Selasa, Julai 15, 2008

Malam yang hangat

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk sangat mencabar gitu. Malam tadi dekat2 jam 11 malam, kira2 memang dah lelap ler mata saya cumanya takdelah tido mati lagi, terpaksa menyelesaikan satu misi.


Malam tadi hani dok merengek2 nak susu, saya matikan diri jer. Sebab Hani petang tu dah janji malamnya taknak menyusu sebab masa ke pasar malam lepas ambil dia balik dari sekolah macam2 kat pasar malam tu diminta belikan, jagunglah, satelah, kepok lekorlah, ais krimlah, longanlah, nugetlah. Macam2 tu, tu tak masuk yang saya punya teringin pulak! Tapi tang saya teringin makan durian pandai pulak dia kata, ammie takleh makan durian sebab ammie baru baik demam, ammie takleh beli ni nanti ammie gemuk...bla bala dia bebelkan saya.


Saya ni kan macam mak tiri, hah kalau nak beli macam2 tak abis, ko siap! Makanya sebab nak ambik ati mak tiri dia ni dia janjilah malamnya taknak menyusu. Jimat tenaga dan jimat susu gitu.


Sebab dia dah janji kenalah tepati,kan? Tapi dah kata budak2 janji tinggal janji sajer. Tetap jugak nak tido malamnya melalak mendayu2 seakan kena dera 3 hari 3 malam pulak dia! Penyudahnya dalam geram2 tu terpaksa gak bangun buatkan susu.


Sudah buat susu kengkononnya bolehler lelapkan mata saya ni. Tapi ini budak rajuknya berpanjangan, tetap jugak menangis mendayu2, botol pegang jer kat tangan takmo hisap, tu juk perasaanlah kononnya tuh.


Lama2 boring dan fedup dengan suara mendayu2 dia tuh, saya pun baruler mencarik2 handphone saya dimanakah gerangannya. Sejak tak kerja ni, hanphone saya suka2 jer saya letak kat mana, bila nak pakai atau teringat beruler sibuk mencarik2. Kadang kat bilik belakang hp tu duduk sensorang takder saya pedulik. Kadang duk kat bawah2 baju tak berlipat atas sofa. kadang kat dalam purse saya, kadang duk dlm hbag tak berusik sehari suntuk.


HP tu pulak rupanya beep once, dah berapa lama set bunyik gitu tak tauler, tak perasan pulak. Tu pasal banyak mesej dengan missed call tak perasan. Punyalah saya ni HP hanya untuk kerja semata2, takde urusan lain.. maka bila tak kerja teranak tirilah hp saya tu. Yang mana missed call tu saya lantakkan ajer, kalau penting ko call lah balik.


Ni nak cerita hal malam tadilah ni, bila dah jumpa hp tu, tengok2 bateri dah KO, bila charged rupanya sejak tengahari ayah ada sms, ayah tanya, "sampai KL 1130 malam, nak tunggu ker?".


Barulah saya terhegeh2 nak call ayah malam2 buta tu, tapi alamak...ayah dalam toiletlah pulak! Lepas 5 minit ayah pun call back, katanya dah sampai ke KL, datangler ambik. Wah wah..kita dah sedap2 baring menang dah nak lelap pun, suh ke KL ambik dia.


Memang saya taknak dan tak berhajata nak ambik pun, sebab hani pun dah membotol kejap lagi sah memang akan lelap pun. tapi pak hj macam malu2 alah dari kata2 dia cam suh datang ambik jer. Siap katanya, dekat jer, kalau bergerak sekarang, 40 minit lagi sampailah. Lagipun kakak dalam kereta nanti bolehler tido jer katanya bila saya bagi alasan kakak dah nak tido. wah wah...mata saya yang mengantuk ni camaner pulak citernya?


Tetapi disebabkan saya isteri mithali maka saya kuatkan jugak semangat bangun dan-dan tu jugak tukar baju, tak tukar apapun sarung jubah jer kat lur baju tido tu, kerah kakak masuk kereta. Tepat jam 1105 malam saya dah drive ke KL dah. Dalam keadaan bawak 100km/hour tu dekat jam 12 jugak baru sampai ke Sri Petaling. walaupun jalan lengang, tapi saya steady jer bukan ada apa nak kejar pun,kan? takkan lari gunung dikejar..... ewaah....


Hani pulak separuh jalan dah tido. Kelakar jer, siap buka lampu dalam kereta sebab malam tadi hani datang kemaruk baca buku cerita. Lepas selesai baca, dia siap2 carikan kaset nasyid kegemaran saya, elok lepas pasang tape tu terus membongkang dia tido.


Sambil bawak kereta tu sambillah saya menyanyi. Ngantuk sangat matanya dok terbayang tilam bantal jer. Janjinya orang tu, sampai sanan nak balik dia drive, tapi sudahnya saya gak yang drive. On the way balik konon nak singgah minum kopi tapi pak haji kata letih terus jerlah balik. Hai letih ker dah tak sabar2.....yerlah 40 hari beb....kekekeeeee....


Gituler gigihnya saya meredah malam yang pekat dua beranak semata2 nak ambik ayah cepat2 bawak balik, bukannya apa, kesian ayah tido kat masjid tu, dengan toilet yang tak mesra pengguna, lepas tu tido lepak atas karpet masjid jer... elokler bawak balik rumah saya...hari ni lepas zohor pak hj ke sana semula, baru nak tangguh, jadik kerja tu ulang alik.


Esok saya mula kelas, tak sabar rasanya. Barang2 sekolah semua dah siap dah, beli pen sedap [sedap tulis] sampai 7 batang gitu...yerlah nak bkin bagi minta menulis dan bagi nota lawa2, senang nak rujuk exam nanti...huii tak sabar weiii nak hadir kuliah.

5 cetusan rasa:

Tanpa Nama berkata...

tak sabar nak mula kuliah....
hehe, kelakarla akak ni. mesti scorer la lepasni.
smangat sambung belajar. doakan saya jugak ye. cdg nak sambung belajar juga. tp thn depan la
-najah-

Cool berkata...

Malam tu jadi hangat tak ? *ehem*

hehe@!~

HAPPYIRFA berkata...

salam kak..
aduiii kelakar ayat2 akak ni.
aji x sabar jumpa akak tu..sbb tu sanggup malu2 kucing suh ambik dia.
akak pun rindu gak sbb tu sanggup drive pegi balik ke kl.hi hi

Hanisumayyah berkata...

test...

ada komen tapi tak tau mana pergi 4 komen tu, dah cuba moderate tak kuar2 jugak...saya pun tak sempat baca komen tu...apa tak kena nih?

Hanisumayyah berkata...

Najah...

Betul Najah, syok sungguh akak masuk sekolah balik. Yerlah masa kerja dulu langsung takde rasa macam ada kehidupan...skang ni syiooknya...


Jiji...
haih...soklan tu janganler tanya, sudah gaharu cendana pula, taksampai kat umah lagi dah hangat... dari dalam kereta dah suam2 dah.....dahsyat nya statement kan?

Irfa...

ala irfa yang pisah 2/3 hari pun dah rasa rindukan? Ini 40 hari tau, tu pasal pak hj tak sabar2...akak boleh cover lagi...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP