Rabu, Jun 25, 2008

Menanti 18 Julai untuk hani

Assalamualaikum w.b.t


Meniti hari2 berdua sahaja dengan hani memang membosankan. Bukan bosan pada hani tapi bosan dengan hari2 rutin yang sama. Hari2 bebel benda yang sama kat Hani. hari2 melayan dia sorang, sampai jemu.Takdelah jemu kat hani tapi jemu dengan situasi, takde perkembangan ....statik sangat..balik2 kami berdua berbual, balik2 dia marah saya saya marah dia, takde orang ketiga nak kami lepaskan apa2 cerita, samajerlah...rasa macam dah tak tau dah nek gi makan mana, nak cakap pun bedan yg sama hari2 cikgu ajar apa, makan apa kat sekolan, homework apa hari ni, dll...

Saya ke dapur , dia ke dapur. Saya masuk bilik air dia pun masuk bilik tunggu saya keluar. Saya baring2 atas sofa dia naik atas perut. Saya duduk kat atas tikar kat bawah dia mula letak kepala atas peha sambil baring. Saya menjahit dia menyandar pada badan saya. Apa sahaja yang saya buat dia tak melekat kat saya...hampir semuanya!

Kalau dia ikut membontot saya jalan dalam rumah pun dia mula tarik baju [yang paling saya geram dan pantang]tak pun pegang tangan. Kalau saya start baring jer atas katil sah2 dia akan menyondol bawah ketiak.

Kalau marah sikit atau tinggi suara sikit tanya, "kenapa yang ikut jer ammie ni, buatlah kerja sendiri!" mulalah cebik pastu tarik lagu nak menangis lepas tu nangis terus teriak2 ayah sayu2. Nyampah!!!

Kalau ayah ada walaupun berselang hari ada juga benda saya boleh buat tanpa ada benda melekat pada saya. Dia boleh lepak2 dengan ayah. Kalau ayah duk atas kerusi urut dia duduk atas perut ayah, kalau ammie duduk atas kerusi urut [sesekali] pantang ammie kalau Hani menempel. Kalau ayah mengadap PC mengendeng2 lama2 ayah bukakan girls2games, tu tang dia suka kat ayah tu...

Mungkin orang anak lebih dari satu tak rasa. Kalau ada anak satu macam Kak Zareda atau Luna pun mungkin takkan dapat rasa apa saya rasa.

Irfa yang suami kerja ikut shift tu pun ada anak dua, dan suami walaupun shift tapi tetap ada jugak,kan?

Kroniknya si hani akhir2 ni sampai saya ke bilik air tu dia boleh melalak atas katil kalau saya terlama sikit. Alasan dia "sebab takut, nak ammie'. Heyyy awak tu bukan baby...dah 5 tahun dah!!! Itulah ayat yang saya selalu cakap kat dia.

Takut apa? takut hantu katanya. Tu yang saya bengang tu..saya tanya dia mana hantunya? Benda hantu ni saya perasan timbul lepas dia duduk lama kat Port dickson rumah kak aza. Dulu [3 tahun] dia dah berani duduk tido sorang dalam bilik dia takde masalah. Dah besar ni pulak baru timbul isu takut. Taulah budak2 yang besar sikit ni[adik beradik] kat sana, suka takut2kan yang kecik2 ni [hani dan zubair] pasal hantu natijahnya dah jadik penakut si Hani pulak.

Kalau ikutkan si hani membesar dia takde takut satu benda pun sebab saya tak pernah ajar atau perkenalkan istilah2 tu. Dulu2 cakaplah apapun, takde satu pun benda buat yang kita boleh konon-kononkan untuk buat dia takut...masa kecik hanya 'air panas' jer yang dia takut sebab dah pernah kena kat tangan.

ayah hanya akan balik 18 julai, lama jugak lagi tu. Bila fikir sekali, rasa geram jugak kat ayah ni, penat tau melayan anak sorang2...dia kalau call tanya kat anak, semua hani kata okay bila ayah pesan buat baik, jangan lawan cakap ammie...tapi realitinya, sabarjer saya ni, ayah boleh pesan jer nak melayannya saya jugak! Lepas tu kalau cakap dengan saya lepas hani akap, dia mulalah gelak2 cakap kat saya, "hah...anak cakap okay jer, takde masalah....apasal asyik perang jer dengan dia".

Saya kan rajin mengadu kat ayah, ni hah hani ni...taknak buat kerja sekolah, susah nak bangun pagi, malam2 nak tengok CD jer, suh tido nanti2 jer jawabnya, kakak nak tengok CD. Takker kesudahnnya saya kena ala2 mengamuk, dah nangis2 baru nak tido tu pun nak peluk ammie rapat baru boleh tido...bukan reti bawak diri tido sendiri...saya plak lemas ada orang menempel niii....

Esok mak saya datang dari kampung dan saya akan pujuk dia duduk dengan saya, untuk semester pertama ni pun jadilah. Utk tahun depan saya aturkan semula Hani nak sekolah di mana. Harap2 makwe ada takdelah dia melekat jer dengan saya....
Kesimpulan baliklah cepat ayah, bosan pulak kali ni ayah takde, biasa takde pulak, agaknya sebab penat kerja dan takde sapa nak share masalah2 ...nak call ayah malas pulak, acapkali mesti ayah call, nak tunggu saya call takdenya...dulu2 yerlah, sekarang saya fikir kalau call pun cakap rindu ker apa ker bukan dia balikpun, keadaan tetap sama....sabarjerlah...

3 cetusan rasa:

Cool berkata...

cemana la saya nanti.. sabar ke tak .. aduhai...

Zareda Norman berkata...

anak sorang ni lagi penat kalau ikutkan dari anak ramai. mana tak nya dia nak menempel jer ngan kita..

Anak kak zar kalau dia demam, siaplah tak masuk bilik air kita.. dia punya melekap..Nauzubillah.. Kalau dia sihat ok lah, dia boleh main sendiri dengan syarat kita kat depan mata dia

Najah Farahin berkata...

kak,
saya dpt rasa apa yg akak rasa.perangai hani sama mcm anak saya. kalo baba dia takda,asyik ikut bontot kita je mana pergi.dlm umah,saya pergi mana pun dia monitor,siap tanya'ummi nak kemana tu'.bygkn saya ngah sarat mengandung ritu dah le penat, dia dok buat manja2 lak...lemas sesangat.
skng ni saya dlm pantang... dia dok menempel juga,pastu cakap kuat2. sudahnya baby yg sedang tido pun terjaga.huhu.
cabaran betoi!!
-najah-

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP