Isnin, November 16, 2009

Hasil didikan bagaimana yang menghasilkan anak yang berkualiti?

Assalamualaikum w.b.t


Dah tamat dah belajar peringkat awal sekolah anak saya ni. Dua tahun di tadika berbagai cerita, peristiwa suka dan duka. Sebagai ibu saya hanya berperanan seadanya....bila udah konvo ini baru terasa yang masih banyak ruang untuk saya baiki kelemahannya.


Anak ini bagus sangat sebenarnya...cuma saya jer rasa yang saya kurang mendidiknya sebaik2nya. Sabtu lalu banyaaaak anugerah yang diberi sampai saya pun lupa senarai penuhnya. Dan dalam banyak2 tu anak saya dapat juga dua anugerah tetapi ia adalah anugerah atas usaha diri dia sendiri....anugerah puasa penuh Ramadhan dan anugerah tamat bacaan Qiraati [tamat mengaji peringkat muqadam dan naik quran].

Saya bangga juga cuma saya kuciwa sikit sebab saya rasa saya yang gagal didik potensi dia dari segi sahsiah dia kelemahan saya ini sangat ketara bila saya lihat ramai ajer anak tunggal yang lain mampu dibangunkan sahsiahnya dan potensinya....walaupun mereka juga sama macam hani anak tunggal juga...




Masa ni hani betul2 mengantuk sampai katanya semasa duduk beratur tepi pentas sebelum naik mengambil scroll, dia tersengguk tertidur......sian dia....


Ada anugerah tulisan tercantik, ketekunan terbaik, anugerah paling kreatif, anugerah akhlak mulia, kebersihan terbaik, kedatangan terbaik, anugerah kelancaran english terbaik, kelancaran bahasa melayu terbaik, kepimpinan, tulisan jawi terbaik, hafalan terbaik, bacaan solat terbaik, dan terakhir anugerah best of the best untuk girl dan boy....

Saya bukan terkilan tiada satu anugerah pun yang disenarai di atas menjadi milik anak saya, cuma saya terkilan kerana saya tidak menggilap potensi anak ini dengan sesungguhnya. Terlalu banyak kekurangan saya dalam mendidiknya. Saya rasa saya silap memilih gaya pendidikan untuk anak kesayangan saya ini....




 Pagi tu, dia terlibat dalam persembahan santapan Jiwa pagi [persembahan bacaan doa, hadith dll]




Ini anugerah untuk puasa penuh ramadhan, dapat sejadah, piala dan hamper.




ini hampernya...


Maka, saya yang selalu memilih gaya ke 4 dan kerap juga menyinga di rumah ini akan menukar gaya keibubapaan pada cara yang lebih sesuai, mungkin kombinasi no 1 dan sedikit garang sahaja supaya dapatlah saya membina jasmani, emosi, rohani dan inteleknya....rasanya di usia 6 tahun saya harap saya tidak terlewat....


Bila baca gaya keibubapaan bawah ni saya rasa memang saya dah tersalah pilih gaya mendidik ni, kadang2 saya terlampau garang, kadang2 terlampau manjakan dia, ntah tak tau nak guna gaya apa....pada saya asalkan dia solat cukup 5 waktu, pandai mengaji dan membaca, hormat orang tua...lain2 faktor macam terabai pulak....sudahnya bukan sahaja tak dapat anugerah kreatif [buat salah selalu kena marah macamana nak kreatifkan?], akhlak mulia [mulia juga tapi anak saya agak pemalu dan kurang keyakinan diri], tulisan tercantik [saya selalu pastikan kerja dia kena cepat siap, cantik belakang kira....asal boleh baca]....


Rumit, detail, berhemah, timbang rasa, saling menghormati, kepercayaan, kesungguhan, iltizam, tolak anur dna macam2 lagi unsur penting yg perlu ada dalam mendidik anak2.....banyaaaaakkkkk lagi yg kena belajar ni, sukarnya pula rasa nak didik anak ni....banyak sifat poitif yg kita dulu kena ada kalau nak anak kita ada juga sifat2 ini. dan semuanya kena berterusan...tak boleh leka dan cuai langsung.....dan kita sentiasa menjaadi model pada anak2 kita....huhhh...rassa banyak kerja sungguh nak didik anak ni....


bagi anda pula bagaimana??? Gaya mana pilihan anda....

Gaya keibubapaan


1.  Berwibawa

(Authoritative)

• Ibubapa tegas dan boleh mengawal keadaan

• Sedia mendengar pandangan anak

• Boleh bertolak ansur jika perlu

• Anak-anak membesar dalam suasana penuh kemesraan

• Kanak-kanak dijangka untuk berkelakuan intelektual seiring umur

dan sosial mereka.



2. Mengabaikan atau cuai (Neglecting)

• Ibubapa tidak ambil peduli di mana anak mereka berada, apa

aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak tahu hal

ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran sosial anak mereka.

• Ibubapa terlalu buntu atau sibuk dengan kehidupan dan tugas

mereka.




3. Memanjakan (Indulgent)

• Ibubapa hanya menurut keperluan dan tuntutan anak.

• Kurang menetapkan batasan terhadap anak.



4. Kuku besi (Authoritarian)

• Ibu bapa yang terlalu mengawal ketat dan tidak boleh bertolak

ansur dengan anak-anak

• Menetapkan harapan tinggi dan tidak munasabah terhadap anakanak

• Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala.

4 cetusan rasa:

Mak Su berkata...

entahlah, saya 1 dan 4 kot.... :(, tgk pada keadaan

Hanisumayyah berkata...

Saya pulak selalu jugak buat garang ni...sekarang ni nyesal jugaklah...takper ada masa lagi...

MA berkata...

Salam,

Saya selalu gunakan dua pendekatan ini dalam mengelolakan anak-anak :

1. Umpama memegang sebuku sabun ~ jangan terlalu ketat kerana *sabun* akan tergelincir dari genggaman akibat licin; jangan terlalu longgar, juga akan terlepas dari pegangan. Sebaik-baiknya genggam dengan lembut dan kemas agar sabun berada dalam genggaman dengan baik.

maknanya : jgn terlalu berkeras smpi anak memberontak; dan jgn terlalu berlembut sampai anak tidak dapat dikawal.Kena ada keseimbangan mengikut kesesuaian tertentu.


2. Umpama menerbangkan layang-layang ~

jangan terlalu rendah akibatnya layang-layang (anak) tidak akan dapat terbang tinggi dan akhirnya jatuh ke bumi.

{maknanya jgn terlalu mengongkong sampai anak tidak dapat memenuhi potensi diri, selalu dipatahkan semangatnya membuatkan dia selalu merasa dirinya sebagai seorang yg gagal/low esteem)


Juga jangan terbang terlalu tinggi sampai layang-layang hilang kawalan .

Sebaik-baiknya, tarik tali layang2 pada masa2 tertentu, agar keseimbangan itu ada, anak-anak juga dapat memenuhi potensi diri dalam keadaan yang terkawal.

Hanisumayyah berkata...

MA...

Saya pun sedar amat semua2 tu, tapi selalu saya tak dapat kawal perasaan ni,...terima kasih pada analogi yg tersenarai tu...nampak mudah tapi amattt berat sebenarnya tanggungjawab seorang ibu...terutama dalam membina jasmani, emosi [ni bab saya rasa paling sukar] rohani, dan intelek...

Harap lepas ni saya dulu yg kena seimbang JERI ni baru dapat didik anak tunggal saya ni...dah berubah dah sua hari ni sampak sangat Hani pun sama berubah takde dah nak memberontak tak tentu hala...

tq MA...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP