Ahad, Jun 29, 2008

Keputusan terpaksa dibuat

Assalamualaikum w.b.t
Akhirnya saya buat keputusan dengan kebenaran suami. Hani Suhaila terpaksa diberhentikan sekolah. Saya tak tau macamana nak selesaikan lagi.


Mak saya dah setuju nak duduk dengan saya sepanjang setahun setengah saya sambung belajar ni untuk bantu jaga Hani. Cuma masalahnya walaupun mak saya duduk sini tapi sapa nak hantar/ambil hani ke sekolah.


Mak saya tak tau guna apa jenis kenderaan pun. Mungkin kalau sesuai saya hantar hani ke sekolah selang dua buah rumah ni. Tadika campur2 tapi ramai cinalah saya tengok. Pakai skirt pompuannya dan budak lelaki pakai seluar pendek. Itupun kalau ayah setuju. Sejarahlah kalau Hani masuk sekolah tu, kira tahun ni baru separuh tahun dah 3 sekolah dah hani tu baru tadika 5 tahun tu.


Lepas ni kalau keadaan sesuai saya terfikir jugak nak menyewa area KL ajer sebab saya rasa lepas belajar ni saya akan dipindahkan takkan di N9 lagi. Mungkin Hani akan sekolah dimana saya kerja nanti.


Kesian jugak kat Hani, cikgu semua terasa sayang sebab Hani cepat dapat jugak. Kira dua2 buku cahayaku dan Qiraati dia dah pindah ke buku 2. Dua2 dah boleh lancar baca. Kira dia dah boleh kejar dan tinggalkan sebahagian budak2 yang masuk sekolah dulu dari dia. Tu pun banyak kali ponteng sekolah.


Kalau tak sekolah lepas ni sayalah yang kena ajar dia kat rumah. tak boleh tidak. Saya kena kuat semangat. Nanti otak dia karat pulak. Tu pun dengar nak berhenti sekolah dah macam sukerlah tuuu yerlah malas bangun pagilah katakan!


Tambah2 makwe ada kat rumah lagilah manja dengan makwe. Rabu minggu lepas makwe datang, jumaat makwe dah balik. Ank buah saya Along dah bawa kembara saya balik bawak makwe dengan hani sekali ke kampung.


Dari jumaat baru ni sampai jumaat depan saya akan duduk sorang2 kat rumah ni. Boring sungguh pulak. Masa makwe ada hari tu saya plak takde kat rumah. malang sungguh setiap kali makwe datang saya mesti ada kerja urgent kat pejabat. Setiap kali tulah saya kan balik lebih 12 malam. Mesti makwe fikir saya selalu macam tu.


Minggu depan adalah minggu terakhir saya bekerja. Sedihlah jugak nak tinggalkan pejabat dan budak2 unit saya ni. Yerlah dari 2002 saya kat sini orang semua dah bertukar ganti di unit ni saya jer yang kekal mengepalai unit ni...lain2 semua dah tukar......


Walau macamana pun jauh disudut hati saya rasa masih banyak benda saya perlu belajar rasa tak cukup 6 tahun lebih kerja kat sini. Yerlah setiap kes yang dihandle berbeza dan setiap kes kita belajar benda baru.


Saya ada satu masalah iaitu sukarnya nak memberi kepercayaan pada orang bawahan buat tugasan. Saya taulah lepas ni saya takde. tapi saya rasa diorang masih tak boleh handle, boleh tu boleh tapi ntahlah ada jer salah silap sana sini. Dah tu budak2 bawah ni ngadu2 lak kat saya. Rasa tak meriah lak pejabat lepas saya takde nih. Ntah2 saya jer fikir begitu. Kalau saya ada kes, malam ker weekend ker mesti saya ada kat pej so budak2 pun malu kalau tak datang if saya panggil tapi latest case ni [semalam] saya tak dtg pej rupa2nya ramai lak yg macam boikot dibawah peg penyelaras baru. Ada pulak amsalah baru ti,bul. Lepas maghrib kena gak pegi pej, action kena cepat dalam menyiasat ni, buat keputusan kena berani, baru budak2 boleh bergantung pada kita. kalau tangguh macam2 boleh jadi.


Benda2 macam tulah pemimpin kena ada, kena pandai buat decision dengan cepat dan berani ambik risiko.


alaaah citer banyak pun tak guna, saya dah nak blah dah...apapun saya banggalah jugak sebab sepanjang disini saya kiranya bolehlah jugak handle, bagi arahan, bagi taklimat, orang dengar arahan, orang refer kita semula, anytime saya suh datang pej even tgh malam pun diorang respect lagi dan akan tetap datang jugak [kalau kita lembik ingat diorang bolehker tinggalkan bantal empuk tu ntah2 tgh peluk bini ker].


walaupun ada gak yg degil weekend merayu2 nak balik kg pada saya, saya bagilah balik kalau takde kes urgent, ada jugak yg kata letih tak nak datang tapi saya dah kenal dan boleh baca dah perangai setiap dari budak2 bawah saya [lebih 2o orang lah jugak].

Dah tau dah sapa yang bagi komitmen 150%, sapa yang bagi 50%. Sapa yang pentingkan kerja sendiri, sapa yang takde langsung esprit de corp, sapa yang payah nak datang kalau weekend. Ada gak yang banyak songeh. semua tu saya belajar dan berguna sangat kalau saya jadik boss satu hari nanti.


Minggu yang baru lalu ni saya dapat tips dari pengarah, katanya, "salwa, kalau u jadik boss nanti, yang penting kita nak dapat anak buah yang obedient, takper kalau dia tak boleh buat kerja, tapi kalau dia obedient kita senang..." sambil tu dia puji saya dengan ketua cawangan PD sebab katanya kami obedient, "macam u, aklau saya panggil tengan malam pun sanggup datang, suruh apa2 pun tak pernah kata tidak... tak pernah bantah"~~~~ akhirnya saya dipuji~~~~!!!! sunggguh saya terharuuuu


yer saya memang patuh orangnya, saya 'takut' dengan boss saya. kalau kat rumah saya baring atau duduk, boss saya call ajer pun saya terberdiri sebagai tanda hormat. Apatah lagi kalau bercakap depan dia atau dia masuk saya mesti berdiri. Memang sebagai agensi penguatkuasaan respect boss atau peg ranking lebih tinggi satu kewajipan.


Ntah apa2lahkan? Merapu jer pagi minggu ni. Lepas ni nak gi pejabat lagi, ada satu benda saya nak kena selesaikan lagi.

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP