Isnin, Ogos 04, 2008

Hilang seketika...

Assalamualaikum w.b.t

Budak ni bikin saya susah hati malam tadi!

Hari nih kan sebenarnya nak terus balik rumah lepas kelas habis jam 5 tadi, tapi macam tak best pulak nak balik terus sebab gang perempuan [kami kan 3 perempuan] semua gi perpustakaan. Bukan taknak pergi, tapi kalau pergi sah balik mesti malam. kalau balik malam sah2 kena bayar OT cikgu. Sejam sepuluh ringgit, kalau ambik jam 8.30 sah2 mau dekat RM 30.00. Time is money! dahlah serasa2 bajet bulan ni paras leher...



Tapi sebab nak latih diri sendiri dan sengaja nak bagi tekanan pada diri sendiri bahawa belajar ni pun susah jugak, haaaai masa kerja hari tu boleh pulak tak balik rumah langsung, bertunggu tangga kat pejabat ... takde hal pulak! dah belajar ni nak senang jer yer, takleh lahkan? kenalah korban kalau nak dapatkan kejayaan.


Habis kelas, solat asar dulu, minum2 kat pusaneka terus gi perpustakaan. Punyalah teruk, nilah kali pertama gi perpustakaan w.pun dah hampir sebulan mula kelas, tapi sebenarnya kali kedua masuk PTSL ni sebab masa form 6 dulu pernah ada lawatan oleh persatuan ting. 6. Tu tahun 1993...dah 15 tahun baru jejak balik kaki kat PTSL ni.



Jakun sungguhlah kami 3 pompuan ni, masing2 dah lama kerja, masing2 sibuk kerja jer katanya....nak mencari contoh2 tesis pun tak tahu! Belum suh carik journal ke bahan microfilm ker. Mujur juga ada lelaki baju biru jaga kat kaunter tu, masuk2 terus soal jawab dengan dia... member tengah khusyuk tengok youtube...[apalah pompuan 3 org ni kacau <-- tu dia fikir kot] saya ni kalau bab menyiasat ni sambil bercakap pun sempat mata menjeling kat pc dia...




Nak carik pasal isu yang kami tesiskan memanglah takde contohnya .... yang similar....yang sipi2 pun takde, maklumler kursus baru. Saya dah teringat2 jer nak balik, tak suka drive memalam ni sebab banyak bus dengan lori, kan saya ni suka berlumba, tak puas hati betul kalau tak dapat kejar bus yang potong saya! Melampau saya ni macam dah psiko jer!




Saya ni pulak tak suka takde tujuan berkumpul2 takde fokus macam tu, saya blah gi tingkat 3 konon nak meneroka sensoranglah...sampai tgkat 3 tak tau plak dah nak carik bahan, takde sapa lak pustakawan tu nak tanya, yerlah dah jam 6 ptg. Mulalah saya duduk depan pc tu try an error carik bahan..tak reti jugak...sib baik ada adik manis sudi menerangkan saya cara2 nak carik bahan....baik adik tu...tahun 3 kursus kerja sosial <--patutler pun tolong saya memang padan ler dgn kursus tu.




Bila dah carik kat online tu, saya cuba carik kod dia kat rak, jumpa jugak ahirnya dlm 'pening2 buku' tu, kira dah tau dah MO nak carik buku2 ni. Tapi lepas ni kena gak carik Nik Zaleha kawan oren tu, tadi saya dah tengok kat carta dalam pc memang ada kawan oren tu, tapi dia handle bahan2 pasal pengajian islam...takper nanti kita tengoklah camana...blog dia pun saya dah pergi...payah jugak nak carik buku2 dan bahan kat library ni, yerlah bendanya mudah tapi bagi yg kali pertama semuanya susah...rasa macam rusa masuk kampung pun ada...



Dekat2 jam 7 malam saya keluar, pun tersesat2 tak tau tgkt berapa pintu keluarnya, try and error lagi, turun tangga naik tangga [excercise gitu] tgkat 3 rupanya...jalan kaki [penat jugak rupanya - dah lama tak jalan2 kaki ni] balik kat fakulti, terus gi surau...ramai gak yg menunggu maghrib [ada kelas malam kot]. Terasa sangat2 tua bila berada di kalangan budak undergraduate ni...malu jer nak berdiri kat cermin sebelah menyebelah budak2 muda ni [rasa tuanya aku?]. Siap maghrib terus balik, samoai sekolah hani dan jam 8.15.



Nak belok masuk umah hani ajak gi pasar malam [dekat rumah jer] ikut jugaklah kemahuan anak gadis ni takpun kemana lagi dia berjalan, ke pasar malam jer lah, sabtu ahad duk umah jer....cuma malam semalam pergi Giant lepas tengok pemplet ada meja jepun RM 16.90. Rupanya tipulah Giant ni, bukan meja jepun, tapi meja belajar budak kecik [beli gak sebab hani dah jatuh cinta kat meja tu] yg meja jepun sebenar [konon nak buat meja study saya lah tu] harganya RM 42 tupun minggu depan baru ada stok. Pandai nak tipu pengguna, budak promoter tu pun bila saya tanya meja jepun tu dia siap2 cakap, "kak, kan gambar lain tau!" saya jawab, "ohh kalau macam tu kira tipu pengguna tu..." tapi apa nak buat,kan?




Masuk giant pun beli 3 barang jer [meja hani, rak buku simple, axion], tak sampai setengah jam...sebab ayah tunggu dalam kereta kat parking [mana ayah boleh masuk giant dengan ramai org dengan sejuk dan ayah jalan terhegeh2...sian sgt kat dia] dapat brg terus balik. Hani pun dah happy dapat meja belajar [dah umur 5 tahun baruler dpt meja belajar] takdelah bising2 ajak jalan pusing2 [dia nampak fun fair hebat kat sebelah giant pun dia pandang jer..tak berani bukak mulut ajak masuk <-- dah matang dah anak gadis ni faham ayah tak suka].




Okay, balik citer pasar malam tadi, Hani hilang dalam 5 minit tau! Punyalah gabra dan panik sesangat saya. Memang habit dia suak lari2 dari saya walau kemana pun. Tu pasal saya tak suka sangat bawak dia ke shopping complex [kalau perhatikan entry saya mana ada saya jalan2 shopping dengan hani, takat gi kedai dekat2 umah jer] sebab habit dia memang suka nyorok2 dari saya...tadi gituler mulanya dia ada belakang saya, kadang dia menonong jalan jauh depan saya tapi saya perhatikanlah.




Tapi tadi, entah macamana walhal dia ada sedepa jer belakang saya lepas saya beli beehun sup...tup-tup hilang dari pandangan...tiba2 jer...terus saya carik dia depan belakang langsung takde kelibat dia sekelip mata sangat. Kalau ada orang cangking dia tutup mulut memang ada kemungkinan [saya terfikir gitu]. mana tau ada sindeket mana2 hantar org2 ke pasar malam utk carik budak2 baya hani ni...nak jual ke luar negeri. Panik giler saya....dah terfikir dah nak ke balai [kalau betul nak suh polis buat road block sekitar sini tahan mana2 kenderaan] dalam panik tu sempat pikir macam2....pengalaman ni...




Dalam 5 minit saya mundar mandir depan belakang carik dia...takde jugak! saya mula tanya2 dengan 3/4 gerai dekat2 tempat terakhir dia hilang tu...jadik tumpuan pulak saya sekejap...masa ni macam takde harapan dah sebab semua jawab tak nampak...yerlah hani ni licik, kejap2 lari sana, kejap2 lari sini...memang camtuler dia kalau sesekali bawak jalan...jakun!Memang org tak perasan kalau kata dia kena ambik dengan sesapa pun...ntah2 org ingat memang mak pak dia org tu, sebab dia mmg nampak cam 'nakal' [lincah] jer memang layak kena marah ngan makpak!




Masa ni saya berkira2 nak jalan dari hujung ke hujung pasar malam tu tapi pada masa sama saya bimbang lak saya bazir masa kat situ carik dia kalau2 betul dia kena ambik orang masa saya carik tu dah jauh org tu boleh bawak dia larik...macam2 lintasan ada dalam kepala ni dalam satu2 masa tu. Tak berani nak call ayah masa ni..nak mati bagitau ayah!




Bayangkan 5 minit tu lamaaaa sangat tau! saya mundar-mandir sudahnya saya jalan jugak saya mulakan patah balik ke belakang..mana tau dia pergi gerai mainan...saya jalan terus laju jer...tiba-tiba saya nampak dia dari jauh jalan menghala arah saya...pucat muka dia...macam orang takut....sampai jer kat saya tak boleh tahan marah dah...hilang sabar jap! Kena bagi pengajaran dan-dan tu jugak! Terus bagi satu cubitan maut....dengan mulut bagi berdas-das macam mesingun kata-kata amaran dan kemarahan!




Dia apa lagi...terus nangis sekuat2nya. masa ni tak kira dah..lantaklah org nak cakap apa. Ehhh...kita anak sorang jer...apa2 nilah pengarang jantung gunung meletup....lepas tu terus balik...dalam kereta tambah lagi syarahan...dia pun tambah kuat lagi tangisan. Tak boleh kawal dah...degupan jantung saya punyalah laju masa dia hilang tu...pucat muka saya! Ni bukan kali pertama dia hilang tapi ni kali entah keberapa dah...tapi sebab ni tempat sesak memang saya cuak dan curiga...pulak tu tempoh masa dia hilang tu agak lama! dia pulak senang dekat dengan orang...apa2 org tanya senang2 dia jawab...kalau sesapa bagi mainan pun dah boleh pujuk dia ikut kot!




Tuler pengalaman saya malam tadi. Takut sesangat. Walaupun anak ni pinjaman allah jer tapi sesungguhnya saya belum bersedia dia diambil dari saya walau dengan apa cara sekalipun....kalau ayah yang diambil dulu saya sudah agak bersedia sebab ayah selalu sangat ingatkan saya yang jangan harap apa2 dari dia kerana dia juga pinjaman dunia dan boleh dipanggil bila2 masa [sejak sakit ni selalu sangat dia cakap2 hal mati w.pun katanya amal tak cukup sangat2]. Dan lagi katanya, asyiklah tanya, "kalau abang mati wa kahwin lagi tak?" "Eh...mestilah kalau ada jodoh... takkan nak tolak" ..."baguslah..abang nak tengok sapa kawin dulu, wa ker aza..." apaler ke situ plak dia <-- saya jawab takde masa abang nak tengok kami kan ker abang sibuk nak jawab soalan kubur !!!




Lepas dah marah Hani tu kesian pulak kat dia..entah2 dia pun lebih2 panik dari saya...tapi tuler sapa yang buat hal dulu?



Ni sebagai penutup dari saya, sama2 kita share ilmu2 ni....

Dari Abu Hurairah Rasullullah s.a.w bersabda;


"Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas [pukulan lawannya] tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasannya dengan baik ketika marah." {HR BUKHARI}

12 cetusan rasa:

ita.itu berkata...

nasib baik jumpa balik anak ko tuh..ish bahaya ek..ko pakai tali yin tu la sng

Ummi berkata...

salam,

takut akak dengar. akak dapat bayangkan perasaaan wa masa tu. mesti dalam hati berdebar-debar, dalam kepala dok fikir macam-macam.

kalau ummi pun sama. bila terjumpa balik, kenalah sembur dengan ummi dan cubitan maut jugak. bukan sikit-sikit punya cubit. boleh menangis le lepas kena cubit.

actually bukan geram, tapi nak bagi pengajaran. :)

Ummi berkata...

salam,

wa, ummi nak copy boleh? nak letak dalam blog.

"Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas [pukulan lawannya] tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasannya dengan baik ketika marah." {HR BUKHARI}

terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

akak jumpa jek Nik Ha tu, suh dia rekomenkan akak utk join kelas literasi maklumat..dlm kelas tu, librarian selalunya akan ajar guna sistem Opac (carik bahan dlm lib), plus cara nak cari artikel atau e-book guna pelbagai databases..pastu suh depa ajar guna Endnote (software mudah utk kita buat bibliografi)...

pasal anak hilang tu, saya selalu jaga2..yalah, selalu saya pegang 2 (si Naufal dan Mira)..ayahnya pegang si abang, sbb si abang yg paling buas..dan mmg jarang sgt nak bawak p psr mlm..kalo pasar raya takpe, sumbat depa semua dlm trolley..hihihi...

MOKCIK AZWA berkata...

Dah pernah merasai 'kehilangan' salah seorang anak dara Azwa kat KLIA few years back....memang tensen dibuatnya. Sykurlah anak dara selamat..

Tie berkata...

Eh takutnya hilang anak..5 minit tu mmg lama..Tentu rasa nak pitam kan...Syukurlah selamat semuanya..

HAPPYIRFA berkata...

salam kak wa..
naik bulu roma bygkan akak kehilangan hani w/pun cuma 5 minit,
saya penah gak lalui situasi ni.
pertama kali masa kat masjid nabawi..tgh2 solat tu saya boleh pulak perasan anak x de kat sblh.
terus berenti solat.biarlah org nak cakap apa.

kali ke2 masa kakak tersalah naik bas..drebar bas bgtau anak takde dlm bas..saya dah meraung dah,masa tu baru je kes nurin dan sharlini.
macam akak cakap.w/pun anak itu pinjaman..saya belum rela kehilangan anak.

Hanisumayyah berkata...

Ita...

tulah ingat lepas ni kena ikat tali budak ni...takpun jangan bawak terus...rasakan dia!!!

Ummie...

tak habis dalam keter syarahan tu..nak tido buat edisi tambahan lagi..biar dia ingat dlam kepala sampai bila2...

copy jerlah ummie..takder hal...

Maksu...waselamat berkunjung..seronok pi PD?


Oren..insyaallah minggu depan kami 9 org kumpul buat sessi tu..insyaallah...terima kasih info berguna tu..dah lama tinggalkan u pelik betul rasanya masuk librarylainler oren hari2 dok dlm library..hehehee

Kak azwa...wah dahsyat hilang kat KLia lagi jenuh carik tu...takut terus dah ada kat oversea jer...kakaaa


Kak tie..

5 minit tu rasa cam 5 jam...serik nak bawak dia ke pasar malam lagi...dulu2 ada gak hilang lagi lama kat shopping complex tapi masa tu takde heboh2 sgt budak hilang ni...saya cool ajer...

Irfa..

akak ingat entry yg kakak tersalah naik bas tu nangis2 irfa yer? yerlah sapa tak takut anak hilang...nangis air mata darah pun kalau dah hilang tak guna...biar kita berhati2 dari sekarang...

Teman2 Sekalian berkata...

alhamdulillah hani selamat.. lain kali lebih hati hati ya yang...

Hanisumayyah berkata...

Mummy...

Alhamdulillah selamat mummy...phobia nak ke pasar malam lepas2 ni...dahler saya ni weekday mmg malas masak...ke pasar malam jer kerjanya! lepas ni weekday makan kedai jerlah...

Mutiara berkata...

Wa, seram saya dengar cerita hani hilang tu. Kita selalu nampak ibu2 matsalleh bagi anak depa pakai harness, org kita kata macam anjing jer buat anak, tapi itu satu cara yg baik untuk tidak hilang anak di tempat sesak, esp. macam kat airport or pasar malam or shopping mall.

Hanisumayyah berkata...

Kak salmah...

saya lagilah panik gila...memang ras baguslah cara mat saleh tu..lepas ni saya nak gak buat cara tu...sebab hani ni memang spesis suka meneroka dan menjelajah sendiri2...tak hiraukan maknya mana...bukan di atakut di sesat ke hapa?

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP