Sabtu, Jun 21, 2008

Rakaman penghargaan buat suami

Assalamualaikum w.b.t


kena gak buat entry ni...


Kan saya ada kata jumaat minggu lepas hp saya rosak. Pagi tu tak rosak, tapi tertinggal kat umah, pastu tengahari tipu bos kata hp rosak bila dia call off marah2 tanya napa call tak jawab, walhal hp tertinggal kat umah....


Malamnya terus rosak, baterinya terbakar rupanya [sebab charge lama sangat...tu pun baru ku tau setelah dihantar ke kedai], semalam terpaksa beli hp baru. Bukan nak beli lagi pun, kononnnya nak tunggu gaji rabu minggu depan, baru dapat yang canggih sikit...semangatlah kononnya nak statr belajar pakai hp baru yg canggih2...beranganlah dulu, kan katanya berangan tu free [ramai blogger guna istilah ni]


Dah rosak buat diam diri jerlah...bagus gak takdapat orang nak call...tapi khamis tu kena tanya dengan boss lagik....apasala hp saya tak jawab? Haiyaaaaa...saya sudah cakap rosak, takda faham ka?


"kan handphone jer yang rosakkan?, simcard okay lagi,kan?" dia tanya ini macam!~~~ bengang gue...pasal mana duit mau beli hp?


Tiba2...toink!~~~ hari tu 5 hari tak call pak hj sampai selasa pagi2 tu pak hj call pejabat carik bini dia, saya lak mesyuarat panjang. So terpikirlah nak 'meminjam' dari suamiku..mana lagi nak cekau duit kan?


Saya calllah dia, memujuk rayu bermanja sikit [cakap hal2 rindu, miss him so much lah....boring tido malam sorang lah....kira gaya2 orang tak malu...member pun suh sabar2, suh beli tiket bas datang besut~~~ cehh acah jer dia nih, kalau saya datang mau dia terkejut tuh!


Dah selesai part tu, barulah bukak citer takde duit, buat versi kesian, kata gaji lambat lagi....hp lak rosak....boleh tak pinjam duit abang <-- harus cakap pinjam dulu....tapi at the end jadik masuk akaun jer pastu tak bayar pun....hallallan tayyiban...


Gelak besar dia...memang dia kalau dengar bini dia yang 'diwar2kan' gaji besar [atas slip gaji jer yer puan2 dan tuan2 sebelum tolak hutang] banding dengan dia yang tak bekerja tuh, dia akan gelak besar membawa makna perli saya tapi saya takkesah pun...asalkan niat terlaksana!~~~harus tinggi kesabaran dalam hal2 ni yer...


Tapi at the end, dia tanya "500 cukup?" cepat2 jawab, "lebih dari cukup bang, terima kasih, i love u"..takper2 masa ni cakap jer apa2 ambik ati dia, mana tau sebelum gaji duit tak cukup lagi....harus mengadu lagi...lepas tu tak sampai setengah jam, dia call pejabat, " dah..gi tekan duit, abang dah masukkan"


Apa lagi, terus gi kedai hp beli hp, beli yang cikai jer, dah beli masukkan sim card baru call pak hj dan bagitau, "duit abang bagi tadi wa beli hp, bolehkan bang....susah takde hp sampai dah kena marah dah ngan boss..."


Semalam [jumaat] mesyuarat jam 5 petang, siap bawak hp baru lagi tayang2 letak atas meja depan saya, biar bos nampak! Bincang2 lepas tu boss tiba2 tanya, "eh, u punya hp tak elok lagi,kan?"


Waaahhhh....inilah masanya membuktikan "saya yang menurut perintah"
"dah tuan, dah beli baru dah" bangga gitu menjawabnya...


"haaah...nilah saya terharu ni..KUS siap beli hp baru tu..."
Elok dia cakap jer, MACA (malaysia anti corruption academy) call saya bagitau master delay 7 julai...hempeh!!!


Saya keluar bilik mesy masa jawab tu, pastu rupanya dia cakap masa saya keluar tu, "wah..banyak duit kus serta merta beli hp baru..." <--- dia tak tau saya terpaksa mintak belas ihsan suami bagi duit...


Kena bagi kredit kat suami saya yang akhir2 ni banyak buat saya bahagia, bukan sebab duit sebenarnya tapi sebab dia makin faham bini dia ni...agaknya dia pun sedar banyak saya korban dan tolong dia sebelum ni, lagi2 lepas ni saya akan banyak masa dengan dia insyaallah... terpancar kegembiraan dia bila dengar saya nak sambung master ni...

3 cetusan rasa:

Najah Farahin berkata...

akak,
saya pulak yang rasa bahagia bila baca entry akak nih.hehe
-najah-

Zareda Norman berkata...

baguslah gitu. Bahagia ni kita kena cipta, dia tak datang sendiri.. hehhe

patutnya jawab jer kat boss tu, 'boss bagilah subsidi beli Hp baru' hehhehe

Hanisumayyah berkata...

Najah....

Tu lah saya bahagia kenalah nyatakan bahagia tu..memanglah begini saya... apa dirasa itu yang diluah!

Kak Zar...

Rupanya memang ada subsidi yang pejabat boleh beli hp utk saya, kata kerani kewangan sebab bidang tugas perlu hp kan tapi saya yg tak tau, dan kalau tau pun malu jer nak mintak off belikan...takperlah boss dah terharu bila sya beli hp baru tu pun dah cukup dah...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP