Isnin, Jun 30, 2008

Mula daaaahhhh~~~~~~@@@!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t



kalau dia ada gerrrammm jerrr



Kejap2 saya jerit



Kejap2 dia merajuk



Pastu menangis

Mulaaaa daaaahhhh~~~~~~@@@!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t


Bila ada asyiklah bertekak


Kejap saya tinggi suara


Pastu dia merajuk


Jap lagi saya pujuk balik


Pastu mengamuk balik saya


Kejap2 tarik hujung baju


Membontit jer ke depan kebelakang


Masuk bilik air pun dia melalak jerit suh ammie cepat


Bila ammie depan mata


Bergurau tak hengat dunia


Lepas tu gelak dua beranak sampai terbahak2


Pastu tak reti nak tido2 lepas gurau


Ammie naik tocang balik


Tu jerlah rutin kami dua beranak...


Bila dia takde


saya kerseorangam


Pusing depan pusing belakang


Sunyi..takde sapa nak bercakap


Takde sapa nak merajuk


Sunyi sungguhlah....


Lama lagi nak tunggu jumaat baru hani balik sini....



Satu2nya wajah kesayangan saya dunia akhirat!!!


Bila tengok gini makan bersila sorang2 kesian pulak macam anak org terbuang jer~~~~



Anak solehah ammie ~ di JB





Dapat duk kat ammie bergurau jer tak hengat dunia woooo~~~~



Kalau kat umah kerjanya menyepahkan mainan ajerrr~~~~


Pantang ammie mengadap PC mulalah mnyebok lama2 dia kuasai PC ammie~~~tu tengah khusyuk main games lah tu~~~


Punyalah dah takde kerja dia takutkan ammie main hantu2~~~~tak takut Pun !!!!

Lepas ammie marah2 dia, dia pulak marah2 ammie~~~[tengoklah dapur saya yg takde kitchen kabinet tuh~~~bila agaknya nak buat yer?]



Lepas maghrib Hani akan "BERTUKAR" [ala2 gaya cakap bertukar dlm kartun tu] jdik anak solehah sebab kena solat dengan mengaji~masa nilah ammie pulak jadik guru besar pegang rotan~~~!!! Dia solat baca kuat2 salah jer, sebat roran kat lantai~~~@@!!!

terasa sedihlah pulak

Dah masuk minggu terakhir ni terasa sayu pulak nak tinggalkan pejabat ni...macamlah takleh datang lagi,kan? Bukan apa, dengar2 dah ada yang melobi nak ambik post saya ni...kalau diorang dapat saya kenalah keluar bilik takdelah tempat nak melepak kalau datang ke off...semuanya akan tinggal kenangan...kalau datang lagi pun nanti pada pusingan yang akan datang...kotler jadik pengarah ler pulak gamaknya...berangan jerlah dulu,kan?



Takdelah panjat tangga ni hari2 lagi...sedih woooo

unit saya yang sayang nak ditinggalkan, banyak lagi kena belajar nih!


takdelah meeting hari2 lagi kat sini..hishkk...syedihlah pulok




taman depan lobby ni, tak dapek lepak2 laie...




bersepah ya? itu seni tu, seni itu indah!




off hour tak dan nak duduk pun...letak bahan2 bacaan jerlah!

sapa masuk bilik saya ni harap gagal mengesan air liur basi kat mana2 kotler ada???




masih sepah...satu ketika dulu..skang kemas dah...
tengoklah atas meja tu...bzlah kononnya tuh! tak malu meja sepah nak tunjuk orang...


ni terkini, karpet coklat tukar tikar kayu coklat gelap,


kerusi saya ubah utk tido bila ada kes malam2,


dekat dengan meja senang nak capai buku2 and file pendakwaan bawah tu...

Ada 2 almari buku yang penuh buku dan nota2

dan fail2 dan ada dua kabinet besi berpalang dan berkabinet

dan ada dua kabinet rendah..tak kemas lagi tu~~~~@@!!!

dokumen2 tu..aduh membayangkannya pun dah letih...

Lupalak nak ambik gambar rak2 buku/kabinet

pasal bilik saya tu besar, so lagi besar lagilah macam2 saya sumbatkan!


Ahad, Jun 29, 2008

Patutkah?

Assalamualaikum w.b.t

Saya sangat jeles dengan kehidupan orang!

Kehidupan mereka yang dipaparkan dalam blog.

Saya rasa saya takde kehidupan yang happy.

Segalanya kerja.

Dan kerja.

Lagi2 kerja..

Ya..ya...memang saya ada kehidupan rumahtangga...

Tapi sangat2 biasa...

Kenapa mereka selalu shopping..

Boleh beli barang macam2...

Kenapa mereka boleh pergi jalan dan berhibur sana-sini

Kenapa saya terpilih melalui jalan hidup yang 'serius' ini...

Saya rasa ramai lagi yang melalalui kehidupan macam saya

Saya tak dapat baca kehidupan orang2 macam tu sebab mereka takde masa

langsung takde masa berblog...malah tak kenal blog pun

Sedangkan saya ada jugak masa buat blogkan?

Kalau IO polis yang bahagian siasatan jenayah lagilah sibuk..

dengan anak bini pun takde masa...

Hal saya ni yang tambah bosannya [sikit jer] adalah

Dapat suami sakit..mana ada shopping moping ni

Jalan2 hu ha sana sini pun toksah haraplah

Kalau suami ada pun yerlah dia pun bukan jenis sosial...

Masjid-surau-masjid-surau-rumah-masjid

Masa sihat dulu pun mana ada shopping

Saya jer pergi sorang2

Tapi sekarang pergi shopping pun apa nak carik?

Betulker shopping ni theraphy? macam diorang kata

Bagi saya semak fikiran lagi ada...

Tengok orang macam2 yang menyakitkan mata dan hati...

Budak2 remaja yang macam pakai kain tak cukup...

Dah tau malu nampak perut + pusat buat pa pi pakai baby t tu???

Pandai plak cover tarik2 baju takut orang nampak perut [tak lawa plak tu]

yang badan macam panda pun nak pakai gak, pastu bila nampak extra baggage tu

pun sibuk2 dok cover dengan hand bag...

pastu pakai t-shirt pendek, punggung lebar nak mampus pastu malu2 alah nak tutup kononnya...peerah

Ada gak yang rasa macam nak tutup aurat, tapi pi pakai tshirt lengan pendek pastu pakai lak stokin tangan dalam tu, haii tu balut aura jer bukan tutup tuuu...

Adalak yang skang ni pakai baju ikut body [kain bergetah tu] yang ada ketat kat bawah tetek tu...ada rebenlah, ada butang besarlak tu...sajer fesyen baju tu nak bagi orang fokus tengok kat tetek tulah tu..takkan tak sedar kot?

Kira macam kita tulis satu baris pastu kita garis satu perkataan! kan kita mesti terbaca yang perkataan bergaris tu dulu..

Macam tulah fesyen baju ketat ni, mesti semua mata pakat dok tengok tang tek tu jer

Masalah betullah! tau malu tapi buat apa pakai macam tu...

Semua tu buat saya geram tengoknya...

Baik dok umah jahit sorang2 lagi bagus...


Hahaaaa luahan sepintas lalu...saya part macam ni memang pandai komen...jangan marahler kalau ada yg baca terasa kot terkena kat sedara mara ker...sajer tanggungjawab sosial...

Ada pihak duk cuba nak selamatkan yang kat luar negeri budak genius rosak akhlak tu haai kat sini ramai gak dah rosak akhlak dan bakal rosak akhlak, awat depa biar dan pandang jer...

Haii asal tadi tulis jels dengan hidup orang kan? takdelah2...saya bersyukur..moga2 terhindarlah saya dari buat benda2 bukan...baik kerja + duk umah +kerja kan satu amal ibadah! tak kerja duk umah diam2...boring2 manjahit pastu buka internet, ataupaun servelah apa2 kat internet ni sebagai persediaan belajar...

Keputusan terpaksa dibuat

Assalamualaikum w.b.t
Akhirnya saya buat keputusan dengan kebenaran suami. Hani Suhaila terpaksa diberhentikan sekolah. Saya tak tau macamana nak selesaikan lagi.


Mak saya dah setuju nak duduk dengan saya sepanjang setahun setengah saya sambung belajar ni untuk bantu jaga Hani. Cuma masalahnya walaupun mak saya duduk sini tapi sapa nak hantar/ambil hani ke sekolah.


Mak saya tak tau guna apa jenis kenderaan pun. Mungkin kalau sesuai saya hantar hani ke sekolah selang dua buah rumah ni. Tadika campur2 tapi ramai cinalah saya tengok. Pakai skirt pompuannya dan budak lelaki pakai seluar pendek. Itupun kalau ayah setuju. Sejarahlah kalau Hani masuk sekolah tu, kira tahun ni baru separuh tahun dah 3 sekolah dah hani tu baru tadika 5 tahun tu.


Lepas ni kalau keadaan sesuai saya terfikir jugak nak menyewa area KL ajer sebab saya rasa lepas belajar ni saya akan dipindahkan takkan di N9 lagi. Mungkin Hani akan sekolah dimana saya kerja nanti.


Kesian jugak kat Hani, cikgu semua terasa sayang sebab Hani cepat dapat jugak. Kira dua2 buku cahayaku dan Qiraati dia dah pindah ke buku 2. Dua2 dah boleh lancar baca. Kira dia dah boleh kejar dan tinggalkan sebahagian budak2 yang masuk sekolah dulu dari dia. Tu pun banyak kali ponteng sekolah.


Kalau tak sekolah lepas ni sayalah yang kena ajar dia kat rumah. tak boleh tidak. Saya kena kuat semangat. Nanti otak dia karat pulak. Tu pun dengar nak berhenti sekolah dah macam sukerlah tuuu yerlah malas bangun pagilah katakan!


Tambah2 makwe ada kat rumah lagilah manja dengan makwe. Rabu minggu lepas makwe datang, jumaat makwe dah balik. Ank buah saya Along dah bawa kembara saya balik bawak makwe dengan hani sekali ke kampung.


Dari jumaat baru ni sampai jumaat depan saya akan duduk sorang2 kat rumah ni. Boring sungguh pulak. Masa makwe ada hari tu saya plak takde kat rumah. malang sungguh setiap kali makwe datang saya mesti ada kerja urgent kat pejabat. Setiap kali tulah saya kan balik lebih 12 malam. Mesti makwe fikir saya selalu macam tu.


Minggu depan adalah minggu terakhir saya bekerja. Sedihlah jugak nak tinggalkan pejabat dan budak2 unit saya ni. Yerlah dari 2002 saya kat sini orang semua dah bertukar ganti di unit ni saya jer yang kekal mengepalai unit ni...lain2 semua dah tukar......


Walau macamana pun jauh disudut hati saya rasa masih banyak benda saya perlu belajar rasa tak cukup 6 tahun lebih kerja kat sini. Yerlah setiap kes yang dihandle berbeza dan setiap kes kita belajar benda baru.


Saya ada satu masalah iaitu sukarnya nak memberi kepercayaan pada orang bawahan buat tugasan. Saya taulah lepas ni saya takde. tapi saya rasa diorang masih tak boleh handle, boleh tu boleh tapi ntahlah ada jer salah silap sana sini. Dah tu budak2 bawah ni ngadu2 lak kat saya. Rasa tak meriah lak pejabat lepas saya takde nih. Ntah2 saya jer fikir begitu. Kalau saya ada kes, malam ker weekend ker mesti saya ada kat pej so budak2 pun malu kalau tak datang if saya panggil tapi latest case ni [semalam] saya tak dtg pej rupa2nya ramai lak yg macam boikot dibawah peg penyelaras baru. Ada pulak amsalah baru ti,bul. Lepas maghrib kena gak pegi pej, action kena cepat dalam menyiasat ni, buat keputusan kena berani, baru budak2 boleh bergantung pada kita. kalau tangguh macam2 boleh jadi.


Benda2 macam tulah pemimpin kena ada, kena pandai buat decision dengan cepat dan berani ambik risiko.


alaaah citer banyak pun tak guna, saya dah nak blah dah...apapun saya banggalah jugak sebab sepanjang disini saya kiranya bolehlah jugak handle, bagi arahan, bagi taklimat, orang dengar arahan, orang refer kita semula, anytime saya suh datang pej even tgh malam pun diorang respect lagi dan akan tetap datang jugak [kalau kita lembik ingat diorang bolehker tinggalkan bantal empuk tu ntah2 tgh peluk bini ker].


walaupun ada gak yg degil weekend merayu2 nak balik kg pada saya, saya bagilah balik kalau takde kes urgent, ada jugak yg kata letih tak nak datang tapi saya dah kenal dan boleh baca dah perangai setiap dari budak2 bawah saya [lebih 2o orang lah jugak].

Dah tau dah sapa yang bagi komitmen 150%, sapa yang bagi 50%. Sapa yang pentingkan kerja sendiri, sapa yang takde langsung esprit de corp, sapa yang payah nak datang kalau weekend. Ada gak yang banyak songeh. semua tu saya belajar dan berguna sangat kalau saya jadik boss satu hari nanti.


Minggu yang baru lalu ni saya dapat tips dari pengarah, katanya, "salwa, kalau u jadik boss nanti, yang penting kita nak dapat anak buah yang obedient, takper kalau dia tak boleh buat kerja, tapi kalau dia obedient kita senang..." sambil tu dia puji saya dengan ketua cawangan PD sebab katanya kami obedient, "macam u, aklau saya panggil tengan malam pun sanggup datang, suruh apa2 pun tak pernah kata tidak... tak pernah bantah"~~~~ akhirnya saya dipuji~~~~!!!! sunggguh saya terharuuuu


yer saya memang patuh orangnya, saya 'takut' dengan boss saya. kalau kat rumah saya baring atau duduk, boss saya call ajer pun saya terberdiri sebagai tanda hormat. Apatah lagi kalau bercakap depan dia atau dia masuk saya mesti berdiri. Memang sebagai agensi penguatkuasaan respect boss atau peg ranking lebih tinggi satu kewajipan.


Ntah apa2lahkan? Merapu jer pagi minggu ni. Lepas ni nak gi pejabat lagi, ada satu benda saya nak kena selesaikan lagi.

Kenangan dua tahun lalu ~~~ detik 25 Jun!!!

Assalamualaikum w.b.t

25 Jun baru-baru ini genaplah dua tahun suami saya diserang stroke. masih segar kenangan itu dalam kepala. Maka di sini saya re publishkan entry pertama yang saya buat iaitu sepuluh hari selepas suami kena stroke. Dan semua entry selepas itu dalam nada kesedihan...ironinya pada pagi hari suami saya diserang stroke itu saya buat satu sajak [kalau boleh dikatakan sajak] bertajuk 'DERITA'

25/06/2006 <--- inilah tarikh sejarah itu!!! Pagi itu kutulis puisi yang ada dalam entry sebelum ini. Ia dicatat dan dinukilkan pada tarikh tersebut!


****************************************************************

~~~~~"Sunday, June 25, 2006"


Aku ingin bercerita lagi dan lagi dan lagi....


Derita itu bukan milikku
Derita itu juga bukan milikmu
Milik siapa derita itu
Kamu dan aku dan semua


mahukah jadi pemilik derita itu?
Aku tak ingin sendiri lagi
Aku ingin dimanja
Juga disayangi
bukan dibayangi


Kasihku bukan untuk dijual beli
Mahukah kau mengasihiku
Menjadikanku sebahagian hidupmu
Ringankan bebanku
Hanyutkan deritaku
Nun di hujung Dunia


Derita jangan datang lagi
Pergi dan pergi dan pergi
Jangan kau hampiri


aku tak mau derita
lagi dan lagi dan lagi
Tidak menyentuh diriku, hanya cubaan di pagi minggu menulis puisi yang ringkas ini untuk tatapan peribadi.~~~~~~



***************************************************************


Inilah catatan pertama
10.00 am

Suamiku kemudian datang dan terus masuk ke bilik dan bertanya samaada jadi atau tidak cadangan kami ingin memindahkan separuh barang ke rumah baru kami. Jawab ku, "Malaslah bang nak kemas, minggu depanlah ye..."

11.00 am

Semasa aku membaca akhbar di internet di dalam bilik master, suamiku pula membaca suratkhabar di atas katil yang memang kami langgan pada hujung minggu sahaja. Sambil itu, dia ternampak kacang goreng di meja komputer dan aku menahannya dari mengambil kacang dalam bungkusan plastik itu dan aku cakap, "biar saya ambil yang dah isi dalam tupperware kat dapur". Terus aku ke dapur dan menghukurkan satu tupperware kacang goreng dan suamiku yang memang gemar kacang goreng terus memakannya...berterusan sehinggalah dia habis membaca akhbar.

12.00 noon

Suamiku mengadu pening kepala dan katanya nak tidur sekejap, aku biarkan aje... sambil aku masih menghadap komputer.

1.30 pm

Aku mengejutkan suamiku untuk bersolat zohor dan kebiasaannya dia akan segera bangun tetapi kali ini nampak macam bermalas-malasan. aku ke hadapan bercakap-cakap di telefon dan selepas itu, suamiku memanggil dan mengajkku bersolat jemaah zohor bersama-sama. kami bertiga termasuk anak kecilku Hani Suhailah sembahyang Zohor bersama-sama. Semasa solat aku dapati badan suamiku seakan-akan tidak stabil semasa berdiri dan suaranya menyebut AllahHuAkbar seakan-akan perlahan dan tidak bersemangat seperti biasa. Selesai solat pun doanya pendek sahaja dan beliau terus menyambng tidur semula di atas katil.Aku katakan "Jomlah kita gi klinik", sebab pada masa itu dia sendawa besar seolah-olah terlalu banyak angin dalam badannya. Aku pun pada masa tu dah rasa macam tekanan darah tinggi suami tinggi dan yang aku risaukan cuma bimbang serangan stroke kerana hanya beberapa bulan lepas sahaja rakan sepejabat kena serangan stroke.

4.00 pm

Suamiku masih tidur dan aku mengejutkannya untuk makan tengahari dan katanya minta aku bawa ke dalam bilik tidur. Selepas letakkan dulang di hujung katil aku ke dapur untuk mengambil air basuh tangan. Apabila sampai aku dapati suamiku telah menurunkan dulang ke bawah dan terdapat tumpahan kuah di atas cadar bahagian hujung katil. Pada masa itu aku tak syak apa-apa, tapi tetap bercadang untuk bawa ke klinik untuk cek Blood Pressure, sambil-sambil itu aku telah berleter padanya, antara lain kataku, Bang, anak kecik-kecik lagi, kalau abang kena stroke terus jalan (mati) takpe, kalau terlantar 5-6 bulan kan susah... jomlah kita gi klinik takpun pergi emergency Hospital Besar. Jawabnya pada masa tu, "Yelah, isnin nanti abang pergilah hospital (hospital daerah berdekatan dengan pejabatnya).Jawabku, " bang, nanti jadi macam En. D kat pejabat tu kan susah, biar saya bawa abang pergi hospital lepas asar ni."Pada masa ni sendawa anginnya makin kuat dan luar biasa.


Semasa dia makan aku pergi mengambil kereta yang diparking di pejabat untuk dibawa ke pintu rumah supaya senang ke hospital/klinik. Balik ke rumah aku tengok suami dah selesai makan dan duduk menangkur di birai/tepi katil dengan tangan sebeah kirinya. Pada masa sama juga dia kata nak muntah, aku lari ke bilik air dan ambil gayung dan dia terus-terusan muntah hampir 3 suku gayung... aku dah mula panik. Pada masa sama juga aku tengok mulutnya seolah-olah dan senget sebelah. ya Allah... dalam kepalaku hanya terbayang suamiku memang akan kena stroke... pada masa sama juga dia kata tangan kiri dan kaki kirinya berat.

Pada masa itu juga aku segera tunaikan solat Asar dan aku terus call pegawai bertugas di pejabat sebelah rumah minta datang ke rumah segera. Selesai solat suamiku makin serius dan dia mengarahkan aku mengambil jarum dan mencucuk ke hujung-hujung jarinya dan telinganya. Tanpa membuang masa aku mencucuk kesepuluh-sepuluh jarinya dan kedua-dua cuping telinganya sehingga mengeluarkan darah kerana menurut petua orang tua-tua kalau tak mahu pebdarahan dalam otak, cucuklah hujung jari dan cuping telinga. Pada masa itu, sempat lagi suami cakap jangan panik, terus cucuk. sekepjapitu, M datang dan pada masa sama suami sudah tidak boleh bergerak sebelah badan kiri dan Ya Allah aku memang tak terangkat dan tertampung berat badan suami.

Suami meminta untuk mengerjakan solat Asar terlebih dahulu dan dengan bantuan M dengan susah payah kami berdua berjaya bawa suami ke Bilik Air untuk buang Air dan ambil wudhu'.Akhirnya dengan susah payah sehingga tersungkur di atas sejadah kerana tak mampu menampung berat badan sebelah kiri suami mengerjakan solat asar sambil duduk. Selesai solat, aku menukarkan suami memakai seluar dan baju juga dalam susah payah, M memanggil seorang lagi pegawai yang tinggal di kuarters membantu kami membawa turun suami ke kereta.

Ya Allah sekali lagi ujian berat kerana aku tinggal di tingkat 2, suami yang berbadan agak besar seolah-lah tidak berdaya untuk diangkat oleh dua orang. Dengan susah payah akhirnya sampai ke kereta kembara dan masalah bertambah rumit kerana sukarnya memasukkkan badan suami ke dalam kereta yang kecil itu, dalam kereta sekali lagi suami mengalami muntah-muntah yang teruk. Sampai ke emergency terus suami diperiksa dan akhirnya dimasukkan ke wad.


Aku sebenarnya terlalu-lalu sedih nak cerita saat-saat ini, sehingga hari ini, 10 Julai 2006 air mata masih bergenang bila teringatkan saat-saat ini kerana suami masih lagi tidak dapat menggerakkan sebelah badannya. Apakah hikmah ujian tuhan kali ini? terlalu hebat kurasakan. Aku terpaksa hentikan sementara tulisan ini kerana suami baru sahaja menelefon. Aku perlu balik dan menyambung kesedihan ini...... Ya Allah kau sembuhkanlah suamiku segera.....

Rabu, Jun 25, 2008

Menanti 18 Julai untuk hani

Assalamualaikum w.b.t


Meniti hari2 berdua sahaja dengan hani memang membosankan. Bukan bosan pada hani tapi bosan dengan hari2 rutin yang sama. Hari2 bebel benda yang sama kat Hani. hari2 melayan dia sorang, sampai jemu.Takdelah jemu kat hani tapi jemu dengan situasi, takde perkembangan ....statik sangat..balik2 kami berdua berbual, balik2 dia marah saya saya marah dia, takde orang ketiga nak kami lepaskan apa2 cerita, samajerlah...rasa macam dah tak tau dah nek gi makan mana, nak cakap pun bedan yg sama hari2 cikgu ajar apa, makan apa kat sekolan, homework apa hari ni, dll...

Saya ke dapur , dia ke dapur. Saya masuk bilik air dia pun masuk bilik tunggu saya keluar. Saya baring2 atas sofa dia naik atas perut. Saya duduk kat atas tikar kat bawah dia mula letak kepala atas peha sambil baring. Saya menjahit dia menyandar pada badan saya. Apa sahaja yang saya buat dia tak melekat kat saya...hampir semuanya!

Kalau dia ikut membontot saya jalan dalam rumah pun dia mula tarik baju [yang paling saya geram dan pantang]tak pun pegang tangan. Kalau saya start baring jer atas katil sah2 dia akan menyondol bawah ketiak.

Kalau marah sikit atau tinggi suara sikit tanya, "kenapa yang ikut jer ammie ni, buatlah kerja sendiri!" mulalah cebik pastu tarik lagu nak menangis lepas tu nangis terus teriak2 ayah sayu2. Nyampah!!!

Kalau ayah ada walaupun berselang hari ada juga benda saya boleh buat tanpa ada benda melekat pada saya. Dia boleh lepak2 dengan ayah. Kalau ayah duk atas kerusi urut dia duduk atas perut ayah, kalau ammie duduk atas kerusi urut [sesekali] pantang ammie kalau Hani menempel. Kalau ayah mengadap PC mengendeng2 lama2 ayah bukakan girls2games, tu tang dia suka kat ayah tu...

Mungkin orang anak lebih dari satu tak rasa. Kalau ada anak satu macam Kak Zareda atau Luna pun mungkin takkan dapat rasa apa saya rasa.

Irfa yang suami kerja ikut shift tu pun ada anak dua, dan suami walaupun shift tapi tetap ada jugak,kan?

Kroniknya si hani akhir2 ni sampai saya ke bilik air tu dia boleh melalak atas katil kalau saya terlama sikit. Alasan dia "sebab takut, nak ammie'. Heyyy awak tu bukan baby...dah 5 tahun dah!!! Itulah ayat yang saya selalu cakap kat dia.

Takut apa? takut hantu katanya. Tu yang saya bengang tu..saya tanya dia mana hantunya? Benda hantu ni saya perasan timbul lepas dia duduk lama kat Port dickson rumah kak aza. Dulu [3 tahun] dia dah berani duduk tido sorang dalam bilik dia takde masalah. Dah besar ni pulak baru timbul isu takut. Taulah budak2 yang besar sikit ni[adik beradik] kat sana, suka takut2kan yang kecik2 ni [hani dan zubair] pasal hantu natijahnya dah jadik penakut si Hani pulak.

Kalau ikutkan si hani membesar dia takde takut satu benda pun sebab saya tak pernah ajar atau perkenalkan istilah2 tu. Dulu2 cakaplah apapun, takde satu pun benda buat yang kita boleh konon-kononkan untuk buat dia takut...masa kecik hanya 'air panas' jer yang dia takut sebab dah pernah kena kat tangan.

ayah hanya akan balik 18 julai, lama jugak lagi tu. Bila fikir sekali, rasa geram jugak kat ayah ni, penat tau melayan anak sorang2...dia kalau call tanya kat anak, semua hani kata okay bila ayah pesan buat baik, jangan lawan cakap ammie...tapi realitinya, sabarjer saya ni, ayah boleh pesan jer nak melayannya saya jugak! Lepas tu kalau cakap dengan saya lepas hani akap, dia mulalah gelak2 cakap kat saya, "hah...anak cakap okay jer, takde masalah....apasal asyik perang jer dengan dia".

Saya kan rajin mengadu kat ayah, ni hah hani ni...taknak buat kerja sekolah, susah nak bangun pagi, malam2 nak tengok CD jer, suh tido nanti2 jer jawabnya, kakak nak tengok CD. Takker kesudahnnya saya kena ala2 mengamuk, dah nangis2 baru nak tido tu pun nak peluk ammie rapat baru boleh tido...bukan reti bawak diri tido sendiri...saya plak lemas ada orang menempel niii....

Esok mak saya datang dari kampung dan saya akan pujuk dia duduk dengan saya, untuk semester pertama ni pun jadilah. Utk tahun depan saya aturkan semula Hani nak sekolah di mana. Harap2 makwe ada takdelah dia melekat jer dengan saya....
Kesimpulan baliklah cepat ayah, bosan pulak kali ni ayah takde, biasa takde pulak, agaknya sebab penat kerja dan takde sapa nak share masalah2 ...nak call ayah malas pulak, acapkali mesti ayah call, nak tunggu saya call takdenya...dulu2 yerlah, sekarang saya fikir kalau call pun cakap rindu ker apa ker bukan dia balikpun, keadaan tetap sama....sabarjerlah...

Selasa, Jun 24, 2008

sekadar bercerita

Assalamualaikum w.b.t

Jiran

Punyalah teruk saya ni tau. Bulan 7 ni genaplah 2 tahun saya duduk kat rumah ni. Dah dua kali raya dah. Tapi dengan jiran saya yang sebelah ni saya baru bercakap dengan dia 3 kali. Apa punya jiranlah!

Semalam saya balik kerja tak salin baju lagi saya terus bakar sampah daun2 bawah pokok mangga depan rumah ni.Dah lama dah cadang nak bakar sampah tapi dalam keadaan balik kerja terkejar2 tu lagipun kalau dah masuk rumah jangan harap saya nak keluar lagi.

Rupanya mak kepada jiran saya ni baru 50 hari meninggal dunia. Dan dia rupanya baru-baru ni ajer duk [tido] kat rumah dia, sebelum ni dia tido kat rumah mak dia temankan bapa dia yang dah tinggal seorang sejak mak dia meninggal hari tu.

Pernah nampak mak dia dan pernah juga berbual dengan mak dia tu masa rumah terbuka jiran saya ni. Dah meninggal dah rupanya. Saya tak perasan pun rumah dia gelap malam2, yerlah saya duk dalam rumah jer mana nak tengok rumah orangkan?.

Lagi pula saya nampak ada jer kereta dia kat rumah. Kadang tak perasan sebiji ke dua biji kereta tu. Selalu yang saya nampak suami dia duk menyiram pokok2 kat laman dia, takde pulak sya nak menegur...suami dia anak mufti negeri sembilan ni. Yang jiran saya ni pun kerja pejabat mufti.

Saya ni kalau pak hj takde rumah, tau saya duk dalam rumah jerlah. Takde maknanya nak duk bersepah-sepah luar rumah. Kalau rumput dah panjang lagilah saya malas nak keluar. Lantak pilah.

**********************

Pemotong rumput

Setiap hari sabtu dan ahad akan ada orang datang nak potong rumput. Tapi sebab saya dah buat perjanjian dengan satu pemotong rumput ni kenalah jugak tunggu dia. Dahsyat sekarang kan, dengan pemotong rumput pun ada perjanjian tau. Katanya masa datang prtama kali dulu, dia hanya akan potong kalau saya setuju tandatangan perjanjian yang saya hanya akan gunakan khidmat dia...katanya banyaj sangat orang luar [bangla.indon/sri lanka] yang kacau daun sekarang, tu pasal kena ada perjanjian.

Ahad lepas dia dah datang, untuk kali kedua. Kali pertama dulu dia dah tolong bersih2kan sikit. kali ni saya suh dia potong sekali pokok serai wangi dan pandan wangi belakang rumah ni. Menyemak jer...takut2 ular pulak buat rumah.Nak harap saya masak guna daun pandan tu setahun sekali pun takde...hahahahaaa

So dah clear dah. Dia minta bayaran RM50 jer, ntahlah nak kata mahal ker murah ker tak taulah. Pada saya dia buat kerja berpeluh2, bukan main penat lagi, dan lalang2 dan tanaman jiran sebelah yang termasuk dalam pagar saya pun dikerjakan sekali, so saya rasa macam RM50 tu tak berbaloi dengan kerja dia. Rumput2 yang menjalar masuk dalam longkang pun dibersihkan....baguslah pemotong rumput tu...siap datang dengan pembantu sekali...budak bawah umur tukang sapu2...depan porch keter dengan depan sliding door semua dia sapukan sekali.

Ahad, Jun 22, 2008

hijrah

Assalamualaikum w.b.t

Banyak projek yang saya tak sabar nak buat sepanjang setahun setengah nih. Suka sangat saya bila difikir2kan, belum buat lagi pun saya dah suka tuuu~~~. Bukan projek besar pun, projek modal kecil-kecilan jer... tapi rasanya bawa makna yang besar pada saya yang rasa macam dah 'terperangkap dalam dunia kerja sejak tahun 2000...<--statement apakah ini? Gaji nak tapi kerja asyik mengomen jer...tak..tak...saya suka kerja tu tapi sebab post tu saya rasa tak enjoy lah..."&^@#$()+@%&"!!! Kalau statelah ni, kalau kat HQ tu rasanya post saya ni kecik sangat, ramai lagik besar2 kat sana, kira boleh 'berpayung' lagi pada diorang...okay...okay...dua minggu jer lagi..sabar yer...saya cakap pada diri saya nih... Ni hah projek2 yang dah ada dalam kepala dan dah survey pun... 1. Nak menjahit dengan serius Bukan nak gi belajar jahit tapi beli buku jer. Saya nak jahit baju kurung, blouse, beg2, cadar, comforter, langsir kira semua nak jahit sendiri. Saya dah survey dah buku2 kat kedai, banyak dan macam2 buku ada, rasanya kalau tekun saya takyah gi kelas, sebab langkah satu persatu semua ada kat dalam buku. Yang ni paling saya suker dan tak sabar. 2. Masih lagi hal menjahit. Tapi ni saya nak jahit beadings pada baju, kira nanti baju2 kurung kerja saya dan baju kurung Hani [tudung pun boleh] semua saya nak letak manik2, yang sesuailah. Setakat ni ada 4/5 helai baju saya jahit sendiri manik dia tapi takdelah yang lawa2 yang simple2 jer, tapi sejak dua menjak ni saya dah surf kat internet banyak design dan corak lawa2 dan senang nak buat, saya akan belajar, bukunya pun ada dijual kat kedai dan secara online, tunggu saya order jer kat ujanailmu. 3. Projek mengecat bilik hani dan menampal wall paper kat bilik master. Dah lama cadang dah ni, tapi ni semua bukan boleh buat sehari dua, mau makan seminggu dua, kalau buat sikit tinggalkan, nanti projek tak ikut spek pulak. Lagipun buat sorang, pelan-pelanlah buat...pak hj mana nak larat dah [tangan sebelah]. Masa kerja skrg ni, sabtu ahad dah sibuk melayan hani, malam letih bukan main, weekend dok basuh baju, mop rumah, tengok tv...habis masa camtu jer, kalau pak hj ada lagilah membelek dan menggetel dia jer pagi sampai ke malam... Selalu weekend kena lak ke off ada2 jer operasilah, kerja tertunggaklah [kan skang kena ambik hani before 6 kalau tak sejam RM10.00 kena bayar OT cikgu, tu pun sekarang tiap2 bulan mesti kena bayar lebih kurang RM 70 tambahan duit OT cikgu ~bukan boss yang bayarkan...tahan telinga jer kena perli selalu sebab saya balik awal~ kang kalau cakap kena bayar nanti katanya berkira plak..., office hour camana nak duduk mengadap buat kerja, takdenya dapat duduk diam2 dalam bilik tu, ada jer tugasan...takpun ada jer yg dtg masuk bilik saya..sudahnya kerja saya gak tak siap weiiii...kena korbankan weekend~~~ mana nak menjahit nak mengecatlah?] 4. Amal nak kena jaga dan tip top. Mati anytime, hidup belum tentu...ntah apa2lah kan...takde.... gini sebenarnya..saya ni masa belajar dulu [kat u] sangatlah baik budaknya [fakta yg betul yer puan2 dan dua org tuan2], puasa isnin khamis pun tak tinggal [berat 46 kg jer tau~mantain dari masuk sampai keluar u"], aurat ditutup penuh, makan/keluar/berbincang dengan lelaki ~jangan harapler, bercakap dengan lelaki pun tidak kecuali perlu!. TETAPI itu telah jadik kenangan dalam lipatan sejarah dan dalam album2 gambar saya bersama rakan2. Harus diakui saya telah melalui proses tranformasi yang sangat besar, kalau tak kawin dengan pak hj lagi hancusss~~~~~!!!!! SEKARANG? Nak cakap pun tak tauler...kalau zohor tu, terkejar2 saya solat, tu tak lunch tu, kadang bukan sebab kerja pun sebab saya leka, masa rehatlah baru nak belek internet nak baca laman2 web berita~kena ikut ni kan berita kami selalu keluar sekarang, lagi kena tau hal masalah setempat kot2 ada yang kena mengena!, kalau tak kena tanya takleh jawab, malulah...apsal KUS tak tengok berita ker? Sooooo, berangan dan berazam benda yang baik tu kan dapat pahala [bukan sahaja free macam kata blogger2 ni] alaaah kalau berangan benda tak elok pun dosanya tak tercatit lagi tapi taklah dapat pahala...SEKARANG dalam tempoh setahun setengah ni harapnya mampulah saya mengembalikan kegemilangan era saya suatu waktu dahulu...takdelah siang malam bekerja kadang tersentuh sana sini dengan budak2 lelaki ni, tergelak ketawa tak tentu pasal kalau ada penemuan2 18SGX [benda wajib ada dalam hp/lappy org2 yg di 'XXXX' oleh kami~macam gaya dan graphics yg ado]....mengutuk sana mengutuk sini...politik pejabat kan biasalah...saya nak carik gak penyokong...haaaiii kalau KUS kena guling atau ada yg diorang buat belakang kiter saya gak yg susah...so bebudak ni kena dibuat baik...kan org tak suka boss pompuan... Entahlah budak2 saya ni apa pandangan diorang pada saya tak tauler saya dah cuba ambik ati dorang dan sampai korbankan prosip sendiri...sampai tengah2 malam bawa ke pagi selalu saya sorang jer pompuan dicelah2 lelaki2 itu...sedangkan "ohhhhh, saya rasa bersalah kat pak hj okay...tapi demi tugas kuteruskan jua...." Tapi bila belajar nanti ni, dari jabatan saya 4 lelaki saya jer perempuan, dari luar ada 4 perempuan 5 lelaki, harap2nya semua okay, janganlah ada yang sosial sangat saya ni jenis mudah gak terpengaruh....kang terikut2 plak apa diorang buat....harap Allah makbulkan niat saya utk berubah menjadi yang lebih baik...amiiin.. 5. Menanam pokok2 sayur kat rumah + pokok bunga Ni projek ni bukan saya nak buat saya nak umpan mak saya suh duduk sini so minggu depan dia datang saya nak ajak gi nursery dan beli perkakas2 tanam-tanaman ni nak suh dia menanam kat belakang ni, tanam dalam pasu jer. Untuk saya satu teraphy jugak kan...lagipun anak saudara saya lelaki umur 22 tahun akan datang sekali, sebab dia masih cuti semester. kereta ada dua, kasi dia pakai kembara saya bolehler bawak hani dan makwe jalan2 gi nursery tu kalau tak cukup apa2 ker, dan saya bawak keter pak hj gi kerja... saya cadang nak hentikan hani dari sekolah, saya nak ajar sendiri jer, ajak mak saya duduk sama untuk setahun setengah ni, habis master Hani dah masuk darjah satu dah...kalau 6 tahun nak sekolah, kasi sekolah dekat dengan umah boleh mak saya hantarkan... 6. Anda last but nit least....saya nak start buat novel..deraf2 semua dah ada dah dalam kelapa jer pun... Saya ada beli satu buku berkaitan dengan pengalaman penulis2 tersohor kat malaysia ni cara nak memulakan penulisan novel sejak dari 1996 lagi. Masa kat usm saya dah beli buku tu. Asyik dok baca dan belek jer, nak mula tak mula2 jugak. Kira kalau boring study dan menjahit bolehler buat novel. Ataupun amsa cuti semester [yahoooooo] bolehler buat benda2 ni semua. Kalau ikutkan banyak lagi tu...tapi ni jer yang saya nak masukkan dalam list! yerlah saya ni tak pernah duduk rumah lama tau! Lepas habis spm saya terus kerja kilang, lepas STPM pun saya terus kerja, lepas habis u pun 3 hari jer saya rehat kat rumah terus saya kerja kilang lagi sampailah saya tukar kilang lain pastu jadik wartawan takde cuti pun sebelum saya terus sambung kerja kat sini...kira2 ni kalau jadik nilah tempoh paling lama saya rehat dari kerja selain berpantang 60 hari tak kerja 2003 hari tu. Ya...sapa sangka setahun setengah saya akan 'berbulan madu' dengan gembiranya...cuma dalam tempoh tu satu projek paling besar yang saya doa hari2 dalam setiap sujud dan akhir solat saya, ialah untuk Allah kurniakan anak kepada saya, tak kisahlah berapa pun, saya sedia...lepas ni kenalah jugak 'ikat' kaki pak hj tu, kalau kerap sangat keluar lama2 macam ni mana leh buat anak kan?..susah...susah....kebarangkalian tu ade kureng sikit...ikutlah kalau ada rezeki saya harap2nya dapatlah master sekligus dapat anak sekali....AMIIIINNNN Jugak saya rasa bahagia rutin harian saya bebas dari buat benda2 nih; ~tanpa perlu kejar dateline kerja yang dipantau setiap isnin & mengadap boss hari2 ~takyah bermesyuarat setiap hari, pagi dan petang dengan anak2 buah. ~Tak perlu lagi berdepan dengan public yang datang membawa seribu satu masalah utk diselesaikan pastu marah kalau kita kata luar bidang kuasa ~takyah gi court bawak kes [tapi pergi bagi keterangan memang berderet kes menunggu bicara tu] ~Uiiii banyak lagi kegembiraan yang tak tercatat disini....biasalahkan kerja carik masalah, korek masalah, selesaikan masalah..lama2 hidup kita pun dalam masalah jugak sebab asyik jaga tepi dan dalam kain orang jerkan?...seronok memang seronok tapi entah! Dah namanya 'Manusia' ada jerlah yang tak kena.... Ntah2 ambik master ni pun sama, harap2 takler menyesal...kira bolehler baiki apa2 kelemahan2 dulu masa belajar kali ni harapnya bolehler pulunkan...

Sabtu, Jun 21, 2008

Apa perlu dalam poligami? Kajian terhadap pengalaman sendiri

Assalamualaikum w.b.t


CEMBURU

Sifat cemburu wajib pada setiap pasangan baik poligami atau monogamy. Kalau tak ada sifat cemburu maka tidaklah bermakna sesuatu perhubungan itu. Dari cemburulah baru teruji kasih sayang. Hidup tanpa sifat cemburu akan menjadi malar dan statik, kalau cahaya maka kecerahannya adalah samar. Kalau aliran sungai maka alirannya lesu. Kalau kepanasan maka hanya darjah kepanasannya suam-suam kuku. Kalau angin makanya hanyalah tiupan sepoi-sepoi bahasa, begitu juga jika perkahwinan itu diibaratkan umpama telur di hujung tanduk…… Cemburulah pemangkin kepada perhubungan kasih sayang suami isteri. Menjadi lebih hebat dan bersemarak. Itu kalau masing-masing melihat sudut positif, kalau negatif maka akan menjadi sebaliknya pula ~ berantakan lah jawabnya.

Bukan cemburu buta ya! Tapi cemburu yang berasionalisasi. Ada sebabnya, dan ada matlamatnya. Dalam poligami sifat cemburu ini merangsang kepada kita untuk buat yang terbaik. Bersaing secara sihat dan bersih. Berkhidmat kepada suami secara terbuka dan ikhlas. Tanpa selindung. Tidak ada rahsia. Hubungan dengan madu perlulah jelas. Apa peranan yang dia wajar lebih mainkan dan kita pula kenalpasti dimana peranan yang kita wajar tumpukan. Tidaklah bercanggah. Tidak juga ada perebutan. Tidak ada persaingan siapa yang dulu buat itu dan siapa yang terkebelakang buat ini.

Saya? Saya punya rasa cemburu sentiasa dari dulu sampailah kini. Dari cemburu yang tidak terkawal dahulu sehinggalah cemburu dalam kawalan pada masa ini. Sentiasa ada dan saya tahu madu saya juga sentiasa ada menaruh rasa cemburu terhadap saya. Namun kami matang dan bijak menangani perasaan cemburu masing-masing. Hanya suami tahu. Cukup tahu di mana batas yang dia perlu masuk campur. Dimana ruang dia boleh beri nasihat. Tahap cemburu mana dia perlu kawal. Saya cukup percaya dan yakin kemampuan suami menguruskan kami berdua.

Dulu cemburu saya kadang-kadang tidak berasas. Saya cemburu kalau suami jawab panggilan telefon dari madu saya semasa giliran di rumah saya sebab saya cuba tidak akan menelefon suami semasa giliran dia. Saya cemburu kalau suami berjalan ke mana-mana dengan madu saya sedang saya ditinggalkan. Saya juga cemburu kalau suami membeli lauk di rumah madu saya sedang di rumah saya tidak.


TIDAK SUKA BERSAING/ BERLAPANG DADA

Sifat ini sangat2 penting. Kalau kita ada sedikit rasa hendak bersaing pun maka bila2masa sudah tentu benda itu akan menjadi punca pergaduhan yang sedikit pada mulanya tetapi akan membuak dan menjadi nanah peringkat akhirnya. Sentiasa akan wujud syak wsangka dan sentiasa nak lebih dari pasangan madu anda. Kalaulah sifat bersaing ini diterjemahkan ke arah tindakan membaiki kelemahan diri dan persaingan ini berlangsung dalam mode yang sihat, maka para suami yang berpoligamilah yang untung. TETAPI jarang-jarang adanya sifat persaingan yang sihat ini. Selalu persaingan ini akhirnya mendorong enjadi cemburu dan akhirnya perang dingin.

Dalam poligami, harus dan boleh jatuh kepada wajib untuk wujudnya sifat berlapang dada dan tidak suka kepada persaingan. Birakan ajerlah apa yang ada, apa yang dibeli dan apa yang terbaru ada di sana. Buat rak kisah adalah yang terbaik. kalau boleh jangan ambik tau apapun yang berlaku di sana. Melainkanlah suami yang suruh kita ke sana, kalau itu suka suami maka bersabar jerlah.

Saya dah diperingkat poligami 'tegar', suami belilah emas seketul pun pada madu, saya masih boleh bersabar, kau pakailah set penjagaan diri yang tip top punya jenama sampai muka licin, saya masih macam tu jugak...kau bawaklah keter suami ke mana pun, saya tetap boleh sabar. mulut jer bebel, tapi hati saya tak kesah sangat. Bebel tu pun sebagai terapi pada diri dan suami suapay dia sedar kita ni wujud.

Pendekata saya ni tak suka bersaing, be yourself takde nak pikir sangat hal madu, lagi difikir lagi hancur masa depan dan fikiran. 5 tahun pertama ya, sangat2 gila babi saya cemburu, rasa nak bersaing, kalau di sana beli A, saya pun nak A jugak, tapi sekarang takde apa yang memberi nilai pada saya, semuanya biasa melainkan kasih sayang suami dan nikmat rumahtangga yang secebis diberi allah ni.



Kesimpulan

Poligami adalah satu medium menguji kesabaran, kecekalan, ketabahan seorang isteri pada tahap paling tinggi pada permulaannya [phasa l: 1-5 tahun] tetapi menjadi biasa-biasa sahaja selepas melebihi tempoh 5 tahun [phasa ke ll: 6-10 tahun].

Rakaman penghargaan buat suami

Assalamualaikum w.b.t


kena gak buat entry ni...


Kan saya ada kata jumaat minggu lepas hp saya rosak. Pagi tu tak rosak, tapi tertinggal kat umah, pastu tengahari tipu bos kata hp rosak bila dia call off marah2 tanya napa call tak jawab, walhal hp tertinggal kat umah....


Malamnya terus rosak, baterinya terbakar rupanya [sebab charge lama sangat...tu pun baru ku tau setelah dihantar ke kedai], semalam terpaksa beli hp baru. Bukan nak beli lagi pun, kononnnya nak tunggu gaji rabu minggu depan, baru dapat yang canggih sikit...semangatlah kononnya nak statr belajar pakai hp baru yg canggih2...beranganlah dulu, kan katanya berangan tu free [ramai blogger guna istilah ni]


Dah rosak buat diam diri jerlah...bagus gak takdapat orang nak call...tapi khamis tu kena tanya dengan boss lagik....apasala hp saya tak jawab? Haiyaaaaa...saya sudah cakap rosak, takda faham ka?


"kan handphone jer yang rosakkan?, simcard okay lagi,kan?" dia tanya ini macam!~~~ bengang gue...pasal mana duit mau beli hp?


Tiba2...toink!~~~ hari tu 5 hari tak call pak hj sampai selasa pagi2 tu pak hj call pejabat carik bini dia, saya lak mesyuarat panjang. So terpikirlah nak 'meminjam' dari suamiku..mana lagi nak cekau duit kan?


Saya calllah dia, memujuk rayu bermanja sikit [cakap hal2 rindu, miss him so much lah....boring tido malam sorang lah....kira gaya2 orang tak malu...member pun suh sabar2, suh beli tiket bas datang besut~~~ cehh acah jer dia nih, kalau saya datang mau dia terkejut tuh!


Dah selesai part tu, barulah bukak citer takde duit, buat versi kesian, kata gaji lambat lagi....hp lak rosak....boleh tak pinjam duit abang <-- harus cakap pinjam dulu....tapi at the end jadik masuk akaun jer pastu tak bayar pun....hallallan tayyiban...


Gelak besar dia...memang dia kalau dengar bini dia yang 'diwar2kan' gaji besar [atas slip gaji jer yer puan2 dan tuan2 sebelum tolak hutang] banding dengan dia yang tak bekerja tuh, dia akan gelak besar membawa makna perli saya tapi saya takkesah pun...asalkan niat terlaksana!~~~harus tinggi kesabaran dalam hal2 ni yer...


Tapi at the end, dia tanya "500 cukup?" cepat2 jawab, "lebih dari cukup bang, terima kasih, i love u"..takper2 masa ni cakap jer apa2 ambik ati dia, mana tau sebelum gaji duit tak cukup lagi....harus mengadu lagi...lepas tu tak sampai setengah jam, dia call pejabat, " dah..gi tekan duit, abang dah masukkan"


Apa lagi, terus gi kedai hp beli hp, beli yang cikai jer, dah beli masukkan sim card baru call pak hj dan bagitau, "duit abang bagi tadi wa beli hp, bolehkan bang....susah takde hp sampai dah kena marah dah ngan boss..."


Semalam [jumaat] mesyuarat jam 5 petang, siap bawak hp baru lagi tayang2 letak atas meja depan saya, biar bos nampak! Bincang2 lepas tu boss tiba2 tanya, "eh, u punya hp tak elok lagi,kan?"


Waaahhhh....inilah masanya membuktikan "saya yang menurut perintah"
"dah tuan, dah beli baru dah" bangga gitu menjawabnya...


"haaah...nilah saya terharu ni..KUS siap beli hp baru tu..."
Elok dia cakap jer, MACA (malaysia anti corruption academy) call saya bagitau master delay 7 julai...hempeh!!!


Saya keluar bilik mesy masa jawab tu, pastu rupanya dia cakap masa saya keluar tu, "wah..banyak duit kus serta merta beli hp baru..." <--- dia tak tau saya terpaksa mintak belas ihsan suami bagi duit...


Kena bagi kredit kat suami saya yang akhir2 ni banyak buat saya bahagia, bukan sebab duit sebenarnya tapi sebab dia makin faham bini dia ni...agaknya dia pun sedar banyak saya korban dan tolong dia sebelum ni, lagi2 lepas ni saya akan banyak masa dengan dia insyaallah... terpancar kegembiraan dia bila dengar saya nak sambung master ni...

Besar hajat ni...

Assalamualaikum w.b.t

Tak sabar saya nak cuti belajar nih...

Rasanya biar tension mengadap buku dari tension mengadap kerenah manusia...

Tension saya tuh pulak dah tak dapat nak luah kat sini macam dulu...pendam + diamkan jerlah...

Rasanya bila mula jer cuti belajar tu nanti saya akan rasa lega seumpama terlepas batu sebesar gunung yang digalas atas bahu ni...

Dahsyatkan perbandingan tu, tapi ntahlah tulah yang saya rasakan...

Bukan saya jer rasa tau, rata2 orang lain kat pejabat ni pun tumpang 'bahagia' atas kegembiraan saya nak sambung master tu...bukan focusnya pada 'cuti belajar bergaji penuh tu' tapi fokusnya pada "terlepas dari suasana sekarang ni"...

Org No 2 kat off ni kata, "untung besar u salwa, kalau saya tau saya pun mohon..tak kisahlah dah terlebih umur pun..." <-- saya faham, sebab kat pejabat ni yg kena mengadap muka boss no 1 hari2 pagi petang adalah saya dan dia, hal2 pentadbiran dan program2 pencegahan bawah dia, apa2 hal operasi, tangkapan, siasatan bawah saya. Kalau ikutkan saya lebih menerima tekanan dari dia sebab boss saya background operasi + siasatan, rasanya 90% tumpuan dia pada operasi....so saya sentiasa dalam mood 'standby'... Pegawai lain pun ada yang perli2 saya, "hai, orang tu badan jer kat sini, hati dah melayang dah ke UKM..." Ada [orang2 bahagian pentadbiran] yang sedih jugak, "lepas ni takdelah puan kat sini, tak bestlah takde lagi pegawai yang ramah boleh berbual2 dengan kami macam puan ni" <-- saya ni terlebih ramah, best friend saya kat pejabat ni org2 admin....budak2 bawah saya muda2 belia takleh masuk dengan saya...cehhh eksyen saya nih..., walhal diorang tak nak kawan dengan ketua dia nih...takde sapa anak2 buah bawah saya pernah ajak saya makan/minum tau...sombongkan diorang...adalah sebabnya tuh...ntah hormat ntah takut, tak taulerrr...ehhh saya tak garang pun..baik2 sajer... Saya ni jenis tak minum pagi kat luar sebenarnya, satu sebab saya takut bos no 1 carik, saya takde kat pejabat, nanti dia ingat saya selalu keluar, so jalan keluarnya saya memang jarang keluar minum, selalu singgah kedai atau kirim kat orang jer...baikkan saya? Lepas tu, saya nak jimat masa, saya pergi pantry paling dekat dengan saya iaitu pantry yang dah diconvert jadik bilik rehat cleaner pejabat ni [ada 4 org semuanya]. Selalulah saya lepak sambil makan minum pagi kat situ dengan diorang. Kira sayalah peg pompuan yang paling rapat dengan diorang, saya selalu citer2 dengan dioranglah kalau saya ada masalah...diorang ni kakak2 semua dah ada pengalaman....best dorang ni, sebab diorang buatkan saya air jugak...kira cam tetamu gitu...diorang sedihlah bila dengan saya nak cuti belajar, diorang kata, "lepas ni takdelah sapa nak makan minum dengan kami lagi, selama ni puan jer yang rajin borak2 ngan kami, sampai ada yang tak caya yang puan selalu datang sini [bilik diorang rehat] makan2 dengan kami, "eh...takkanlah sanggup puan salwa tu makan ngan kauorang, macam tak caya jer"...tapi kami kata, puan salwa tu okay jer... haha masuk bakul pulak daaah, ehh saya ni suka kawan2 orang2 macam ni, happy jer w.pun gajinya ciput...kerja senang, barang emas diorang banyak tau...saya selalu menempek makan/minum pastu tumpang baca macam2 majalah~mingguan wanitalah, metro memang hari2 diorang beli, MIDI, macam2lah...sedih gak nak tinggal kakak2 ni, nanti nak beli cenderahati untuk diorang...hari2 diorang akan tanya saya dah makan ker belum, laki sendiri pun tak ambik tau tau...diorang prihatin sebab dia tau saya ni selalu lupa makan bila buat kerja, dioranglah yg ingatkan bila nampak saya kehulu kehilir terkejar2...eh tambah sedih plak bila fikir kakak2 ni...

sejarah semalam... pada dua tahun lepas

Assalamualaikum w.b.t

Ini entry saya pada 21 Jun 2006 di blog lama..bila baca teringat pula, masa ni beberapa hari sebelum suami diserang stroke... kejap jer dua tahun dah berlalu...

************************************

Tajuk : Ulangtahun kahwin

Kami ada 2 kali ulangtahun kawin pada setiap tahun, satu pada 2 jun dan satu lagi yang rasmi pada 30 Disember, maksudnya kalau terlepas 2 jun, bolehlah raikan pada 30 Disember. Biasanya memang kami akan melancong ke mana-mana sepanjang tempoh 5 tahun kawin ni.

Tahun 1: Kelantan & Trengganu & selatan Thailand (masa ni takde anak lagi)

Tahun 2: Pulau Kapas, Trengganu (dah mengandung sebulan dah)

Tahun 3:Cameroon Highland (bawa anak masa ni)

Tahun 4:Kuching, Sarawak

Tahun 5:Langkawi & Padang Besar

Tahun 6: Kota Kinabalu & Labuan (suami cadangkan)


Hari akhir kursus saya di Penang pada 2 Jun adalah u.tahun kahwin ke 5. Kebetulan saya bersama-sama dengan kawan dari Sarawak dan Labuan, cerita punya cerita termasuklah topik hal keluarga, saya pun entah macamana teringatkan hari 2 jun tu u.tahun kawin kami. 2 kawan tu macam terperanjat tengok saya baru teringatkan u.tahun kawin, dia kata;


"suami tak ucap ke atau call ke?" kawan lelaki dari Labuan tu tanya


"Tak, dah biasa dah, hari tu 10 Mei masa kita kursus kat KL tu harijadi saya, dia tak wish apa-apa pun, walhal saya dah mesej perli2 dia kata tak ingat bini ke?, dia tak balas pun sampai hari ni", kata saya lagi


"Kalau saya, dah teruk kena marah dah, hari jadi dia pun mesti saya belikan hadiah" sambung kawan lelaki dari Sarawak tu pulak.


Hai ... untungnya bini-bininya....fikir saya dalam hati

Maka masa kat Bayan Lepas Airport tunggu flight, saya pun teringatlah nak call suami nak test-test tanya kot-kot dia ingat ke;


"Abang ingat tak hari ni hari apa?" teruja saya bertanya

"Entah, esok taulah, hari jadi Agong" dia balas dalam nada lawak pulak


"Memang wa dah agak dah, abang takkan ingat punya, kalau bini lain dah teruk abang kena belangkung, nasib baik memang saya tak letakkan harapan tinggi menggunung, kalau tak jatuh terjelepuk", saya jawab dalam nada lawak tapi penuh makna


"Hari ni kan u.tahun kawin kita bang, dah 5 tahun dah kejap jer rasanya,kan?...."
saya bagitau dia bersungguh2

"Oh iye ker?" tanpa rasa bersalah sikitpun"

"Bang, cadang nak ajak abang gi jalan-jalanlah weekend ni?" teruja lagi saya nih..
"Tensionlah dengar nak kena tukar HQ ni..."

Ni pulak perbualan pasal topik destinasi nak pergi tuu...

"Bila nak pergi" suami tanya

"Bertolak malam nilah" confident jer jawab

"Betul ke ni?" terkejut gak member sebab saya kat Penang lagi


"alaaah, kalau plan betul-betul mesti tak jadi punya", bagus punya idea,kan?

"Nak pergi mana?" member pun teruja jugak

"Suka ati abanglah. [fikir jap]... abang, kalau langkawi boleh tak?"


"Jauh sangatlah.... Pulau Tioman nak?" dia jawab...

"Boleh jugak, tak pernah pergi lagi..." saya tambah teruja tuh

"Ok abg booking hotel @ resort kalau ada eh?" ceh confirm...kira badan dah takde kat penang dah...melayang ntah mana


"Ok, kalau takde mana tempat lagi eh bang, cameron dengan genting taknaklah, dah biasa, abg try tanya Sri Intan Bukit Fraser eh, K. Nor kata ada bunga tulip kat sana..."

"Ok, assalamualaikum." wah tak sabar member nak booking hotel


Sampai KLIA driver jabatan dah tunggu, terus ke seremban dan minta driver bawa ke BSN nak kluarkan duit nak bayar S&P kat pej lawyer. sampai rumah suami dah tunggu letak beg terus gi pejabat lawyer. Dekat Maghrib ambil anak di rumah pengasuh dan bawa balik rumah dan siap-siap pack barang, suami kata Langkawi ada apartment Sri Intan kosong satu unit, so suami cadang bawa anak nya (anak tiri saya, Iza) umur 20 tahun untuk pergi sama, saua kata ok jer, boleh juga dia tengokkan adik dia ni. Lpas isyak terus bertolak dan sampai pekan kuah jam 6.00 pagi, solat subuh dan sarapan dan beli tiket dapat jam 8.30 am.


"Apasal ramai sangat orang ni?" tanya anak tiri

"Cuti sekolahlah, lagipun skang orang Malaysia semua dah pandai cuti-cuti Malaysia" saya jawab plak...


Dalam feri punyalah haru Hani menangis bagai nak rak tak pandang kiri kanan, nak susu...nak susu... air pulak dah sejuk, isi dari rumah malam tadi, lupa pulak nak masukkan air panas masa minum kat kedai tadi... maka menangislah dia.

Perjalanan yang kusangka kurang dari setengah jam tu rupa-rupanya jadi dekat-dekat 2 jam juga... bangsa Maaysia memang muhibbah dalam anak menganis tu cina-cina yang majoriti dalam feri tu ada yang offer beri duduk tepi tingkap, yang bagi makanan ringan pulak

kiri kanan, last-last habis buka baju, tinggal seluar je... memang panas pun dalam feri tu.


Lantaklah orang nak pandang... sampai-sampai kereta yang dibooking suami lebih awal via phone tak sampai-sampai juga, maka menunggulah suami mencari kereta sewa lain, anak pulak buat hal lagi, bawa ke KFC, w.pun kata 10.00am buka, tapi jam 10.30 dah tapi pekerja masih dok mop lantai ... geramnya, dengan melambai dia ke pintu saya tunjuk gantungan tulisan "masa dibuka" kat adik tu, dia senyum dan kata kejap lagi.. anak dan nangis2 ni nak "k ep chi" .

Kejap je suami call kata keta dah ada, berkejarlah juga beli KFC dan pergi ambil beg yang anak tiri tunggu terus bawa ke kereta kancil biru. dari tempahan Hyundai jadi kancil je, syukurlah ada juga keta dan jimat kos minyaknya. Sampai Sri Intan 12.30 t.hari receptionist kata penghuni tu tak check out lagi. So kami cari makan dulu dan melihat-lihat pantai dan aktiviti mt dan minah saleh yang menjemur diri kat tepi pantai... ya allah tahannya diorang dengan cuaca panas.


Lepas check in, petang tu juga kami gi Underwater World semata-mata nak tunjukkan hani pingu yang sebanar, dah masuk tak nak keluar pulak, sampai dalam kereta, akmi yang dewasa ni bergilir-gilir 3 orang patah balik pasal dia ajak masuk balik, tapi tak puas-puas juga, lama-lama ayahnya mengamuk pasal perut pun dah lapar dan kaki pun dah penat. kami makan kat satu kedai laksa, hani mengamuk tak nak keluar kete, nak duduk dlm kereta, saya paksa bawa ke ekdai dan dia duduk atas simen, last-last ayah korban makan cepat2 duduk dalam kereta sama dia.

Saya pulak hati dahlah panas perangai naka, tergigitlah pulak cili padi, mak ooi pedas giler.... 2 mug air jus orange tak hilang pedas dia... balik tu pulak, kami mandi di swimming pool, mujur ada anak tiri jaga dia, pasal saya phobia denga air banyak-banyak ni... malam sekali lagi keluar pergi shopping Kompleks dia, apa ntah namanya, hani buat hal lagi! dia tido plk taknak bangun, kenalah dukung, cari punya cari rupanya kat sini tak ada kereta sorong isi barang-barang ni.. ayah dah penat kata nak rehat dalam kereta, maka bergilirlah dukung dengan naak tiri, punyalah seksa nak membeli.

Last-last dapat idea bawa dia kat seksyen mainan dia pu celiklah mata, suruh kaka dia layan saya pun pilih-punya pilih dapatlah belikan anak baju dekat RM 200 semuanya yang majoritinya diskaun 70%, Puas hati. Untuk ibu dan ayah satupun tak beli.


Esoknya, jam 12.00 t.hari kami dah ada dalam feri semula dan bila sampai Pekan Kuah, suami beri pilihan nak pergi Pekan Rabu Alor Star atau nak gi Padang Besar, kami dua-dua nak gi Padang Besar. Lepas saya dan Iza shopping kat Pandang Besar, suami duduk dalam keta jer jaga Hani tido lagi... kami pun bertolak balik, sampai Seremban jam 4.00 pagi. 7.45 seperti biasa masuk pejabat...

*****************************************

Tu semua citer dua tahun lalu..semuanya kenangan ajer sebab sekarang duk umah jerlah..pak haji dah OKU, tapi dia ada hati gak nak ajak gi KK projek tertangguh..tengoklah nanti, Hani dah besar sikit boleh tolong angkut barang2 sorang mana larat weyyyyyy...bengkok pinggang!

4 - 8 Ogos ni, konvensyen pendakwaan dibuat di Hotel Promenade Kota Kinabalu, saya dijemput dah sampai pun suratnya, tapi sayang saya dah cuti belajar masa ni..., masa konvensyen tahun lepas kat kelantan siap dah janji2 dah dengan geng2 pegawai pendakwa pompuan (adalah kami 4 orang, tak masuk DPP punya geng ni)nak jalan2 kat KK[kan ker masa ni laki masing2 takleh bawak...sebab sapa nak bayar tiket flightnya, lainler bayar sendiri. Sebenarnya hotel ni saya dah pernah pergi dah...dulu pernah menyiasat ke Kota Kinabalu seminggu di sana, tapi takdelah jalan2, buat kerja jer dari matahari terbit sampai tenggelam dok kat hotel ni bukannya duk rehat2 tapi dok menyiasat dan rekod statement... sedih tul masa tu, setakat dapat jalan2 kat pasar Filipina jer...siap kerja terus booking tiket balik...

Jumaat, Jun 20, 2008

tangguh lagi~!!!

Assalamualaikum w.b.t

Sambung belajar tangguh ke 7.7.08.

Ada 2 minggu lagi kerja...

Ingat dah boleh lepak2 dah mengadap buku plak...

Cehh...kena kerja lagilah pulak...

Tadi beli hp baru...

Cikai jer...

RM320..Nokia 2630...murah sgt

Ada kamera, ada radio, ada mms..cukupler tu...

Zaman ekonomi meleset ni, berjimat2lah...

Selasa, Jun 17, 2008

Hari bapa yer?

Assalamualaikum w.b.t

Bila baca blog sana sini sumer citer hal bapa.

25 mei lepas genap setahun abah menyahut panggilan ilahi.

Masuk sempadan melak jer sure sedih dan sayu teringat abah

Tak banyak kenangan manis dengan abah

Banyak kenangan menakutkan dengan abah masa kecik2

Sebab abah tegas

Garang

Takde tolak ansur

Hitam kata dia hitamlah

Putih kata dia putihlah

Takde anak yg berani bercakap secra terus [langsung] dengan dia

Mesti melalui perantara ~ MAK

Abah very typical bapak dulu2

takde gelak2, ketawa, cakap2 marapu dengan dia

Kalau dia marah [atas sebab anak2] maka...

TV tak akan dibuka pada hari berkenaan

Semua anak2 samaada duduk dalam bilik atau tak jenguk muka depan dia

Rumah sunyi dan sepi umpama takde orang

Kalau makan, takde sapa berani makan dengan abah + mak

Kecuali saya itupun sampai darjah 6 jer

Lepas tu, lebih abah makan baru kami adik beradik makan...

Abah tak suka makan sepah2

Abah tak suka makan cubit lauk sana ambik lauk sini

Abah nak makan bersistem... mana2 anak kena marah terus tak makan dengan abah lagi {itu mula ceritanya]

Abah pernah halau abang sulung

Abah pernah halau abang ke 3

Dua2 anak lelaki abah pernah lari dari rumah

Sampai sekarang abang sulung tak balik2 rumah mak...[merajuk dari 1986 lagi...]

Hingga akhir nyawa, Abah kesal saya tau

Abang sulung tetap tak mau balik bila abah meninggal tahun lepas

Saya cukup kesal..apa daya saya???

Dua2 anak perempuan abah ikut kata abah dalam hal jodoh

Dua2 suami mereka pilihan abah

Hanya saya yang tidak masuk 'perangkap' abah

Pendekkata abah kuasa veto

Apapun abah baik hati

Takde abah kat keliling rumah kg tu bawak isteri melancong dlm tahun 80 an/90 an

Abah bawak mak

Pergi Danau Toba, pergi medan, pergi bangkok

Abah kerja di Arab Saudi dulu...lama abah tinggalkan kami membesar dengan mak ajer

Dulu2, kalau abah marah, tali pingganglah jawapannya

Abah ikat abang pada pokok rambai

Abah pukul dengan tali pinggang sekuat hati...

Itu sebab abah sangat2 marah

Mak tak sampai hati tengok anak sulung kena belasah

Mak halang abah mak lindung tubuh anak sulung mak

Akhirnya mak yang kena belasah dengan tali pinggang

Sebelum abah berhenti kemudiannya

Korang ada abah macam tu ker?

Sungguh pengalaman ada abah macam tu...

Abah pernah mengamuk kasut but kulit abah kena lapah

Abah marah kami 5 beradik

Masa tu kami lima2 tak ke sekolah

sebab semua tak berani keluar bilik...

Bukan kamu yang buat

Budak nakal kampung lapah buat lastik

Tapi kami takut abah kami diam ajer

Esok kami kena rotan dengan guru disiplin..berderet kami adik beradik dlm bilik guru tu...

Banyak citer hal abah...

Abah tetap dihati

Alfatihah buat abah...

Moga tenang di sana

Walaupun keciwa kerenah anak sulung dibawa sampai 'ke sana'

Paling sedih [air mata saya menitik ni...]sebelum abah di bawa ke hsopital

Berkali2 abah bagitau mak...

"dak siti [sayalah tu] dah sampai tu..."

Mak kata, "tak, dak siti belum balik lagi...esok baru dia balik..."

dahhhh...saya tak sanggup cerita lagi...

Nota : saya pilih suami yang berusia [beza 18 tahun dgn saya], yang penyayang dengan anak2, yang lembut bila bercakap, yang bermuzakarah dengan anak isteri, yang itu yang ini...sebab itu bukan salah saya, saya hanya cari watak lelaki yang sebelum ini tidak ada dalam hidup saya...tak apa walaupun dia suami orang...bila fikirkan ini saya puas dengan keputusan saya!

Isnin, Jun 16, 2008

Dua tahun sebelum 60

Assalamualaikum w.b.t

Tak boleh bayangkanlah dua tahun lagi nak masuk 60 tahun saya masih lagi ke pejabat...

Mesti masa tu dah berkedut muka, otot2 dah menggeleber...

Ntah2 jalan pun dah agak bongkok...

Masa tu tak taulah dah menjanda agaknya...

Ntah2 dah 'jalan'...

Tapi hari ni terpaksa jugak buat pilihan opsyen..

Bersara umur 58 tahun....

Waaahhh...lagi 24 tahun lagi saya kena service...

Larat ke ni...

Macam2 diorang momokkan bila saya pilih nak kekal opsyen 56...

Ada yg kata nanti mana tau naik pangkat ke JUSA {alamak..iyer ker ni...] dua tahun tu sempat naik setakuk lagi...nanti menyesal plak..

Ada yg kata, kalau tak jadik bila sampai masa nanti mohon jerlah 56, tapi isunya kalau dah pilih 56, nanti takleh dah nak tukar ke 58...

Ada yg kata, opsyen awal pun kalau pilih 58 tetap kita hanya akan dapat pencen umur 58 jugak...masa ni beruban lah tunggu nak makan duit pencen...


Akhirnya dalam terpaksa tu pilih lah jugak 58 ...

Dalam hati rasa2nya 40 tahun dah nak opsyen..tapi nak bisnes apa?

Dalam kepala ni terasa nak buat macam2..tapi dah jabatn hantar belajar ni terikat kena kerja dengan jabatan yer tak?

Apapun...kalau citer kat pak hj atau tanya dia, dah tau dah jawapan dia...opsyen apanya...mesti dia kata "benda yg dah pasti tu buat persediaan"...apa dia??? tau tak?

Akhir kata, macam selalu pak hj cakap...."Hidup itu sementara, mati itu pasti..nikmat syurga itu benar, azab neraka itu juga benar....buatlah persedian utk itu, takde opsyen lain...

Iklan saya menyampah

Assalamualaikum w.b.t

Lama dah terpikir nak tulis ni..

Iklan potato chips tu..

Yg semua orang larik terjun kolam bila nampak pemuda tu bagi ikan kentang tu

Lepas terjun tu semua mulut nganga macam ikan...lapar sangat kentang lah kononnnya tuh!...

Eii geli betul saya iklan tu...

bukannya teruja nak makan kentang...

Tak patut bandingkan orang dengan ikan..

perbandingan /analogy yg melampau...

agaknya tu mesej yg nak disampaikan oleh pengiklan tu. ...

Nak tunjuk hebat produk tu lah..tapi tak suka arrr....over

ada lagi iklan [banyak sebenarnya] yg saya geram jer tengok...tp lupa lak !

Padahnya menipu...

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat lepas boss cuti, boss no.2 pulak ke kursus. Sayalah jadik boss,kan?

Walaupun biasa saya yg mengemudi pejabat tapi agak berbeza bebanannya kalau ada kes apatah lagi ada yg dok dalam tirai besi tu.

Hari tu pulak nak jadik cerita hp tertinggal kat rumah sebab bergegas nak hantar awal baju Hani ke sekolah [kan Hani tida kat sekolah malam sebelumnya]

Tengahari tu rehat panjang tu, saya berborak dengan kawan kepada kawan dipejabat ni, kebetulan dia datang ke pejabat. Punyalah syok sebab saya ni kan jarang bergaul + bersosial dengan orang2 luar dari pejabat ni..mana ada masa! isu ibu2 dan isu2 rumahtangga, kan best tajuk tu...

Sementelah pulak jumaat, rehat lah kejap. Rupanya operator tak tau saya dok berborak kat satu bilik tu...dia ingat saya balik / keluar...

Rupanya berkali2 dalam tempoh rehat [saya kat bilik kawan tu] boss call carik saya.

Sebenarnya dah agak dah boss akan call tapi sebab hp tertinggal maka buat tak tau jerlah dan malas nak turun kat receptionist tu, bukan senang dapat peluang berborak...release tension kejap...

2.30 tu saya start pulun kerja balik, cam biasa ada kes mana saya duk diam lam bilik, bilik saya macam transit jer. pastu ke sana-kesinilah saya, sampai boss call banyak kali diorang takleh kesan saya.

Bila diorang dapat carik saya call boss dia pulak tak jawab hp dia. Kira dekat 4/5 kali camtu...dia call saya takde, saya call balik dia oulak tak jawab.

Kira sampai meroyanlah dia carik saya....hahahaaaaa...gitu punay teruk pun ada...kelakar plak rasanya...

Akhirnya dalam tak sampai setengah jam, dapatlah jugak kami bercakap, dia call office semula...

"salwa, mana awak ni, kerja ke tak nih? {power punya ayat tuuuuu...}]

"dah empatploh kali saya call awak, tak dapat "

"Hp saya rosak tuan..." [ni jer terpikir nak jawab...kalau cakap tertinggal kang ditanya napa tak balik ambik]

"Eh..hp awak kan baru beli? [kesitu pulak tanyanya]

"eh..mana ada tuan, dah dua tahun dah" [betul...dua tahun dah pakai hp ni]

pastu baru kami citer hal kerja....gitu gini...mujur semua planning dah ada dlm kepala dah...cakap jer..dan dia setuju....

Dahsyat tak? Ada lagi ayat power berdas-das kena...malas nak citer...ni ringkasannya ajer...hanya hp punya pasal....

Kerja macam ni kena siap sedia mental/fizikal...hp selalu jadik masalah...

Balik malam tu, tengok2 hp betul2 rosak...asalnya tak rosak masa tinggal pagi tu [sempat bercakap lagi dengan sorang pegawai sebab sepupu dia meninggal dia minta cuti kecemasan] tapi lepas saya cakap dengan boss hp rosak betul2 jadik rosak..daulat kot...lagipun masin mulut saya hari2 jumaat tu..

Senang gak hati saya takdak hp...tapi lepas tu pun kena carik gak..sabtu ahad tu... tu pasal dua2 hari tu cepat2 saya gi pejabat takut ada yang datang rumah carik plak...

So dari sabtu sampailah hari ni saya takde hp, takde sapa boleh call/hubungi saya lepas waktu pejabat..lantakler kan...

Takde pitih nak beli hp baru..sungguh kasihan, kalau ada pun kena simpan sebagai persiapan nak belajar, kos berulang bukannya sedikit. Dah 3 hari jugak tak call pak hj...

Selamat lah kot dia kat besut tu...insyaallah allah pelihara dia. Kami yg susah kat sini...malas nak mengadu dengan ayah..budget banyak betul lari bulan ni...ni 20 hb nak kena renew road tax...rebat tunai plak hanya boleh dituntut 1 julai kan sebab saya renew 20 jun ni?

dari naik harga minyak hari tu, hari nilah saya baru isi minyak, tu pun pada kereta ayah dulu, isi RM50 hanya dapat 18.5 liter jer...kurang dari separuh jer kat meter tu...

Ahad, Jun 15, 2008

Kali pertama dlm paksa

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama Hani merayu2 pada saya nak menonton wayang.

Sejak Dewi ada rasanya idea dia nak ke panggung wayang ni timbul.

Mungkin bila tengok iklan di TV, dia tanya pada Dewi kot apa wayang tu, sebab saya sendiri tak pernah cerita hal wayang.

Ajakan dia dulu berjaya ditepis, tambahan ayah memang tak benarkan.

Hal nak ke wayang tu selesai bila ayah pujuk2 beli CD jer, so senyap jer lah hajat dia nak ke wayang tu.
al
Tapi sejak Kungfu Panda ni heboh di TV, dan lagi pulak Hani dapat surat kelab McD ada gambar2 Kungfu Panda maka berkobar2lah dia ajak2 ke wayang nih.

Dah seminggu dua dah benda ni, merengek2 bertukar jadik menangis, tu tak masuk kata2 pujukan, rayuan.."pleaseeee...." lama2 jemu + fed up + malas nak layan!

Tapi weekend ni kira dah puas pujuk dah, dan dia pun ada tanya saya hari tu hal nak tengok wayang dan saya diam jer, dan dia buat kesimpulan saya setuju kot!

Khamis hari tu saya tak ambik dia, dia kena tido kat sekolah dengan cikgu, jumaat pagi tu sedihlah dia bila saya hantar baju sekolah dan baju utk hari tu, pesan macam2 suh dtg ambik cepat petang tu...

Dah banyak kali dah Hani kena tido dengan Cikgu sebab apa pilihan yang saya ada kalau balik pejabat 2/3 pagi..takkan nak kejut dia pulak? Baik biar dia tido dan saya bayar kat cikgu RM 30 semalam...

Hari sabtu sampai malam dan tadi sampai tengahari pun masih dipejabat. Dua hari dia habiskan masa kat office, kesian pulak saya tengok dia.

Habis budak2 pejabat dikacaunya dan dia pulak dikacau budak2 pejabat, ramai yg menyakat....sebab diakan pandai cakap...jemu bercakap dia main game pulak! Ramai dayang2 tukang layan....maklumler dari dalam perut asyik duk kat pejabat jer kerjanya...sampai sekarang dia pun pandai dah sebut OC [pengarah saya lah tu], pandai sebut OKT [org kena tangkap], lokap...hahahaaa sian Hani...

Takper..takper seminggu jer lagi yer sayang....

Balik citer wayang tadi. Dalam jam 12.30 tu selesai kerja, saya pun bawaklah dia ke Jusco. sepanjang2 dalam keter tu nangis sebab nak suh buka sun roof keter ayah, kan ker panas tengahari terik2 tu dia nak jemur muka dia plak, bila tak benarkan dia bantai menangis sampai dalam JJ.

Tengok2 tiket sumer habis malam jer yg ada....tapi atas daya menyiasat saya yg tinggi plus kesabaran dan pujukan kat adik di kaunter tu dapat gak satu tiket 1.45 ptg, Hani kena duk atas pangkulah...sebab dah malas nak balik, nak jalan2 pun malas, parking pulak susah nak mampus...

Bagi saya kali ke 3 tgk wayang, yg pertama masa darjah 3 sekeluarga citer (esok utk siapa), kali ke 2 tahun 2000 dengan kawan sebab dia pujuk sangat2 takde kawan tengok citer kungfu yg Michelle Yeoh berlakon kot maka saya temankan jugak (citer hidden dragon bla....)dan ini kali ketiga, bagi hani kali pertama.

Malas nak komenlah...saya tak suka tengok wayanglah...boring sebab ramai yang gelak, pastu sound terlalu kuat, duduk rapat sgt dengan kerusi sebelah...hani plak takut amsa iklan2 sebelum tu ada citer will smith yg baru banyak gaduh and action pastu meletup dengan api2 sumer..Hani takut sebab dia kata "kakak takut macam api tu nak terkeluar jer..."

Tu jer..citer kami yg pertama kali tengok wayang...takde apa yg berlaku, mujur jugakkan? Bukan apa, sebab tak dapat izin ayah, memang dia marah kalau tau ni, w.pun bukan ada apa yg berlaku dlm panggung tu, tapi budak2 bercouple banyaklah tak terbilang2, pastu pakaian budak2 muda toksah cakaplah...macam takde 'kemaluan' jer......Hani plak tengok macam tu macam2lah pulak dia komen...dia masuk wayang siap dengan tudung2 nya...hahahaaa tak tanggal tudung tu...

Sedih pun ada juga..

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya saya ragu2 juga nak tinggalakan suasana yg saya tempuh sejak 2002

Saya sudah merasa yang dunia saya di sini

Saya dah mula jatuh cinta pada anak buah dan suasana kerja kami

Team yang ada ni sudah cukup baik saya rasa

Kalau di negeri lain saya rasa berbeza

Di sini saya bagi arahan dan sapa2 boleh persoal dan kita tambah baik

Katalah saya punya idea atau arahan xsesuai, sapa2 boleh bagi idea

Semua saya terima, semua saya anggap sama jer dengan saya...

***************************

Sebenarnya ada 3 ketua unit yg dibawah saya

Yang layak ambil alih tugas saya

Yang pertama si A [nama samaran]

Orangnya senior

Kalau ditanya hal undang, semua hujung jari

Kalau ditanya pasal siasatan, semua ada dalam kepala

Juga kalau diminta bantuan buat planning apa2 kes anytime dia boleh bagi

Cuma...

Dia ada lelah

Dia selalu terlibat bicara luar kawasan

Dia juga kerap cuti

Dia juga orang Kelate yang totok

Pekat lenggok bahasanya, kalau tak betul2 dengan pasti tak faham

Nak bagi arahan ada lemah sikit..sebab banyak gelak + cakap tak berapa clear

Tapi dia boleh saya tau!

Boss besar pun dah cakap dia akan ambik alih peranan saya

Yang kedua si B

Orangnya garang dan cakapnya kasar

Mana2 orang yg degil tak mengaku or tak bagi kerjasama

Serah ajer pada dia, cepat jer mereka akan mengalah

Tapi mulut dia juga selalu menyebabkan orang tak suka

Saksi dilayan seumpama orang salah

Pandai pula memb*dek, dimana ada boss disitu ada dia

Cara memberi arahan tak berhikmah

Kalau nak bagi briefing tu kira boleh blahlah..mesti akhir dengan bertekak


Ramai plak tak suka dia sebab dia gila kuasa (?)


Yang ke 3 si C

Yang dia ni bolehler kata tak sampai piawai SIriM

Macamana boleh naik pangkat katanya (ramai yg tertanya2 katanya)

Ada saja urusan anak...maklumler anak kecik2 lima

Kalau bagi briefing atau arahan nescaya ramai tak suan ggup dengar kot...takut tak ada isis dan menjadi



#######################

Itulah ceritanya, saya dah takde nanti pandailah kan....sapa2 yyg ada tu ambik alihlah....ok ker tak ker apa saya nak susah hati...

Bila tiada baru terasa?

Assalamualaikum w.b.t


Saya tak sabar tau!

Tak sabar nak tunggu apa berlaku bila saya tiada...

Baru ada yang teringat-ingat

Baru akan ada yang hargai apa saya buat

Baru sedar yang susah sebenarnya duduk di kerusi saya

Yang mengarah pun akan tau langit tinggi rendah

Yang diarah akan terasa kehilangan saya agaknya...

Saya rasa tentu keadaannya akan sedikit hambar

Takde gelak ketawa yang biasa diselang seli masa saya bagi briefing

Takde orang yang nak dirujuk dan sentiasa ada ...baik pd weekday malam, siang weekend saya sentiasa ada...

Masa tu barulah amsing2 terasa

Ohh..susah yer KUS takde...

Masa ni saya dah bersukaria dah...

lepas dari sengsara

tengaj bersukaria...

Pandai2lah yer, saya rasa semua akan okay,

Mula2 jer tak biasa...

Sabtu, Jun 14, 2008

Perkara tertangguh

Assalamualaikum w.b.t


Ada benda saya tak buat lagi sebelum sambung belajar ni.

Medical check up tak buat lagi.

Persediaan mental pun tak buat lagi.

Kerja-kerja tertangguh pun tak selesai.

Keseluruhan masa dan fikiran masih dalam suasana kerja

Bukan tak nak buat persiapan

Tapi suasana macam takde sapa yang ingatkan saya ni kena cuit belajar

Dah dekat sangat dah ni

Tapi semua pun macam biasa..

takde luar biasa...


Heheheeeee

Jumaat, Jun 13, 2008

Dilemma 2

Assalamualaikum w.b.t

Bagi tempoh setahun setengah ini saya tak pasti lagi bagaiman kedudukan kewangan saya nanti.

Belajar di KL, duduk di Seremban, pastinya kena keluar kos petrol kalau saya berulang.

Kalau tinggal menyewa disana, kena keluar kos sewa, walhal rumah di sini kena bayar juga.

Kena juga difikirkan ayah dan hani kalau saya sewa bilik di KL nanti.

Adakah perlu rumah di sini di sewakan biliknya utk saya menampung kos berulang?

Tambahan pula, elaun siasatan {RM 400/per month} akan dipotong bagi tempoh belajar ini kerana saya takkan buat kerja menyiasat so tak layak dapat elaun ni.

Ada maklumat juga katanya elaun keraian saya {RM 400/per month} juga akan dipotong sebab takde nak raikan sapa2 dah sebab tak buat tigas rasmi lagi.

Kalau dah RM 800 sebulan ditolak, banyak perkara dan perbelanjaan terjejas tu. RM800 macam2 boleh dibuat.

Setakat ni walaupun cuti belajar saya ni bergaji penuh, dan dapat elaun belajar, tapi tak taulah berapa jumlahnya.

Kalau diberi elaun RM 1,000 sebulan maknanya hanya ada perbezaan RM 200 jer dengan income sekarang. Tak lepas pun duit berulang dan duit nak beli buku + makan.

Apatah lagi nak membayar orang gaji. Baik balance gaji saya yang ada tu saya buat saving lagi. Saya harap elaun belajar ini bukan RM 1,000, haraplah ianya lebih lagi....mujur juga elaun cola dan perumahan masih boleh diperolehi...

Dilemma

Assalamualaikum w.b.t

Menjelang 24 Jun ni saya begitu dilemma mana hendak diletakkan Hani?

Ada idea tak?

Ikut ayah, takde cadangan atau pilihan lain, semua dah boleh agakkan?

Macam biasa, ayah awal2 dah bagitau Kak Aza nak suruh kak Aza jaga Hani walaupun saya takde cakap apapun. Hani akan sambung sekolah PASTI...

Mak saya kat kampung pun dah bagi green light nak duduk dengan saya sementara waktu [1 @ 2 minggu jerlah], lepas tu dia ada offer pada saya nak jaga hani, bawa dia balik kampung sekolah tadika perpaduan jer.

Tapi saya dah jangka yang Hani takkan mau duduk di kampung. Tau jerlahkan, kat kampung kurang selesa banding di rumah sendiri...terutama mak saya duduk bersama seorang abang di rumah tu [tu pun malam baru balik] hani memang boring.

Ayah pun takkan benarkan anak gadis dia tu duduk di kampung, tak terjaga katanya. Ayah bukan suka kalau Hani main2 pasir, panjat2 pokok..dia tak suka kotor2 anak dia tu.

Bagi saya tak kisah, lagi dia meneroka alam lagi dia cepat pandai dan banyak pengalaman. Kalau kat kampung tu dari pagi to petang duduk diluar rumah jer...kalau di rumah duduk di dalam depan tv dan depan pc main game jerlah...

Kalau disuruh hani pilih antara duduk di PD dengan duduk di kampung dia akan pilih duduk di PD.

Dikampung pun dia suka, tapi sebab saya takde tu yang dia ralat sikit tu...

Ayah kata, lepas sebulan dua sebelum kak aza bersalin [sekarang kak aza masuk 6 bulan]nak ambil orang gaji.

Tu saya tak berapa setuju sebab agak membazir, Hani hampir sudah mampu mengurus diri sendiri, ada orang gaji merupakan pembaziran.

Memandangkan ayah ada pun berselang, 3 malam jer seminggu, takde kerja yang khusus untuk orang gaji, buang duit saya juga sebab saya yang akan bayar gajinya.

Saya rasa saya takkan mampu berbelanja ikut suka hati kalau terpaksa keluar kos bayar orang gaji berserta pakej yang akan hadir bersama kehadiran orang gaji nih.

Ini kiraan perbelanjaan bulanan saya yang tetap setiap bulan {termasuk saving};

~Rumah : RM 890
~Hani : RM 500 {termasuk OT kerana ambil lambat & tido dgn cikgu}
~Kereta : RM 500
~Tabung haji : RM 400 {saya, mak dan Hani}
~ASB : RM 160 {sebulan}
~Streamyx : RM 45
~Personal loan : RM 400
~Cukai pendapatan: RM 60 {purata sebulan}

Kat situ jer dah berapa,kan? Banyak tak masuk lagi tu,kan? Hutang piutang dan tanggungan lain sedia ada....Apa yg tak masuk tu? Ni dia...;

~bagi cash kat mak bulan2
~bayar bil api/air
~cukai tanah/pintu {setiap 6 bulan- 20 Jun ni plak road tax/insuran KO}
~Duit minyak kereta
~Bil telefon rumah dan handphone {mujur bil rumah RM 2/permonth sebab ada OKU}
~Belanja dapur tetap - sabun, beras, gas, minyak, dll
~belanja dapur basah - sekurang2nya seminggu sekali
~duit susu Hani
~beli penapis air {air paip terlalu kuning di sini - ada baki hutang RM 600 lagi}
~makan hari2
~belanja Hani {pasar malam, ke 7-11 yg dia suka sgt pergi tiap2 minggu}tak?

Heyyyy....saya sorang belanja semua ni tau! Bengkok jugak kalau difikirkan... mujur jugak saya tak gunakan dah kad kredit, sekadar simpan jer kad2 tu utk kecemasan, pak hj larang sama sekali, isi minyak pun pakai debit card maybank. Semua saya bayar secara cash, ada duit belanja takde duit diam2 jer kat rumah...

Tu tak masuk lagi, lepas gaji sure makan besar dengan hani pastu dengan ayah, pastu keluar makan dengan mana2 staff kat office ni kenalah saya yang bayar {takkan nak bagi orang yg bawah dr kita bayar sendiri plak kan....biasalah ni...pastu nak kena beli baju Hani yerlah budak tengah membesar, ada jer baju yg singkat dan senteng, baju sendiri pun nak jugak w.pun takdelah sebulan sekali...sesekali teringin jugak beli benda merepek utk diri sendiri, utk rumah ataupuj utk Hani, yer tak?

Rabu, Jun 11, 2008

Boringnya...

Assalamualaikum w.b.t

Kalau ayah keluar 40 hari memang boring!


Walhal ayah bukan main peranan besar sangat dalam kehidupan kami berdua.


Cuma, bila ayah ada tu, terasa hidup kami ada fokus...


Terasa ada sesuatu yang kami nantikan setiap malam rabu dan weekend.


Tapi bila ayah takde, rasa macam blur jer... hidup yang malar...


Bila ayah keluar tu, teruji jugaklah kasih sayang kami suami isteri.


Bila jumpa tu terasa segar semula ikatan suami isteri...


Itulah pentingnya keluar ni selain dari ganjaran2 yang Allah sediakan bagi mereka yang menyeru kepada kebaikan dan keimanan...[insyaallah..biar allah menilai korban setiap hambanya]


Dulu, rasa marah juga kalau ayah selalu keluar...
Bengang jer...
Rasa macam saya ni dipersia-siakan...


Lebih pentingkan benda lain dari isteri yang 'tercongok' depan mata ni


Tapi bila saya sering keluar 'masturat' [isteri2] dan mengetahui ganjaran yang diperolehi maka saya sudah menyesuaikan diri dengan kehendak dan kesukaan suami ni [keluar dakwah]


Alangkan Siti Khadijah dan isteri2 Nabi Muhamad s.a.w serta sahabat2 benarkan suami dan muhrim2 mereka keluar berperang dan jihad menentang bukan islam dan menyebar dakwah...


siapalah saya yang hina dan iman yang lemah ni...nak halang suami dari keluar berjihad...sedangkan kebobrokan dan kemungkaran berlaku melata seluruh alam...


Siapa nak jawab nanti, kalau bukan kita mencegahnya, maka ramailah umat islam akan mati tanpa dapat mengucap kalimah syahadah...


Besar tanggungjawab umat ni...bukanlah mudah nak menyeru ke arah kebaikan...sedangkan mubaligh2 kristian dan lain2 agama telah kuat akar umbi mereka mana2 tempat telah dihantar orang2 mereka untuk menyeru masuk agama masing2...


Umat islam ramai yang leka, kalau ikut karguzari [laporan] kawan2 perempuan yang keluar ikut suami ke negara2 luar, cnth Aceh masa Tsunami dulu, ramai anak2 islam diambil oleh mubaligh ni utk dibentuk sebagai kristian...sedihnya..sedang umat islam leka dan lalai dengan dunia yang sementara ni...


Amboi dakwah pulak hari ni....sajer nak bagi kuat perasaan saya ni..bila Hani dah mula sebut rindu ayah dan katanya dah 2 helai bulu mata gugur kerana katanya ayah mula rindu pada dia, kenalah ammie kuatkan semangat dan keazaman...sampailah ayah balik kalau panjang umurnya...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP