Ahad, Ogos 31, 2008

Persiapan Raya

Assalamualaikum w.b.t


Tajuk tu memang agak melampau kan? Tapi sebenarnya, bagi orang lain dah lama buat persiapan kan...yerlah sekurang2nya mesti dah beli kain baju sesikit dan dah tempah jugaklah...


Tapi buat saya dan hani tahun ni memang takde persiapan apa-apa pun. Sikit pun takde. Kalau tahun2 dulu adalah jugak saya belikan beransur-ansur dari 2/3 kali gaji sebelum hari raya tapi tahun ni ntahlah mungkin sebab saya tak ke shopping compleks ataupun sebab saya sibuk dari awal bulan 7 ke kelas, maka takde masa jalan2 dengan keadaan kewangan pun "paras hidung" jer tetiap bulan.


Maka gaji kali ni, saya pun tanyalah ayah, boleh tak saya nak beli baju raya hani, tanya tu sebabnya kalau hujung bulan putus duit bolehlah minta duit ayah...so lepas sarapan tadi ayah bawalah ke kedai yang saya minta bawakan tu. Tak jauh kedainya, di belakang Giant Senawang jer.


Sepanjang 4 kali raya sepanjang hidup Hani ni rasanya belum lagilah kurang dari 8 helai bajunya... tapi raya kali ni saya agak 5 helai jerlah kot. Dulu 3 helai baju kurung + baju t shirt + seluar + skit + gown...tadi saya dah beli baju kurung Hani 3 pasang, baju kurung saya sepasang semuanya dengan harga yang sangat murah [pada sayalah]...


Kalau dulu standard saya baju raya tu mestilah sekurang2nya hundred over, tapi kali ni, RM 68 ajer, baju Hani pulak selai RM 22, yang lain RM 17 dan RM 19. sangat murah, semua baju siap jer.


Tapi kali ni ayah cakap, beli baju kurung jerlah, tak perlu gown2, dah besar, biar bersopan sikit... oklah saya pun setuju jugak, bila fikir2 yang saya raya pun tak ke mana sangat pun, maklumlah bermadu ni, nak jalan tanpa suami pun leceh nanti sedara mara tanya suami mana, maka saya tunggu sedara mara datang rumah jerlah.


Lagipun tahun ni bukan ada di pejabat pun, selalu kalau di pejabat adalah gi makan2 kat rumah kawan2 yg duduk kuarters ikut giliran hari lain2, tahun ni naik raya pun assignment dah melambak, siap prof cakap, raya tahun ni tak payah buat kuih lah, anggaplah assignment tu macam persiapan hari raya..melampau betul!!!


Lepas tu dah nak exam...mana nak persiapan exam, mana nak dateline assignment. Memang tak rayalah tahun ni...saya rasa, Hani pun saya tinggalkan kat kampung cuti raya ni, hal baju raya Hani tu mungkin gaji sept + bonus tu nanti saya carilah yg design moden sikit sepasang dua.


Kalau nak banyak persalinan saya dah ada dah satu kedai yg jual2 baju2 branded reject tu di Seremban Jaya, lawa2 fesyennya, berbaloi beli untuk budak2 tengah naik macam Hani ni dan fesyennya pun sopan2 dengan seluar panjang dan t shirt yang feminin....


Kadang fikir tak adil jugak gaji ribu riban, anak sorang jer tapi beli baju anak pun berkira, entahlah, banyak nak kena fikir, ni nak kena beli langsir mak saya ni dalam 30 meter, dah janji hari tu, bolehkan saya baru teringat, harap mak saya sempatlah jahit sebab dia jahit sendiri jer.


Gaji sept nanti harus juga diingat nak kena siapkan duit raya, nak kena beri mak lebih sebab persiapan raya kat rumah kampung dan juga nak kena beli kuih raya [dan modal buat kuih raya] utk rumah sendiri dan rumah mak [sebab dah tradisi turun temurun memang saya yg beli majoriti kuih raya kat kg, sebab mak mmg tak buat satu kuih pun].


Jadi korban...korban...ikut nafsu memang nak fikir utk diri sendiri jer sebab memang best nak pakai baju mahal2, nak rumah cantik2, tukar langsir [langsir saya dr tahun 2001 tau!], nak barang2 emas jugak [sejak kawin nak beli rantai/rantai tangan pun tak beli2 lagi, fikir beribu kali]


Tapi takper, ada ganjarannya. Mana tahu tahun depan ker tahun depan lagi satu ker dapat naik satu takuk lagi kan....di saat2 rombakan besar2an jab ni. ada rezeki allah nak beri sabar jerlah kan...


Ikut hati saya, saya tadi nak belikan sepsang baju kurung yg sama untuk Hani Suhaila dan Hani Syakirah dan sepasang baju Melayu untk Zubair dan Elyas (abangnya) serta satu jubah untuk Kak Aza dan sepasang baju melayu untuk pak haji yg sedondon warnanya tapi dah si Zubair dan hani berlari2 kejap2 menyorok kat kedai tadi susah nak kawal...



Saya pun sempat beli baju hani jerlah...tahun lepas kak aza belikan Hani 2 baju kurung, lagipun awal tahun ni kan Kak Aza jaga Hani ingat nak beri dia jubah utk raya [w.pun dia dalam pantang] saja ambik hati...sebab semester 2/3 mungkin dia kena jaga hani lagi...

Okaylah....wassalam




P/s : Selamat menyambut Ramadhan bulan keberkatan, bersama-samalah kita berebut-rebut menggandakan pahala di bulan ini, banyakkan amal, mana tau Ramadhan ini yang terakhir buat kita, oh ya, salah silap dalam menulis kot ada terguris maafkan saya, moga2 Ramadhan ini hidup kita dilimpahi rahmat dari Allah swt. Amiiinnn

Sabtu, Ogos 30, 2008

Demam

Assalamualaikum w.b.t


Saya sangat tidak sihat.

Dari khamis malam tu selsema,kan? Lepas tu malamnya terus jadi demam.

Jumaat pagi tu ok jugak lagi, petang membawa ke malam betul2 rasa nak demam

Hari ni pun demam dan tido jer.

Macam tau2 jer nak demam ni, hani takde ayah pun tak de

Lagi memburukkan keadaan, hp pun rosak.

Kalau mati dalam rumah ni keras sorang2 jerlah.

Dijangka petang ni ayah balik.

Dua hari tak makan , ok!

makan donut semata2.

Saya kalau demam mesti turun 2/3 kilo punya...

Ok, cowww....sambung tido lagi...

Jumaat, Ogos 29, 2008

bebel ajer...

Assalamualaikum w.b.t


1. handphone

Semalam sampai dari JJ dah malam, tak perasan hp ada dalam poket seluar, masuk bilik air [buatlerapa yg patut,kan] terus rendam seluar, lepas tu dalam masa anggaran 10 saat terus teringatkan hp, alamakkkk...punah!!!

Gigih ambik balik terus gantung clip kat kipas angin paling laju....buka2 sumer..tapi malang dah rosak, takde rezeki...so mulai hari ni saya takde hp dah..nak beli baru...???tak tauler, tapi set hp saya tu rasanya ada jaminan lagi..nak kena gi kedai dialah kot...

2.Ayah dan hani

Ayah dan hani kat port Dickson tak tau apa cerita...saya tak call langsung dr pagi semalam...pagi ni bangun lambat...tak pernah2 bangun selambat ni...10 lebih baru terbangun! macam org bujang plk...terus makan 2 biji donut. yerlah 9 biji ada, sapa lak nak abiskan? ayah dan hani dua2 tak makan donut2 ni...

Rasanya dua beranak tu balik esok kot? Saya agak mesti dia suka duk sana, yerlah dah dua bulan lebh dah tak pergi sana...semalam masa minum pagi hani dah cakap dengan ayah dah nak tengok kambing...pastu ayah cam biasalah kata ok, pastu yg tak tahan dengar tu ayah cakap balik sini nak bawak zubair plk, siap tukar2 jaga anak plk dah!mesti dua beradik tu buat sepah nanti...

Ayah @ Hani kalau call sy mesti tak dpt punya, line umah ni tel nya dah punah, hani buat main2, kira line utk internet jerlah...takper lepas jumaat nak gi office, carik2 bahan buat assignment

Pastu ayah dgn Hani borak2 ayah ajak Hani sekolah tadika swasta kat PD, dengan Zubair sekali [zubair 5 tahun thn dpn] sebab buat teman, zubair kan tak mau sekolah kalau kakak dia ada mungkin dia nakler kot, lagipun tahun depan kak aza aada anak kecik elokler zubair gi sekolah...saya pun fikir2 jugak, kalau macamani caranya semester ni [banyak assignment dan bahan kena baca], tu baru 4 paper, semester depan 5 paper + viva jugak + lawatan luar negara nak tengok + buat laporan indeks persepsi rasuah ngra tu..susah jugak nak atur masa dgn hani...rasa macam nak setuju jer...kalau ada org gaji pun saya hantar org2 gaji tu ke sana...tengokler nanti...ntahlah pimai pimai tang tu jugak...apapun 2010 nanti baru tau ke mana hala sy lepas abis blajar...hani pun dah darjah satu...

3. Rindu ayah

Perasaan saya pada ayah setakat hari ni biasa jer, kalau ayah ada suka, kalau ayah takde tak sedih langsung [dulu sangat2 sedih] tapi kadang kalau ayah ada memangler ada rasa macam terkongkong sikit sebab ayah skrg lidahnya macam 'pisau' tajam! Setiap ayat dia semacam nak kenakan saya jer... kejap berleter kejap bagi bayan [nasihat2 agama] kejap kang bagi warning...ala2 manja gitu...memangler gurauan suami isteri tu bagus tapi kadang sebab dah biasa sorang2 ni ada jer org nak ambik tau nak kawal masa sy rasa macam tergugat jugak..tapi takdelah melawan...ikut jerlah suami kan...hani plak selalu sebelah ayah...baguslahkan..anak ayah tapi amie jadik mangsa...ada jer laporan dia kat ayah bila ayah balik...ammie ni asyik mengadap pc jer, ammie solat lambat, ammie tak baca taklim, ammie tak masak, ammi marah kakak...ammie dan mmie yg macam2 cerita...

Saya rasalah sebab saya rasa 'bebas lepas' sekarang [dan sebelum ni] sebab cara giliran...skrg giliran 2 malam baru ayah balik...pastu saya melalui kehiudpn sibuk sendiri dan ayah plak tak call...tu sebab saya terlupa 'kehadiran' ayah dan saya dah sesuaikan diri hiudp seorang [sama Hani] sblum2 ni, lebih dari masa saya peruntukkan utk ayah sebagai isteri...jadik dlm 2 bulan ni sejak tukar2 giliran ni rasa macam ayah kerap sgt ada kat sini...dah banyak benda sy xleh buat...

Isnin -rabu dah lah ulang alik kl kadang sampai rumah mlm, lepas tu sampai jer rumah, kejap lepas tu ayah balik terus makan luar...khamis sepanjang masa dgn ayah sipa2 masak, jumaat ayah balik PD...masa ni baru dapat nak buat kerja sendiri2, sabtu or malam dah ada kat sini semula, sedangkan hari sabtu adalah hari bersantaian sepenuhnya saya + hani [makan luar lagi] sampailah isnin pagi baru ayah balik ke pd semula...kira weekend tu x blh buat apa...mengadap ayah + Hani jer...

Lagipun kan sejak ayah sakit ni dah 4 kali dia keluar 40 hari, keluar 3 hari tiap2 bulan, ni pun ayah baru balik 10 hari dr Kuantan, maksudnya saya dah biasa ayah takde, cuma yang saya nak citer ni Hani, sebab auah selalu ada kat sini, malam ayah takde dia rasa kehilangan ayah pulak...hubungan dia dengan ayah jadik sgt rapat...dan kalau dia rasa dia rindu sgt ayah dia bebel kat saya..."kenapa ayah ni asyik kat rumah umi jer"..."jomlah kita lari kalau ayah balik biar dia tengok kita dah takder..."..dll

Dan lagi, cepat betul sentap kalau ayah tegur, kat kedai makan dah berapa kali dah sambil menyuap sambil menangis sebab ayah tak bagi dia minum ais..selalu order ayah akan suriuh ais asing..dia boleh ambik sikit jer kalau dgn saya takde hal..boleh ajer minum! Ayah kan ala2 jaga kesihatan anak dia...

Pokoknya, kenalah saya sesuaikan diri dengan masa ayah yg banyak di sini, demi Hani. Sok2 kalau ayah takde, banyaklah kenangan dia dengan ayah banding dulu...saya beri dia ke pd ni pun biar dia duduk lama dengan ayah takdelah keluar ayat2 bebel dia marah ayah tak balik sini lagi...masa nak babai sy semalam siap cakap kakak tak kisah bila ammmie nak ambik kakak tau!!! Lagipun seronok tak ke sekolah lah tuuu...tapi buku cerita sebeban dia bawak, nak kasi tunjuk kat zubair lah tu...

3. Pakaian Hani

Hani ni kan umurnya sejak 4 bulan keluar rumah dah jadik amalan pakai tudung + seluar panjang [atas arahan ayah yg tegas, ikut sy sesekali tak pakai pun takper kecik lg,kan masa tu], jadik sebagai seorang ibu kepada seorang anak perempaun yg ramai memuji hani ni comel, sampailer skrg naik muak sy kalau org puji dia comel sebab skrg dia dah pandai perasan dia comel..., kadang2 saya ada jugak keinginan nak mendandan dan melawakan kan dia kasi lagi comel dan nak kasi dia ruged sikit pakai skirt ker baju seksi2 sikit ker [yerlah sy masa kecik tak merasa sumer tu] tapi masalahnya dia pulak takmo dah. Bila dgr nak keluar jer benda pertama dia cari ialah tudung, ada juga sy cakap ammie ikat rambut cantik2 biar org tgk, tak payah pakai tudung nak, tak? Takmo dia..mati2 taknak...

Tapi oklah kan, namun sebelum2 ni ada jugak suara2 yg rapat dgn saya komen sy kenapa tak bagi anak saya ni melalui dunia kanak2 dia dengan fesyen semasa yg sesuai...tak panas ker pakaikan dia tudung sepanjang masa, dengan baju dan seluar tangan panjang lagi...yerlah macam skrg kalau dah pakai tudung takkan baju lengan pendek plk,kan? w.pun fesyne ni melambak kat luar nun...dengan baby t lagi!

Tapi semalam, kawan bincang saya tu [w.pun cina] dia pun komen bila tengok gambar hani yg pakai tudung dlm hp saya, sy cakap dgn dia anak i dr kecik dah pakai...dia tanya u tak bimbang ker nanti dah besar dia memberontak mana tau masa tu baru dia teringin nak pakai fesyen2, takut dia kena culture shock nanti... [teringat kat iza dulu pakai jubah/tudung labuh sikit lagi dia nak pakai purdah, skrg pakai jeans dan tudung pun dah kecik]

tulah saya pun bimbang jugak...masa depan mana kita tau,kan..tapi dr sekarang sy dah cuba bgtau apa kesannya kalau buka aurat..dia faham tu pasal dia sekali2 taknak keluar tak pakai tudung...kadang tu ikut sy sidai baju pun dia carik tudung..taksub betul...


Tapi betul tau...pengalaman saya dari dia kecik sampai skrg, sebabkan tudung dialah org akan tertarik pandang dia, hari selasa hari tu pergi makan secret resepi siap ada sorang kakak [pakai baju bank rakyat] datang ke meja saya [kebetulan dia lalu] datang semata2 nak cubit pipi hani dan nak cakap comel pastu kami ada ke kedai buku pulak, ada makcik dalam kedai tu pun sama mencangkung mengadap Hani pilih buku sambil borak2 pastu masa bayar siap cakap comelnya pakai tudung...tulah saya ni selalu tengok zaman ni ramai betul anak2 yg lawa2kan..tapi kan selalu gak sy tengok mak atau ayahnya lawa tapi tiba tang anak tak lawa [tp comel jgk kan dah kata budak2] pulak...[mgkn kombinasi tu pncanya], ni mata saya lah kan...lawa maksud saya lawa yg lari dr tema mak ayahnya...tapi jarang kita tengok mak atau ayah yg tak lawa tapi dapat anak lawa,kan? Selalunya kalau mak atau ayah tak lawa, mesti baka 'tak lawa' tu senang sgt menurun kat anak...perasan tak???




Gambar terbaru...hari rabu..lama dah tak belek kamera..kejap jer saya ni gila ambik gambar...skrg dah malas nak masukkan gambar, lecehlah nak buat...makan masa... ehhh saya nak cakap gini sebenarnya, org pandang hani ni macam lawa sebab dia jalan dengan orang tak lawa macam saya....macam beauty and the beast gitu...ntah mana dapat ciri lawa [ni ramai or ckp ler...sy ikut jer pandangan majoriti]...dan lagi...kat umah Hani pakai seksi jugak, jalan jer sopan gitu!


hah...gituler....tu jer bebelan hari ni...marapu ajer...




p/s : rasa macam nak balik kg esok, tp rasa macam nak buat assigment, mana satu ni?

salam 2

Assalamualaikum w.b.t

Untuk rekod, dari jam 10 hingga jam 6.00 iaitu selama 8 jam saya duduk dalam lib w.pun takdelah sejuk sgt aircond di lib. stop 2 kali gi solat, tak makan pun... ingatkan takdelah apa2. Eh....eh...dalam kereta on the way balik, hidung rasa gatal dan tekak rasa kering.


Tapi sebab dah dapat baucer beli 6 percuma 3 big apple donut saya pergi juga ke JJ, S'ban2. sambil2 jalan2 nak cari makan kononnya. masa ni dah jam 8.45 malam, jadi jalan dulu sebab sempat rasanya kalau nak makan setakat alas perut.


Saya naik atas bahagian kasut dulu sebab nak cari kasut ke kuliah, yang selesa, hari tu ada nampak dalam blog sapa ntah dia beli kasut clark, so berkenan tengok keselesaan kasut tu...jadi rancangan nak beli scholl asalnya tak jadikler, tengok2 takde pulak brand clark kat JJ ni, hari tu rasa macam ternampak jer...


Jadi, tak belilah walaupun banyak kasut scholl dan crocs yang saya cuba, tapi takut terkilan + nyesal bazir pulak beli banyak2 kasut. So saya sabar kan ajer hati ni [nafsu nak jugak tu], tengok jugak sembonia, carlo rino, alain delon ada diskaun sampai 50% tapi untuk saya offerlah 80% sekalipun [pada masa ni] saya takkan beli, lama lagi hujung bulan...nanti sendiri yg parah!


So, kenalah juga ke teminal 1 sebab di sana sah2 ada clark. kalau tak pun on the way balik kg, saya singgahlah kat melaka Mall atau JJ atau Mahkota Parade Melaka...pilihan jenama kasut untuk saya terhad sebab saya ada masalah sakit pinggang dan saya juga jenis jalan laju, naik tangga pun kengkadang terus 2 mata jer saya melangkah, tak payahlah mimpi nak berkasut tinggi/fesyen bagai...sudahnya sendiri merana...takat sandal ataupun tumit jenis platform tu bolehlah gagah lagi saya pakai...


Keperluan kasut ni agak mendesak sebab parking kat UKM sangat susah, dan saya terpaksa parking jauh dan jalan kaki sambil bawa buku, sangat meletihkan [bg org tak excercise mcm saya ni]. Baru seminggu dua ni saya parking jauh sebab sebelum ni ntah macamana saya tak terperasan yang saya parking 'dekat' tu kat tempat staff, selamber jer ada kosong saya cilok, sebab saya tak terbaca tulisan tepi garis parking tu, kira last week ntah macamana saya terbaca yg macam2 nama/jwtan khas utk parking tu, minggu ni kosong pun saya tak berani dah parking, sib baik sebulan lebih tu tayar saya tak kena clamp. Sanggup saya pusing beberapa kali carik parking sekurang2nya bertambah mahirlah saya jalan dalam UKM ni.


Jadi malam ni selamat duit saya...puas saya berjaga2 jangan terusik duit dlm purse ni. tadi sikit lagi terbeli correlle...konon nak lengkapkan dinner set kat rumah ni sebab ada diskaun 20% tapi tak jadik bila fikir sebab esok nak bayar yuran sekolah hani, juga esok nak bayar kereta/bil api/air/tel/streamyx/indah water/cukai pintu MPS/bil hp...banyaknya lah hai...sebab ada bil2 ni saya bayar lump sum 3 bulan sekali...so teruk jugalah sekali ni, sebelum ni semua pak hj tolong saya bayarkan secara online kecuali bil2 kecik [saya ntah kenapa tak cuba bayar online sendiri, sebab dia dah buat semua kot...so saya redha kan jerlah]. Skrg buat sendiriler dah tak kerja. Bil api selalunya tak cecah RM50, air pun selalu sikit jer tak sampai RM 10, bil tel rumah seblan RM 2.00 [kadar utk OKU], streamyx pun RM 45 jer [staff rate], hp saya pun tak banyak...saya bukan kaki gayut, takat call yg penting2 jer, tak kerja ni lagilah, hp pun ntah mana2 tercampaknya...


Nampaknya kita kerja ni sebahagian besar pendapatan diguna utk bayar bil2 ni [selain rumah yg bayar paling besar]...lepas selesai sudahnya ciput jer tinggal utk keperluan kita...tulah kan harap2 esok adalah pengumuman yang boleh mengurangkan beban rakyat...manalah tau dapat bonus 2 bulan ker...tapi tak mungkinlah kot..dalam keadaan negara sekarang, dapat sebulan pun dah ok dah...
Tadi kami berdua kena sound kat lib sebab buat lib macam rumah sendiri, suka suki alih2kan kerusi pastu lambakkan jurnal2 atas meja, dah tu kami dua2 lintang pukang wayar laptop masing2 sambung ke plug, ntah sapa [librarian kot] agaknya datang macam marah2 dan geleng2 kepala tanya ..."ni sapa yang buat macam ni?"...saya jawab, kamilah" [kawan saya ke toilet] so dia leter kata tak bolehlah, ni lib lah...jangan buat macam rumah sendirilah...dengan muka dia macam marah, saya kata, takperlah encik kami kemaslah nanti, kami pun dah nak beredar ni...macam tak puas hati masih lagi berdiri di tepi meja saya tu...saya pun buatler macam kemas2 meja tu...dia pun blah jer...


Tulah padanya, kami dua2 ni dah lama tinggalkan u dah lupa dah peraturannya...sorang p*lis sorang lagi plak B*R..tau2 jerlah dua2 selamber...siap bercakap kuat2 pulak tu, lepas tu terperasan diam balik, lama sikit tercakap kuat lagi...dua2 taknak kalah pasal dua2 bekas IO...macam pandailah kununnnya tuuu...dalam lib terasa sangat yang saya dah tua sebab dikeliling pelajar2 yang muda belia...alahai bersih jer muka masing2, sibuk jer belajar...yerlah budak2 pandai + rajin jer yg kaki lepak kat lib ni....saya msa 1st degree takde lah gi lib melainkan terdesak sangat...kira sekarang terpaksalah ubah sikap, alhamdulillah juga dapat partner yang sangat rajin [maklumlah bangsa Cina memang rajin belajar kan...] kira sekarang best friend saya si mata sepet nilah...kejap jer kami dah mesra...dah boleh citer luar dalam dah...kebetulan ada persamaan sebab suami dia hanya ada weekend jer dan dia pun ada anak perempuan seorang...tulah perancangan Allah ni sangat sempurna....
Tu jerlah utk malam ni...

Khamis, Ogos 28, 2008

salam

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Aduh...kepala saya agak pusing sekarang, serasa macam 'keluar mulut buaya masuk mulut harimau', dulu cakap besar sapa suruh??? Sekarang terimalah apa jer...harapnya tak lama lagi dapatlah saya menyesuaikan mental dan fizikal dengan situasi sekarang.

Saya update dari tgkt 3, Perpustakaan Tun seri lanang...melampau betul saya kan, tengah buat assignment pun sempat jengah blog, dari hari update entry sebelum ni saya tak sempat langsung buka blog.

Seronok juga ya, dengan tsunami politik, berbincang2 juga dengan suami, pensyarah dan juga dgn beberapa kerat kawan sepengajian tentang senario semasa ni, kita sama-samalah tunggu apa yang berlaku beriktnya. Kalau boleh kita katakan revolusi politik? Mungkin [tapi rasanya saya pasti] nanti bawa kesan besar pada negara atau sudah sukar utk kita keluar dari lingkaran poltik hari ini..mungkin bila PR menjadi tunggak semua status quo yg ada dlm pentadbiran aka sama berulang? hanya masa yg akan menentukan...

Selepas 8 mac shaja pun kita melihat arus politik yg tercetus secara drastik terhadap perbhasan di parlimen, kesedaran ahli parlimen terhadap isu rasuah dan penyelewengan kuasa naik secra mendadak [apa yg saya prhati dr perbahasan di Youtube...very good!] dan itu kalau disentuk persolan masy lain semuanya menjadikan suasana sekarang begitu menari pd pemerhati yang berminta.

Ok, back to my life...saya rasa saya tak dapat nak handle hdup saya buat sementara ni, 3 har ulang alik Kl [jem gile...sebab raptai merdeka,kan?] dengan balik malam setiap hari, dan ada 8 assignment menanti, saya kena 'angkat tangan'. Hari ni giliran saya saya burn ajer, hani un saya serah pada ayah bawak balik ke PD, pagi2 saya dah ke lib UKM...

Kat rumah dgn hani memang tak boleh buat kerja, mengadap pc pun kena kacau, buku rujukan takde....so nilah caranya nak berjaya....cewwahhhhh...alhamdulillah ada maduku utk di subkan kerja menjaga anak saya...nanti saya upah belikan baju raya...[kalau ada bajet]

ehhh...partner sy berbincang ni pergi keluar kejap sebab nak perah susu...so saya nak sambung baliklah...kejap lagi dia sampai tak profesional pulak kalau nmpk saya buka blog...ok..salam...

Blog lain tak dapat baca skrg..akan dirindui.nanti memalam br jenguk...sy malam baru balik rumah...

Selasa, Ogos 26, 2008

Tudung dan tentang saya

Assalamualaikum w.b.t


Mungkin ramai pernah terbaca artikel ni..takper bacalah berulang kali moga2 boleh datangkan kesedaran dan keinsafan...


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkahlakunya benar-benar membimbangkan ibu.Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.




Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakanguru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung.Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlakupertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa,adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok,jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, takpernah buat macam tu!"Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.




Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapatdipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lamamereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteriAbu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnyasi buta, bisu dan tuli.Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.




Dia bertanya kepada saya,"abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dantuli?"Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata sayadan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku padawajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucatlesi......entah apa yang dah berlaku?Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudungyang labuh.




Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...sayasendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana sayamelihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang kerumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya diasuka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi sayasendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, diamenundukkan pandangan..




Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hatis aya..Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja dikalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan sayabekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibumemanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun).




Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hatiberdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalamrumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantasmemeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik bolehmengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapatditahan lagi...Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk kebilik adik.




Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunyasebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demisehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri danpertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abukhoiri..disitu tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.Butirannyaseperti ini:Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)




Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datangdari lubuk hati




Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik AllahSWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?




Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihikami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat mak cik bagaimana?




Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruhtubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanyaakan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalahperlindungan untuk wanita ..




Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yangkelakuannyatak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau maknadisebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?




Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang siasia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untukdirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidaksenonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untukmemperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT,bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hatikamu.. tulah hakikat tudung




Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buatsemua tu?




Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaandan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satupadang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiadarumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepalakita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi ,antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebihberharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanyamempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh keranarasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantungamalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketikadibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentukseperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka..belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yangpanas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidakberusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akanmenjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .




Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah . Saya selak halaman berikutnya dan saya lihattertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikkudisisinya..AminSubhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kitasemua.

Wassalam...



%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%





p/s : Pening dengan tugasan dan presentation, group discussion etc...yerlah full time belajar dengan sedikit harapan kononnya nak lari dari kekangan dan tekanan dunia pekerjaan...rupanya tekanan ada di mana2 sajer... yang parah semuanya benda baru...dulu undergraduate assignment ada diberi tajuk...ini tajuk pun kena pilih sendiri dari skop yg cukup luas...nak kena present pulak dulu kerangka topiknya...dah lulus topiknya barulah boleh buat assingment...nak plagiat ker nak tiru ker, nak tengok2 contoh ker jangan harapler...hampeh...kamikan perintis...camno eh??? benda senang jer ni...blajar bukan susah apa pun, benda yg saya bergelumang 8 tahun dah...cuma kena banyak baca jer...baca..baca dan baca...tapi tu yg malas tu....kalau kasik majalah ker novel ker takper meh sini sekali duduk jer saya leh habis baca...tapi baca secara kritikal ni dah 10 tahun saya tinggalkan ....dulu2 di menara gading tu terpaksalah baca...masa kerja ...asyik baca akta jerlah dan buat praktikalnya...takdelah masa nak ambik tau masalah2 dari aspek sosiology manusianya, dari segi teori2 lama hal2 criminologynya pasal MLS nya...yang tau ada kesalahan, cukup bukti tangkap!...sudahnya penat baca saya ngadap pc...siap kena bebel2 dgn pak haji ...awat buku tak berusik...pandai leterkan orang suami saya ni...takper..takper...abang jerlah baca pastu gitau isi2 pentingnya...bolehker gitu, bang? kadang rasa belajar sains tulen lagi senang,kan...ada formulanya...hafal dan fahamkan [yerlah sek men dulu saya ambik sains tulen gitu...] tapi belajar sains sosial dan kemanusiaan ni abstrak dan subjektif sangat..semua betul dan benar dan semua pendapat diterima kalau logik dan kajian menyokongnya...sudahnya kita yang baca ni fening2 lalat...banyak sangat ahli falsafahnya...hishhhh boringlerrr...ntahler...saya ni semuanya nak boring ...apalah asyik merungut jer...saya ni minat membaca sebenarnya...meh sini bahan bacaan pasal politik...kejap ker khatam...sehari 5/6 jam bloghoping laman blog politik pun saya tak perasan masa berlalu...punyalah khusyuk...tapi bila baca buku serius ni khusuyuk gak tapi khusyuk nak melelapkan mata!!! ehhh nak tanya kotler yg baca blog ni sudi jawab....ada tak cadangan tesis apa nak buat??? Semestinya berkaitan rasuah..apa yg anda nak tau/ tak jelas/ nak saya kaji @teroka@jelaskan melalui kajian ilimiah berkaitan isu rasuah/salahguna kuasa/penyelewengan...<--punca, kesan, symptom, sejauh mana ketelusan, politik wang, indeks persepsi rasuah etc...saya sangat membutuhkan bantuan...dah ada tajuk dalam kepala saya ni sajer gatal nak tanya jer...



Dari khamis lepas sampai ahad saya berkurung dalam rumah jerk ngan hani...belek2 buku2 ni [dah 2 bulan baruler saya ni meminjam buku...tapi hampeh..baca sikit ngantuk....

Isnin, Ogos 25, 2008

Perubahan

Assalamualaikum w.b.t


Ingin buat perubahan...pengeposan enrty diblog ini dibekukan sementara...boleh juga ke blog hani di http://www.hijrah1429hanipermataku.blogspot.com/ utk sedikit update..

Sabtu, Ogos 23, 2008

Sampaikan kebenaran

Assalamualaikum w.b.t
Mari kita kongsi, kesedaran sesaat itu lebih bermakna dari takde kesedaran langsung..mungkin dimasa depan kita boleh rujuk dimasa alpa...
***************************

Golongan Wanita Yang Di Seksa Dalam Neraka "Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya." (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?"

Beliau menjawab, "Pada malam aku diIsrakan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.
"Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?"

Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan.

10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, "Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu?"

" Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hai Fatimah, adapun tentang;

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan laki-laki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya."Kemudian Nabi s.w.a. bersabda: "Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya."

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerana dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.

6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhu dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda:

"empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.

2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda:

"Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).

2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.

3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).

4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan suaminya.

Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat.

Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata:

"Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang mengerjakan solat bersamamu". Beliau berkata: "Aku mengerti bahawa engkau senang mengerjakan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik dari pada solatmu dikamarmu dan solatmu dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan sholatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di mesjidku". -- (Bagi lelaki sangat dituntut sembahyang berjemaah di mesjid)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap dirumahnya".

Diceritakan dari Aisyah r.a.:

"Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid".

Maka Nabi s.a.w. bersabda:

"Wahai manusia laranglah isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknat hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid".

Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka.

"Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:

"Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya."Isteri tidak wajib taat suruhan dan arahan suami, apabila suruhan dan arahan itu bertentangan dengan hukum Allah s.w.t.

Imam Al-Ghazali menegaskan:

"Seorang isteri wajib mentaati suami sepenuhnya dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya tuntutan itu tidak mengandungi maksiat.""

Ada yang lain...

Assalamualaikum w.b.t



Semacam tersedar...banyak yang lain...lebih penting...selain...memblog hal2...



~masak

~makan2

~kerja

~rumahtangga

~kawan2

~isu semasa

~beli belah

~alat solek

~hal dalam kain

~hal jalan-jalan

~lain2 yang anda boleh fikirkan sendiri





Makin lama baca blog dan makin teroka blog sendiri makin rasa itu bukan saya pulak...sangat2 bukan saya...banyak mengarut lorrrrrrrrrrr...ntah apa-apalah...ni namanya orang takde kerja...sejujurnya saya banyak baca blog lain sebulan dua ni...sakit kepala tengok macam2 benda yang diblogkan...dan saya merasa saya pun macam dah termasuk golongan yang memblogkan benda bukan2...remeh temeh!~!!! Sebab saya dah takde kerja [rasmi] kot???


Ya...saya mengutuk blog2 sedemikian rupa...sebab saya rasa ntah apa2 yang dblogkan...macam dah takde benda lain penting dalam hidup ni....persetankanlah mereka kan...tapi tulah tak boleh nak diam jer tetap hati asya ingin bersuara.

Jumaat, Ogos 22, 2008

Siapakah?

Assalamualaikum w.b.t

Siapakah? <-- terasa dan banyak terkena pd diri sendiri bila baca email ni...
1. Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

2. Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

3. Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

4. Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

5. Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

6. Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

7. Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

8. Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

9. Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

10. Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil erkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

11. Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

12. Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

13. Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

14. Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

15. Siapakah orang yang bad word?
Orang yang bad word adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

16. Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu kebaikan.

17. Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

18. Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

19. Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

20. Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

21. Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

22. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

23. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

24. Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

25. Siapakah org yg bijak?
Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain...

Bisul lagi


Assalamualaikum w.b.t


Dulu kan saya ada kata Hani ni ada sejenis masalah berkaitan dengan darahnya kot? Selain masa kecil kulitnya sensitif, dia juga selalu kena bisul2 kecil...terutama dimuka. Penyakit yang ini sangat2 diwarisi dari ayahnya. Saya tidak pernah ada kecenderungan sakit seumpama ini. Kalau ayah..yer, memang kerap bisul2 kecil ini...yerlah hani kan anak ayah!!!


Kalau ingat baru hari tu jer hani kena bisul ni kat kening dan atas mata. Tapi ni dah kena lagi sejak weekend lepas, hari sabtu rasanya....iaitu hari ayah nak ke Kuantan tu. Petang semalam balik dari ambil dia di sekolah saya belek2 bisul tu hairan jugak dah 6 hari tak masak2 [pecah]...kesian tengok sebab betul2 tepi mata Hani. Rasa macam nak pecah2kan jer...tapi Hani nak usik pun tak berani..nak ambil gambar pun takmau...kena janji nak bagi buka CD baru di kasi ambil gambar...tu pun dalam mulutnya ada makanan.



Ni gambar nak close up dia takmo jugak...dapat jugak curik2 ambil...klau tengok live sebenarnya besar jugak bisul nih!



Lepas maghrib saya tengok2 eh...dah pecah bisul tu...hani pun tak perasan...ada darahnya bawah mata sikit tu...


Ni close upnya...rasa nak tekan2 kan ajer...tapi sudahnya saya usik2 dengan cotton buds Hani plak nangis sakan tengok ada darah2 semua...saya pun tak pasti nangis sakit ker nangis mengada....panggil2 ayah semua...callkan ayah bukannya dia cakap dia nangis terus-terusan..yang ayahnya pun sabar jer tunggu sampai dia abis nangis...lepas tu saya nampak dia mengangguk2 [agaknya ayah nasihat apa2lah tu kot] lepas tu dah diam terus cakap "bear..kakak nak bear"...agaknya ayah tanya kakak nak hadiah apa kot...ayah balik ahad ni...ntah beli ntah tidak...macam tak caya jer ayah nak belikan bear....tak pernah2 belikan???





Kesian kat anak gadis ni....esok saya nak cutikan dia sekolah...takut dia lasak memain nanti terlanggar pulak matanya ni...berdarah nanti sapa yang susah...menyusahkan cikgu pulak....sebelum pecah bisul ni ada dia cakap kawan yang buli tu tercucuk jari kat bisul tu Hani menangis sebab sakit....semalam jugak tocang 'keling' dia tinggal sebelah jer masa balik tu.... sebab kawan tulah [y buli tu] yang buka/tarik getah tocang yang sebelah lagi....


Ni tocang masa balik hari ni, pagi tadi bertocang satu ikat lepas jer...ni cikgu dia buatkan...tak bape kemas...mesti hani taknak tahan kepala lama2...biasa cikgu ida ni buat kemas jer sayang saya nak buka...[masa nak tido]...

p/s : pagi ni bangun dah susut dah tapi siap ada darah2 kering keliling mata dia...saya nak basuhkan bahagian mata tu dia tak berani....sabar jerlah...jap lagi pujuk2 dia cuci dengan cotton bud jer dulu...

sebungkus nasi lemak seringgit



Assalamualaikum w.b.t

Nasi lemak ni sebungkus seringgit tau...sebesar penumbuk hani jer...betul2 mahal tau!!!


Khamis, Ogos 21, 2008

Orang gaji

Assalamualaikum w.b.t




Saya terasa betul kehilangan orang gaji kedua saya ni, Dewi Puspita. Saya ambil dia dua tahun lepas orang gaji pertama saya, Cinto binti Sahar dihentikan perkhidmatannya dan dihantar balik ke Indonesia sebab berselisih faham dengan saya lepas tu menangis2 nak berhenti. Gilo!! Lantaklah kau..saya terus gi Imigresen beli tiket dan potong nama saya sebagai majikan dan terus hantar pulang. Puas hati saya w.pun habis ribu2 jugak urus dia datang sini sebab saya buat sendiri2.








Dewi ni pun saya buat sendiri2 takde melalui agen, dia cakap nak balik sebab mertua sakit lepas kerja dengan saya tak sampai setahun, saya benarkanlah, sebab dia dah kahwin dan suaminya juga ada di sini dan mertuanya ada kencing manis saya dah agak yang dia tak akan datang Malaysia lagi...saya lapang dada jerlah...


Tapi kerja Dewi ni tip top dan dia buat kerja dan merancang kerja lebih dari apa yang saya mau. Banding dengan Cinto... Dewi jauh sangat bagusnya. Dewi boleh buat keputusan sendiri dalam menyusun atur barang2 rumah dan masak menu yang dia mahu dan saya pun suka masakannya. Cinto pulak masak ikut suka dia juga dan menunya tak sedap. Tapi tiap2 pagi saya kena aturkan kerja dia...pening saya, rehat jer kena balik tengok apa dia buat...


Cinto pulak semedangnya suka tengok Tv [TV di ruang tamu] tapi Dewi pulak tengok masa citer dia suka jer w.pun tv tu memang saya letak kat bilik dia. Cinto saya suruh pakai tudung masa suami ada sebab dia suka keluar masuk masa pak haji ada tapi Dewi saya tak paksa langsung dia pakai tudung dalam rumah masa pak haji ada tapi dia pandai bawa diri kalau pak haji ada dia duduk di belakang ajer...


Tu lah bezanya Cinto. 36 tahun dan Dewi, 20 tahun selain Cinto ni orang minang [Bukit Tinggi] dan Dewi orang Jawa [Jawa Timur]...apapun saya tetap pilih orang Jawa utk next orang gaji...


Yer...dalam masa terdekat ni saya insyaallah akan ambil orang gaji untuk kali ketiga....orang Jawa juga. Juga tidak melalui agensi...tidak juga ambil sendiri...ntah tiba2 Allah nak hantar orang gaji ni. Terima ajerlah...memang pak haji pun dah sebut2 nak cari orang gaji...sebab dia suka rumah bersih+ kemas dan dia tau saya takkan berdaya + mahu + sanggup buat rumah bersih macam orang gaji buat! Juga dia nak 'pinjam2' orang gaji ni untuk bantu kak aza masa berpantang nanti...lagipun apalah pak haji boleh buat nanti dengan sebelah anggotanya tidak upaya.


Sebenarnyakan, saya teringin bangat nak tengok kak aza yang dah besar perut tu...teringin jugak nak ke rumah kak Aza di PD tapi saya tau saya akan sedih sangat kalau saya tengok perut besar dia dan tengok persiapan dia nak sambut baby....last pergi hari tu masa dia 4/5 bulan saya nampak baby coat dah bawa turun tgkt bawah, dan nampak 2 helai baju mengandung dia yang baru dia gantung kat bilik bawah pun saya dah sedih sangat....sikit2 menyampah pun ada [masyallah hasutan syaitan tu] bukan menyampah apa...menyampah sebab dia ambik ringan hal perancangan keluarga [suntikan hormon setiap 3 bulan] pastu macam termenyesal sebab dah termengandung...yerlah taulah semuanya kehendak Allah dah tertulis. Pak haji plk saya tengok macam pening nak dapat baby baru ni...agaknya tak tau macamana nak handle nanti dengan anak2 kecil lain, Uda, 9 thn, Syakirah, 8 tahun, Zubair, 4 tahun...entahlah! Adalah hikmahnya usia 52 tahun pak haji dapat anak baru!


Rabu, Ogos 20, 2008

~wanita~

Assalamualaikum w.b.t





Apabila rujuk hadith mengenai wanita, banyak yang bercerita tentang 100% penghidupan amalan wanita di rumah,



~seperti ibu-ibu yang menjaga anak-anak dirumah maka akan bersama-sama Rasullullah di syurga,



~wanita yang solat di satu penjuru rumah seolah-olah seperti solat di belakang Rasulullah saw,

~wanita yang terbaik adalah yang tutup aurat dengan sempurna,



~3 hari wanita tak keluar rumah doa makbul,



~wanita yang basuh baju dan jemur baju, maka matahari akan berdoa keampunan untuknya



~wanita yang duduk rumah selamat dari fitnah dajjal,



~wanita yang baik adalah yang tidak di pandang lelaki yang bukan mahram dan sebagainya.... (rujuk ustazah yang ikhlas)

Selasa, Ogos 19, 2008

Aku tidak upaya!!!

Assalamualaikum w.b.t



Sejak kahwin 2001, rumah ni rumah ke 4 saya duduk. Yang membanggakan ketiga2 rumah sebelum ni saya yang melalui seorang diri proses mengemas, membungkus dan berpindah ke tempat baru dan unpacked dan kemas semula di rumah baru. Semuanya saya!!! dari teres corner lot ke rumah banglo 5 bilik [siap dengan rumah orang gajinya] ke apartment 5 bilik di tingkat 2 semua saya gagahi kemas seorang diri perlahan2.


Tapi bila sampai di rumah sendiri ni barulah terasa yang saya tak berdaya mengemas sepertimana dahulu. Terasa sangat saya dah tak bertenaga. Kalau dulu katil queen tu saya boleh buka skru dan pindahkan serta pasang semula di bilik lain termasuk tolak [sorong tilam queen yg berat tu] tapi sekarang nak alih katil single hani pun tak daya dah...fikir punya fikir tak beralih2 juga katil tu dari bilik belakang [bilik dewi maid saya dulu]...walhal dah dua tahun dah pindah rumah ni!





Tapi weekend seminggu lalu saya gagahkan jugak sebab malas nak tengok ruang tamu rumah sepah dengan buku2 dan permaianan hani...sebetulnya bilik belakang tu tempat main dia tapi saya pun malas nak duduk bilik tu dia apa lagi...kan ker kerjanya membontot saya jer...maka biarlah dia duduk dan sepahkan bilik sendiri dan harap2nya lambat laun dia bolehler tido sorang dalam bilik dia ni..


Hajat saya besar konon nak setkan bilik dia lawa2 siap search kat internet design bilik kanak2...memang cantik2... tapi saya modal pun tak cukup lagi..tu yang tangguh punya tangguhlah...sudahnya dah dua tahun pindah rumah ni, tak buat langsung bilik dia ni...set cadar dan comforter serta langsir corak sama saya dah beli lama dah...tapi tak larat dan takde mood tu yg malas jer nak buat tu...simpan dalam lemari jer...





Tapi sudahnya tak siap jugak bilik Hani ni, tapi dia punya sukalah lepak dalam bilik dia ni walaupun tak siap...macamana nak siap saya dah sakit pinggang yang amat dah...takat alih katil, almari dan tolak side table tu dah kira cukup berat dah...sudahnya langsir pun tak bertukar...yang remeh kerja2nya nak angkut benda2 kecik dalam bilik ni...yerlah selama ni apa jer sumbat dalam bilik ni...jadik angkut baliklah semua bawak bilik belakang...






Ni projek tertangguh...biar jerlah langsir ni nanti2 ada mood sambung balik tukar yang baru...yerlah buat kerja sorang2 ni mencabar jugak!


Ni menolak almari pakaian ni masuk bilik ayah..besar jugak kerjanya...almari ni konon masa pregnant dulu beli utk letak baju baby, sudahnya sekarangkan saya suh Hani ambik baju sendiri dua drawer yang atas tu dia tak sampai, kadang2 habis sepah baju dalamnya, sekarang lemari plastik kat bawah ni jer bagi kat dia... 4 drawer bawah ni utk baju2 dia...




Bukan apa saya beli almari plastik ni sebab sejak ayah sakit ni, kalau beli barang2 berat/tegap2 susah proses nak alih2 sebab takde tenaga lelaki maka beli jerlah yang ringan2 macamni...senang alih ke hulu ke hilir...nak sepahkan baju kat dalamnya pun senang...dah sepah sorong jer tutup...sesuailah utk anak gadis tu yang suka tarik2 baju mana dia nak sesuka hati...




Dulu...bilik ni tempat iron baju jer...tu bakul pink tu saya letak sebakul kain2 jahitan saya...campur2 langsir2 dari rumah lama yang saiz sliding dan tingkapnya besar giler nak kena alter dulu baru boleh pasang kat rumah ni...semua projek tertangguh tu...ekzos fan tu menakutkan kan? Tapi bilik ni ntah kenapa kipas anginnya tak sekata....ketepi jer perginya pasang '5' pun masih panas giler kena letak ekzos fan ni ..patut kena pasang kat dinding...tapi macam tu jerlah gayanya saya kata biar gitu jer senang angkut mana2...mana ntah ayah dapat..hahaaaa kat rumah kak aza pun ada ekzos fan gini....




Ni lepas angkat dan sebelum pasang cadar...dua2 benda ni dibeli adhoc sebelum Hani lahir..masa duk rumah lama [banglo kerajaan negeri dulu] sebab mak saya nak datang dari kampung, belilah katil + tilam ni... katil khas untuk Hani belum beli legi...rugi jugak kalau beli set kanak2 tu sebab tunggu 4/5 tahun lagi dia remaja sikit beli yang size dewasa tapi style remaja...takdelah terbuang set kanak2 tu nanti...nak bagi kat adik pun tak tentu lagi,kan?


Ni jerlah yang mampu disiapkan...tang katil ni jer yang siap ...lepas tu adalah touch up sana sini....dah malas nak ambik gambar...nanti2 ler dah pasang langsir dan nak tampal deco sikit2 kat dinding tu saya snap lagi picture....





Baru kemas2 sikit pun Hani dah happy dah....terus jer main2 kat dalam bilik dia ni....saya pun letak TV kecik kat bilik dia takdelah sibuk2 nak keluar bilik dah....




Lepas tu mulalah dia suh masukkan segala mala mainan dia dalam bilik ni...dah mula nak buat sepah dah....lantakler...kalau sepah dan selerak mainler dalam selerak tu..ammie malas nak kemas dah! Banyak benda nak buat dalam kepala ni berkaitan rumah ni, dok pusing2 dalam kepala jer...sebabnya...ada benda lebih utama....apa lagi..belajarlah! Ayah takde 10 hari ni.....bolehler bebas sikit kalau tak dok picit/urut/masak/makan jer....cuma melayan kerenah anak gadis ni jerlah....tulah pasal boring2 buat entry merapu....lega sikit kepala!


P/s : Oh ya tadi saya isi minyak di stesyen minyak shell dalam perjalanan ke UKM, saya nampak blogger mee goreng mamak [che dinz] hahahaa saya pandang jer sambil fikir napalah muka dia ni familiar sangat..dia pandang saya dengan muka pelik...masa isi minyak baruler teringat....hari tu plk nampak kembara Viruspadu di Seremban...siap saya senyum2 sorang....hahaaaa kelakar jerlah dunia blog ni, kita kenal orang secara detail jugakkan, tapi orang tak kenal pun rupa kita...dan tadi lalu kat ILKAP teringat kat Azwa..tapi Azwa dah balik ganu dah,kan? Teringat juga kat Alex Lacey yang katanya duduk area Bangi....Kak Zareda jugak area Bangi,kan? Mana tau terserempak satu hari nanti..masing2 tak kenal, walhal selalu ajer masing2 baca blog memasing...

Isnin, Ogos 18, 2008

Hari Minggu Yang penat

Assalamualaikum w.b.t
Cerita naik bas dengan hani tu hari sabtu sebenarnya. Semalam hari ahad, hari memenuhi undangan kenduri kahwin...


Semalam jam 8.30 pagi lagi saya dan hani dah keluar rumah. Ada dua jemputan kahwin nak kena pergi. Dua2 pergi secara konvoi...5 kereta berkonvoi, semua tunggu kat pejabat. Saya tumpang kereta orang jer, tak larat minyak dan tak tahu jalan juga buat saya ambik keputusan tumpang jerlah.


Mula2 kami bergerak ke kepong. Rumah yg kami nak pergi tu, ehhh walaupun tak kerja lagi kenalah tunjuk muka,kan? Kan ker jemputan ni wajib dipenuhi, lagipun selain dapat kad, dapat juga jemputan mulut melalui panggilan telefon. tak sedaplah kalau tak pergi...lagipun nampak terharu betul dia masa dia nampak saya datang tu..mungkin dia agak saya tak datang sebab tak kerja lagi kot...sempat gak dia tanya mana pak haji...dia tak pernah tengok suami saya lagi setakat ni...nantilah satu hari saya jemput semua pegawai kanan termasuk boss dan timbalan minum oagi boleh saya kenalkan pak haji yang OKU pada diorang terutama pada bos saya tu...baru boleh dia bayangkan macamana kehidupan saya di rumah...


Sampai2 tu rupanya gerombolan kami sampai pertama...satu kereta dah sampai dulu...jadik 6 kereta semuanya. group kami jer dekat 20 orang...punyalah ramai...terus pengarah dan isterinya jemput kami duduk. Punyalah awal sebab catering pun tak datang lagi..masa ni adalah bacaan nazam kot kat dalam rumah...tak lama lepas tu caterer datang kami pun balun jerlah tengah2 panas makanan tu..tengah2 balun tu bos besar dan isteri pulak datang...terus jerlah basuh tangan sebab dia dah datang kat kita kenalah salam2. Hilang mood nak sambung makan...terus jumpa isteri bos salam2 dan hulurlah kan apalagi?


Lepas tu kami bergegas ke Taman satria senawang pulak jemputan dari kakitangan pejabat jugak. Kat sini makanannya sedap sungguh. Lauknya macam2 siap ada buah2an yang banyak dan ada juga cendol. Best...sempatlah perut tu kosong dalam perjalanan dari Kl ke Senawang tu...


Balik tu terus ke pejabat sebab keter parking kat pejabat. Lepak2 dulu tengok CSI kat Astro pastu tengok spiderman pulak...sambil borak2 dengan kawan, sudahnya jam 6 petang baru balik. Dalam perjalanan balik teringin pulak nak window shopping kat Seremban Centre Point...sudahnya terbeli sandal Hani dan sandal saya. Hani punya sandal tapaknya dah haus selalu nak tergelincir yang saya pulak saja beli sandal Bata untuk ke kelas sementara nak tunggu gaji nak beli sandal scholl ganti yang dah pakai 3 tahun tu...semua nak belanja kena catu sekarang....ayah takde sini pulak..susah sikit nak minta2 duit ni...beli2 barang makan sesikit ...tu pun habis gak seratus...apa yang mahal sangat barang sekarang ni...


Sambil jalan2 tu tinjau jugak baju2 kurung siap kanak2 nampaknya banyak fesyen yang dah sesuai Hani pakai yerlah dah besar sikit sekarang. Macam biasalah dua tiga hari lagi nak raya barulah saya beli baju Hani dan juga saya...baju ayah tak taulah beli ker tidak? kasi warna yang sikit lebih kurang...takde tempah2nya...baju t.shirt/gown/skirt ker semua tu tunggu gaji yang akhir baru beli. Lagipun bukan nak jalan kemana sangat....tahun ni kena jimat banyak. Kena simpan duit sebab semester depan nak pakai duit lagi nak buat kajian kat luar negara tu takkan nak harap duit bantuan jer...

Kena buli

Assalamualaikum w.b.t





Selama ni sekian banyaklah dalam buku pesanan sekolah hani tu pengurusan taska beri borang masuk pertandingan melukislah...ada lawatan luarlah, ada program jogging bersama cikgu2lah..semua saya tak ambik pot..sebab weekend kan ayah ada..manalah nak joint semua program tu...tapi minggu ni dalam takde kereta [kereta ada, kunci kereta pulak yg takde] saya kuatkan semangat pergi...tapi berbaloi jugaklah sebab anak dara tu punyalah suka...saya yang pening kepala!!!




Banyak acara termasuklah ceramah pemakanan sihat anak2 utk ibubapa dengar...tapi saya cukup 'berbulu' dah...berbulu dengan kawan2 si Hani...tak bukan semua adalah sorang tu... walaupun hal budak kekecik tapi saya panas hati jugaklah...




Okay..tengok hani ni...kecik jer kan banding budak2 lain..ni termasuk budak 6 dan 4 tahun...sopan jer anak gadis saya ni...yerlah mak ayah dah ajar sopan kan...memang banggalah saya dapat anak sopan santun..ni bukan saya puji ni..tapi ramai gak kawan2 atau sesapalah yang nampak Hani akan kata anak saya ni sopan...takdelah mengacau sana sini..duduk jer dendiam...kalau tenpat bermain barulah dia melompat2...




Okay..perhatikan gambar bawah ni...ni pengalaman pertama saya bawa Hani pertandingan melukis ni...terlupalak nak bawak kertas surat khabar...sian Hani lepak atas simen jer..mula tu dia tumpang kat kawan depan dia ni [yg duduk bertentang dgn dia tu] tapi sudahnya budak tu tarik jer paper tu terkontang kanting Hani duduk jugak kat depan budak tu...sian anak aku!


Mak bapa takleh duk dekat..sian jugak Hani sebab pengalaman pertama dia..macam termangu2 jer...kalau saya tau saya bawakkan meja belajar dia tu...ramai yg bawak meja rupanya..tapi hari tu kalau ingat pun macamana nak bawak naik baskan...melepak jer dia mewarna takde beralaspun..cuma ada majalah dapat percuma tu saya suh dia alaskan..terpusing2 dia kertas utk diwarna tu utk adjust dengan saiz majalah tu...buat lagi lambat dia nak siapkan mewarna tu...




Tu takper lagi...ni ada citer hal buli ni...saya dah perati dari awal Hani dok terkeseng2 nak kawan budak depan dia tu...takyah cakap nama dia...masa mewarna tu..Hani ni bawa yang stabilo 24 kaler tu budak ni bawak yang kecik tu jer...ntah 6 ker 12 tak taulah saya nampak kecik jer..boleh dia rampas kaler dari tangan hani...hani dok rampas balik tak kuat pulak tenaga dia nak tarik tu pun macam takut2..saya jerit nama dia suh ambik jugak..pastu takleh saya suh dia carik kaler coklat rona lain..... geram betul saya kat budak tuuu....hidup2 depan saya dibulinya anak saya....




Apa yang saya nampak hani ni macam bergantung kat budak tu..ker macam takut2 mesti dia nak ikut budak tu jer walhal kat rumah takde pulak...saya suh cepat2 kaler barulah dia macam tersedar....pasal budak ni memang selalu dia cerita kat rumah...macam2lah...siap budak ni tak kasi dia kawan dengan budak2 lain...makan bekal Hanilah...adajerlah citer budak ni...



Takhabis kat situ tau...masa saya duduk tunggu ceramah, Hani datang minta bekal yang penganjur beri tu..dia nak belon dia...bekal ni sapa yang bayar jer dapat...saya tengok2 rupanya belon tu bukan dia yang tiup dia bagi lagi kat budak tu...saya tanyalah kenapa bagi kat bidaj tu...dia kata budak tu nangis2 nak...bila Hani bagi tu budak tu tiup...yang Hani plak gigit jari jer...masa ambik gambar ni saya tak tau tu belon Hani..dah nak balik baruler saya tanya belon mana dia kata budak ni dah ambik....geram betul saya lah...asyik kena buli jer si Hani ni...yerlah dia kat rumah takde adik beradik mana biasa berebut2 ni...rupanya begini yer dia kat sekolah [mesti selalu kena buli gaknya] dah bolehler saya bayangkan...susah jugak gini...camana nak buat ni?






Masa nak pergi dalam bas ceria jer...sampai senyum pun dah tak tentu bentuk rupanya...apalah Hani nih...semangat sungguh dia kali kedua naik bas dalam hidup dia ni...kali pertama semasa tayar kereta saya takde angin tahun lepas....

Masa balik....kesian dia..balik dalam bas siap lentok2 tido dan saya siap kena marah2 dengan dia masa kejut suh bangun..sampai kat tangga bas siap dia boleh berhenti kejap mamai kot...mujur juga rumah saya dekat jer dengan jalan besar takdelah nak jauh2 menapak...


Okay....semalam abis sehari melayan anak gads ni..letihnya sampai ke amlam tak abis..malam tadi pula Hani tak lelap tido habis satu katil dia tawaf...dari hujung kehujung...badannya panas sungguh...merengek jer sepanjang malam sudahnya buatkan ssusu sebotol...terus lelap tu pun dah subuh dah...sudanyanya hari ni ponteng sekolah...[sekolah hani takde istilah cuti sekolah yer]
p/s : Nak tido malam hani ayah call hani sibuklah cakap rindu kat ayah...ayah 10 hari di Kuantan keluar masturat bawa kak aza...sayang isteri tinggal2kan...

jus buah saya

Assalamualaikum w.b.t



Tak semua benda yang majoriti suka makan kita juga akan suka. Begitulah saya, tak ramai orang tak suak makan buah-buahan kan? Dalam makan buah2an ni...saya suka gitu-gitu jer. Cuba juga beli buah-buah mentah ni, tapi akhirnya lupa nak makan dan letak dalam peti atau atas meja kecut begitu jer...



Bagi mengelakkan amalan saya ni menyebabkan kesihatan terjejas, saya paksa jugak diri makan buah-buahan dalam bentuk lain...kalau tak suka makan buah secara mentah, kita guna cara lain, maka saya rajin juga blender buah dan buat jus. Sebab kalau buat jus saya suka minum.




Ni jus mangga, buah mangga ambil dari pokok depan rumah....



Satu untuk saya dan satu untuk Hani....





Kat deret gerai tepi jalan depan rumah ada satu gerai buah jual buah dan ada juga dia buat jus buah..selalu tukar2 jenis airnya hari ni saya tengok dia jual jus tembikai, air tebu dan air kelapa, semalam pulak jus mangga dan jus dragon fruit...memang pure buah takde campur air..cuma campur ais jer...sedap sangat...






Kat gerai buah ni pun ada jual keledek dan ubi kayu yang baru cabut..nampak masih segar lagi...so saya pun beli ubi kayu...buat goreng garing jer...ayah suka saya pun suka....






Sedap makan ubi kayu goreng panas2..empuk sangat isinya..makan ni sambil mengadap pc...sekejap2 jer habis...tu makan 3 orang jer tu..macam berebut2 pulak menambahlan lagi sedapnya...

gambar hani




Assalamualaikum w.b.t

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP