Khamis, November 26, 2009

makanan halal penting untuk kita...pernah ker anda cek tempat anda selalu makan?

Assalamualaikum w.b.t

Disini kita boleh periksa kehalalan satu2 tempat, sila luangkan sedikit masa anda meneliti tempat-tempat yang anda selalu makan...

1. http://www.halal.gov.my/index.php

Ini pulak senarai restoran yang ada sijil halal

http://www.halal.gov.my/maklumat_hotel.php

bagi kebanyakan restoran yang dipunyai dan pekerjanya terdiri dari bukan islam, disini ada panduan yang mungkin boleh anda gunakan sebelum membuat keputusan makan dimana2..

http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2717&newlang=mas

ada banyak soal jawab di sini yang mungkin boleh menjawab keraguan saudara saudari..tentang chili's, KFC, Starbuck,

http://bincang.net/forum/archive/index.php?t-67128.html

Selasa, November 24, 2009

Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal

Assalamualaikum w.b.t

Kita kena tahu apa itu Dajjal sebab Dajjal memang ada diperkatakan oleh nabi Muhammada s.a.w....jangan kita tahu pasal Mikael jackon, pasal Beyonce, pasal Siti Nurhaliza, pasal artis2 yang hot, kita tau pasal ahli politik, tau pasal Nizar, Pasal Anwar Ibrahim, pasal Mahathir, pasal pak lah, pasal najib, pasal Altantuya, pasal ahli sukan tapi kita tak tau pasal Dajjal...hah memang dajal sungguhlah kita nih!


Jom baca pasal dajjal ni saya pun ambik jer dari sini...penting untuk kita tahu sebab mana tau zaman kita Dajjal ni dah ada....

Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.



"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.



"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf..



"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.



"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."



"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah."

Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."



Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.



"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.



"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.



Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."



Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."



Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.



Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."



Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya."

Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."



Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a..w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."



Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu."

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.



Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.



Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."



Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.



Wallahu A'lam.


Nota saya : dah ramai ngaku dirinya nabi, dajjalkah mereka?

Sabtu, November 21, 2009

Berapa banyak gaji anda rasa baru mencukupi?

Assalamualaikum w.b.t

Dulu masa baru masuk kerja selalu rasa tak cukup...aim nak dapat lagi banyak gaji, katalah macam saya masuk2 kerja dulu gaji starting 1.4k tak masuk elaun, masa tu dah rasa besarnya 1.4 k tu...yerlah keter takde, hutang pun takde, naik motor jer gi kerja...memang betul2 solid duit gaji masa tu, bagi mak ayah 600 sebulan pun tak rasa kurang duit...memang kaya gilerlah rasanya...yerlah dari zaman belajar yg miskin tetiba dapat duit ribu2 bulan2....kayo makcik...


Tapi sekarang dah nak masuk 10 tahun kerja dan gaji dah berganda2 eh awat rasa susah pulak..ahah!...adalah sobab eh tu....hah sila kaji adik2....gaji kalo dah banyak masih rasa tak cukup2 gak adolah sobab eh....jom meh baca napa lah agaknya tak cukup2 ek?



Saya copy dari....sini jer


Apa itu keberkatan?


Contributed by ZAHIRUDIN HJ HARUN

Salam warahmatullah..

Moga kita kuat untuk meneladaninya... Allahumma yasser walaa tu'asser...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???

-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???

-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???

-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah

ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya

Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang

perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan

yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid

Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak

jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya

ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari

RM3000.

2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak

Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibubapa

mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,

Set Sofa) serta teratur Dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan

Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak.

Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak

besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun

menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya .

6. Suka menolong orang Dan memberi derma

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai

Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia,

Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana

untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Knowledge Management Portal

http://km.hcme.com.my Powered by Joomla! Generated: 19 November, 2009, 17:13

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka

mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga

kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak

mencukupi. Dia akan minta

Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja.

Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan

Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit,

Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)

2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang

berterusan.

3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta

Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)

4. Sering bertengkar dengan isteri.

5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.

8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau

tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya

dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang

mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang

sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau

tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau

bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam

tingkatan satu & yang

paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adikadiknya

yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh

tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam

ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat

solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat

terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil

ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa

disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana

dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya

anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun

dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu

anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya

yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang

mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Knowledge Management Portal

http://km.hcme.com.my Powered by Joomla! Generated: 19 November, 2009, 17:13

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya

dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah

nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh

yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab

bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu

dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak

mereka semuanya lelaki...

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita

sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???

-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???

-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???

-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah

ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Nota saya; Dah tau jawapan kan, keberkatan..marilah sama2 kita cari keberkatan dalam memperolehi pendapatan. janganlah banyak duit tapi tak berkat...kerja bagai nak rak tapi tak jaga solat, cakap gedebung gedebang tapi bergaya sakan tapi tak tutup aurat, ramah tamah senyum manis muka lawa tapi tak jaga pergaulan, tak kisah bersentuh dengan lelaki bukan muhrim, tak jaga syariat..wahhhh saya cakap untuk ingatkan diri sendiri juga, saya pun insan yg lemah dah selalu lagha....ingat2 mengingat kan amalam yg baik?

Jumaat, November 20, 2009

Wanita pertama Iran di PBB

Assalamualaikum w.b.t






Berita ni dah lama gak saya baca tapi saya suka ajer nak letak sini....bangga seyy dapat tengok wanita bercadur begini di PBB..sapa kata takleh kedepan kalau menutup aurat penuh???

Wanita pertama Iran di PBB



ROME 15 Nov. - Wanita pertama Iran telah membuat kemunculan luar biasa malah ia dilihat sebagai sesuatu yang sangat luar biasa apabila beliau membuat kemunculan itu dalam satu forum persidangan kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membincangkan isu membasmi kebuluran di Rome.



Isteri kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad itu tidak pernah membuat sebarang kemunculan awam bersama suaminya dan dipercayai tidak pernah menganjurkan sebarang pertemuan di khalayak ramai.



Wanita pertama bernama Azam al-Sadat Farahi itu muncul dalam forum yang dihadiri isteri-isteri pemimpin negara yang diadakan pada hari ini.



Objektif persidangan kemuncak itu diadakan ialah untuk menyusun strategi membasmi isu kebuluran dunia yang bermula esok di ibu pejabat pertubuhan makanan dan pertanian PBB di Rome.



Farahi memakai Chador iaitu sejenis pakaian tradisional wanita Iran, ketika duduk di kalangan isteri-isteri pemimpin negara yang lain selain turut menyampaikan ucapan di dalam forum itu yang diketuai oleh Suzane Mubarak, isteri Presiden Mesir, Hosni Mubarak. - AP

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum w.b.t

Ada banyak amalan dalam quran yang jika kita amalkan banyak fadhilat dan kelebihannya, cuma kita tak tau dan kalau kita tau pun kita tak buat secara istiqamah....sedangkan amalan yangs edikit tu kalau kita istiqamah Allah sangat suka....


Dibawah ni ada 10 surah yang kalau kita amalkan ada macam2 kelebihan di dalamnya....rencana dan panduan ni saya ambil dari sini. Mungkin kita boleh kongsikan demi kebaikan bersama insyaallah....

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.




1. SURAH AL-FATIHAH



Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.



Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.




2. SURAH YAASIN


Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)



Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).



Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.



3. SURAH AT-DHUHAN


Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.



4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.



Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.



5. SURAH AL-KHAUTHAR


Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.



6. SURAH AL-KHAAFIRUUN


Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).


Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.



7. SURAH AL-MULK



Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.





8. SURAH AL-IKHLAS


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."



Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.



Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."



9. SURAH AL-FALAQ


Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.



Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.



Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.



10. SURAH AN-NAS


Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.



Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.


Nota saya: Untuk menambah sayang suami pada kita elok juga kita amalkan membaca Surah At Tahrim setiap hari selepas subuh secara istiqamah....cubalah...

Khamis, November 19, 2009

PERHATIAN! Keluarga angkat kucing dicari!

Assalamualaikum w.b.t


Heheee..... gini citernya. Saya ada 3 ekor kucing. Satu jantan dua betina. 2 parsi dan satu kampung + parsi. Masalahnya saya akan berpergian untuk 40 hari, ikut rancangan asal kucing akan dihantar balik ke kampung bersama-sama anak gadis saya.


Tapi problemnya tak jadik pulak. Dah anak sendiri pun tak dibenarkan balik ke kampung kucing pulak jadik masalahya. Anak saya akan dihantar ke rumah mak tirinya. Masalahnya mak tirinya nak jaga anak saya jer.


Maid saya pun dia taknak apatah lagi kucing-kucing saya. So maid dah hantar ke agen tapi kucing tak tau nak hantar ke mana. jadi sekadar mencuba naib mengiklan di sini....mana lah atu ada sesapa membacanya...


Tadi dah ke tempat penjagaan @ Klinik haiwan kononnya nak bayar sewa jagaan kat situ jerlah ..tapi malangnya hari ni tak buka pulak klinik tu. esok nak cuba pergi lagi.harap2 adalah....


Tadi saya cuba hubungi 3 kawan saya manalah tau dioarang sudi nak jagakan kucing2 tu..malangnya yang sorang tu geli kat kucing, yang satu lagi pulak raya haji nak balik kampung, y7ang satu lagi tak bagi jawapan lagi...takde sapa nak tengokkan kucing2  tu nanti. Ada gak kawan2 lain tapi rasanya kalau orang tak suka kucing susah diorang nak terima kucing kami tu....




Ni manja..memang manja pun..aktif dan bijak...suka bermain...



Ni gebu...memang gebu sangat bulunya...besar jantan sekor ni....kuat makan sangat!



Ni Lara, agak pemalu dan tak kuat makan...




diorang suka lepak2 jer tak yah nak jaga2..hahahahaaa.




Gagah berani..takde sapa sudi?




manja menggoda takde sapa tertawan?


Huwaaaaa sedih plak pikir nasib kucing2 ni...malangnya nasib kucing2 tu..manalah saya nak letakkan diorang ni???? Ada tak sapa2 area seremban, senawang, Kuala Pilah, PD ker yang sudi nak jaga kucing2 ni 40 hari.....hmmmmmm....masuk blog ni kira percubaan jer ni ada masa dua hari lagi....kalau takde sapa2 nak jaga jawabnya balik hantar ke kampung jugakler....


Nota tambahan jam 10 malam : Okay alhamdulillah masalah kucing dah selesai....baru dapat ilham...punyalah tak terfikir. Esok Along, anak saudara lelaki dari kampung akan datang sini, ambil kereta saya dan bolehler pos kucing sekali. kebetulan dia cuti semester tahun akhir UiTM...dan dia sangat mengalu2kan nak datang sini sebab cuti2 ni bolehler dia melenjan keter makcunya ni kot?

Set Cawan Bunga Kangkung

Assalamualaikum w.b.t


Koleksi bunga kangkung ni pun sama saya dapat dalam sessi hunting yang pertama, dan buat masa ni belum lah dapat nak hunting lagi.....dan kat seremban ni ada dua kedai apek jer yang saya dapat kesan....kalau ada sesap tau kotler ada mana2 kedai kat sini yang ada jual lagi harus saya terjah...


Cuma nanti kalau balik kampung melaka, dah terbayang dah dalam kepala ni tempat2 yang harus saya terjah untuk dapatkan pinggan mangkuk lama2  ni...manalah tau ada rezekikan? Dan dalam kepala ada gak hajat nak berziarah rumah sedara mara...ramai sedara mara saya yang dah tua2...mesti ada punya, takkan nak beli pun diorang tak nak jual kan?


Set cawan 6 biji dan piring 6 biji ni saya dapat kat kedai apek tulah sama, sama dengan set bunga pafi...saya suka bentuk cawan ni...cuma tekonya tu saya rasa bukan padanan yang sesuai...sebab tekonya montok jer kan, cawan pulak jenis cutting A....patut tekonya jenis tinggilah..macam teko aladdin tulah...





Macam biasa, teko adalah dapat dari kampung, mak punya, dan mak letak atas almari bukan buat perhiasan tapi macam benda lama, nak buang tak pecah2, nak pakai dah retak...kira macam benda terbuang lah kalau dah duduk atas almari dapur tu....elok jer raya hari tu saya ambik jerlah sama teko bunga padi.

Kondisi teko ni sangatlah kasihan....macam retak menanti belah jer...saya pulak tak reti nak 'kerjakan' dan tak tau pulak samaada teko ni boleh dirawat atau tidak? maka saya buarkan jerlah ia begitu....sekadar buat hiasan dan pandang2 jer...cawan2 tu semua baru dan tak pernah saya pakai pun..basuh pun tidak sebab memang dari kedai apek cawan dan piring2 ni berbalut cantik dan masih elok terletak dalam kotak....



Saiz cawan ni comel jer...tapi takdelah secomel cawan bunga sakura...cawan tu lagi comel kan? sayang betul saya nak guna cawan2 lama ni untuk pakai basahan ataupun untuk gunakan masa tetamu datang...saya beli ni semata2 nak buat pandang2 jer....ahaksss




nanti saya juat entry lagi set cawan bunga sakura dan bunga ros dua kuntum pink/kelabu...

Rabu, November 18, 2009

Yang kurus itu indah menarik tertarik kedeboom?

Assalamualaikum w.b.t



Yang kurus itu cantik, yang cantik itu kurus!




"Skinny models just look better", kata Karl Lagerfeld [Legendary German fashion designer]



Model Ralph Lauren yang dapat bantahan kerana too skinny...



Saya pelik kenapa pandangan manusia yang waras dan normal rata-rata pada hari ini melihat badan yang kurus  bukan yang gempal dan sedap2 sebagai cantik dan indah dan kena sahaja kalau pakai apapun waima dipakaikan pakaian sarung guni gamaknya? pakai yang siimple apatah lagi bergaya...




Sedangkan bukan begitu seadilnya, pandanglah sesiap sahaja menerusi perasaan dan hati..bukan pada penampilan dan gaya serta susuk tubuhnya!






Bila rata-rata orang dah pandang yang kurus itu cantik dan indah maka ramailah yang berlumba sampai ada yang terungkur di tengah jalan demi nak mendapatkan susuk idaman iaitu tubuh yang kurus itu.




Saya rasalah media yang mainkan peranan dengan mem'potray'kan wanita yang kurus itu cantik dan yang cantik itu kurus,  segala mak nenek fesyen yang ada pun fokus pada wanita yang kurus keding slim sampai artis-artis kita pun berlumba-lumbalah nak kurus.








Yang remaja kalau boleh nak kurus sampai dapat kaki kurus macam Liyana Jasmay...tu baru ngam dan cantik pada mereka, senang nak pakai legging..yang gadis2 plak nak kurus kalau boleh cam faouziah Gouse, cam Lisa Surihani, cam tu, yang wanita plak taknak kalah nak gak kurus cam artis2 30 an, erra, Ummmi Aida, 40 an cam Ziana Zain, 50 an cam Aida radzwill [eh dia dah 50 tapi tak macam 50 an kan?],




Tu sebab perkataan diet semacam kata-kata hikmah yang menjadi pegangan pada mereka yang bercita2 nak kurus  ni.....pendekata tak lekang lah perkataan diet tu dari kamus hidup diorang..sikit2 diet...balik2 diet.....kenapa yer?




yerlah sebab perempuan kat malaysia ni dah macam 'termasuk dalam lingkaran' pandangan yang mengatakan yang kurus itu cantik menarik kedebom....macam kalau ko gemuk gempal berisi kau tu hina, takleh bergaya, kalau jalan orang akan pandang...pendekata hina betullah hidup kalau tak kurus ni!






hah...tu pasal tak pelik kat Malaysia ni berlumba2 keluar produk kuruskan badan....walaupun hajat asalnya nak bagi yang gemuk jadi kurus dan kemudian jadi sihat tapi yang selalu terperangkap beli produk2 ni adalah mereka yang bukan gemuk sangat tapi mereka yang biasa2 ajer tapi sebab dah termasuk dalam lingkaran yang tak boleh terima hakikat yang kalau 'ko tak kurus pun ko masih boleh hidup dengan berjaya dan bahagia'....pada mereka kurus itu bahagia, cantik tertarik kedeboom....




Tu pasal senang jer produk-produk menguruskan badan ni jual produk mereka sebab golongan tadi jugalah yang akan berlumba-lumba mencuba ....sebab dah tertanam dah di hati mereka ni bahawa badan yang kurus itulah indah menarik tertarik kau memang debommm!








Walhal bukan yang tak kurus gemuk dan gedempol mahupun gempal itu tak menarik malah kadang dengan pakej keramahan, kepandaian bergurau dan muka yang gebu dimata saya mereka lagi menarik...berbanding mereka yang kurus slim indah cantik kedebom ni yang kadang2 pakai baju kebaya sengaja nak tunjuk pinggang yang ramping, pastu jalan liuk lentok.....oh ya bukan semualah yer yang termasuk golongan ini...




cara nak kurus yang mudah juga adalah dengan berdiet...tapi ada pulak kata susahnya nak berdiet… kadang- kadang penat je berdiet pun tak kurus kurus jugak.. paling senang.. paling mudah.. diet mudah untuk kurus dengan mengambil jalan pintas.. apa cara pintas tu?




  • Pengambilan Pil Diet

Pil Diet?.. dengan sebiji pil diet boleh menghancurkan lemak… mudahnya nak kurus! cara yang cepat dan mudah untuk kurus. Memang benar pil diet dapat membakar lemak dengan berkesan dan cepat kurus tapi tidak pula memberi kebaikan tanpa meninggalkan kesan sampingan.






Kebanyakan pil diet akan menghilangkan selera makan dengan meransang terus ke bahagian otak. Pil diet memang mampu membuatkan kamu tidak lapar dan seterusnya langsung tidak menyentuh makanan dan boleh membawa ketagihan dan kesan buruk kepada kesihatan. Kadang kala pil diet memberi kesan terhadap organ dalaman yang lain dan mungkin lebih parah dalam jangkamasa yang lama. Mudah kurus mudah pula datang penyakit.. wah! cara ini kah yang patut di pilih? atau ada cara lain yang lebih mudah kurus?



  • Phentermine




Contoh cara kurus menggunakan pil diet ialah sejenis pil diet yang dikenali sebagai Phentermine. Phentermine adalah sejenis pil diet yang telah diterima dan diluluskan oleh FDA sekitar tahun 1959 sebagai satu kaedah menyekat selera makan. Pil diet ini juga bertindak terus pada otak untuk menyekat selera makan seseorang. Cara diet ini adalah di luluskan kepada pesakit yang mengalami obesiti di tahap yang teruk dan boleh membahayakan pesakit namun ia perlu di selaraskan bersamaprogram diet dan senaman yang berkesan. Namun begitu pil diet ini turun mempunyai kesan sampingan seperti ketagihan, meningkatkan tekanan jantung, darah tinggi, insommia dan debaran jantung.




  • Orlistat


Pil diet ini pula dinamakan Olistat satu lagi cara kurus menggunakan pil diet. Pil diet ini bertindak menyekat lemak dari di serap oleh badan. Pil diet ini mampu menyekat sehingga 30% lemak dari di serap. Caranya dengan mengambil pil diet ini setiap kali sebelum makan 3 kali sehari. Lemak-lemak akan disekat dan di hantar terus ke sistem pencernaan. Pil diet ini bukanlah begitu berkesan kerana didapati ia hanya dapat mengurangkan kira-kira 5% berat badan namun kesannya buruknya menyebabkan mereka yang mengunakan cara diet ini akan kembali gemuk apabila menghentikan pengunaannya.

  • Bontril / Phendimetrazine




Satu lagi pil diet yang sering digunakan ialah Bontril atau Phendimetrazine. Cara kurus ini juga seperti pil diet – pil diet yang lain. Cara kurus mengunakan pil diet ini ialah mengurangkan selera makan. Namun pil diet ini adalah di haramkan kerana kesan ketagihannya. Penggunaan pil diet ini dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf, ketakutan, insomnia, letih dan tekanan. Adakah cara kurus ini yang menjadi pilihan anda?



  • Hoodia

Pil diet ini pula bukanlah sejenis dadah. Pil diet ini digunakan untuk menangani sakit perut malah jangkitan. Ada juga yang mendakwa ia mampu menyekat selera makan. Terdapat ramuan aktif yang dikenali sebagai P57 yang ditemui didalam hoodia ini yang mampu memberikan kesan pada selera makan. Ekstrak hoodia kini boleh didapati secara semulajadi untuk menahan lapar dan mengawal selera makan. Namun begitu ada kajian dilakukan keatas tikus mendapati pengambilan pil diet dari ekstrak hoodia ini menyebabkan kerosakan hati. Aduh sukarnya nak berdiet dengan mudah. Ada cara lainkah yang lebih mudah kurus?

  • Liposuction

Cara ini paling mudah kini untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat. Satu insisi pantas yang mendakap diri kamu untuk menjadi vakum di panggil cannula yang dapat menyedut lemak dengan kemasnya. Lemak akan direntap dari badan bersama kapilari-kapilari darah akan di sedut keluar. Jika semuanya berjalan lancar kamu akan kurus dalam masa 6 minggu sahaja. Namun adakalanya cara kurus ini menyebabkan berlaku kekebasan, kulit berlekuk atau tidak sekata dan berparut. Cara kurus ini bukanlah begitu mudah seperti yang difikirkan. Cara kurus ini sebenarnya lebih kepada kaedah membentuk badan, jika kamu terlalu gemuk tidak boleh hanya bergantung kepada satu kaedah ini sahaja. Menyedut keluar sebilangan besar lemak boleh menyeberikan trauma pada tubuh. Tambahan pula hasil kaedah ini tidak kekal. Jika kamu kembali kepada kaedah makan yang asal lemak akan kembali berkumpul.

  • Pintasan Gastrik

Mengecilkan perut, mengurangkan pengambilan makanan dan mengurangkan berat badan. Cara kurus ini dilakukan oleh doktor mengetip bahagian perut kamu menjadikan perut lebih kecil. Cara ini mengurangkan kalori secara drastik dan menghilangkan berat badan dengan berkesan. Namun begitu cara kurus ini mungkin membawake pada kesan-kesan lain yang mungkin berlaku seperti kekurangan gizi kerana jumlah serapan makanan yang kurang, dan boleh menjadi punca jangkitan jika perut terbocor. Walaupun cara ini berisiko namun cara kurus ini amat berkesan dan diamalkan oleh beberapa selebriti ternama.

  • Diet Ekstrem

Cara kurus paling lazim dilakukan.. iaitu menolak segala karbohidrat dan hanya memakan sayur-sayuran. Satu hidangan sehari dan tiada gula atau garam dalam masakan. Semua itu mampu menyekat kalori dan menurunkan berat badan. Ia mungkin amat perit untuk dilakukan namun ia amat berkesan jika dilakukan. Di sebalik impak positifnya ada juga negatifnya mengunakan cara kurus ini. Jika terlalu kurang kalori dalam badan, ia boleh menyebabkan keletihan dan tidak berdaya. selain itu juga kekurangan gizi boleh berlaku kerana kekurangan sesetengah sumber zat vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Diet yang keterlaluan ini juga selalunya tidak akan bertahan dalam jangka masa yang panjang dan berat badan akan bertambah semula apabila berhenti berdiet.





Tulah antara cara nak kurus....banyak caranya. walhal kan ubat nak kurus tu senang ajer, semuanya ada kat tangan kita yang penting usaha....hendak dengan tak hendak jer...malah kalau guna kaedah yang kita boleh buat ni kita akan dapat bonus lagi iaitu badan kita akan menjadi sihat dan otak pun cergas....tak perlu keluar kos yang banyak ratus ratus atau ribu riban...yang penting kita luangkan sedikit masa dalam sehari...senang jer.... habiskan setengah jam sehari berjoging, takpun menari...tak susah mana pun...tak perlu nak makan itu ini yang memerlukan kos dikeluarkan ..yang mana kalau kita stop makan nanti entah2 boleh jadi gemuk semula pulak....so fikir2kanlah....


Dan tak perlulah kita membayar kos yang tinggi menjalani program pelangsingan sedangkan semuanya boleh ajer dibuat di rumah sendiri....dan tak perlulah ke sauna yang boleh buat kita salah2 gaya sesak nafas lak dalam sauna tu....huii ngeri....dan habis semua air dalam badan tersejat keluar pulak...sedangkan lemak2 masih berleluasa..lemak tepu bukan mudah nak dibuang yer...kalau makan ubat pulak ada kesan sampingannya.... Okay kalau nak makan ubat2 dietker nak kuruskan badan ker jangan main makan jer, perlu tahu juga kategori mana ubat kurus tu....apa kandungannya....dibawah ini sekadar berkongsi bahan2 yang selalu digunakan untuk menguruskan badan.....saya petik dari web ini yer...ni antara produk-produk yang sering digunakan untuk tujuan membantu menguruskan berat badan ialah seperti yang diterangkan di bawah ini:


1. Appetite suppresant


Ubat jenis ini digunakan untuk mengekang selera makan anda. Antara jenama yang ada di pasaran ialah Adipex Retard, Duromine, Ionamin, Panbesy, dsb. Kesemuanya mengandungi phentermine. Ia berkait dengan ubat seperti amphetamine (ecstasy). Ubat-ubatan ini dikenali sebagai ubat-ubat psikotropik. Pembelian di farmasi hendaklah disertakan dengan preskripsi dari doktor.


Ubat dari jenis ini hendaklah diambil dengan berhati-hati. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu mengambilnya. Pesakit jantung, galukoma, hyperthyroidism ataupun yang pernah menagih dadah tidak boleh mengambil ubat ini. Ubat ini boleh menyebabkan ketagihan.Ubat jenis ini mempunyai banyak kesan-kesan sampingan dan penggunaan yang lama tidak digalakkan. Pengambilan melebihi tiga bulan berturut-turut adalah tidak dibenarkan. Antara kesan sampingan yang paling ketara ialah rasa resah (restlessness), menjadi lebih agresif dan sukar tidur. Kesan-kesan ini berlaku kerana ubat dari jenis ini bertindak di bahagian otak pengambilnya untuk memberhentikan selera makannya. Antara kesan sampingan lain ialah tekanan darah naik, mulut kering, dsb.

Oleh kerana ubat ini (contohnya Duromine) berkesan selama 16 jam, pengambilnya yang menghadapi masalah untuk tidur perlu mengambilnya pada awal pagi (sebaik sahaja bangun pagi). Pengambilan ubat ini bersama-sama dengan ubat kurus yang lain adalah tidak digalakkan. Pengambilannya bersama-sama dengan ubat monoamine oxidase inhibitor adalah tidak dibenarkan. Amino asid l-phenylalanine juga dikatakan boleh membantu mengawal selera makan. Ia boleh diambil sebagai alternatif yang selamat berbanding ubat-ubat konvensional biasa.


2.  Makanan Gantian (Meal Replacement)


Rawatan dari jenis ini mengandungi makanan yang perlu anda ambil mengikut peraturannya, dan berhenti daripada mengambil makanan-makanan yang biasa diambil seperti nasi untuk makan tengahari, dsb. Dalam kata lain, anda hanya boleh mengambil produk ini sahaja sepanjang tempoh rawatan. Bergantung kepada jenis produk yang anda beli, ada yang menyarankan anda mengambilnya dua kali sehari dan ada yang tiga kali sehari. Ada juga yang membenarkan anda meminum susu, dan ada juga yang membenarkan anda mengambil sedikit makanan sekiranya anda rasa betul-betul lapar. Produk-produk jenis ini mengandungi low calory diet (makanan berkalori rendah) atau very low calory diet (makanan berkalori sangat rendah). Sebagaimana yang dinyatakan bahawa pemakanan yang baik dan senaman yang kerap adalah penting untuk membantu anda mengurangkan berat anda secara berkesan dan untuk jangka masa yang lama. Email kami yang terdahulu juga ada menyatakan bahawa penurunan berat badan antara 5-10% adalah memadai untuk mengurangkan risiko-risiko berkaitan dengan kegemukan.


Rawatan melalui pemakanan gantian ini adalah antara cara yang efektif untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Bagaimanapun adalah penting supaya mereka yang mengamalkannya mempunyai daya motivasi yang tinggi. Ini kerana sepanjang rawatan ini anda akan rasa ketagih untuk makan makanan yang tidak sepatutnya anda ambil. Banyak antara mereka ini merasa tertekan dan sukar untuk melawan nafsu makan mereka. Akhirnya, bila mereka mengambil makanan yang tidak dibenarkan, terutamanya makanan berlemak, badan mereka mendapati bahawa lemak ini menjadi lebih sukar untuk dibuang. Berat badan akan naik semula (kesan yo-yo). Ini adalah akibat dari penurunan kadar metabolisma badan mereka semasa mereka menjalani rawatan melalui pemakanan gantian ini. Selalunya produk jenis ini juga mempunyai bahan yang membantu anda mengurangkan rasa ingin makan dengan mencampurkan bahan seperti serat di dalamnya. Oleh itu nafsu makan anda sedikit sebanyak dapat dikawal. Produk-produk ini menurunkan berat badan dengan menambah metabolisma lemak. Ia tidak menghakis otot (protin) dari badan anda. Oleh itu tone badan anda dapat dikekalkan. Antara perkara lain yang perlu diperhatikan semasa mengambil produk ini ialah :
  • Sila ikuti program makanan yang disediakan bersama-sama dengan produk yang anda beli, sekiranya ada.
  • Jangan campur dengan air yang panas kerana ia akan merosakkan amino asid yang ada di dalam produk-produk ini.
  • Antara jenama yang ada di pasaran Malaysia ialah :
    1. Cambridge Diet
    2. 21st Century Fat Burner
3. Lipase inhibitor


Xenical adalah antara ubat terkini yang digunakan untuk tujuan menguruskan berat badan. Ia mengandungi orlistat 120mg dalam setiap kapsul berwarna biru. Xenical bertindak dengan memberhentikan fungsi enzim lipase. Enzim lipase bertanggungjawap memecahkan lemak yang kita ambil dari pemakanan kepada free fatty acids dan monoglycerides. Oleh kerana lemak ini tidak dipecahkan (atau tidak dicerna) ia tidak boleh memasuki sistem darah pengambilnya. Xenical hendaklah diambil sebelum makan atau dalam masa sejam selepas makan. Pengambilan Xenical tidak perlu sekiranya makanan yang diambil tidak mengandungi lemak.


Pengambilan Xenical hendaklah diberhentikan selepas 12 minggu (3 bulan) sekiranya berat badan tidak turun sekurang-kurangnya 5% daripada berat badan asal. Oleh kerana produk ini menyerap lemak, vitamin yang larut dalam lemak seperti beta carotene, vitamin A, D, E dan K (sama ada dalam tablet atau dari sumber asli seperti sayuran) tidak akan diserap oleh badan. Oleh itu pengambilan vitamin ini dengan Xenical hendaklah dijarakkan sekurang-kurangnya dua jam (2 jam adalah cukup kerana fungsi Xenical tidak memerlukannya untuk diserap ke dalam darah - di mana ini akan mengambil masa yang lebih lama). Begitu juga, pil perancang yang dibuat daripada kolesterol tidak boleh diambil pada masa yang sama dengan Xenical. Antara ubatan lain yang tidak boleh diambil sekali ialah digoxin, metformin, nifedipine, phenytoins, statins dan warfarin. Xenical tidak boleh diambil oleh mereka yang alahan dengannya, mereka yang mengalami masalah dalam penyerapan makanan dan pesakit cholestasis.


Antara kesan sampingan pengambilan Xenical ini ialah masalah yang berkaitan dengan perut - najis berminyak, lebih kerap buang air dan tidak boleh mengawal buang air besar. Selain itu ia menghalang penyerapan beberapa vitamin (lihat di atas) di mana ini mungkin memerlukan anda mengambil pil-pil vitamin seperti multivitamin



4. Chitosan


Chitosan diperbuat daripada polysaccharide chitin. Ia adalah kanji yang banyak terdapat di dalam kulit udang, kerang dan binatang laut berkulit yang lain. Fungsi chitosan ini samalah seperti fibre (serat) tetapi ia mempunyai kelebihan iaitu ia boleh melekat kepada lemak. Chitosan mengandungi caj-caj positif, dan ini membolehkannya melekat kepada lemak, kolesterol, triglyceride dan asid hempedu yang mengandungi caj-caj negatif. Oleh kerana ia tidak dicerna dan diserap ia tidak menambah kalori ke dalam badan anda.


Kesan-kesan baik yang didapati dengan memakan chitosan
  • Lemak-lemak dari makanan boleh ditapis. Lemak-lemak ini dikeluarkan dari badan dan tidak diserap ke dalam badan.
  • Mengurangkan LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Antacid. Ia melawan asid berlebihan yang dikeluarkan dalam perut / usus. Baik untuk yang menghidapi ulser dan gastrik.

Keburukan chitosan
  • Chitosan mengurangkan penyerapan kalsium. Orang yang berisiko menghidapi osteoporosis tidak digalakkan mengambil chitosan.
  • Chitosan boleh mengurangkan kandungan bakteria baik Bifidobacteria dan Lactobacillus. Bakteria ini penting dalam fungis enzim yang sempurna di samping penting untuk pengeluaran vitamin tertentu.
  • Chitosan boleh menghalang penyerapan ubat-ubat tertentu yang bergantung penyerapannya kepada penyerapan lemak. Ubat-ubatan yang diperbuat daripada lemak seperti pil perancang hendaklah diambil empat jam sebelum atau selepas pengambilan chitosan.

  •  Sebagai fibre (serat), chitosan menarik air. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit. Terlalu banyak chitosan pula boleh menyebabkan anda rasa kenyang.

  •  Tidak semua orang boleh mengambil chitosan. Invdividu di bawah ini disarankan tidak mengambil chitosan :

  •  Mengandung atau menyusukan bayi


  •  Orang yang mengambil ubat-ubat seperti blood thinner

  •  Orang yang mengalami osteoporosis


  •  Orang yang memakan ubat yang banyak. Ini kerana pemakanan ubat pada waktu yang berdekatan dengan pengambilan chitosan menyebabkan ubat tersebut mungkin tidak berfungsi sepenuhnya.




Antara ubat yang sering digunakan untuk tujuan ini ialah benfluorex (Mediaxal) yang berfungsi membaiki metabolisma lemak dan karbohidrat. Selain daripada itu, penggunaan asid amino seperti methionine, choline, inositol, betaine dan l-arginine juga sering digunakan. Asid amino jenis ini bukan sahaja membantu membakar lemak, tetapi juga menyebabkan pengeluaran lecithin oleh hati meningkat. Walaupun tidak digunakan untuk menguruskan badan, lecithin membantu mencairkan kolesterol (Kolesterol ialah lemak di dalam darah dan tidak ada kaitan dengan sais badan).


Nota saya: berhati2lah semasa anda berhasrat untuk kurus dan berdiet pilihlah cara yang sesuai agar anda sihat cergas dan yang peling penting selamaaaatttt...kalau kurus tapi tak sihat parah juga ya....sekarang tak susah nak kurus dengan cepat, percaya tak ada jugak ubat yang dalam masa 7 hari boleh kurus tau!

Selasa, November 17, 2009

Koleksi Cawan Lama~Cawan bunga padi

Assalamualaikum w.b.t


Set bunga padi ni saya beli pada bulan ramadhan lalu dan inilah juga kali pertama saya hunting ke kedai apek dan terus dapat set ni. masa tu punyalah suka sebab masa mula2 tanya tu memang apek tu cakap dah takde dah cawan2 lama ni...yang ada pinggan2 lama jer semua dia ada pamer kat situ. paling banyak saya tengok pinggan bujur bunga hitam dengan jambatan tu. masa tu sya tak minat pinggan memang tak belilah. dalam hati memang nak kumpul set cawan jer...


Sekali tengah tengok2 mana tau ada yang berkenan, tiba2 apek tu cakap ada satu kotak dia tak perasan, kotak tu tersorok dalam stor...terus dia keluarkan semua khazanah dalam kotak tu..ada set cawan bunga kangkung, set cawan bunga padi dan set cawan bunga sakura. Apalagi tak fikir panjang terus beli jer tiga2 set ni.


dan masa tu pulak memang tak cek langsung. maklumlah bulan puasa nak balik masak cepat, terus suh dia bungkus dan bayar jer...


Sekali balik rumah baru perasan piring dan cawan bukan pasangan suami isteri yang sebenar. tak taulah dia main mix and match jer apek ni...geram betul...yang buat saya perasan tu sebab dalam 6 piring tu ada pulak satu lain saiz piring dia dan buang dia pun warnanya ada kurang hitam sikit....barulah saya sedar rupanya ada dua jenis tapi dua2 pun bunga padi juga, kalau tak tengok betul2 memang tak perasan punya...ah lantaklah janji ada....






Set 6 biji cawan dan 6 biji piring serta jug [kata bloger lain bentuk aladdin] tapi saya nya aladdin ni dah cacatlah tanduknya kat penutup tu dah kena penggal! Teko ni saya ambik mak saya punya kat kampung. nasib baik dia tak buang lagi, dia simpan atas almari, raya hari tu saya apalagi terus minta, mak saya pun pelik apasal teko dah retak dan pemegeang penutup dah kopak saya nak juga.....saya kata nak simpan buat kenangan...so adalah mak pada anak2 berenam ni walaupun dapat mak tak sesempurna mak yang lain...


Nilah satu2nya piring yang lain tu, rasanya piring ni yang paling sesuai dengan cawan ni...sebab bunga padinya sama corak dan sama saiz...


Bila letak cawan dalam piring sepadan jer....elok terletak


Yang sebelah kiri tu 5 piring yang corak bunga padinya terang sikit dan besar sikit....pastu tengah2 piring ada garis2....rasanya cawan dia pun patut ada garis2 pada bawahnya, ni mesti ada cawan lain ni...saya ada tengok cawan jenis cutting A punya piring ni dan dua2 piring ni cop bawahnya berlainan, sah2lah memang dari keluarga yang berbeza...harus juga lepas ni saya kena carikan panagan yang sepadan...tapi buat masa ni takperlah, lain sikit asal match udahler....ada dana dan masa nanti saya mencari lagi....


Nilah  teko mak saya bagi tu..jangan2 sayalah yang patahkan penutup tu...sebab sayalah antara anak yang rajin ambik kontrak basuh pinggan mangkuk dan saya jugalah yang paling kerap peceh memecahkan pinggan ni tapi mana mak saya pernah marah pasal saya yang paling rajin tolong kan?Yang tak tahan tu muncung pun sompek dan badan pun retak...tapi masih nampak gagah jugaklah....

Isnin, November 16, 2009

Erti tudung bagi Dato' Siti Nurhaliza @ Tok Ti

Assalamualaikum w.b.t


Dahulu satu Malaysia peminat siti Nurhaliza gembira dan terharu bila Tok Ti balik dari Mekah dan mengenakan tudung walaupun tudung yang dikenakan tidaklah dinamakan menutup aurat dengan sempurna. namun peminatnya yakin satu hari nanti mungkin pintu hatinya dibuka untuk menutup sebaik mungkin rambut dan kepalanya. itu doa peminat.

Pendekata takdelah terdengar mana-mana pihak yang mengutuk beliau kerana membuat pilihan memakai tudung cuma kedengaran ada suara-suara sinis mempersoalkan ara tudung beliau dikenakan...namun Tok Ti ada mengatakan yang itulah cara yang sesuai pada masa tersebut. Pada ketika itu sebagai seorang yang suka juga dengar lagu Tok Ti sesekali sama berdoa agar Tok Ti mampu memakai tudung sebaik mungkin kerana dialah artis wanita yang menajdi idola bagi yang tua apatah lagi yang muda malah yang miskin tambahan pula bagi yang kaya, baik lelaki lelaki mahupun perempuan, yang cacat @ sempurna, orang yang sihat @ sakit....semuanya peminat Tok Ti...



Penampilan beginilah yang peminat tunggu-tunggu agaknya? Manis sekali Tok Ti pakai begini...orang kalau dah cantik pakai apapun cantik...itulah sebabnya bagi yang cantik ini wajib sangat menutup apa yang patut ditutup....supaya tidak mendatangkan maslahat pada yang memandangnya...ramai jejaka agaknya berangan memiliki Tok ti zaman bujangnya dulu kot? Namun Tok Ti tak pula memilih jejak tetapi melilih dato'2, malah dato' yang punya anak2 jejaka pula pilihan hatinya....


Ini salah satu gaya Tok Ti, mungkin Tok Ti rasa gaya ini cantik dan selesa agaknya? Sekali pandang macam shower cap..ini kata sesetengah pihak melalui media massa....macam2lah Tok Ti ni...




Tok Ti yang pernah menjadi mangsa fesyen...sesiapa memandang pun pasti merasa sangat tidak kena penampilannya, bukan sahaja pada tudungnya tapi pada keseluruhan pakej pakaiannya sangatlah 'huduh' waima orang yg buat fesyen pun akan celik tengok fesyen ini....




Gaya Tok Ti yang mengelirukan? Bertudung atau tidak? hanya Tok Ti yang tahu apa erti tudung pada beliau....mungkin ada definisi baru bagi beliau....kita doakan yang baik2 sahaja....


Ini katanya surprised party untuk saida...yer selendang itu sangat jarang sehingga nampak kuping telingan Tok Ti...kalau tak disepit harusss bila2 tudung tok Ti ni akan menggelunsur kebelakang...pasti tidak selesa memakai selendang begini...dapat saya bayangkan....sekali lagi mungkin bagi Tok Ti ini definisi baru gaya fesyen bertudung@berselendang....



Terbaru Tok Ti menggayakan rekaan fesyen di satu event...yang ini memang saha sesia yang memandang akan mengatakan ini sama sekali bukan gaya berselendang,,,bertudung jauh sekali lah.....saya ambik dari sini



Salah satu gaya santai Tok Ti...jenuh juga pakai tudung begini sebab selalulah kena dibetulkan ....dipadangkan seluar yang gak ketat juga....dan gaya ni selalu makcik2 jer pakai, selempang sana selempang sini...orang2 muda selalu pakai kemas jer..leceh nak betul2 kan selalu ni!


Mungkin ramai peminta nak juga tau apa komen Tok Ti bila ramai persoalkan gaya bertudungnya....saya pun semalam bila tengok gambarnya dalam http://www.beautifulnara.com/ tiba2 rasa macam waaah makin lama makin terbuka Tok Ti ni...terbuka tudung dan terbuka caranya....terutama sejak menjadi isteri ini...begitu terbuka sekali. saya fikir bila bersuami Tok Ti dan ada insan yang betul2 menjaga beliau....dan memimpin juga terutama dapat yang dah matang....tapi sebaliknya pula....so ini yang saya sempat jumpa melalui google tentang pandangan beliau....

Diambil dari sini

KUALA LUMPUR: Selepas pulang menunaikan ibadat haji, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28, buat pertama kali tampil dengan imej bertudung ketika menghadiri majlis hari jadi Chef Wan di Restoran Tarbush, Starhill, Bukit Bintang di sini, malam tadi.




Siti berangkat ke Makkah pada 13 Disember untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan selamat pulang ke tanah air pada 27 Disember.






Penyanyi nombor satu negara yang hadir ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, ketika ditemui memberitahu, penampilan itu akan dikekalkan.






“Insya-Allah buat masa se- karang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran.






Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia sangat sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita.






Siti juga menegaskan, dia akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.






“Setakat ini, saya belum pasti bagaimana corak tudungnya tetapi apa yang pasti, saya akan menutup kepala.






“Walaupun lagu Destinasi Cinta agak rancak, ia bukan satu masalah kerana cara berpakaian saya sekarang boleh disesuaikan dengan corak persembahan,” katanya .






Begitupun Siti tidak menafikan penampilannya itu akan menimbulkan cakap-cakap belakang di kalangan masyarakat, namun dia mengambil pendirian ‘tidak ambil pusing’ berikutan apa yang dilakukannya ikhlas dan lahir daripada hati.






“Rasanya inilah penampilan sebaik-baiknya. Untuk bertudung litup, Insya-Allah dengan izinNya mungkin saya mengenakannya pada masa depan,” katanya.






Baginya, dia perlu mengambil langkah baik itu secara perlahan-lahan.






Kata Siti lagi, suaminya senang apabila melihat dia bergaya sedemikian dan menyokongnya.






Bercerita lanjut mengenai ibadat dilakukan, kata Siti, dia benar-benar bersyukur kerana tidak banyak halangan dilalui sepanjang menunaikan haji.






“Saya bersyukur kerana impian dan doa saya dimak- bulkan. Sudah lama saya menyimpan impian dan akhirnya terlaksana.






“Pemergian saya menunaikan ibadat haji lebih manis kerana ditemani ibu tersayang, suami dan abang saya, Ayie,”katanya.
 

 
Dan ini sekali lagi penegasan Tok Ti pasal selendang yang mendedahkan sebahagian kepalanya....
 

Dan ini ada lagi saya salin dari sini
 
 
Pada tarikh 26 April 2008, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman di satu sidang akhbar eksklusif bahawa beliau akan mengekalkan imej berselendang iaitu menutup sebahagian daripada rambutnya dan bukannya bertudung. Menurut Siti, “Siti bukanlah memakai tudung tetapi lebih kepada memakai seledang.”








“Soal bertudung ini, Siti sebenarnya ingin lakukannya secara perlahan-lahan. Siti masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penampilan baru ini,” tambah beliau ketika di sidang akhbar berkenaan.






Isu tudung di Malaysia ini merupakan satu topik yang sensitif kerana ianya bersangkut-paut dengan tuntutan agama. Keikhlasan Siti dalam mengenakan selendang sering dipertikaikan para peminat yang inginkan Siti mengenakan tudung secara sempurna seperti Waheeda, Ekin, Azizah (TV3) dan Sheila Rusly sebagai contohnya.






Ditanya tentang wujudnya cakap-cakap orang yang tidak menggemari cara beliau mengenakan ‘tudungnya’, Siti mengambil sikap tidak ambil pusing. Katanya “Semua ini Siti lakukan bukanlah kerana sesiapa tetapi hanyalah kerana Allah.“






Masa beredar begitu pantas sekali dan kini sudah menghampiri setahun Siti muncul dengan imej berselendang. Ada ketika penggayaan selendang Siti menampakkan rambut dengan banyak sekali dan ada ketika hanya jambul yang ditonjolkan seperti kebanyakan wanita Iran. Di sepanjang tempoh ini, bertali arus komen dan pendapat yang diluahkan oleh warga Malaysia tentang imej yang dipertontonkan Datuk Siti Nurhaliza.






Rata-rata ramai wanita dan lelaki yang tidak bersetuju dengan sikap “acuh tak acuh” Siti dalam mengenakan selendang atau tudung di kepala. Nampaknya majoriti masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan pendirian Siti untuk seolah-olah duduk di atas pagar, tidak mengenakan tudung pun bukan dan memakai tudung pun bukan. Mungkin Siti akan membuat keputusan muktamad dalam satu masa yang terdekat ini, siapa yang tahu?


dan ini gambar Tok Ti dari blog Aznil nawawi....bukan sahaja gaya selendangnya yang 'macam tak siap', saya rasa pakaian ini juga tidak begitu match dengan Tok Ti yang dikenali imej sopan dulunya?


Mungkin gaya ini yang sebahagian peminat sukakan, dan rasanya tidak ada apa yang kurang, malah bertambah cantik anggun berseri kedeboooom jika siti memakai begini.....sedap mata memandang, ada rupa ala-ala Hawa [Nora danish] dalam Puteri Bunian.

Dan saya rasa jika Tok Ti semakin menggemari selendang secotet ni, sebaiknya Tok Ti mencari erti pemakaiannya....kalau itu yang dia selesa bagi dia saya sebagai pemerhati dan peminat lagunya sesekali, nampak macam mempermainkan diri sendiri....sepertinya Tok Ti tiada pendirian dan prinsip...dulu lain sekarang lain...


Dan ramai juga peminat yang kagum dan terharu bila melihat gambar Tok Ti membacakan yasin semasa pengkebumian ayahnya...



Ini gambar terbaru juga.....masih gaya sama....
Bolehlah disimpulkan fesyen Tok Ti adalah selendang...macam dia cakap tu....dan mungkin gaya ini yang dia selesa. siapalah yang bleh menentukan kalau itu pilihannya, namun bagi peminat penampilan Tok Ti dengan selendang dan gaya sebahagian besar rambut yang dikeluarkan akhir2 ni menjadi kutukan dan macam2 kata sinis dilontarkan pada Tok ti...





Mungkin ini gaya selendang yang Tok Ti selesa......dengan sebahagian besar rambut didedahkan....dan mungkin bagi beliau sebagai artis terkenal, gaya ini yang sesuai agaknya berbanding bertudung tutup penuh...apa2lah Tok Ti...







Bertopi dan bergaya ranggi/santai......salah satu gaya santai Tok Ti....berselendang, bertopi........itulah konsep dan prinsip Tok Ti agaknya? Apapun sebagai pemerhati saya berdoa sebagai idola ramaja Tok Ti mendapat hidayah dalma menutup aurat sebagaimana ramai lagi dalam bidang ini yang satu ketikanya dahulu tidak menutup aurat tetapi mendapat hidayah menutupnya seperti wardina Safiyyah, wartwan/penerbit Mazlin Nordin, Ezzah Aziz Fawzy, Azizah Ariffin, Nora, Aisyah, Aida Radzwill, Kartina Aziz...dan ramai lagi......ia bukan sesuatu yang pelik dan tiada sesiapa pun yang mengutuk mereka malah peminat lagi suka, sebab Malaysia bukan seperti negara barat..negara kita majoriti islam....dan tudung bukan pelik malah bagi yang tidak bertudung itulah




Semua gambar2 digoogle ....

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP