Isnin, Julai 14, 2008

sepetang dikampung

Assalamualaikum w.b.t

Dulu kan masa sibuk sangat kerja, berkobar2 nak buat entry baru setiap hari. Tapi ni masa dah berlambak2 ni takde keghairahan langsung nak buat entry baru. Tulah namanya manusia...

Camnilah kot rasanya bila takde cerita menarik maka mood nak berblog pun yillek! Bukan statik hidup saya nih, bergerak, ke sana ke sini tapi tulah malas dan takde modal best nak diupdate.

Saya duduk sorang2 di rumah ni. Selepas 10 hari mak saya dduduk di sini dia pun mulalah buka mulut nak balik. Dah teringat ayam, pokok2 bunga kat kampung agaknya. Tambah2 ada anak ayam baru menetas, lagilah memanggil2 anak ayam tu pada tuan dia agaknya.

Kat rumah saya tu ada pokok rambutan, dua kuning satu merah, tiga2 batang lebat berbuah. Yang merah tu tengah masak ranum. Itulah mak kalau boleh nak balik nak kaitkan bagi kat jiran sebelah menyebelah. Pokok durian pun berbuah 4 biji tahun ni, tunggu gugur jer...

Badan saya pun dah sihat banyak, maka jumaat tu saya bawaklah mak balik lepas ambil hani dari sekolah. Hari jumaat tu dari pagi sampai petang saya ke pejabat. Saja hati saya terpanggil2 nak ke pejabat, tak keruan rasanya sejak berubah rutin tak dapat pandang pejabat lagi ni. Rindu dengan suasana pejabat dan kawan2.

Maka dah ke pejabat tu bertembung dengan bosslah, kan? Dia pulak yang tak keruan nampak saya, bukannya tak keruan apa, dia macam rasa tak tentu arah bila nampak saya lepak kat depan tu, kan ker dah biasa bagi saya tugas. Biasalah jenis kuat kerja. Saya ni kira orang kuat dia....mana dia pernah nampak saya leh lepak2 camtukan sebelum ni...

Tapi kali ni dia nampak saya lepak2 ...dia pun terus stop dan berbual2 dengan saya. Masih jugak cerita hal kesibukan di pejabat. Macam mana saya boleh bantu? Risau dia sebab saya takde buat apa? Sedangkan kat pejabat kerja melambak, dengan HQ panggil satu tema minta bantuan kami.

Sampai katanya, haaai takkan tak buat apa ni? Ni kena kasi kerja ni...susah awak takde ni...saya gelak jerlah...memang saya tengok sibuk semuanya sejak saya takde ni. Tugas2 saya dibahagi2kan antara yang ada tu, masing2 mengeluh sebab dapat tugas tambahan...nasib badanlah kan....

Ok hal kerja habis.. takde apa dah yang saya boleh ulas lagi...saya nak enjoy masa2 tak kerja ni.Mungkin peluang ni datang sekali seumur hidup. Kejap jer setahun setengah ni berlalu nanti...

Ok ni citer pak haji pulak. Dia akan balik malam esok. Yahoooooooooooooooooo. Lama sungguh rasanya dia takde kali nih. Rasa sesekali macam tak berlaki pulak. Dah lupa dah cara nak layan suami. Apasal ntah! Mungkin sebab perubahan jadual hidup saya yang baru ni, belum wujud watak dia, tambah2 saya memang malas call dia. Kira dia balik malam esok, kejepa jer jumpa kot sebab rabunya saya dah start kelaslah pulak. Khamis dengan jumaat kira saya free tapi mesti dia balik ke Pd pulak.

Hani pulak sekarang menjeles dengan saya. Yerlah pagi2 dia jer kena bersiap saya relax jer. Sampai hari2 dia tanya bila sekolah kakak nak cuti ni? Sebab ammie asyik cuti jer memanjang...sabtu lepas sekolah dia ada lawatan ke zoo melaka dan kawasan sekitar bandar hilir, hajat hati nak jugak bawak dia jalan2 happy dengan kawan2 tapi dah ayah tak izinkan saya pun takdelah pergi.

Yerlah agaknya ayah pun fikir yang pergi tu 3 bas, [sek hani ada 8 cawangan] termasuk ibu bapa dan adik beradik pelajar, kalau Hani pergi nanti mesti dia jer yang ada ibu seorang, yaha takde adik beradik takde tak bestlahkan...semua kawan2 dia ada ibu ayah ker adik beradik ker jadik dalam keadaan macam tu hani tak pergi lebih baik kot...

So saya bawaklah Hani balik kampung sebab tu jerlah jalan terbaik, bila balik tu Hani memang enjoy sakan, tak masuk rumah, main kat luar jer sampai gelap kulit dia panjat pokoklah, terutama jiran2 ramai sebaya dia, dia pun ikut sekali diorang main...petang2 pulak saya bawak mak jalan2 rumah adik beradik dia, pastu petang sikit bawak mak gi rumah kakak [kampung yang sama] saja jer pergi minum2 petang.

Aduh duduk dikampung ni rasa macam masa lambat bergerak, lama sangat satu hari tuuuu, petang2 sebelum senja boleh lagi saya melepak tuuu, portnya kat pangkin jiran rumah sebelah [sebaya saya] borak2, yerlah dia hidup cara kampung bagus jugak borak2, tukar2 cerita, susah payah hidup dia, pagi2 dia kerja sapu sekolah tabika, kemas2 perpustakaan kampung, petang2 pulak kopek kelapa buat kelapa goreng lepastu parut kelapa hantar ke kedai jual kelapa santan. Betapa berbezanya gaya hidup kami. Tapi setiap kali cuti saya tak tinggal lepak rumah dia borak2..

Baru2 ni dia baru jer dapat bantuan kerajaan besarkan rumah [takdelah besar mana ukur sebilik jer], suaminya kerja pemotong rumput, dah anak 3 dah...memang kami kawan dari kecik, cuma dia takde rezeki belajar tinggi. Tapi saya tengok dia bahagia jer...


Tulahkan, kalau saya ada kamera digital banyak pemandangan cantik sebelah menyebelah rumah saya ni boleh saya rakamkan. Konsep kejiranan kat kawasan rumah saya ni sangat rapat. Saya dua hari ni kerja saya kaitkan rambutan sambil2 tu sempatler borak2 dengan jiran kiri kanan sambil2 mengait tu.


Kehidupan kat kampung ni rapat2. Pagi2 jiran kiri duduk sekeluarga minum pagi ubi rebus berasap2, sambil gamit2 kita ajak minum sekali tapi maluler kan. jiran sebelah kanan pulak, lepas sarapan terus duduk atas pangkin cari kutu, jiran depan pulak masuk dusun depan rumah carik durian gugur. Subuh2 jiran iring rumah jerit2 hantar sarapan lontong [yang mak saya pesan sehari awal]. Suami jiran yang pungut durian tu pulak bertukang rumah [tung-tang-tung-tang-] ala2 rumah tradisi lama pakai papan yang direcycle.


Petang ahad saya ke rumah mak saudara dekat2 kawasan medan ikan bakar umbai, mak sedara tengah menyiang sayur beremi [yang ditanam sendiri], tu pun pada saya cukup indah, anak2 dia semua dah berdagang ke tempat lain. lepas tu saya dengan mak gi lepak2 tengok tanah mak dikanan jalan nak ke medan ikan bakar terapung. Ada yang pernah pergi ker situ? Tanah2 sepanjang jalan [dari belakang pasar umbai tu] membawa ke medan ikan bakar tu semua tanah nenek saya. Dah dibahagi2kan adik beradik, tak lama lagi sorang pak sedara yang duduk JB akan buat rumah situ sebab nak merasa duduk dikampung dihujung2 usianya...

Moment sebegini kalau saya abadikan dalam kamera tentu indah. Kalau ada rezeki akan saya dapatkan kamera digital yang bagus. Bagi saya nenek2 yang lalu depan rumah kemudian menyapa saya dan mak serta jiran2 [jiran2 keliling rumah saya memamg jenis duduk di luar rumah] adalah kenangan yang takkan berulang. Mungkin setahun dua mereka akan pergi, ramai jugak nenek yang sekitar rumah telah dipanggil ilahi. Dulu2 saya kalau ada kat depan tu termenung menikmati angin sepoi bahasa, saya rajin borak dengan nenek2 ini.

Rumah keliling rumah saya masih kekal dengan rumah kayu bertangga. Anda taukan pemandangan2 rumah di melaka, semua rumah kaya dengan tangga batu. Mememang ditangga inilah kami bertenggek pagi petang bersosial. Kalau rumah batu besar2 bagi saya tidak ada nilai keindahannya. Haihhh macam nji saya kena segera dapatkan kemera ni.... Anak2 berlari lumba basikal lepas tu sengaja menjatuhkan diri masing2 bergolek dia atas tanah dan rumput adalah pemandangan hari2 di sini, kalau dulu Hani hairan sungguh tengok anak2 kampung tak berselipar sekarang dia pun sama, sukanya kalau dapat berkaki ayam dikampung.

Banyak sangat kalau nak saya coretkan, tapi memang indah kalau duduk dikampung, rasa masa macam tak bergerak, suka sangat saya tengok mak saya, jiran saya petang2 bakar sampah, suka saya tengok pasir halaman rumah yang putih tanpa sampah, selepas di sapu...juga kanak2 yang berlari, lepas tu sampai jer kat pokok rambutan rumah saya berebut masing2 menajata pokok rambutan tu....lepas tu mulalah mak masing2 menjerit marahkan anak2...yerlah rumah kami ni memang berkongsi halaman tanpa sempadan, kami pun tak tahu dimana aras batu sempadan tanah masing2 hanya harapkan pagar pokok bungan sebagai tanda tupun dua tiga tahun sekali beralih...tapi tak pernah itu jadik punca gaduh...

1 cetusan rasa:

Ummi berkata...

salam,

ummi paling suka bau bakar sampah di kampung. baunya ada sentimental value. ummi suka duduk bawah pokok sambil makan-makan dan sembang-sembang dengan jiran.

tengok budak-budak kg yang masih main permainan tradisional. yang tidak berbaju atau pakai kasut ketika bermain.

indah, sungguh indah. semua tu dah berlalu masa nenek ummi ada. mak ummi duduk di bandar, ummi duduk di bandaraya. semua tu dalam kenangan aje.

mesti cantik dan boleh di simpan sebagai kenangan kalau di abadikan dalam photo. so apa lagi belilah kamera digital.:)

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP