Khamis, Julai 24, 2008

Jom tengok cubaan pertama

Assalamualaikum w.b.t

video

Ni gambar Hani bersama anak kambing boer pak haji yang baru lahir bulan 5 lepas. Masa ni Hani ikut ayah ke PD. Hani tu pakai baju kakak dia tu...dengarlah dia bercakap dengan kambing, "sapa nak dukung kat kak cik gi sana..." saya pun baru jer hari ni tengok video ni sebab bau jer pak haji bawak camera ni sini semalam. Cantik gak anak2 kambing tu...comel jer...

video

Ni pulak gambar kakak hani, Hani Syakira dan adik dia, Muhammad Zubair...peluk anak2 kambing tu, baru jer pak hj bagitau nama2 anak2 kambung tu ikut pahlawan Melaka 5 sekumpulan tu Tuah, Jebat....dll.

Lepas ni merasalah jadik blogger tegar siap upload gambar dengan video sekali...yerlah baru dapat camera antik dari pak haji ni. Sebelum ni hp cokia yang selalu guna ambik2 gambar sebelum ni rosak..tu yg lama takde gambar...ni dapat camera digital lama pak hj punya jenis Casio [4.0 megapixel jer pun beli tahun 2001 dulu...]dia dah bagi kat saya dah, kononnya dia nak beli Dslr Nikon...suh saya sponsor separuh...tunggu2lah...camera yg ada ni pun dia jarang guna, utk pengetahuan gambar2 ni kak aza yang ambik tu suara dia lah tu... pak hj dah bagi kebenaran masukkan dalam blog gituuu....

7 cetusan rasa:

HAPPYIRFA berkata...

salam kak wa..
wah..pahlawan kambing ek..
pasni sure buh video dlm blog.sy belum pandai lagi.malas sbnrnya

Hijrah1429 berkata...

Irfa..senang jer buh video ni kan ada icon [gambar sebelah yg kita import picture tu] guna MO yg sama utk import video, cuma tggu lama sikitlah...

Tak taulah nama kambing2 tu sapa yg beri...

sya berkata...

Kak sya pun lom penah upload video.. tak mende pun nak upload.. kak sya ni kan.. bukan setakat daging kambing pun tak leh makan dekat ngan kambing pun ngeri

Zareda berkata...

kak zar tak dapat tengok video tu..

dulu pernah sekali masa Zulaika umur 2 tahun, dia nampak anak kambing so Ika panggil.. miaw.. chu chu chu.. macam kita panggil anak kucing tu..

Hubby akak kata: sian bebudak sekarang ni sok sok dia tak kenal kambing dah, dia kenal lamb chop aje.. hhehehhe

Hijrah1429 berkata...

Kak sya..
Kambing boer ni [bukan kambing kampunglah] macam ada perasaan tau...seronok main dengan kambing ni, yg budak2 tu pegang baru lahir jer tu... kalau yg boer besar2 tu kalau manja bukan main manja lagi...saya dulu tak suka [ge;i] gak dengan kambing tapi sejak pak hj bela kambing ni bolehler..cuma makan daging kambing tu jarang sangatlah kalau termakan pun tak perasan kot sebab bukan reti bezakan rasa dia tu...

Kak Zar napa lak tak dapat tengok video tu?

Tulahnya kan, Hani plak tak pernah tengok kerbau. Dulu2 dia pelik tengok ayam, bukan main suka lagi tapi sekarang dia dah okay dah...banyak binatang dia dah tengok live...

Ummibatrisya berkata...

salam,

lepas ni macam-macam video dan photo yang akan di upload le ye.

ummi tak pernah rasa daging kambing. suka gak tanya orang rasa daging kambing sedap tak?

siap ada chatting box lagi.

ummi, baru je letak chatting box, ada je manusia yang kutuk ummi lebih2 kat situ. bukan tak leh terima kutukan tapi kutukan tu entah apa-apa dan rasa macam nak pengsan bila baca.

geram betul, kalau ummi dapat tangkap manusia itu, mau ummi suruh dia jadi jaga kat blog ummi. sbb dia suka sungguh dtg blog ummi :)

Hijrah1429 berkata...

ummie...

masalah ambil gambar rajin, nak upload malaslah pulak...katanya daging kambing lagi kurang kolestrol dr daging lembu

daging kambing boer ni takde bau...tu kata pak haji lah

Chatbox tu saje bagi yg malas nak tulis komen..kotlah ada...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP