Selasa, November 10, 2009

Cerita anak-anak di tadika hari ini...


Assalamualaikum w.b.t


Saya hanya bersekolah tadika separuh jalan sahaja. Puncanya sebab pada tahun 1980 itu semasa saya memasuki sekolah tadika, jiran sebaya saya sebelah rumah berhenti dan sebab saya tidak ada kawan nak pergi sama-sama saya pun berhenti juga.


Dulu2 selain kita panggil sekolah tadika kita panggil jugak 'sekolah makan' sebab kat sekolah tu walaupun masa pendek tapi dapat makan dua kali....


Dan sekarang saya ada satu anak dan pastinya anak yang satu ini hendak diberi pendidikan yang terbaik dengan berkorban apa saja untuk anak ini walaupun kira-kira kasar kos sebulan sekolah dia melebihi kos minyak keter saya sebulan melebihi pendapatan garis kasar kemiskinan tegar.


Untung ditahun kedua tadika ini saya dapat berjimat sedikit kerana saya tidak bekerja, maka bayaran dan masa guru2 OT jaga anak saya dapat dikurangkan.


Sesekali terlintas juga alangkah jimatnya kalau hantar anak ke Tadika Kemas atau hantar ke prasekolah. Pra sekolah sudah tentu tidak layak. namun tadika kemas pula 'tidak layak' dari segi masa.


Masa tadika kemas pulak pendek, ikutkan sesuai untuk ibubapa yang tidak bekerja. takkan nak hantar anak 8.30 pagi dan nak ambil semula jam 11 pagi...saya rasalah kerajaan buat tadika kemas ni memang khas untuk golongan wanita tak bekerja menghantar anak2 mereka.


Nampak gayanya, hanya ibu-ibu tidak bekerja sahaja yang layak boleh hantar anak ke tadika kemas. Macam kakak-kakak saya di kampung dan macam jiran2 saya di kampung.


Sekilas pandang hasil tadika kemas yang bersekolah selama 2 jam setengah ini memanglah jauh beza dengan kanak-kanak seusia yang bersekolah tadika swasta.


Memang satu kerugian sebab potensi sebenar kanak2 tidak dicungkil sehabis baik...tapi kalau dirumah mak ayah dapat didik cara lebih baik dengan mengajar sendiri pun elok jugaklah...

Kalau nak daftar anak ke TABIKA kemas ni masih boleh dari Jun-Okt untuk kemasukan tahun 2010, dan ini syarat2nya;

Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. (Keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang mendaftar awal)

Kalau nak tahu apa bentuk pendidikan di TABIKA Kemas baca maklumat dibawah ni;
Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pendidikan Interaktif :
Bahasa dan Komunikasi
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Perkembangan Kognitif
Kerohanian dan Moral
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Fizikal
Kreativiti dan Estetika
Program Keibubapaan
Program Pengukuhan dan Pengkayaan


Ko-Kurilulum
Sukan/Bakat
Belajar Muzik
Mengaji
Lawatan sambil belajar
Disediakan:
Buku Aktiviti kepada Semua Kanak-kanak
Pakaian Seragam, Pakaian Sukan dan Beg ( bagi yang layak)
Makanan Tambahan Berkhasiat



Kalau nak tau pendidikan tadika sekarang dah dipelbagaikan dengan mewujudkan pulak pendidikan Pra sekolah tapi dibawah KPM. Dengan hasrat dan pendekatan yang lebih baik sedikit dengan KEMAS.

Pengenalan
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.


OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.


VISI

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"


MISI

Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.


Bagi tadika swasta pula banyak kerenah lain pula, selain kos dan bayaran yang agak mencekik darah tinggi, ada sahaja bayaran2 tertentu dari semasa ke semasa. Sebagai ibubapa yang hendak sesuatu yang terbaik buat anak kita turutkan juga. Macam anak saya, untuk konvokesyen tahun ini yang dibuat di hotel yg agak terkemuka juga tempat yang selesa, selain bayaran makan yang tinggi dan boleh buat beli lauk seminggu tuuu sepadan, juga memerlukan ibubapa menyediakan beberapa persalinan yang bersesuaian untuk persembahan dan terpaksa kena keluar kos pula...


kalaulah tabika kemas atau pra sekolah atau taska permata boleh adjust masa yang sesuai untuk ibu bekerja aya suka juga nak hantar anak ke sana...


Nota : Sekarang ada pula TASKA PERMATA yang melibatkan ibubapa dalam aktiviti sekolah...dah banyak perkembangan positif...

2 cetusan rasa:

siti noriza saleh berkata...

salam kenal....hmm saya pun dah mula tpkr mana nak anto anak saya bila dia dah layak utk ke sekolah..kalau kita di kampung2, hanya tadika kemas or PASTI akan menjadi pilihan....sbb tak de tadika swasta di area situ..tapi, kebanyakan ibu bapa skrg lebh prefer tadika swasta..dan sya sgt2 terkejut bila tau anak kawn sya beljr fekah pd umur 6 tahun...ish ish...

Hanisumayyah berkata...

Siti...


Terima kasih berkunjung...pendidikan awal ditadika penting sebab ia sebagai langkah pertama anak2...itu sebab sangat penting dalam menentukan arah tuju anak2...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP