Selasa, Jun 24, 2008

sekadar bercerita

Assalamualaikum w.b.t

Jiran

Punyalah teruk saya ni tau. Bulan 7 ni genaplah 2 tahun saya duduk kat rumah ni. Dah dua kali raya dah. Tapi dengan jiran saya yang sebelah ni saya baru bercakap dengan dia 3 kali. Apa punya jiranlah!

Semalam saya balik kerja tak salin baju lagi saya terus bakar sampah daun2 bawah pokok mangga depan rumah ni.Dah lama dah cadang nak bakar sampah tapi dalam keadaan balik kerja terkejar2 tu lagipun kalau dah masuk rumah jangan harap saya nak keluar lagi.

Rupanya mak kepada jiran saya ni baru 50 hari meninggal dunia. Dan dia rupanya baru-baru ni ajer duk [tido] kat rumah dia, sebelum ni dia tido kat rumah mak dia temankan bapa dia yang dah tinggal seorang sejak mak dia meninggal hari tu.

Pernah nampak mak dia dan pernah juga berbual dengan mak dia tu masa rumah terbuka jiran saya ni. Dah meninggal dah rupanya. Saya tak perasan pun rumah dia gelap malam2, yerlah saya duk dalam rumah jer mana nak tengok rumah orangkan?.

Lagi pula saya nampak ada jer kereta dia kat rumah. Kadang tak perasan sebiji ke dua biji kereta tu. Selalu yang saya nampak suami dia duk menyiram pokok2 kat laman dia, takde pulak sya nak menegur...suami dia anak mufti negeri sembilan ni. Yang jiran saya ni pun kerja pejabat mufti.

Saya ni kalau pak hj takde rumah, tau saya duk dalam rumah jerlah. Takde maknanya nak duk bersepah-sepah luar rumah. Kalau rumput dah panjang lagilah saya malas nak keluar. Lantak pilah.

**********************

Pemotong rumput

Setiap hari sabtu dan ahad akan ada orang datang nak potong rumput. Tapi sebab saya dah buat perjanjian dengan satu pemotong rumput ni kenalah jugak tunggu dia. Dahsyat sekarang kan, dengan pemotong rumput pun ada perjanjian tau. Katanya masa datang prtama kali dulu, dia hanya akan potong kalau saya setuju tandatangan perjanjian yang saya hanya akan gunakan khidmat dia...katanya banyaj sangat orang luar [bangla.indon/sri lanka] yang kacau daun sekarang, tu pasal kena ada perjanjian.

Ahad lepas dia dah datang, untuk kali kedua. Kali pertama dulu dia dah tolong bersih2kan sikit. kali ni saya suh dia potong sekali pokok serai wangi dan pandan wangi belakang rumah ni. Menyemak jer...takut2 ular pulak buat rumah.Nak harap saya masak guna daun pandan tu setahun sekali pun takde...hahahahaaa

So dah clear dah. Dia minta bayaran RM50 jer, ntahlah nak kata mahal ker murah ker tak taulah. Pada saya dia buat kerja berpeluh2, bukan main penat lagi, dan lalang2 dan tanaman jiran sebelah yang termasuk dalam pagar saya pun dikerjakan sekali, so saya rasa macam RM50 tu tak berbaloi dengan kerja dia. Rumput2 yang menjalar masuk dalam longkang pun dibersihkan....baguslah pemotong rumput tu...siap datang dengan pembantu sekali...budak bawah umur tukang sapu2...depan porch keter dengan depan sliding door semua dia sapukan sekali.

2 cetusan rasa:

Maryam Abu Ahmad berkata...

halaman tak besar mana kot... sebab tu charge RM50 je.. :)

the author berkata...

waaa..bestnyer akak,ada tukang kebun. muehehehe
-najah-

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP