Assalamualaikum w.b.t
Dari blog Pakat how to
Sangat elok baca Yaasin ni...elok amalkan hari2...
Ini kelebihannya....
Rahsia Kelebihan Ayat 1 - 9 :Untuk keselamatan diri
Rahsia Kelebihan Ayat 9 :Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Tapi janganlah digunakan utk elak daripada Kastam/polis. Tu dah niat lain.
Rahsia Kelebihan Ayat 12 :Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Rahsia Kelebihan Ayat 13 - 35 :Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Rahsia Kelebihan Ayat 22 - 23 :Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Rahsia Kelebihan Ayat 29 :Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Rahsia Kelebihan Ayat 30 :Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Rahsia Kelebihan Ayat 32 :Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
Rahsia Kelebihan Ayat 33 - 35 :Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Rahsia Kelebihan Ayat 36 :Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya:
Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Rahsia Kelebihan Ayat 37 :Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Rahsia Kelebihan Ayat 38 :Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Rahsia Kelebihan Ayat 39 :Mengisahkan ilmu falak.
Rahsia Kelebihan Ayat 40 :Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Rahsia Kelebihan Ayat 41 :Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Rahsia Kelebihan Ayat 44 :Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Rahsia Kelebihan Ayat 45 - 48 :Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Rahsia Kelebihan Ayat 49 :Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Rahsia Kelebihan Ayat 50 :Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Rahsia Kelebihan Ayat 58 :Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Rahsia Kelebihan Ayat 76 :Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.
Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Rahsia Kelebihan Ayat 78 - 79 :Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.
Rahsia Kelebihan Ayat 79 :Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Rahsia Kelebihan Ayat 82 :Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulitKurma - Berkhasiat (memberi tenaga)Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarabAd Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Seelok-eloknya dibaca :
Selepas sembahyang subuh
3 Jumaat berturut-turut
Ayat 1 - Yassin baca 7x
Ayat 38 - 12x
Ayat 58 - 7x
Ayat 82 - 14x
Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah ianya termakbul
P/s : Selepas kahwin hampir dua tahun saya masih tidak mengandung, dah selepas amalkan dalam sebulan membaca Yasin selepas setiap kali solat fardhu akhirnya saya mengandung...insyaallah dengan izin allah...
Episod baru..
3 minggu yang lalu
2 cetusan rasa:
Thanks for sharing such a detail info..semoga Allah memberkati dan merahmati..cuma pesan pada pembaca di luar sana..janganlah hendaknya kita baca yasin saja semata2 kerana ada ganjaran seperti ini, malah seluruh Al-quran itu adalah rahmat buat umat Islam..jadi rajin2lah khatam al-quran..baca dan tataplah ia setiap detik dan ketika terluang..
OO...
Insyaallah.. saya pun baru sekali ni terbaca artikel macam ni...teruja juga...
Catat Ulasan