Khamis, Jun 05, 2008

Kifarah dosaku yang banyak

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk macam bagus sangat! Ya, benar tu, memang banyak dosa pun. Hari ni saya mc, untuk kali yang ke 2 untuk tahun ni. Tahun ni dua2 mc guna klinik kerajaan. bersih rekod kat buku perkhidmatan saya.


Dari malam tadi saya tak boleh nak tido sangat, selesa berbaring sambil menyandar jer, kalau menelentang nak terbatuk jer, dada terasa sempit dan sukar bernafas. Jenuh pak hj nak tolong sapu2 belakang, tanya macam2 kat saya [macam nak nolong sangat, walhal dia pun takleh buat apa, saya lak takleh nak cakap], teruk sangat sampai pak hj suh mc jer hari ni. Saya takleh cakap malam tadi, nak cakap jer tekak perit + nak batuk....seksa gue...bila terbatuk, lain lak cerita, nak terkencing...ulang alik bilik air jerlah...tak sesuai tido bilik ayah tu kot, saya pindah bilik budak dua beradik tu, barulah boleh lena sikit....


Selesema dan demam dari jumaat telah menyebabkan saya sakit tekak. Suara tak boleh keluar ni. Dua hari lepas pun dah teruk [serak2] suara saya. Tapi semalam boeh keluar suara lagi. Hari ni seksanya nak bercakap, pakai bahasa isyarat jer...


Pagi2 ni jam 8.00 berderetlah kami anak-beranak, ayah hantar saya ke klinik kesihatan ampangan. Saya yang nak ke klinik kerajaan, maklumlah kitakan kakitangan kerajaan, supportlah kerajaan,kan?Lagipun dapat berjimat cermat dan MC yang kita ambil pun takdelah diragui.


Saya tak cakap pun nak mc, memang dalam hati saya nak ke tempat kerja sebab esok ada kes saya [saya io] untuk bicara, dan ada kes yang urgent jugak kat office....eh eh, 'terlebih sudah' pulak saya cerita hal kerja. Tutup citer.


Ayah pelik rajin nye saya ke klinik kerajaan, tak pernah2 ke situ. Tapi kan minyak dah naik elok sgt berjimat cermat, lagipun klinik tu dekat sangat dengan rumah. Daripada bayar RM10/20 ke swasta baik isi minyak kereta yang naik melampau2 ni.


Dari jam 8 saya sampai tepat jam 10 barulah selesai dan dapat ubat. 2 jam gigih saya menunggu ditemani Hani dan Zubair yang sangat2 lasak berlari ke sana ke sini. Saya tengok anak orang lain takder pulak camtu.


Dua budak ini sangat riang. Malam tadi di kedai makan begitu jugak, berkejaran laksana orang bersukaneka dua beradik ni. Ayah kata, "kan meriah dah ada dua, kalau kakak sorang senyap jer dia..."


Pagi ni, dia budak ni kena berpisah. hani nak duduk dengan ammie, ayah nak balik PD sebab ada jemaah dari Dumai [masturat] nak transit rumah kak aza sebelum tangguh di Seri Petaling. Zubair taknak balik, saya tak sanggup nak jaga oiii, anak orang apa2 hal susah saya nanti, kena hantar ke PD plak.


Meraung2 zubair dalam kereta sebab tak dapat tinggal di rumah saya pagi ni, haiii dan jadik kembar plak takleh pisah langsung....Hani tak kisah, tapi Zubair tu kesiannya pulak...tapi payah nak jaga dia buat dia melalak nak umi atau ayah, mana larat nak pujuk, harapkan Hani jerlah utk pujuk dia..., tu pun tak tauler.. takat ni hani jadik translator jer sebab zubair cakap pelat, Hani yang paling paham sekali apa Zubair cakap. yang bagusnya sejak hani main2 selalu ni percakapan zubair banyak dah meningkat positif....kalau tak payahler saya nak pahama apa dicakapnya...


Allah tarik nikmat bercakap ni seksa sangat, call office nak bagitau mc pun terjerit2 suara tak keluar, akhirnya sms jer, mujur jugak ada teknologi sms ni. Hani pun cakap sensorang jer ni, ammie pakai gerak mulut dan bahasa isyarat tunjuk sana sini...maklumlah saya ni kaki cakap, bila tak dapat cakap ni terseksa jiwa ragaku. Dua hari lepas saya turut turun bantu menyiasat, asyiklah kena tegur napa suara tu....lemas dan tak puas bila bercakap...tapi ni tanda2 nak suh saya kurangkan bercakap lebihkan kerja kot....


Untuk makluman, saya punya PC tak taulah lepas hantar baiki, takleh upload gambar, dah lama pakai laptop jer ni, nak download hp punya camera program tak boleh tu yang takde gambar...yang peliknya internet pun takleh masuk, dah jenuh hj godeh ntah kat mana silapnya. Ada orang selesa pakai laptop, saya plak selesa guna PC...tapi lepas baiki tu microsoft office pun takde, saya nak ubahsuai powerpoint untuk ceramah hari tu, tengok2 takde..hish...pehal kedai tu, mana hj hantar ntah [siap bawak balik PD lagi] benda2 penting nak buat kerja office takleh plak dah....


Layout baru... ni percubaan, sebab banyak masa hari ni, baru leh gentel blog ni....tambah2 apa yang patut....

4 cetusan rasa:

Cool berkata...

wahhhhhhh td kaler ijau.. neh dah tuka lain@!~

i wud prefer this tenmplate laa neat!

Cool berkata...

Hani selamat hari jadi@!~

Aku Bukan Bidadari berkata...

kak.. cantik layouttt nih tauu!

HAPPYIRFA berkata...

salam kak
lawalah umah baru akak ni

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP