Sabtu, Ogos 16, 2008

Hari ini dalam kenangan

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni dalam sejarah...bukan sejarah apa pun...tapi hari ni kami dua beranak terpaksa naik bas, naik teksi lepas tu jalan kaki pulak...dari 7 pagi lebih kami keluar...pukul 3 barulah balik ke rumah...

Sekian lama tak naik bas...bawak pulak si Hani dengan kepala saya yang pening [PMS] dan hani yang demam selesema ditambah dengan bas zaman dulu2 tu yang takde aircond...fuuuhhh mencabar sungguh...merasalah mujahadah dan terasa betapa lamanya kita ni dalam keselesaan sesekali diuji naik bas terasa susah payahnya.

Ceritanya semalam pagi, ayah balik ke pd terbawa balik kunci kereta saya sebab kunci tu terjatuh masa saya naik kereta ayah..merasalah petang semalam nak ambik dah siap2 carik kunci kat tempat biasa tak juumpa2, mujur juga terfikir kotlah tertinggal dalam kereta ayah, call ayah sah memang tertinggal.

Terpaksalah call kawan dekat taman saya ni nak menumpang kereta untuk ambil anak, alhamdulillah Allah permudahkan adalah kawan yang duduk kat taman sebelah memang on the way balik ke rumah...

Hari ni kalau ikutkan hati malas nak keluar rumah sebab takde kereta tapi Hani nak sesangat masuk pertandingan melukis dan menyanyi sempena hari Taska 2008, so saya kuatkan semangat demi anak ni...ikutkan ayah kata akan balik pagi2 hantar kunci tapi rupanya pagi dia tu jam 8 tak bertolak lagi, saya ingatkan pagi dia tu lepas subuh...

Kenapa streamyx malam ni?

Susah benar nak masuk...

Susah benar nak upload gambar...

3 cetusan rasa:

zino berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zino berkata...

zino pun kalau naik bas entah la boleh sesat kot.. lama sungguh tak naik bas ni..

Teman2 Sekalian berkata...

kesian si hani naik bus, tapi pengalaman juga untuk si hani kan wa....

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP