Jumaat, Jun 06, 2008

Anak gadis kini melangkah ke 6 tahun

Assalamualaikum w.b.t

Ammie rupanya dah ada anak yang akan melangkah usia 6 tahun, haaai dah ada anak gadis dah rupanya. Ikut hati banyak sangat benda yang ammie harap anak gadis ammie ni cepat capai.

Antara keinginan ammie ialah ;

1. Ammie nak anak ammie cepat2 tinggi, ammie nak ajar bawak keter, bolehler ammie relax. Tak kiralah kalau anak ammie ni darjah 4 tapi kaki dia dah sampai tekan minyak dengan brek pasti ammie ajar dia bawak keter. Best2....

2. Ammie nak anak ammie masuk madrasah yang ada jugak pendidikan akademik. Dahsyat tu keinginan ammie. Ayah nak Hani sekolah madarasah jadik hafizah jer tapi ammie nak [insyaallah] anak solehah ammie ni jadik doktor yang hafaz Quran.

3. Ammie nak kawinkan anak ammie cepat2, tak kiralah kalau abis sekolah 17 tahun ada orang soleh yang nak dengan suka hatinya ammie 'serahkan' anak gadis mammie ni. Cepatlah ammie dapat cucu. Ayah pun setuju part yang ni. Kalau anak gadis ammie ni membesar dengan elok ammie pasti anak ammie akan menjadi 'anak dara' yang jadik rebutan tambah2 pulak kalau perangainya elok + ikut syariat.

4. Ammie nak anak ammie ni bekerja dalam bidang yang kalau boleh terpelihara dunia dan akhirat, kalau Hani nak jugak jadik doctor maka ammie akan pupuk anak ammie ni jadik doktor sakit puan, maka sudah tentu anak ammie akan deal dengan pompuan2 jer, yer tak? Yerlah kalau anak ammie ni sirang jer sampai ke sudah, pada Hani lah ammie harapkan doa buat ammie di 'sana' nanti.

5. Akhir sekali ammie doa anak ammie ni membesar dengan akhlak yang sempurna, kalau hukum alam, ayah takde nanti ammie harap Hani ni takdelah keseorangan, boleh merujuk pada abang2 'seayah', ada Along, angah, kak Iza, Uda, Kak Shakira, adik zubair dan adik yang dalam perut ummie tu. Ramai adik-beradik Hani ada untuk jadik wali...

jauh lagi perjalanan Hani, harapan ammie satu jer, jadiklah anak soleh yang sentiasa ingat bahawa hidup di sana yang penting, dunia ni sementara, lagi dikejar lagilah tidak puas, apa yang ada sentiasa tidak mencukupi. INGATLAH!!! Hidup Sementara mati itu pasti.

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP