sekalipun. Pernah diriwayatkan satu masa tu, seorang Yahudi yang dikatakan sering buang air besar di kebun2 orang islam telah mengikut cara nabi qadha hajat (dengan meletakkan tangan kiri atas kepala .....) dan pernah sekali tu tuan2 kebun bercadang ingin memerangkap beliau tetapi asbab cara qadha hajatnya maka terselamatlah dia dari dibaling dengan sesutu dari atas pokok kerana dihalang oleh tangannya yang diletakkan mengikut posisi sunnah.....kita dapat lihat hatta orang bukan islam pun kalau amal cara sunnah akan dapat kejayaan...


dan mengikut sunnah ni kenalah istiqamah....jangan pula kita fikir taknak ikut sunnah kerana fikir logik.....kita kena amalkan sunnah sesungguh hati macam sahabat2 amalkan sunnah tu sebab sahabat tak pernah persoalkan apa Nabi buat bahkan mereka akan terus buat apa yang mereka pernah melihaNabi buat wwalaupun setelah nabi wafat.


Pernah saya baca satu kisah dimana para sahabat pernah melihat Nabi membingkok ketika melalui satu pokok untuk mengelakkan ranting pokok terkena kepala baginda. dan sahabat telah menuruti perbuatan Nabi itu sungguhpun dikemudiannya ranting pokok (atau pokok itu saya tak berapa pasti) telah tiada namun para sahabat tetap membongkok apabila melalui kawasan tersebut.


Sebagai wanita saya juga pernah baca perihal sunnah wanita menyimpan rambut panjang. Dan dikatakan yang di Padang Mahsyar nanti kita wanita akan menutup aurat (kemaluan dan buah dada) dengan rambut kita. jadi kalau anda rambut pendek maka terdedahlah semuanya. Yelah walaupun masa tu dikatakan semua orang sudah hilang rasa malu tetapi kita pun tak tahu apa yang akan berlaku?


Bagi lelaki pula, eloklah ikut sunnah Nabi yang mudah2..macam simpan janggut dan potong misai. walaupun benda tu mudah tapi saya tengok tak semua orang lelaki yang sanggup ikut sunnah yang mudah tu....tapi kalau ikut budaya barat/yahudi senang sahaja saya tengok. Sedangkan buat semua tu takde dapat pahala apa pun.


Maaflah saya nak bagi pandangan peribadi, sunnah ni tak susah kalau kita belajar buat sedikit2...lama2 kita akan dapat nikmatnya, manisnya...macam ramai orang/masyarakat islam hari ni yang mengamalkan tengok wayang (yang mana itu bukan budaya islam dan totally bukan sunnah) anak2 kecik lagi dah ajar tengok wayang...sampai tengok wayang jadi budaya dan tak tengok wayang jadi satu kekurangan dalam hidup.....nikmat dan keseronokan tengok wayang tu dah meresap dalam jiwa kita dan anak2 kita....macam tu jugak sunnah...


Tak perlu nak kata tengok wayang tu nak release tension, nak hiburkan diri...sebab kan lagi bagus kalau kita duduk sama anak2 baca cerita sahabat2, kisah nabi2, cerita2 syurga, azab neraka, ceriat di padang mahsyar. Cerita2 tu semua cerita benar yang kita akan berdepan nanti....bukannya cerita rekaan macam dalam wayang tu...semua tu nonsense....orang bjak jer yang berfikir tentang mati dan kehidupan seterusnya tapi kalau anda masih leka dengan permainan dunia dan keseronokan yang ditaburkan oleh Yahudi dan Nasrani terutama dalam fesyen (pakaian cara yahudi yang terdedah sana sini, menunjukkan bonjolan didada dan punggung) food (dengan makan di restoran makanan segera tertentu dan makan ditempat2 makan 'mewah' dan eksklusive yg tak dipastikan kehalalannya dan pekerjanya pulak entahkan solat entahkan tidak lagi2 pulak ntah muslim entah tidak?) dan juga fun (dengan terjebak dalam games yang melalaikan dan melekakan, dengan berhibur secara di luar landasan islam tak kisahlah kalau anda kata tengok wayang dengan keluarga, berkaraoke dengan kawan2...tapi pada saya kalau itu bukan sunnah katalah beribu ayat sekalipun untuk menghalalkannya namun ia tetap takkan bawa kejayaan.....jika anda termasuk dalam senarai ni maka masuklah anda dalam golongan orang yang lalai, tidak bijak.....



Ok baca dengan fikiran terbuka.







Wassalam

Ahad, Februari 21, 2010

Rezeki Allah beri melalui jiran belakang rumah...

Assalamualaikum w.b.t


Sejak beli rumah 5 tahun dulu saya memang berhajat nak memasang tembok tinggi untuk sepanjang pagar belakang. Puncanya sebab dapur saya masak dan ruang belakang menyidai baju betul2 menghadap jiran belakang rumah. Tambah2 rumah saya lebih tinggi parasnya daripada rumah dia...tinggi lebih sekaki jugaklah.


Kalau saya menyidai baju tu dan jiran ni sedang makan memang lantai paras saya berdiri tinggi sikit dari meja makan diorang...hahahaa pelik betul....terutama sebab dia dah renovate rumah santak hingga pagar pemisah rumah kami......belah dia bahagian dapur makan belah saya pulak bahagian membasuh dan menyidai pakaian....sungguh kontras!


Jiran ni berbangsa lain, menjadikan aktiviti saya terbatas, dan seperkara lagi jiran berkenaan sememangya aktif di bahagian dapur mereka walaupun selepas 12 malam. Kadang2 borak sakan sampai 3, 4 pagi....mlumlah jumlah penghuni ramai dan masing2 masak pastu makan pastu borak, selain tu ada jer aktiviti membasuh baju....aduuuuhhhh saya memang jarang ke belakang kecuali untuk membasuh dan menyidai....sebab takde privacy! Kecoh dan bising...


November dan disember last year saya out station 40 hari, rumah tinggal jer. Saya tak bagitau jiran belakang ni, bagitau jiran sebelah jer. Rupanya awal tahun ni tiba2 salah sorang jiran tu tiba2 ramah ajak saya borak pulak masa saya menyidai pakaian.


Dia tanya mana saya jarang nampak dah....saya kata sudah pindah Putrajaya. hari tu lama takde rumah gelap pergi mana? Saya kata out station ker Kedah....sebulan setengah. Dia bagitau katanya ada ular masuk kawasan rumah dia, katanya dari kawasan rumah saya.....sebab rumput dah panjang. saya tak ada rumah,kan? Saya pun terkejut sebab saya tak sangka sampai ada ular pulak...selama ni tak pernah nampak apa2 hatta anak ular pun....


Pastu dia kata dia nak buat tembok, nak minta izin saya. Saya pun apa lagi, dalam hati seronoklah....sebab saya tak perlu keluar kos, ada orang nak buatkan.....bagus...bagus...dah siap dah pun temboknya....senang betul hati saya boleh keluar menyidai secara bebas....takde lagi mata yang memandang2....kalau tak tutup kepala pun masih selamat lagi.


Inilah namanya rezeki allah. DIA  tak beri saya terus rezeki dan peluang buat projek tembok tapi dia beri saya cara lebih mudah melalui jiran belakang rumah yang bukan seagama pulak tu. Syukur alhamdulillah. Mintalah dari Allah nescaya dia akan beri rezeki dari jurusan yang tak kita sangka2....


Wassalam

Jumaat, Februari 19, 2010

Cerita budak2 hari ini?

Assalamualaikum w.b.t

Semalam hani balik dari rumah pengasuh dia

Wassalam

Khamis, Februari 18, 2010

Awak ada facebook?

Assalamualaikum w.b.t

Semalam hani balik dari rumah pengasuh dari dalam kereta lagi dah tanya saya apa itu facebook? Facebook tu macamana? Dia dalam internet,kan? kakak tak fahamlah ammie, fecebook tu benda nya macamana?


Saya pun ceritalah serba ringkas. Yang mana dia tetap tak puas hati sebab jawapan saya tersangatlah ala kadarnya....


Saya tanya macamana dia tau fasal facebook, dia kata anak pengasuh, Qistina yang sebaya dengan dia ada facebook, dan hani pun mula demand nak ada facebook jugak.


Saya tanya kenapa nak ada facebook? sebab kata dia Qistina kata dalam facebook ada games! Boleh main games...


Tu cerita semalam.


Cerita hari ni pulak, balik sekolah tengahari dia bagitau kata dia budak lelaki sebelah dia yang dia gelarkan Cina Muslim pun ada fecebook, malah ada blog jugak!


Hairan betul saya, budak2 umur pun tak cukup 7 tahun lagi dah pandai cakap pasal facebook dan blog.


Okay takper, ammie akan buatkan hani facebook....lepas cakap camtu baru dia dan puas hati.


Malam tu tuntut sungguh2 dengan saya nak tengok facebook jugak2, tak menyempat2....


tapi ammie lagi pandai....siapkan homework dulu..baru ammie ajar ber 'facebook'...


tak tau lah nak cakap apa....


Patut atau tidak ya dalam usia sebegitu kita dedahkan dengan facebook, skype, YM dan blog?


Setakat ni hani hanya ada blog sahaja, dan dengan panduan serba ringkas sekali sahaja, dia dah mampu buka blog dia sendiri bila dia rasa nak buat entry, dan kemudian buat entry sendiri dan import gambar sendiri....dan publish sendiri....dan saya dapat merasakan kalau saya ajar dia sikit facebook dan tunjuk games dalam tu dan ajar yang lain2 macam skype, YM, FB adalah tak mustahil saya rasa dia akan mampu explore lebih dari maknya ni!

Nilah anak2 zaman IT....



Wassalam

Rabu, Februari 17, 2010

Ujian literasi dan numerasi

Assalamualaikum w.b.t

Hani baru satu hari jer masuk sekolah ..... jumaat lepas, balik tengahari jumaat tu terus hani bagi surat, guru kelas yang beri surat tu katanya....surat tu mengatakan yang esok dan lusa  (18 & 19 Feb) ada ujian iterasi dan numerasi. tak pula diterangkan apa isi kandungan ujian berkenaan.

Saya agak-agak berdasarkan istilahnya tu, tentu ianya ujian berkaitan dengan membaca dan mengira, mungkin sekolah nak ukur tahap kefahaman pembacaan dan pengiraan pelajar tahap satu ni.

Saya tak pasti pula kalaulah lepas ujian tu, mereka akan diasingkan mengikut keupayaan mereka. Murid2 darjah satu lain ada tak ujian ni?

Kononnya malam ni saya nak juga suh hani buat aktivity book math, kasi asah skill mengira dan mencongak....takut2 skill aritmentik mental dia dah terlupa ker.....yerlah pelajaran tadika..lagipun dua minggu cuti sakan tak sekolah...manalah tau kan?


Tup2 balik petang tadi ambil dia dari rumah pengasuh terus tido..letih sungguh agaknya? Tawakal jerlah esok exam apa jadi?

Saya takut ada penentuan kelas jer berdasarkan ujian tu nanti? Tapi takperlah, rasanya setakat membaca menngira mencongak hani takde masalah besar.

Kita lihat jerlah apa keputusannya esok...kecik sangat lagi hani nak diletakkan harapan yang tinggi2....biarlah dia melalui semua proses tu secara semulajadi tanpa ada paksaan....

Selasa, Februari 16, 2010

2010 tahun bermakna

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2010 ini sangat bermakna dalam ertikata untuk dikenang dimasa akan datang. Kerana pada tahun ini Hani masuk darjah satu. Walau belum mencecah dua bulan memasuki alam persekolahan sebenar namun sudah dua sekolah dia sempat merasa.


Bagi saya pula, bulan pertama merasa sejarah berulang kembali, berulang sama macam 10 tahun  dulu ketika baru berumahtangga. bezanya kini saya berulang mengejar masa, pagi menghantar anak ke sekolah dahulu dan petang bergegas sekali lagi mengambil anak.


Bulan kedua, sudah mampu sedikit santai, sekolah dan pejabat sudah dekat. Namun isu tempat tinggal menghambat. Sejarah buat diri juga berulang. kalau dulu, pada 2002/2003 selama setahun saya memberi kebenaran pada kawan sepejabat menumpang di rumah saya. Dari hari pertama saya mngetahui saya mengadung sehinggalah saya melahirkan, barulah K.Nor berpindah. Pada ketika itu, saya pun berpindah sama kerana kuarters jabatan kami telah siap.


Mungkin ini telah ditulis, kali ini saya pula menumpang, bukan seorang, tapi dengan buah hati. Insyaallah tidak lama menumpang kerana mungkin saya tidaklah sebetah K. Nor yang mampu menumpang di rumah saya sehingga setahun. Saya pula, dengan anak, dan tekanan pasangan hidup saya...terpaksa juga mencari tempat tinggal sendiri secepat mungkin. Mana mungkin menunmpang saya betah membawa cik abang menumpang sama?


Minggu ini insyaallah berubah lagi, kalau diizinkan. Apa sahaja mendatang saya tempuh sahaja dengan kudrat yang ada...insyaallah saya mahu melihat yang indah-indah dan positif sahaja mulai tahun ini....

Selasa, Februari 09, 2010

Saya tiada cerita yang indah-indah...

Assalamualaikum w.b.t


Saya kena akui bahawa saya tak banyak cerita indah dalam hidup. kadang-kdang bagi kita indah tapi bagi yang lain itu cerita derita yang tak sudah-sudah.


Dalam hidup ini terlalu banyak salah tafsir. Kerana setiap kita punya pegangan nilai yang berbeza.


Maka kalau ada cerita indah diam-diam simpan sahaja.


Kerana hakikatnya cerita yang indah-indah itu hanyalah di syurga Allah nanti.


Yang indah-indah di dunia ini hanyalah sementara....

ITU YANG KEKAL ABADI ...ABADAN ABADAAA.....

Ahad, Februari 07, 2010

Persimpangan dilemma

Assalamualaikum w.b.t

Orang anak ramai banyak nak kena fikir dan banyak benda nak kena adjust. bagi ibu bapa bekerjalah terutamanya.


Terutama pula kalau ada yang berlainan sekolah, mana yang sekolah sessi pagi, mana yg sekolah sessi petangnya, dengan Ko K dan dengan KAFA nya...serabut kepala. tapi legalah bagi yang kedua-dua pasangan menyumbang sama dalam menguruskan hal anak2. Huk..huk...sedih pulak bagi insan2 yang mengurus anak sorang diri seperti saya....


Tapi kan....percayalaha orang anak satu (tunggal) macam saya punya anak ni lagi serabut. Nak hantar rumah orang, anak dah sekolah rendah....sapa nak terima anak sebelah petang jer yer...nak kira bayaran pun agak susah. Selang-seli hantar pulak tu.....ada hari ada KAFA, ada hari yang tak....


Pastu, nak ambik maid alang2...mak dengan anak gi kerja gi sekolah, takkan maid jadi boss goyang kaki kat rumah....


Lagi pening, kalau out station manalah nak campak anak sorang ni????Eii serabut..serabut....


Tambah serabut..mohon dok rumah kerajaan tak dapek2 lagi..serabut lagi...

Sekolah rendah di putrajaya mana yang paling bagus?

Assalamualaikum w.b.t


Sekadar bertanya, anda taukah sekolah rendah Putrajaya manakah yang paling bagus...bagus maksud saya, dari segi budak2 yang ada di situ...dan lagi bagus kalau sebelah petangnya ada kelas KAFA....boleh pergi pagi dan balik kerja terus boleh ambil?


Boleh cadangkan kepada saya tak mana-mana sekolah rendah di Putrajaya yg sesuai utk budak darjah satu yang mana disitu kurang kes 'membuli' dan prestasinya bagus?


Mohon sangat2 kalaulah ada yg tau...

Sabtu, Februari 06, 2010

Dunia ini roda!

Assalamualaikum w.b.t


Hidup mengikut pusingan roda. kdang2 bila dah selesa satu suasana malas nak berubah ke suasana baru. tapi kalau kekal jer suasana lama boring jugak kan?


Tulah pasalnya....kenalah juga berhijrah.


Sejak Januari tahun ni, saya kena berhijrah, bertukar tempat kerja....dan memblog memang jadi perkara yang tak masuk senarai lagi.


Bukan sahaja berhijrah tempat kerja tetapi juga berhijrah dari segi kerja, totally buat kerja yang berbeza. dulu umpamanya kerja saya kalau dibandingkan dengan roda, macam saya berada di pusingan yang bawah. Tapi kali ini giliran saya di bahagian atas pula. macam tulah analoginya.


Kesan penghijrahan ini juga tak kurang banyaknya. Anak yang seorang ni pun tak ketahuan lagi mana nak diletakkan. Mungkin bakal berhijrah sama, tapi tak pasti juga lagi.


Tengoklah..tengah berkira2 ni macamana nak sesuaikan diri....

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP