Isnin, Julai 21, 2008

Apa beza sekarang dan 10 tahun dulu?

Assalamualaikum w.b.t

Wah..mencabar sungguh kelas 3 jam straight. Dulu kelas masa undergraduate 2 jam jer. Exam baru 3 jam kan? Tapi post graduate ni kelas sampai 3 jam terus gitu. Matilah menahan menguap dan sakit pinggang.

Dulu2 tak merasa semua tu, kalau kuliah tu sentiasa jer duduk depan. Entah kenapa saya suka amat duduk barisan depan kalau boleh 3 terdepan tu. Kira2nya kalau ke dewan kuliah tu, adalah geng2 yang jenis suka duduk depan ni. kalau hadir ceramah atau ke kursus pun gitu, saya tak kesah duk tercongok kat depan sensorang.

Sebabnya saya ni kalau duk belakang ataupun ada barisan depan saya memang lekalah saya belek orang depan tu. Apa dia tulis pun kalau boleh saya nak tengok. Dari hujung kaki ke hujung rambut [tudung bagi pompuan] semua saya peratikan. Kalau duduk depan nak tak nak saya dapat membelek penceramah atau pensyarah jerlah...

Bila post graduate ni dahlah 9 orang jer [hari ni 8 jer, sorang absent sebab ada exam kat UM, ambil master serentak dengan jurispudent UM lagi tu.] So 8 orang hari ni mengadap sorang pensyarah perempuan. Tau2 jerlah kan, belajar sosiology dengan teori2 nya, mak aaaaiii perut lapar plak tu sebab pagi2 tadi jer sarapan dengan hani dan ayah sekeping roti canai [punyalah nipis roti canai sekarangkan? takat alas perut jerlah].

Hari ni pagi2 lepas hantar hani saya masuk pejabat, saya clearkan dokumen2 dalam bilik, shredded apa2 yang tak pakai lagi tu, 3 kotak dokumen tak guna yerlah 7 tahun punya khazanah. Saya memang seorang yang sangat cemerlang dari segi mengumpul dokumen, kononnya semua sayang nak buang mana tau pakai kemudian hari? Akhirnya clear jugak tadi berkat bantuan 2 orang akak cleaner yang baik hati..senang hati...

Lepas tu ada lah lagik kerja2 semasa [ada jek lagi kerja....ntah apa2 lah kan...] sampailah jam 12.40 baru dapat beredar dari pejabat. Singgah ke bank, gitu gini dah jam 1.12 minit. Masih kat s'ban lagi tu walhal kelas pulak jam 2.00 kat UKM. Rasa2nya satu jam cukup untuk saya memecut ke UKM....dahlah tak pernah drive sendiri ke UKM, bilik kuliah mana satu pun tak tau lagi...takat tau dewan kuliah kat FSSK jer.

Punyalah pecut, 120km/hour, dari tol s'ban pun jam dah 1.14 minit, peliknya jam 1.34 minit saya dah siap2 parking dah depan FSSK. laju gilerkan, tak perasan pun. W.pun kelas jam 2.00 tapi nak kena kejar solat zohor plak. Mujur gak pensyarah sampai jam 2.15 lega lah saya...dahlah biliknya di tingkat 5, tapi bagusnya UKM ni ada lif..takdelah letih menapak tangga...

Nak menempuh 3 jam kelas tu, mengantuk tak boleh tahan lagi, dah lah masalah kerusi kat dewan kuliah tu jenis yang ada arm rest sekali dengan meja tu, meja yg takat saiz kertas A4, benganglah saya ni dahlah stationary jer macam2 ado, pen jer 3/4 kaler, dengan highlighter 2/3 kaler lagi, menyusahkann betul !!

Yang tu takper lagi, isunya tempat menyandar kerusi dia, tak selesa betul, 1 jam setengah jer saya bertahan, lepas tu pinggang saya dah mula bagi respond dah!!! mula rasa lenguh2 pusing kiri tak kena pusing kanan tak kena, sila panggung rasa macam tak hormat pensyarah depan kita pulak. Tambah2 ada pulak yg jenis terlebih rajin tanya macam2 soalan, tau2jerlah hal2 teori ni, lagi dalam tanya lagi pening, tulah jadiknya nak tanya banyak sangat terus jadik terkeliru...sudahnya lebih jam 5 slide powerpoint tak abis lagik.

Kalau jam 5 tak abis lagi maksudnya saya kena ambil hani lebih jam 6, kena bayar OT cikgulah jawabnya. Lepas kuliah sibuklah pulak nak buat discussion, masing2 sibuk nak beli, nak xerox buku2 rujukan pulak...akhirnya 5.45 barulah terhegeh2 nak turun parking. Pulak tu dalam UKM jem gila time tu, semua berpusu2 nak balik. Tapi mujur jugak diorang berpusu2 saya mengekor jerk, sebab saya bukan tau jalan keluar pun...ikut jer hala mana keter bergerak.

Jam 6.04 saya dengan jayanya telah menyuap nasik di R&R nilai, yey..lapar gila time tu. Baru nak makan jer rakan sekuliah, ASP Lai sms tanya "u dah dapat keluar dari UKM ker, i stuck ni, dahlah tak tahan nak ter kenc*ng". Saya dah makan dah kat R&R!. Dia balas, "bukan ker u sepatutnya makan dengan suami dan anak kat rumah?" dia tanya saya macam tu pulak. "Toninght not my turn, his 1st wife turn, i can rest and study" gituler saya jawab...terkejut kot si Lai tu dengar gitu...esok mesti dia tanya hal tu...

Esok akan berulang lagi ke Jalan Duta, sebenarnya esok kelas tunda ke 29 Julai, dari 3 jam jadik 6 jam pagi & petang paper tu, mesti mencabar [baca: mengantuk/menguap/lapar/boring] habis nak mengadap benda sama..Criminology! Tapi demi cita2ku dan harapan jabatan harus dikuatkan semangat ini, kata malas kerja takkan belajar pun malas kot!

Esok ni berulang semata2 ada taklimat dgn pendaftar jam 10 pagi jer...agak2 saya kejap jer taklimat tu, tapi nak berulang tu, minyak jer dah berapa, tol lagi..penat lagi...apa nak buat ni? Nak naik bas rasa macam malas nak tunggu dan rasa macam patah kaki lak kalau takde keter. dah tu, rasa macam nak survey kedai buku kat KL plak esok, saya ni bukan tau jalan2 kat KL sangat, rasanya ajak kawan jerlah esok, tinjau2 kedai buku, kotlah ada buku2 rujukan.

Dulu undergraduate sonang yor...gi jerlah kat kedai mahasiswa ada jer jual semua buku, ni nak kena carik semua bagai, kata kami batch pioneer,kan?mana ada sapa2 buat course ni lagik, satu asia UKM jer ada buat..ntah apo2 lah...pepandailah kami sendiri2 nak pandai ker nak telungkup ker...janji CGPA kena 3 pointer ke atas...hish rasa cam memain pun ado... library UKM pun tak masuk lagi...katanya da taklimat cara2 nak buat carian...xtau bila [ni oren mesti pandai ni...]

5 cetusan rasa:

Zareda Norman berkata...

susah juga nak adapt balik rutin belajar yang dah lama ditinggalkan tu ek.. Kak zar sekarang buat part time jer.. sebab tu bizi giler.. sakit kepala.. dibuatnya. Ingat tahun depan nak apply fullrime jugaklah

fazid berkata...

assalamualaikum...salam perkenalan. saya jumpe link blog akak dari rumah 'mak merah'. tertarik dengan title blog akak, saya terus la ziarah blog nie...seronok cerita kisah2 akak..tapi tak sempat habis... saya add address nie dlm blog saya ye.. boring nanti saya sambung baca...wassalam

Hanisumayyah berkata...

Kak Zareda...

Tulah saya ni pun dulu fikir gak nak sambung belajar part time rasanya memang takde masa dengan kerja apa semua tu, mujurlah ada yg nak bagi cuti bergaji penuh ni...kurang tapak tangan, nyiru saya tadahkan..bersyukur sesangat dapat belajar dan tak perlu masuk pejabat setahun lebih .... memang tak sangka..bukan tak sangka sambung belajar tu tapi tak sangka dapat 'lari' dr dunia kerja sekejap!

Eloklah kak Zar full time jer boleh fokus pada belajar...

M,m,cici and titi..

Wah panjangnya tajuk tu...takde hal silalah link...pelan2 lah baca, tak kemana netry2 tu...kisah2 biasa2 ajer..

Tanpa Nama berkata...

kak, kat UKM ada kawan saya, librarian, nik zaleha (ada link blog dia kat blog saya)..akak approach jek dia, bleh suh dia ajar sekali..kalo akak kat usm, saya bleh ajarkan..hihihi..

Hanisumayyah berkata...

Oren... tq..nanti akak carik Nik zaleha ni...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP