Isnin, November 16, 2009

Erti tudung bagi Dato' Siti Nurhaliza @ Tok Ti

Assalamualaikum w.b.t


Dahulu satu Malaysia peminat siti Nurhaliza gembira dan terharu bila Tok Ti balik dari Mekah dan mengenakan tudung walaupun tudung yang dikenakan tidaklah dinamakan menutup aurat dengan sempurna. namun peminatnya yakin satu hari nanti mungkin pintu hatinya dibuka untuk menutup sebaik mungkin rambut dan kepalanya. itu doa peminat.

Pendekata takdelah terdengar mana-mana pihak yang mengutuk beliau kerana membuat pilihan memakai tudung cuma kedengaran ada suara-suara sinis mempersoalkan ara tudung beliau dikenakan...namun Tok Ti ada mengatakan yang itulah cara yang sesuai pada masa tersebut. Pada ketika itu sebagai seorang yang suka juga dengar lagu Tok Ti sesekali sama berdoa agar Tok Ti mampu memakai tudung sebaik mungkin kerana dialah artis wanita yang menajdi idola bagi yang tua apatah lagi yang muda malah yang miskin tambahan pula bagi yang kaya, baik lelaki lelaki mahupun perempuan, yang cacat @ sempurna, orang yang sihat @ sakit....semuanya peminat Tok Ti...



Penampilan beginilah yang peminat tunggu-tunggu agaknya? Manis sekali Tok Ti pakai begini...orang kalau dah cantik pakai apapun cantik...itulah sebabnya bagi yang cantik ini wajib sangat menutup apa yang patut ditutup....supaya tidak mendatangkan maslahat pada yang memandangnya...ramai jejaka agaknya berangan memiliki Tok ti zaman bujangnya dulu kot? Namun Tok Ti tak pula memilih jejak tetapi melilih dato'2, malah dato' yang punya anak2 jejaka pula pilihan hatinya....


Ini salah satu gaya Tok Ti, mungkin Tok Ti rasa gaya ini cantik dan selesa agaknya? Sekali pandang macam shower cap..ini kata sesetengah pihak melalui media massa....macam2lah Tok Ti ni...




Tok Ti yang pernah menjadi mangsa fesyen...sesiapa memandang pun pasti merasa sangat tidak kena penampilannya, bukan sahaja pada tudungnya tapi pada keseluruhan pakej pakaiannya sangatlah 'huduh' waima orang yg buat fesyen pun akan celik tengok fesyen ini....




Gaya Tok Ti yang mengelirukan? Bertudung atau tidak? hanya Tok Ti yang tahu apa erti tudung pada beliau....mungkin ada definisi baru bagi beliau....kita doakan yang baik2 sahaja....


Ini katanya surprised party untuk saida...yer selendang itu sangat jarang sehingga nampak kuping telingan Tok Ti...kalau tak disepit harusss bila2 tudung tok Ti ni akan menggelunsur kebelakang...pasti tidak selesa memakai selendang begini...dapat saya bayangkan....sekali lagi mungkin bagi Tok Ti ini definisi baru gaya fesyen bertudung@berselendang....



Terbaru Tok Ti menggayakan rekaan fesyen di satu event...yang ini memang saha sesia yang memandang akan mengatakan ini sama sekali bukan gaya berselendang,,,bertudung jauh sekali lah.....saya ambik dari sini



Salah satu gaya santai Tok Ti...jenuh juga pakai tudung begini sebab selalulah kena dibetulkan ....dipadangkan seluar yang gak ketat juga....dan gaya ni selalu makcik2 jer pakai, selempang sana selempang sini...orang2 muda selalu pakai kemas jer..leceh nak betul2 kan selalu ni!


Mungkin ramai peminta nak juga tau apa komen Tok Ti bila ramai persoalkan gaya bertudungnya....saya pun semalam bila tengok gambarnya dalam http://www.beautifulnara.com/ tiba2 rasa macam waaah makin lama makin terbuka Tok Ti ni...terbuka tudung dan terbuka caranya....terutama sejak menjadi isteri ini...begitu terbuka sekali. saya fikir bila bersuami Tok Ti dan ada insan yang betul2 menjaga beliau....dan memimpin juga terutama dapat yang dah matang....tapi sebaliknya pula....so ini yang saya sempat jumpa melalui google tentang pandangan beliau....

Diambil dari sini

KUALA LUMPUR: Selepas pulang menunaikan ibadat haji, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28, buat pertama kali tampil dengan imej bertudung ketika menghadiri majlis hari jadi Chef Wan di Restoran Tarbush, Starhill, Bukit Bintang di sini, malam tadi.




Siti berangkat ke Makkah pada 13 Disember untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan selamat pulang ke tanah air pada 27 Disember.






Penyanyi nombor satu negara yang hadir ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, ketika ditemui memberitahu, penampilan itu akan dikekalkan.






“Insya-Allah buat masa se- karang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran.






Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia sangat sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita.






Siti juga menegaskan, dia akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.






“Setakat ini, saya belum pasti bagaimana corak tudungnya tetapi apa yang pasti, saya akan menutup kepala.






“Walaupun lagu Destinasi Cinta agak rancak, ia bukan satu masalah kerana cara berpakaian saya sekarang boleh disesuaikan dengan corak persembahan,” katanya .






Begitupun Siti tidak menafikan penampilannya itu akan menimbulkan cakap-cakap belakang di kalangan masyarakat, namun dia mengambil pendirian ‘tidak ambil pusing’ berikutan apa yang dilakukannya ikhlas dan lahir daripada hati.






“Rasanya inilah penampilan sebaik-baiknya. Untuk bertudung litup, Insya-Allah dengan izinNya mungkin saya mengenakannya pada masa depan,” katanya.






Baginya, dia perlu mengambil langkah baik itu secara perlahan-lahan.






Kata Siti lagi, suaminya senang apabila melihat dia bergaya sedemikian dan menyokongnya.






Bercerita lanjut mengenai ibadat dilakukan, kata Siti, dia benar-benar bersyukur kerana tidak banyak halangan dilalui sepanjang menunaikan haji.






“Saya bersyukur kerana impian dan doa saya dimak- bulkan. Sudah lama saya menyimpan impian dan akhirnya terlaksana.






“Pemergian saya menunaikan ibadat haji lebih manis kerana ditemani ibu tersayang, suami dan abang saya, Ayie,”katanya.
 

 
Dan ini sekali lagi penegasan Tok Ti pasal selendang yang mendedahkan sebahagian kepalanya....
 

Dan ini ada lagi saya salin dari sini
 
 
Pada tarikh 26 April 2008, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman di satu sidang akhbar eksklusif bahawa beliau akan mengekalkan imej berselendang iaitu menutup sebahagian daripada rambutnya dan bukannya bertudung. Menurut Siti, “Siti bukanlah memakai tudung tetapi lebih kepada memakai seledang.”








“Soal bertudung ini, Siti sebenarnya ingin lakukannya secara perlahan-lahan. Siti masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penampilan baru ini,” tambah beliau ketika di sidang akhbar berkenaan.






Isu tudung di Malaysia ini merupakan satu topik yang sensitif kerana ianya bersangkut-paut dengan tuntutan agama. Keikhlasan Siti dalam mengenakan selendang sering dipertikaikan para peminat yang inginkan Siti mengenakan tudung secara sempurna seperti Waheeda, Ekin, Azizah (TV3) dan Sheila Rusly sebagai contohnya.






Ditanya tentang wujudnya cakap-cakap orang yang tidak menggemari cara beliau mengenakan ‘tudungnya’, Siti mengambil sikap tidak ambil pusing. Katanya “Semua ini Siti lakukan bukanlah kerana sesiapa tetapi hanyalah kerana Allah.“






Masa beredar begitu pantas sekali dan kini sudah menghampiri setahun Siti muncul dengan imej berselendang. Ada ketika penggayaan selendang Siti menampakkan rambut dengan banyak sekali dan ada ketika hanya jambul yang ditonjolkan seperti kebanyakan wanita Iran. Di sepanjang tempoh ini, bertali arus komen dan pendapat yang diluahkan oleh warga Malaysia tentang imej yang dipertontonkan Datuk Siti Nurhaliza.






Rata-rata ramai wanita dan lelaki yang tidak bersetuju dengan sikap “acuh tak acuh” Siti dalam mengenakan selendang atau tudung di kepala. Nampaknya majoriti masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan pendirian Siti untuk seolah-olah duduk di atas pagar, tidak mengenakan tudung pun bukan dan memakai tudung pun bukan. Mungkin Siti akan membuat keputusan muktamad dalam satu masa yang terdekat ini, siapa yang tahu?


dan ini gambar Tok Ti dari blog Aznil nawawi....bukan sahaja gaya selendangnya yang 'macam tak siap', saya rasa pakaian ini juga tidak begitu match dengan Tok Ti yang dikenali imej sopan dulunya?


Mungkin gaya ini yang sebahagian peminat sukakan, dan rasanya tidak ada apa yang kurang, malah bertambah cantik anggun berseri kedeboooom jika siti memakai begini.....sedap mata memandang, ada rupa ala-ala Hawa [Nora danish] dalam Puteri Bunian.

Dan saya rasa jika Tok Ti semakin menggemari selendang secotet ni, sebaiknya Tok Ti mencari erti pemakaiannya....kalau itu yang dia selesa bagi dia saya sebagai pemerhati dan peminat lagunya sesekali, nampak macam mempermainkan diri sendiri....sepertinya Tok Ti tiada pendirian dan prinsip...dulu lain sekarang lain...


Dan ramai juga peminat yang kagum dan terharu bila melihat gambar Tok Ti membacakan yasin semasa pengkebumian ayahnya...



Ini gambar terbaru juga.....masih gaya sama....
Bolehlah disimpulkan fesyen Tok Ti adalah selendang...macam dia cakap tu....dan mungkin gaya ini yang dia selesa. siapalah yang bleh menentukan kalau itu pilihannya, namun bagi peminat penampilan Tok Ti dengan selendang dan gaya sebahagian besar rambut yang dikeluarkan akhir2 ni menjadi kutukan dan macam2 kata sinis dilontarkan pada Tok ti...





Mungkin ini gaya selendang yang Tok Ti selesa......dengan sebahagian besar rambut didedahkan....dan mungkin bagi beliau sebagai artis terkenal, gaya ini yang sesuai agaknya berbanding bertudung tutup penuh...apa2lah Tok Ti...







Bertopi dan bergaya ranggi/santai......salah satu gaya santai Tok Ti....berselendang, bertopi........itulah konsep dan prinsip Tok Ti agaknya? Apapun sebagai pemerhati saya berdoa sebagai idola ramaja Tok Ti mendapat hidayah dalma menutup aurat sebagaimana ramai lagi dalam bidang ini yang satu ketikanya dahulu tidak menutup aurat tetapi mendapat hidayah menutupnya seperti wardina Safiyyah, wartwan/penerbit Mazlin Nordin, Ezzah Aziz Fawzy, Azizah Ariffin, Nora, Aisyah, Aida Radzwill, Kartina Aziz...dan ramai lagi......ia bukan sesuatu yang pelik dan tiada sesiapa pun yang mengutuk mereka malah peminat lagi suka, sebab Malaysia bukan seperti negara barat..negara kita majoriti islam....dan tudung bukan pelik malah bagi yang tidak bertudung itulah




Semua gambar2 digoogle ....

3 cetusan rasa:

siti noriza saleh berkata...

wah akak ni...mengikut juga ek perkmbngn artis2 ni...he he he...

Jiji berkata...

macam wartawan pulak heheheh ulasan yang menarik!

Hanisumayyah berkata...

Siti...

Terpanggil sebagai satu tanggungjawab, mana tau Tok Ti baca blog akak..ahakkks....


Jiji...

Jangan lupa 4 tahun akak belajar utk jadi wartawan weyyy....sesekali nak tunjuk bakat takkann takleh??? hahahaaa

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP