Selasa, Ogos 26, 2008

Tudung dan tentang saya

Assalamualaikum w.b.t


Mungkin ramai pernah terbaca artikel ni..takper bacalah berulang kali moga2 boleh datangkan kesedaran dan keinsafan...


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkahlakunya benar-benar membimbangkan ibu.Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.




Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakanguru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung.Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlakupertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa,adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok,jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, takpernah buat macam tu!"Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.




Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapatdipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lamamereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteriAbu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnyasi buta, bisu dan tuli.Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.




Dia bertanya kepada saya,"abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dantuli?"Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata sayadan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku padawajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucatlesi......entah apa yang dah berlaku?Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudungyang labuh.




Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...sayasendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana sayamelihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang kerumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya diasuka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi sayasendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, diamenundukkan pandangan..




Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hatis aya..Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja dikalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan sayabekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibumemanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun).




Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hatiberdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalamrumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantasmemeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik bolehmengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapatditahan lagi...Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk kebilik adik.




Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunyasebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demisehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri danpertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abukhoiri..disitu tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.Butirannyaseperti ini:Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)




Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datangdari lubuk hati




Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik AllahSWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?




Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihikami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat mak cik bagaimana?




Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruhtubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanyaakan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalahperlindungan untuk wanita ..




Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yangkelakuannyatak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau maknadisebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?




Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang siasia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untukdirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidaksenonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untukmemperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT,bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hatikamu.. tulah hakikat tudung




Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buatsemua tu?




Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaandan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satupadang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiadarumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepalakita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi ,antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebihberharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanyamempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh keranarasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantungamalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketikadibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentukseperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka..belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yangpanas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidakberusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akanmenjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .




Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah . Saya selak halaman berikutnya dan saya lihattertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikkudisisinya..AminSubhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kitasemua.

Wassalam...



%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%





p/s : Pening dengan tugasan dan presentation, group discussion etc...yerlah full time belajar dengan sedikit harapan kononnya nak lari dari kekangan dan tekanan dunia pekerjaan...rupanya tekanan ada di mana2 sajer... yang parah semuanya benda baru...dulu undergraduate assignment ada diberi tajuk...ini tajuk pun kena pilih sendiri dari skop yg cukup luas...nak kena present pulak dulu kerangka topiknya...dah lulus topiknya barulah boleh buat assingment...nak plagiat ker nak tiru ker, nak tengok2 contoh ker jangan harapler...hampeh...kamikan perintis...camno eh??? benda senang jer ni...blajar bukan susah apa pun, benda yg saya bergelumang 8 tahun dah...cuma kena banyak baca jer...baca..baca dan baca...tapi tu yg malas tu....kalau kasik majalah ker novel ker takper meh sini sekali duduk jer saya leh habis baca...tapi baca secara kritikal ni dah 10 tahun saya tinggalkan ....dulu2 di menara gading tu terpaksalah baca...masa kerja ...asyik baca akta jerlah dan buat praktikalnya...takdelah masa nak ambik tau masalah2 dari aspek sosiology manusianya, dari segi teori2 lama hal2 criminologynya pasal MLS nya...yang tau ada kesalahan, cukup bukti tangkap!...sudahnya penat baca saya ngadap pc...siap kena bebel2 dgn pak haji ...awat buku tak berusik...pandai leterkan orang suami saya ni...takper..takper...abang jerlah baca pastu gitau isi2 pentingnya...bolehker gitu, bang? kadang rasa belajar sains tulen lagi senang,kan...ada formulanya...hafal dan fahamkan [yerlah sek men dulu saya ambik sains tulen gitu...] tapi belajar sains sosial dan kemanusiaan ni abstrak dan subjektif sangat..semua betul dan benar dan semua pendapat diterima kalau logik dan kajian menyokongnya...sudahnya kita yang baca ni fening2 lalat...banyak sangat ahli falsafahnya...hishhhh boringlerrr...ntahler...saya ni semuanya nak boring ...apalah asyik merungut jer...saya ni minat membaca sebenarnya...meh sini bahan bacaan pasal politik...kejap ker khatam...sehari 5/6 jam bloghoping laman blog politik pun saya tak perasan masa berlalu...punyalah khusyuk...tapi bila baca buku serius ni khusuyuk gak tapi khusyuk nak melelapkan mata!!! ehhh nak tanya kotler yg baca blog ni sudi jawab....ada tak cadangan tesis apa nak buat??? Semestinya berkaitan rasuah..apa yg anda nak tau/ tak jelas/ nak saya kaji @teroka@jelaskan melalui kajian ilimiah berkaitan isu rasuah/salahguna kuasa/penyelewengan...<--punca, kesan, symptom, sejauh mana ketelusan, politik wang, indeks persepsi rasuah etc...saya sangat membutuhkan bantuan...dah ada tajuk dalam kepala saya ni sajer gatal nak tanya jer...



Dari khamis lepas sampai ahad saya berkurung dalam rumah jerk ngan hani...belek2 buku2 ni [dah 2 bulan baruler saya ni meminjam buku...tapi hampeh..baca sikit ngantuk....

5 cetusan rasa:

Mak Su berkata...

bagus ek

Tanpa Nama berkata...

cerita tu ada sket2 cam citer ibu syeikh abd qadir al-jailani tajuknya 'kerana sebiji epal' terutama tentang 'buta,bisu dan tuli' tu

AKMAL@AZWAR berkata...

i dont understand because i am a man...i dont have to wear a tudung...but i have to pakai kopiah...nyusah jer inggeris ni...

Sya berkata...

Thanks for sharing

Tanpa Nama berkata...

salwa
Kisah buta tuli dan pekak tu memang lebih kurang dengan kisah sebiji epal tu.. Maha Suci Allah

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP