Bermula ogos ini genap sebulan saya mula belajar, w.pun semua subjek baru 3 kali kuliah. Saya rasa semua yang dibelajar sepanjang 3 kuliah itu benda baru. Selama ni semua dibuat secara praktikal tetapi kini semuanya lebih kepada teoritikal. Dua benda yang berbeza.
Memang sudah lama benar saya meninggalkan amalan membaca secara ilmiah dan serius. membaca sehari-hari seperti suratkhabar, majalah dan bahan bacaan ringan memang menjadi minat saya. Tetapi dalam konteks belajar semula ini saya memerlukan membaca bahan ilmiah dan memerlukan secara kritikal dan memerlukan pena'akulan pada tahap yang maximum.
Bidang sains sosial dan kemanusiaan adalah bidang yang luas. Jika sains tulin kita ada fakta dan formula tetapi sains kemanusian ini adalah kajian tentang manusia yang sentiasa berubah-ubah dan tidak pernah ada yang sama w.pun datang dari lingkungan yang sama dan latarbelakang yang sama.
Isu yang perlu diketengahkan pula walaupun adalah mainan saya sejak bekerja tetapi bila dicampur adukkan dengan teori dan kuliah yang diberi oleh ilmuan2 bertaraf prof dari u menjadikan saya keliru dan 'pening' dan seakan-akan semuanya ilmu yang baru.
Minggu ini tugasan individu dan kumpulan akan mula diberi, maksudnya tidak ada lagi bloghoping secara melampau, tidak ada lagi entry suka-suka hati dari saya. Buku-buku dibeli + di xerox mau atau tidak kena juga dibaca dan difahami.
Kalau tidak, saya akan menempuh saat-saat sukar. 9 orang tidak ramai, minggu pertama dan kedua mungkin boleh buat2 macam tidak tau, masuk minggu 4 kalau macam tu jugak...mau pensyarah pandang kita sebelah mata.
Yang paling saya berdebar nantinya adalah sessi kelas dalam bentuk seminar. Semua kena beri pendapat. sejauh mana pengetahuan, sejauh mana pengalaman, sejauh mana anda berani menidakkan pandangan orang dan sejauh mana berani menegakkan pandangan sendiri...<-- disinilah ruiang dan medannya! Yang saya bimbangi dulu saya seorang yg berani memberi pandangan tetapi sejak menjadi 'saya yg menurut penrintah' ini saya lebih suka mengiyakan daripada melawan. Seolah dah sebati sifat itu sejak kebelakangan ini. Terutama sekali yang sebaris dengan saya ini berpengalaman belaka, lagilah saya 'menghormati' pandangan mereka...w.pun akhirnya nanti penilaian terhadap saya tidak seberapa!!! Pokok pangkalnya jika saya ingin berjaya mendapat master ini [mesti lebih 3 pointer], dari sekarang saya kenalah banyak membaca, tingkatkan pengetahuan, perdalamkan ilmu berkenaan bidang ini, kena buat research sendiri2 dalam internet ni berkaitan tajuk kuliah2 dlm kursus saya ni...
2 cetusan rasa:
Assalamualaikum
Wa, elok ler buat baik dengan Reference Librarian kat Library tu. besar kemungkinan depa boleh bantu.
kak salmah...
hari ni saya akan ke library UKM...baru hilang pening2 lalat ni kot...nak kena tengok tesis2 sedia ada...skang ni sebut tesis jer pening..belum buat lagi tuuu!
Catat Ulasan