Rabu, Jun 04, 2008

Esok harijadi Hani

Assalamualaikum w.b.t

Esok, 5 Jun 2008 genaplah usia Hani 5 tahun. Lepas genap 2 tahun 2 hari saya dan suami bernikah maka pada waktu subuh tepat 5 Jun 2003 dia dilahirkan secara pembedahan.

Saya mula cuti 2 Jun 2003 dan hari yang sama saya masih ke pejabat sebab ada kes ditangan yang terpaksa buat serah menyerah tugas. Lepas selesai tu saya yang dah siap2 pack barang terus drive balik Melaka...as usual sorang diri...membawa perut yang membusung...

Esoknya jam 8 pagi saya dah terpacak di Klinik Kesihatan Umbai untuk buat check up di sana sebab saya akan melahirkan anak di Hospital Melaka. Lepas kena check terus diarahkan ke Klinik O&G Hospital melaka sebab saya ada masalah diabetis.

Saya terus drive ke hospital dan sampai sana lepas lamaaa menunggu baru dapat cek dapat arahan dari doctor untuk masuk wad terus sebab bilik induce dah sedia kosong dan doc nak booking terus untuk say dibersalinkan malam tu jugak.

Dapatlah tangguh sampai jam 4 petang tu untuk saya cek in masuk wad. Siap jer berdesup saya drive ke Bandar Merlimau kuarkan duit RM 4K tabung haji [persiapan bersalin + aqiqah] dan contact pak hj.

Gitu gini jam 5 barulah saya dapat ke hospital.... malam tu jam 2 pg saya dibawa ke bilik induce utk bersalin tapi lepas jam 4 pagi biliknya masih tak kosong saya dibawa ke wad semula. Maka 3 Jun berlalu tanpa saya bersalin. Anka masih dalam perut.

pak hj yang melawat asyiklah dok merakam camera video interview perasaan saya nak bersalin....letih melayannya.

Jam 2 petang 4 Jun sekali lagi dibawa ke bilik induce. Baru ada kosong. Terus masuk dan diinduce. Jam 6.30 petang dipecahkan ketuban. Bila doc tanya ada rasa sakit tak? Saya jawab jer sakit sebab malas dah nak bawak perut...terbayang janji2 doc klinik O& G kata, "baik awak masuk wad hari ni, malam ni awak dah bersalin, esok awak lega dah boleh tengok pun anak awak"...sedapnya doc tu cakap,kan?

Jam 7 malam genap saya dibawa naik wheel chair masuk labour room. Takde rasa sakit pun sebenarnya, cuma perut rasa kosong sikit sebab airnya dah dikeluarkan. Makin lama baru rasa makin sakit dan makin sakit dan MAKIN SAKIT....tapi takde rasa gesa nak meneran.

Sakit punya sakit punya sakit dari jam 7 lebih tu sampailah jam 3.30 pagi ....nurse dan nurse dan doc check lagi2 masih "3cm very tight"...tension gue!!! Asyik2 nurse masuk macam taj sabar2 nak sambut baby saya, dok kejap2 tanya, "ada rasa nak meneran tak?"


Manalah saya tau, kata nurses semua tu meneran rasa macam nak terberak, tapi saya kata takde langsung walhal contraction yg dah tunjuk kat mesin tu mencecah 85% dah..saya pun tak tau apa maksudnya tapi sempat tanya kat nurse katanya menunjukkan kekerapan contraction.


Pak hj dok kat masjid Al Azim..saya suh solat hajat + baca Yaasin...kes banyak dosalah kot payah benar nak bersalin nih! Dia memang relax jer, yerlah bukan dia nak bersalinkan?

So dlm jam 3.30 tu doc tanya saya nak scissor tak? "Nak sangat doc...letih dah saya ni takde tenaga dan takde rasa nak meneran pun". Ok, awak pun dah lama sakit cuma jalannya tak ada...bagi nombor suami....dan-dan tu saya bagi kat nurse, jap jer hj dah sampai...saya nampak dari balik langsir bilik saya nak bersalin tu hj bincang2 dgn doc..

Bagi hj takde apa scissor takde apa sebab 1st wife dia tiga2 anak sciccorsebab pangkal servic nya kecik...so kejap jer discuss...terus saya disiapkan utk ke operation room....4.11 dah kuardah si Hani...dalam keadaan saya yang di epidural, memanglah saya dengar semuanya dan nampak nurse memandikan Hani...

Indah jer pengalaman dapat anak pertama...masa dia tolak saya keluar dari pintu tu hj dah terjengul dah muka dia kat situ..senyum2..sebab dia berjaya dapat anak ke 6...dan anak pompuan ke 3...suker sangat dia...sampai bilik jer terus diazan dan diambil gambar lagi...


Saya pulak sambil suami iring saya tu sempat cakap kat dia, "ada lesung pipit tau bang....", yerlah sebab benda tu nurse yang mandikan dia tu kecoh2 masa kat sinki tu cakap, "eh...comelnya baby ni ada lesung pipitlah..." masa ni Hani dok melalak yerlah baru berjaya keluar setelah bertarung lebih 10 jam dalam perut tu...

Pagi2nya madu saya dan anak2 tiri datang, hj gi ambil lepas dia solat subuh...Kak Aza datang tu dia ajar saya menyusukan anak dan jugak madu saya ambil uri saya...dia yang basuhkan uri si hani ni di Kuala Pilah ditanamnya...mulia gak hati kak Aza sanggup basuh uri saya....terharu niii.... kalau saya sah2 tak sanggup basuh uri dia....anak tiri saya Zubair kalau terberak pun saya geli nak basuhkan....

Ok lah..pak hj balik jap lagi, kena siap2 nak keluar makan...ni ada si Zubair dan hani....kena layan gak budak duaorang ni jerit2 nak susu plak....

3 cetusan rasa:

Oren... berkata...

happy birthday untuk Hani...dasat akak nih ek, masih ingat secara detail kronologi semua..saya nih, ingat2 lupa dah..

Zareda berkata...

Happy Birthday untuk Hanis Uhailah.. semoga menjadi anak kebanggaan ayah dan ammie

kakLuna berkata...

oo lahir awalmbulan 6 ek...mesti perangai cam saya..hihihi

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP