Assalamualaikum w.b.t
Dah lama Hani merayu2 pada saya nak menonton wayang.
Sejak Dewi ada rasanya idea dia nak ke panggung wayang ni timbul.
Mungkin bila tengok iklan di TV, dia tanya pada Dewi kot apa wayang tu, sebab saya sendiri tak pernah cerita hal wayang.
Ajakan dia dulu berjaya ditepis, tambahan ayah memang tak benarkan.
Hal nak ke wayang tu selesai bila ayah pujuk2 beli CD jer, so senyap jer lah hajat dia nak ke wayang tu.
al
Tapi sejak Kungfu Panda ni heboh di TV, dan lagi pulak Hani dapat surat kelab McD ada gambar2 Kungfu Panda maka berkobar2lah dia ajak2 ke wayang nih.
Dah seminggu dua dah benda ni, merengek2 bertukar jadik menangis, tu tak masuk kata2 pujukan, rayuan.."pleaseeee...." lama2 jemu + fed up + malas nak layan!
Tapi weekend ni kira dah puas pujuk dah, dan dia pun ada tanya saya hari tu hal nak tengok wayang dan saya diam jer, dan dia buat kesimpulan saya setuju kot!
Khamis hari tu saya tak ambik dia, dia kena tido kat sekolah dengan cikgu, jumaat pagi tu sedihlah dia bila saya hantar baju sekolah dan baju utk hari tu, pesan macam2 suh dtg ambik cepat petang tu...
Dah banyak kali dah Hani kena tido dengan Cikgu sebab apa pilihan yang saya ada kalau balik pejabat 2/3 pagi..takkan nak kejut dia pulak? Baik biar dia tido dan saya bayar kat cikgu RM 30 semalam...
Hari sabtu sampai malam dan tadi sampai tengahari pun masih dipejabat. Dua hari dia habiskan masa kat office, kesian pulak saya tengok dia.
Habis budak2 pejabat dikacaunya dan dia pulak dikacau budak2 pejabat, ramai yg menyakat....sebab diakan pandai cakap...jemu bercakap dia main game pulak! Ramai dayang2 tukang layan....maklumler dari dalam perut asyik duk kat pejabat jer kerjanya...sampai sekarang dia pun pandai dah sebut OC [pengarah saya lah tu], pandai sebut OKT [org kena tangkap], lokap...hahahaaa sian Hani...
Takper..takper seminggu jer lagi yer sayang....
Balik citer wayang tadi. Dalam jam 12.30 tu selesai kerja, saya pun bawaklah dia ke Jusco. sepanjang2 dalam keter tu nangis sebab nak suh buka sun roof keter ayah, kan ker panas tengahari terik2 tu dia nak jemur muka dia plak, bila tak benarkan dia bantai menangis sampai dalam JJ.
Tengok2 tiket sumer habis malam jer yg ada....tapi atas daya menyiasat saya yg tinggi plus kesabaran dan pujukan kat adik di kaunter tu dapat gak satu tiket 1.45 ptg, Hani kena duk atas pangkulah...sebab dah malas nak balik, nak jalan2 pun malas, parking pulak susah nak mampus...
Bagi saya kali ke 3 tgk wayang, yg pertama masa darjah 3 sekeluarga citer (esok utk siapa), kali ke 2 tahun 2000 dengan kawan sebab dia pujuk sangat2 takde kawan tengok citer kungfu yg Michelle Yeoh berlakon kot maka saya temankan jugak (citer hidden dragon bla....)dan ini kali ketiga, bagi hani kali pertama.
Malas nak komenlah...saya tak suka tengok wayanglah...boring sebab ramai yang gelak, pastu sound terlalu kuat, duduk rapat sgt dengan kerusi sebelah...hani plak takut amsa iklan2 sebelum tu ada citer will smith yg baru banyak gaduh and action pastu meletup dengan api2 sumer..Hani takut sebab dia kata "kakak takut macam api tu nak terkeluar jer..."
Tu jer..citer kami yg pertama kali tengok wayang...takde apa yg berlaku, mujur jugakkan? Bukan apa, sebab tak dapat izin ayah, memang dia marah kalau tau ni, w.pun bukan ada apa yg berlaku dlm panggung tu, tapi budak2 bercouple banyaklah tak terbilang2, pastu pakaian budak2 muda toksah cakaplah...macam takde 'kemaluan' jer......Hani plak tengok macam tu macam2lah pulak dia komen...dia masuk wayang siap dengan tudung2 nya...hahahaaa tak tanggal tudung tu...
PAKAI TONGKAT DAH
3 minggu yang lalu
6 cetusan rasa:
lama tak tengok wayang...
kak zar suka jugak tengok wayang. tengok keadaanlah, kalau kebetulan pi makan kat the mines tu, ada tiket kami tengok, tak de tiket kami balik, beli dvd jer.
salam,
ummi suka tengok wayang cite cartoon dengan batrisya. dvd mmg jarang sangat beli, sbb murah lagi tgk wayang.
ummi akan pilih tempat yang 4 orang dan belakang sekali. so tak payah nak bersesak dengan org ramai. :)
mmg nak tgk kungfu panda, cuma belum ada kesempatan nak pergi :)
pengalaman pertama buat hani, mesti dia seronok. :)
salam kak wa..
baguslah kalau hani tak suka.lain kali mesti serik nak masuk lagi.
bukan apa kalau dah biasa nanti dia naik seronok pulak.lgpun ayah x tahu kan?
kak bset tak citer kungfu panda tuh..
teringn nk gi tgk tp pinggang sakit tak tahan dok lama..
Jiji...
Akak plak dah kepingin nak tengok citer sepi dan Hancock (coming soon), tu lah tak mulakan tak pikir nak tengok wayang ni dah start tengok, nak tengok lak lagi...
Kak Zar...
Sungguh saya tak sangka yang susah nak dapat tiket rupanya, dahlah beratur panjang, pastu rupa2nya semua seat dah penuh, bayangkan dr t.hari, lepas tu ada jam 4.00 jam 6.00 semua full booked, mujur ada satu seat terselit sebab satu kerusi takdak sapa nak beli kot!
Ummi...
Saya pun selalu beli CD utk Hani yang ciplak punya jer (Rm 6), hanya citer2 yg sy tau dia betul2 suka dan akan main selalu jer saya beli original, kalau citer2 Cinderella, Princess (mariposa dll) serta yg Disney punya citer selalu beli ori...sebab yg tu lah dia akan ulang2 sampai rosak...
Hani sebenarnya tak seronok sangat sebab sound kuat sgt...lepas tu dia leka tengok/dengar gelagat org yg gelak, dia heran sebab ada part yg pada dia takdelah kelakar tp semua budak2 gelak kuat2...
Irfa..
Dia memang macam tak seronok sgt tapi kalau tanya dia kata nak tengok wayang lagi...cuma sebab sound kuat tu dia mungkin tak mau dah tengok...kalau ada citer best baru dia minta kot setakat ni senyaplah, takde mintak2 lagi...senang akak!
Tiara...
Best citer tu, akak rasa kejap sangat dah habis...kelakar pun kelakar...watak dia semua binatang jer tu yg budak2 suka tu...
Beli Cd jer tiara, sia baby kat dalam perut kuat sgt bunyinya..terkejut2 baby nanti..heheee
Catat Ulasan