Sabtu, Jun 21, 2008

sejarah semalam... pada dua tahun lepas

Assalamualaikum w.b.t

Ini entry saya pada 21 Jun 2006 di blog lama..bila baca teringat pula, masa ni beberapa hari sebelum suami diserang stroke... kejap jer dua tahun dah berlalu...

************************************

Tajuk : Ulangtahun kahwin

Kami ada 2 kali ulangtahun kawin pada setiap tahun, satu pada 2 jun dan satu lagi yang rasmi pada 30 Disember, maksudnya kalau terlepas 2 jun, bolehlah raikan pada 30 Disember. Biasanya memang kami akan melancong ke mana-mana sepanjang tempoh 5 tahun kawin ni.

Tahun 1: Kelantan & Trengganu & selatan Thailand (masa ni takde anak lagi)

Tahun 2: Pulau Kapas, Trengganu (dah mengandung sebulan dah)

Tahun 3:Cameroon Highland (bawa anak masa ni)

Tahun 4:Kuching, Sarawak

Tahun 5:Langkawi & Padang Besar

Tahun 6: Kota Kinabalu & Labuan (suami cadangkan)


Hari akhir kursus saya di Penang pada 2 Jun adalah u.tahun kahwin ke 5. Kebetulan saya bersama-sama dengan kawan dari Sarawak dan Labuan, cerita punya cerita termasuklah topik hal keluarga, saya pun entah macamana teringatkan hari 2 jun tu u.tahun kawin kami. 2 kawan tu macam terperanjat tengok saya baru teringatkan u.tahun kawin, dia kata;


"suami tak ucap ke atau call ke?" kawan lelaki dari Labuan tu tanya


"Tak, dah biasa dah, hari tu 10 Mei masa kita kursus kat KL tu harijadi saya, dia tak wish apa-apa pun, walhal saya dah mesej perli2 dia kata tak ingat bini ke?, dia tak balas pun sampai hari ni", kata saya lagi


"Kalau saya, dah teruk kena marah dah, hari jadi dia pun mesti saya belikan hadiah" sambung kawan lelaki dari Sarawak tu pulak.


Hai ... untungnya bini-bininya....fikir saya dalam hati

Maka masa kat Bayan Lepas Airport tunggu flight, saya pun teringatlah nak call suami nak test-test tanya kot-kot dia ingat ke;


"Abang ingat tak hari ni hari apa?" teruja saya bertanya

"Entah, esok taulah, hari jadi Agong" dia balas dalam nada lawak pulak


"Memang wa dah agak dah, abang takkan ingat punya, kalau bini lain dah teruk abang kena belangkung, nasib baik memang saya tak letakkan harapan tinggi menggunung, kalau tak jatuh terjelepuk", saya jawab dalam nada lawak tapi penuh makna


"Hari ni kan u.tahun kawin kita bang, dah 5 tahun dah kejap jer rasanya,kan?...."
saya bagitau dia bersungguh2

"Oh iye ker?" tanpa rasa bersalah sikitpun"

"Bang, cadang nak ajak abang gi jalan-jalanlah weekend ni?" teruja lagi saya nih..
"Tensionlah dengar nak kena tukar HQ ni..."

Ni pulak perbualan pasal topik destinasi nak pergi tuu...

"Bila nak pergi" suami tanya

"Bertolak malam nilah" confident jer jawab

"Betul ke ni?" terkejut gak member sebab saya kat Penang lagi


"alaaah, kalau plan betul-betul mesti tak jadi punya", bagus punya idea,kan?

"Nak pergi mana?" member pun teruja jugak

"Suka ati abanglah. [fikir jap]... abang, kalau langkawi boleh tak?"


"Jauh sangatlah.... Pulau Tioman nak?" dia jawab...

"Boleh jugak, tak pernah pergi lagi..." saya tambah teruja tuh

"Ok abg booking hotel @ resort kalau ada eh?" ceh confirm...kira badan dah takde kat penang dah...melayang ntah mana


"Ok, kalau takde mana tempat lagi eh bang, cameron dengan genting taknaklah, dah biasa, abg try tanya Sri Intan Bukit Fraser eh, K. Nor kata ada bunga tulip kat sana..."

"Ok, assalamualaikum." wah tak sabar member nak booking hotel


Sampai KLIA driver jabatan dah tunggu, terus ke seremban dan minta driver bawa ke BSN nak kluarkan duit nak bayar S&P kat pej lawyer. sampai rumah suami dah tunggu letak beg terus gi pejabat lawyer. Dekat Maghrib ambil anak di rumah pengasuh dan bawa balik rumah dan siap-siap pack barang, suami kata Langkawi ada apartment Sri Intan kosong satu unit, so suami cadang bawa anak nya (anak tiri saya, Iza) umur 20 tahun untuk pergi sama, saua kata ok jer, boleh juga dia tengokkan adik dia ni. Lpas isyak terus bertolak dan sampai pekan kuah jam 6.00 pagi, solat subuh dan sarapan dan beli tiket dapat jam 8.30 am.


"Apasal ramai sangat orang ni?" tanya anak tiri

"Cuti sekolahlah, lagipun skang orang Malaysia semua dah pandai cuti-cuti Malaysia" saya jawab plak...


Dalam feri punyalah haru Hani menangis bagai nak rak tak pandang kiri kanan, nak susu...nak susu... air pulak dah sejuk, isi dari rumah malam tadi, lupa pulak nak masukkan air panas masa minum kat kedai tadi... maka menangislah dia.

Perjalanan yang kusangka kurang dari setengah jam tu rupa-rupanya jadi dekat-dekat 2 jam juga... bangsa Maaysia memang muhibbah dalam anak menganis tu cina-cina yang majoriti dalam feri tu ada yang offer beri duduk tepi tingkap, yang bagi makanan ringan pulak

kiri kanan, last-last habis buka baju, tinggal seluar je... memang panas pun dalam feri tu.


Lantaklah orang nak pandang... sampai-sampai kereta yang dibooking suami lebih awal via phone tak sampai-sampai juga, maka menunggulah suami mencari kereta sewa lain, anak pulak buat hal lagi, bawa ke KFC, w.pun kata 10.00am buka, tapi jam 10.30 dah tapi pekerja masih dok mop lantai ... geramnya, dengan melambai dia ke pintu saya tunjuk gantungan tulisan "masa dibuka" kat adik tu, dia senyum dan kata kejap lagi.. anak dan nangis2 ni nak "k ep chi" .

Kejap je suami call kata keta dah ada, berkejarlah juga beli KFC dan pergi ambil beg yang anak tiri tunggu terus bawa ke kereta kancil biru. dari tempahan Hyundai jadi kancil je, syukurlah ada juga keta dan jimat kos minyaknya. Sampai Sri Intan 12.30 t.hari receptionist kata penghuni tu tak check out lagi. So kami cari makan dulu dan melihat-lihat pantai dan aktiviti mt dan minah saleh yang menjemur diri kat tepi pantai... ya allah tahannya diorang dengan cuaca panas.


Lepas check in, petang tu juga kami gi Underwater World semata-mata nak tunjukkan hani pingu yang sebanar, dah masuk tak nak keluar pulak, sampai dalam kereta, akmi yang dewasa ni bergilir-gilir 3 orang patah balik pasal dia ajak masuk balik, tapi tak puas-puas juga, lama-lama ayahnya mengamuk pasal perut pun dah lapar dan kaki pun dah penat. kami makan kat satu kedai laksa, hani mengamuk tak nak keluar kete, nak duduk dlm kereta, saya paksa bawa ke ekdai dan dia duduk atas simen, last-last ayah korban makan cepat2 duduk dalam kereta sama dia.

Saya pulak hati dahlah panas perangai naka, tergigitlah pulak cili padi, mak ooi pedas giler.... 2 mug air jus orange tak hilang pedas dia... balik tu pulak, kami mandi di swimming pool, mujur ada anak tiri jaga dia, pasal saya phobia denga air banyak-banyak ni... malam sekali lagi keluar pergi shopping Kompleks dia, apa ntah namanya, hani buat hal lagi! dia tido plk taknak bangun, kenalah dukung, cari punya cari rupanya kat sini tak ada kereta sorong isi barang-barang ni.. ayah dah penat kata nak rehat dalam kereta, maka bergilirlah dukung dengan naak tiri, punyalah seksa nak membeli.

Last-last dapat idea bawa dia kat seksyen mainan dia pu celiklah mata, suruh kaka dia layan saya pun pilih-punya pilih dapatlah belikan anak baju dekat RM 200 semuanya yang majoritinya diskaun 70%, Puas hati. Untuk ibu dan ayah satupun tak beli.


Esoknya, jam 12.00 t.hari kami dah ada dalam feri semula dan bila sampai Pekan Kuah, suami beri pilihan nak pergi Pekan Rabu Alor Star atau nak gi Padang Besar, kami dua-dua nak gi Padang Besar. Lepas saya dan Iza shopping kat Pandang Besar, suami duduk dalam keta jer jaga Hani tido lagi... kami pun bertolak balik, sampai Seremban jam 4.00 pagi. 7.45 seperti biasa masuk pejabat...

*****************************************

Tu semua citer dua tahun lalu..semuanya kenangan ajer sebab sekarang duk umah jerlah..pak haji dah OKU, tapi dia ada hati gak nak ajak gi KK projek tertangguh..tengoklah nanti, Hani dah besar sikit boleh tolong angkut barang2 sorang mana larat weyyyyyy...bengkok pinggang!

4 - 8 Ogos ni, konvensyen pendakwaan dibuat di Hotel Promenade Kota Kinabalu, saya dijemput dah sampai pun suratnya, tapi sayang saya dah cuti belajar masa ni..., masa konvensyen tahun lepas kat kelantan siap dah janji2 dah dengan geng2 pegawai pendakwa pompuan (adalah kami 4 orang, tak masuk DPP punya geng ni)nak jalan2 kat KK[kan ker masa ni laki masing2 takleh bawak...sebab sapa nak bayar tiket flightnya, lainler bayar sendiri. Sebenarnya hotel ni saya dah pernah pergi dah...dulu pernah menyiasat ke Kota Kinabalu seminggu di sana, tapi takdelah jalan2, buat kerja jer dari matahari terbit sampai tenggelam dok kat hotel ni bukannya duk rehat2 tapi dok menyiasat dan rekod statement... sedih tul masa tu, setakat dapat jalan2 kat pasar Filipina jer...siap kerja terus booking tiket balik...

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP