Jumaat, Julai 18, 2008

Sibuk dan menyibuk

Assalamualaikum w.b.t

Ingat dah tak kerja ni bolehler mengadap PC jer...rupanya sibuk jugak. Kalau tak menyibuk dengan pak haji menyibuk dengan anak gadis tu. pak haji balik ni, cara dia cakap macam tempias2 kat saya konon dia nak kata saya ni tak layan anaklah...

Kira2 macam Hani suhaila tu kurang kasih sayang, saya tak layan dia sangat. Yang Hani pulak wah bukan main menggesel2, bermanja dengan ayah. Sikit2 nak merajuk dengan mmie.

Sebelum ni, ayah balik rumah mak tiri ker, balik sini ker langsung dia tak ambik pot.Tapi kali ni, ayah nak balik PD siap tanya, "ayah balik rumah ummie berapa hari ayah?"

Bukan sya suh tanya tu...dia yang pandai2 tanya sendiri, cepat2 ayahnya jawab sambil tunjuk jari 2 batang, "dua hari jer ayah kat sana yer sayang.."

Haruslah lepas ni, lantik Hani jadik setiausaha saya, tugasnya menyiasat berapa hari giliran kat sana, berapa hari lak giliran sini.

Hah, cakap hal giliran saya pun tanyalah giliran lepas ni macamana, kan ker saya kelas 3 hari jer, takkan 4 hari dok sesaja jer. kalau ada laki bestlah sikit, walaupun dok umah jer, ada gak orang nak berborak, nak bergurau senda, nak menyakat,kan? Kalau tak doklah saya depan PC, kejap depan mesin jahit, pastu depan mesib basuh, bila boring dok depan TV..yerlah nak tunggu ambik Hani jam 6 petang...lama tuh..selama ni kat pejabat dok sibuk terkejar2 kerja, ni hah..dok melangut kebosanan.

Pak haji cakap, macam biasalah, kita tengok nanti...biasalah tu standard cakap dia. Mana nak bagi komitmenkan, nanti saya tuntut bagai nak rak pulak. So kita tengok jerlah sama2 nanti.

Paling best dia tau sepanjang tahun depan saya tak kerja lagi [2010 baru kerja balik] dia suh Hani sekolah kat PD semula, habis saya camana?

Saya dia suh duk sana jugaklah..ha pi mai pi mai tang tu jugak! Tu takleh nak jawab, sebab kena tunggu tahun depan jugaklah..

Pak haji balik ni, 3 malam kat sini, semalam baru dia balik sana, pagi2 dah balik sebab semalam saya ada perbicaraan. Terpaksalah keluar pagi2 sarapan kat kedai, lepas sarapan, saya ke court dia hantar Hani ke sekolah.

Tu jerlah citernya...

6 cetusan rasa:

Teman2 Sekalian berkata...

salam ziarah dari mummy buat tuan punya blog ni... kesabaran amat penting dlm hidup bertiga ni ya.. apapun mummy doakan semuga tabah dan ceria selalu ya.

Hanisumayyah berkata...

Mummy..

tq..tq..takde hallah..lama dah bermadu...salam kenal jugak...

Ummi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ummi berkata...

salam,

sori ummi terpadam comment ummi. nak panggil apa ek? nak panggil akak ummi lagi tua, nak panggil adik, isk....ummi macam adik kecil plak. ummi panggil wa le ye. :)

mak ummi dulu suka suruh ummi dan kakak-kakak jadi setiausaha. suruh tanya berapa hari ayah ummi kat rumah mak tiri. kadang-kadang suruh tengok kat simpang, tengok ayah ummi belok sebelah mana. sebelah kiri pergi rumah mak tiri, sebelah kanan pergi kedai.

kadang-kadang ayah ummi pergi sebelah kanan dulu dan lepas tu buat u-turn dan pergi rumah mak tiri. :)

mak ummi sangat sabar. mak tiri pun sabar dan baik. mak tiri tak ada apa-apa nak marah dekat mak ummi sebab mak ummi jaga dia masa dia sakit :)

so sabar ye :)

Zareda Norman berkata...

salwa
sejak dah belajar balik, banyak masa terluang ek.. bolehlah buat part time jual cupcakes ker..

hani sekolah lagi ke tak?

Hanisumayyah berkata...

Ummi, tulah hidup bermadu ni, ada baik ada buruknya. kalau pandang dr sudut +ve, banyak jugak baiknya,kan?

Hanya yang merasa tau. Citer pun tak guna. papaun saya bahagia cara hidup begini. Hani pun faham sangat dah selalu kacau ayah dia tanya, "napa ayah ada dua isteri?" kelakar jer...saya tolong jawabkan.."sebab ayah gatal"...lepas tu kami gelak2 jer...

Zareda,

hani tetap ke sekolah macam biasa, rasa sayang pulak nak berhentikan dia sebab jadual sekolahnya dengan kelas saya takde masalah, lagipun kalau dok umah pun nanti2 saya pulak takleh belajar atau buat assignment...cikgu2 pun tak galakkan dia berhentu, sebab dah banyak kemajuan dia...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP