Ahad, Jun 08, 2008

40 hari lagi

Assalamualaikum w.b.t

Bermula semalam sehingga 40 hari berikutnya, Hani dan ammie tak dapat jumpa ayah. Sebab ayah keluar 40 hari.


Insyaallah kalau ayah panjang umur dan tidak dipanggil mengadap ilahi sepanjang tempoh tu, dapatlah kita kasih sayang dan bolehlah merasa nikmat peluk cium ayah semula.


Ammie mendaftar di UKM pun nanti ayah takde. 17 julai agaknya baru ayah balik semula. Lama jugak tu nak menunggu ayah. Jenuhlah! Dah terfikir kalau ada masalah apa2 berkaitan nak berhijrah jadik pelajar ni takde dapat mengadu kat ayah kotlah ayah boleh tolong, serah pada allah jerlah.


Kalau tak kerana fikir kematian dan nikmat hidup ini yang akan dipersoalkan setiap saat dihabiskan untuk apa, maka barang tentu ammie dengan suka hatinya berasmaradana jer sepanjang masa dengan ayah, takyah ayah pergi jauh2...elok gumbira dan berseronok duk kat rumah....rehat jaga badan jer...


Moga2 apa ganjaran pahala ayah dapat, merasalah ammie dapat sama dan moga2 Allah memberi keperluan yang cukup sepanjang ayah takde dan malaikat rahmat memelihara anak dan isteri mereka yang keluar di jalan Allah. Amiin.

1 cetusan rasa:

Zareda Norman berkata...

Tahniah
dapat jadi student semula.. rezeki Allah macam macam caranya..

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP