Assalamualaikum w.b.t
Bila tiba weekend jer, bagi sesetengah orang mulalah merancang ke sana ke sini, tapi bagi saya jadual weekend saya macam tulah sejak dua tahun kebelakangan ni.
Setiap weekend yang pak haji ada, jawabnya duk kat rumah jerlah. Boring tu memangler boring. Tapi apakan daya. Tu jer lah aktiviti yang sesuai bagi 'OKU' macam pak haji ni.
Bunyi macam mengata laki sendiri,kan? Tapi kalau ajak dia jalan pun penyudahnya dia akan duduk dalam kereta jer. Serba salah jugak kita nak berjalan2 sedangkan dia dalam kereta,kan? Pergi bertiga tapi kami berdua, saya dan hani jer yang jalan2.
Kalau kat rumah tu, apa sangatlah aktiviti yang boleh dibuat, kejap ke depan, kejap ke bilik, kejap ke dapur jerlah. Ayah pulak port dia kat kerusi urut, bilik air pastu masuk bilik ayah mengadap internet. Tv memang tak buka sebab ayah tak suka bukan TV, bising kata dia. kalau nak buka TV tu kami buka kat bilik belakang jerlah.
Kalau ayah mengadap internet saya menempel sekalilah. Saya ngan Hani baring2 jer, sambil2 tu borak2 ngan ayah. Selalu ayah buka laman web politik [add nya semua saya dah letak kat favorites, kalau takpun, dia buka bisnes kecil2an hal kambing, ikan, hal2 motor, hal ICT] dan yang wajibnya dia buka mudah.com, lelong.com.
Selalu dekat2 zohor barulah menjengah dapur. Lepas zohor baru kami 3 beranak mengadap makan tengahari. Simple jer masak hari ni, kobis goreng telur dengan ikan gelama goreng berlada cili hidup. Tu pun bertambah hani makan disuap ayah. Dah lama tak merasa suapan ayah agaknya.
Ayah boring ngadap, saya pulak punya giliran, lepas saya Hani pulak main games. Kadang tu rasa meluat pun ada bila duk kat rumah jer ni, tapi lama2 dah kebal tak kisah dah pun.
Tulah kalau rasa nak buat aktiviti haruslah saya buat dalam weekday ataupun malam2 yang bukan giliran saya. Aktiviti tu kalau tak ke kedai beli keperluan dapur jawabnya ke bank settelkan bil ataupun carik apa2 keperluan lain utk saya tau Hani.
Itulah kehidupan saya yang sangat simple. Bila nak bertukar tak taulah...sedih tu sedih jugak sebab dari muloa kahwin dulu, dah diajar bila weekend tu mesti ada jer projek mana ada lekat kat umah, tapi lepas kena stroke ni takdelah dah projek2 jalan2 ni...
1 cetusan rasa:
salam,
ummi ada nampak le seorang budak muda kat ipoh ni dia OKU. ummi selalu nampak dia kat Jusco, kat tempat beriadah dan macam-macam lagi. kira kuat semangat le budak tu. kawan2 atau saudara dia akan tolak kerusi roda. dia pun macam happy je.
aktiviti apa-apa pun kalau dibuat bersama keluarga mesti seronok. :)
boleh jimat duit :)
Catat Ulasan