Isnin, Jun 02, 2008

Maaf banyak2 yer...

Assalamualaikum w.b.t


Saya salah dengar ker atau pak hj salah cakap ker tak pastilah tu. Atau saya yang merajuk dan berjauh hati tak kena tempat. Harus lepas ni saya kena minta ampun maaf kat suami saya tu...fikir bukan2 jer pasal dia laki bini...


Hari jumaat yang saya buat entry tu saya ada kat rumah, balik kerja. Sakit hatinya saya bawa dari kat office pagi tu dah, tu yang terwujud entry 30 mei tu. Petang tu masa nak balik punyalah sakit hati dan untuk nak elak sakit hati saya tu jadik barah, saya usaha elakkan dari sakit hati tu berkembang. Makanya saya sms pak hj petang tu jugak saya kata, "Tak balik malam ni pun takper lah", mula2 'lah' kat ujung tu takde tapi bila baca nampak ayat tu macam keras semacam dan mungkin boleh disalahtafsir oleh pak hj hingga memungkin jadik gaduh atau rajuk pulak dipihak dia, saya tambahkan perkataan 'lah', nampak lembut dan bersopan sikit.


Rupanya sakit hati saya tu tak disedari oleh pak hj pun. Dia pun tak balas dan tak call saya semula. Hampa jer saya sebab ingat dia akan call malam2 sikit ker, bolehler saya tunjukkan merajuk saya dengan tak jawab call dia tu.... Tapi cam biasa hampa, sebab takde call pun. Agaknya dia lagi suka kot! Hahahaaa


Malam tu pulak saya demam [tanda2 selesema dari Khamis lagi, gigil tido sorang2...sedih + selsema+sakit kepala = rasa teruk sangat, lama tak demam dah... apapun saya tak dapat buat malam tu, makan tak, mandi pun tak malam tu. Lepas buat entry saya bantai tido. Pagi sabtu tu pulak saya bangun awal, sebab malamnya tido cepatkan, lagipun orang rumah sebelah yang bekembar dengan rumah saya ni buat renovation, ketuk dindinglah, campur drill lubanglah pastu pecah dinding sikit punya kuatlah, sampai saya baring atas lantai pun terasa gegarnya.


Perut lapar, saya goreng keropok ikan jer, lepas tu saya habiskan masa menjahit, lepas tension. Projek pertama saya buat comforter ayah. Dah siap pun dah. Lupa nak ambik gambarnya. hasil kerja yang pertama saya rasa amatlah cantiknya. ohh ayah pun puji...[dalam hati rasa tak rugi belikan mesin jahit w.pun 2nd hand].


Jam 12.30 hari macam tu barulah ayah call saya, tapi nilah masanya saya tunjuk 'rasa hati' saya biar jer tak jawab...puas hati aku! Masa ni tengah mendobi baju seminggu sambil menjahit kat bilik belakang [bilik dewi dulu, saya jadiklan bilik mainan si Hani + bilik menjahit].

Lepas siap2 jahit tu, saya mandi2 sebab saya kena berceramah di Tiara Beach Resort di PD dari jam 2.30 - 4.30 ptg. Ada saya bagitau ayah, tapi tak taulah dia ingat ker tidak. Masa pergi ni lalu kat area umah kak aza tapi malas nak singgah.


Menonong jer saya drive ke Tiara, sampai ngam2 2.30 terus bagi ceramah dengan tak makan, last makan jumaat tengahari mee goreng mamak, tu pun makan sambil air mata meleleh disebabkan lepas call Hani, dia kata "kakak sikit pun tak rindu ammie" + "kakak langsung tak nak balik rumah ammie"....sedih sangat rasanya, tu yang ikut hati takmo bagi dia jejak ke PD tu.


Lepas jer abis ceramah saya pun call ayah, kononnya nak singgah rumah kak aza tu nak tumpang solat asar, tup2 ayah dah ada kat umah seremban. Cissss....berkejar pulak saya drive balik seremban, sebab dengar suara ayah macam dah nak marah jer...sampai umah jam 6, sebab minum dulu kat hotel, dihidangkan saya 5 kuih saya bantai makan 4, terpaksa tinggalkan satu sebab taknaklah nampak sangat laparnya penceramah ni...buek malu jer.


Sampai umah jam 6, ayah tgh mengadap laptop, Hani dan Zubair tengok Pingu kat PC dalam bilik. Saya siap2 beli makanan dan kuih2 utk pujuk. S o hari tu okay jerlah. Saya bebel2 jugak beberapa benda [paip bocor, pintu almari tertanggal skru dll] sajer saya bebel bukan suh buat pun, ayah jawab, 'takper semua tu esok kita buat'. Pelik gak, kata esok nak balik PD tapi diam jer saya malas nak tanya takut kang jawabnya menyedihkan.


Tapi lama2 mulut ni tertanya jugak, 'esok abang nak gi jalan mana?'. "cakaplah...., esok ada nak ke mana2 ker?" ayah jawab balik. Saya kata, "eh, hari tu kata nak bawak budak jalan2?", Dia jawab pulak, "tu, dah bawak mandi tepi pantai tu pun budak2 tu dah cukup suka dah". "Esok cakap jer, wa nak gi mana...nanti kita pergilah"...lorrrr lain pulakdah program dia...


Gituler ceritanya....hari ahad tu takdelah kami berjalan2 pun sebabnya kepala saya masih pusing2, tambah ada askar dua orang ni... malamnya jer gi makan luar. Tu pun sebab kami dua2 berbeza citarasa, saya nak makan tom yam, ayah nak makan roti nan. Terpaksalah pergi dua kedai. Makanya saya, hani dan Zubair ayah ayah ambik lepas ayah balik solat maghrib dan hantar ke kedai yang saya nak tu [tomyam paling sedap +pedas = sesuai tekak2 orang demam], pastu ayah plak terus gi masjid terdekat dengan kedai tu, kami 3 beranak turunler keter dan makanler tomyam dengan beehun sup [hani dan zubair]. Siap makan kami tiga2 gi pulak kedai CD sebelah kedai tu sementara tunggu ayah datang ambik semula.


Bila ayah datang kami ikut [teman] pulak ayah gi Dataran senawang sebab ayah nak makan roti nan garlic. Kami 3 orang minum jer. Budak2 duaorang ni macam baisa berlari kesana sini, tenaga taj habis2, Lepas tu balik ler umah....masing2 dapat habuan masing2, Hani dapat CD doraamon, Zubair dapat Ultraman, ayah dapat Indiana Jones, ammie pulak Bee Movie jer, Hani ngan Zubair tengok CD kat TV ruang tamu, ayah tengok DVD kat PC dalam bilik ayah. Senyap jer memasing layan CD, ammie tergolek tido kat bilik depan, fuhhh lega..pening layan budak duorang ni...


Jenuh gak melayan budak duoarang ni masa kelur sekejap tu. Masa makan dah ler saya sorang jer kena melayan dua askar ni, Hani dengan zubair ni maklumler beza setahun jer, lasaknya dan bisingnya masayaallah....letih melayannya.

Kalau kat kedai makan tu, berlari jer dua beradik tu keliling meja siap pergi bilang2 meja orang yang ada dalam kedai tu. Dalam kedai Cd pulak dua2 menjerit berebut dan memilih CD. Semua nak sama lak tu..takkan CD yang sama nak beli dua,kan? Teruk saya nak mengadili dan nak mengawal dua beradik ni.


Susahnya lah beranak rapat [kononnyalah ni], ayah selalu cabar saya suh jaga Zubair ni, sajer dibawaknya Zubair datang sini sambil dia cakap, "hah, nak sangat anak, ni dapat anak instant ni abang nak tengok macamana kau jaga dia, sabar ker tak sabar melayan dia...."


Ikut hati memang tak sabar, rasa nak pelempang jer si Zubair ni, lagipun dia ni kurang faham bahasa sikit banding hani...nak kena pujuk2 sikit. Hani dah faham dah. Hani order beehun sup dia takmo share kena order asing, bila sampai takmo makan, dah kenyang katanya, makan kuah jer...sabar jer saya...bila masuk kedai CD, sekali ambik 4 CD suh saya bayar...amboi....hani pun ambik 2 jer...bukannya dia sedar mak tiri jer ni. Menjerit2 panggil.."ammie..ammie cepat bayar2"...Zubair nipun panggil saya ammie jugak, sebab dia ikut apa hani panggil. Saya pun sebut nama ammie sebab selalu cakap pada Hani serentak cakap dengan dia jugak.


Merasalah jugak dua anak rapat2 tapi mana sama anak tirikan? Zubair pulak manja dengan ayah, tapi mandi, pakai baju, buat susu semua saya buatkan. Punyalah susah nak mandi [dengan kak aza pun selalu kena paksa mandi menjerit2 dlm bilik air] dengan saya kena gertak coacroch [macam salah eja jer]baru okay...lain benar anak lelaki dengan anak pompuan degilnya...pulak tu asyik menyakat Hani jer kalau main sama2...jenuh nak mengadil kan budak duaorang ni. Kejap Hani jatuh basikallah katanya zubair tolak, kejap kang Hani mengadu Zubair ajuk dia gemuklah, buruklah, penyeklah..macam2 kerenah si Zubair ni...sabar dengan tak sabar jer...Hani ni budaknya agak sopan dan dia beralah denga adik dia ni...


Ayah kata comforter saya buat tu bagi kat Zubair jer, so saya bagilah....masa dia nak balik pagi tadi, saya bagi dia comforter [saiz single] yang saya dah buat untuk ayah tu sebab colour tak sesuai utk ayah [putih+pink] ada kartun spongebob dan gambar butterfly+strawberry pulak tu, sukanya Zubair dapat selimut tu senyum jer sambil dia heret plastic beg tu bawak masuk dalam kereta.


Pendek kata banyak saat2 kegembiraan budak duorang ni yang saya terlupa rakamkan. Saya dan ayah pandang jer masa kami sarapan sama2 pagi tadi gelagat dua beradik ni, happy bukan main lagi! Tambah menarik + pelik sebab ayah OKU, saya pakai lawa2 [gi kerja katakan], naik keter lain2 , budak duorang ni rupa lain2...orang dok pandang jer. Ayah kata, yang sama dua beradik ni lesung pipit kiri kanan tu jer....


Masa makan pagi2 tadi, saya cerita kat ayah yang barang emas saya gadaikan dulu secara Ar Rahnu[entah apa yang saya nak beli ker urgent ker masa gadai tu tak ingat dah!] nak habis tempoh, sajer citer kat ayah, baik pulak ayah, terus dibaginya kad ATM claim saya seribu lebih tu disuruhnya tebus barang tu...terkejut dan terharu jugak....saya kena citer gak kat sini...sebab takkan buruk jer citer, yang baik buat pejam mata...macamnilah asam garam rumahtangga. Silalah abaikan dan anggaplah saya luahkan kat sini sebagai terapi, lepas tu saya okay dah boleh teruskan semula kerja dan rumahtangga cam biasa.


Oh ya, hani ikut semula ayah ke PD, dia memang takmo sekolah sebab katanya cuit sekolah lagi, kira minggu ni burn jerlah. Kesian jugak kat dia malas saya nak paksa, sebab kawan2 baik dia semua takde datang sekolah,[masing2 ada kakak dan abang kat umah]dia takde kawan tu yang boring tu...bagilah dia peluang habiskan masa kat sana untuk minggu ni.

Ammie pulak, dapatler habiskan masa menjahit dan buat projek kedua, comforter ayah merangkap bedding set[yang tebal sikit sebab bedding set ayah beli siap tu jenis polyster asyik lari2 tak grip, susah ayah utk duduk bangun as OKU] untuk ayah bawa keluar [tabligh] dan lepas tu, projek ke 3 comforter saiz super king pulak! Moga2 semangat menjahit ni kekallah hendaknya...

3 cetusan rasa:

HAPPYIRFA berkata...

salam kak..
yelah.takkan semuanya buruk jer.mmglah kalau tgh marah semuanya terkeluar.dah rasional baru buleh pikir balik.he he

Zareda Norman berkata...

buruk baik, dah jadi suami nak buat cam ne kan..

kebahagiaan tu kita kena cari, kalau kita nak bahagia, bahagialah kita carik begitu juga sebaliknya

Najah Farahin berkata...

pandainya akak buat comforter. nak tempah leh ke? :)
saya bab2 menjahit ni satu apa pun tak reti. tau jahit sembat je.huhu.

baiknya pak aji siap bg kat atm. untung akak nih!
saya tak pernah pegang kad atm suami.hiks
-Raiyan-
http://raiyanz.blogspot.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP