Hari ini saya suami isteri dijemput menghadiri kenduri tahlil dan pertunangan di rumah jiran. Saya perhatikan sejak 3 tahun lebih saya menetap di sini ada beberapa majlis perkahwinan di Taman ini sebenarnya, namun sebelum ini keluarga kami dan saya percaya 8 unit rumah deretan
Dan dikala hujan segala air
Jiran yang menjemput hari ini kebetulan kawan sepejabat suami dulunya, dan baru sahaja menduduki rumah yang beliau beli lama dahulu, sebelum ini rumah ini didiami oleh anak bujangnya sahaja.
Kebetulan juga rumah itu juga saya pernah sewa untuk 6 bulan pertama semasa kami baru berkahwin...satu kebetulan...dan mana mungkin saya tidak memenuhi jemputan ini?
Menu yang dihidang sungguh mewah sekali, banyak jenis lauknya, ada ayam berlada, kari daging, masak lemak labu, ikan dan banyak lagi...semua nampak sedap...namun
Saya ambil nasi sedikit bersama kari daging dan lemak labu serta sambal belacan. nak bertambah
Tuan rumah bertanya dimana suami, apalagi yang saya boleh katakan, dalam senyum saya jawab,
sebelum pergi ajak anak gadis saya, taknak pula
yer memenuhi jemputan itu wajib sebab itu saya penuhi juga
"Barangsiapa yang tidak memenuhi undangan maka ia telah bermaksiat kepada Allah dan rasulnya" [hadith riwayat Bukhari no 5177]
"Kewajipan seorang muslim kepada muslim yang lainnya ada lima antaranya disebutkan ~ memenuhi undangan" [hadith riwayat Bukhari 1240, hadith riwayat Muslim No 2162]
Nota : Maka penuhilah jemputan yer puan2...besar ganjarannya...dan saya baru belajar cara nak buat strikethrough itu yang saya
0 cetusan rasa:
Catat Ulasan