Rabu, Julai 23, 2008

Sudah pandai yer?

Assalamualaikum w.b.t

Setiap malam sekarang, ada orang gesel2 tanya soalan macam2. Malasnya nak jawab aihhh. SEbab soalan tu bukan saya orangnya yang sesuai dan tau nak jawab, tapi ayah.

Soalnya bila ayah ada, dia syoook jer takde tanya lelebih pulak. Bila ayah takde masa tulah buat muka sedih tanya kat ammie soalan2 laser dia tu.

"ammie, kenapa ayah asyik dok umah ummie jer, tak balik umah kita pun kan?"

"napa ayah ni isteri dua kan, kalau isteri satu mesti ayah dok dengan kita jer,kan?"

"Bila ayah ni nak tido kat sini, kakak ni asyik peluk ammie jer tak dapat peluk ayah"

"Ammie, hari apa ayah balik sini?"

Jenuh gak ammienya ni nak jawab tu tapi jawab gak...ala kadar jer sebab sudah gaharu cendana pula...

"malam ni bukan giliran kitalah..." <-- pastu dia jawab [tanya plak] bila giliran kita ammie...banyak soallah budak ni... "kan kakak tau ayah isteri dua...kenalah bergilir..."<-- pastu dia taknak kalah jawab lagik..napa ayah tu isteri dua kan, ayah orang lain takde isteri dua pun kan...saya jawab.."sebab ayah gatalllll!!! . ambik kooo...dia gelak2 jer pastu tanya napa pulak gatal??? <-- ini malas mau layanlahhh...sib baik dua jer, kalau isteri pertamanya tak bercerai lagik, lagi meroyan hani nak tunggu giliran lagi lama..hahaaaaa, bukan bini meroyan anaklah pulak...parah niii!!! Tulah dia Hani, makin hari makin kuat bercakap, membebel, berleter, bertanya, dll. Selain kuat bertanya dia jugak boleh tahan kuat mengomen, tak benarkan saya beli buah duirna, nanti ammie demam, tak bagi saya makan banyak nanti gemuk, suh keluar toilet semula kalau tak baca doa, berhenti makan suh baca doa kuat2 dulu...suh solat cepat2 baru boleh tengok TV, suh baca taklim kalau tak baca nanti ayah marah... Disamping tu, dia jugak pelapor yang setia pada ayah...tu kalau ayah tanya hal saya.. "ammie ajak baca taklim tak?" <-- "ammie baca sikit nau ayah..." "ammie tu tak masak nasik kakak lapar tak dapat makan nasik pun" "ammie tukan ayah, asyik nak marah kakak jer" Hani jugak sekarang pandai luahkan hati dia kat saya..malasnya nak layan napa eh...dia selalu tanya, "kenapa ammie suka marah kakak," <-- soalan nak tida suker sgt flashback budak ni tau! "kenapa ammie tu semua kalau kakak buat tak boleh, ammie jer boleh" <-- apa2 ajerlah yg kita buat sebagai orang besar "semua beli barang ammie jer, barang kakak takde pun" <-- ni kalau gi shopping atau ke kedai...sabar jerlah walhal barang dia jer pun yg kita selalu beli...sesekali beli barang ita tu pun jadik isu... Tulah dia Hani, melayan dia seorang letih!!! kadang2 suka kadang2 muak, sebab dia tersangat suka bercakap, ayah kata ikut saya tapi saya kata, lebih teruk dari saya kuat bercakapnya. Sekarang kalau dia bercakap banyak cepat2 saya warning dia, "kakak kalau nak tanya ammie, tanya yang perlu jer, jangan bebel yang bukan2, jangan ulang soalan yang sama, tanya solan2 yang bermanfaat takmo merepek2..." Hari2 ada soalan baru tau...semalam dia tanya dalam kereta masa balik, ammie apa tu teka teki? saya kata soalan yang bagi bayangan dan minta kita jawapan..., terus ammie bagi contoh..apa binatang yang hidungnya panjang, badannya besar?..terus dia jawab, gajah <--pandai anak ammie. Pastu terus plak dia nak tanya saya, "ok ammie apa binatang yang kakinya panjang, lehernya panjang sekali, paling panjang dalam dunia [ni ayat dia ni]" sonang baitu....zirafahlah..ok dah pandai dah teka teki,kan? pastu dibantainya keluar soalan2 semua binatang, hariamau, lion... mujur dah sampai parking rumah selamatlah saya nak melayan soalan2 yang tak berpenghujung tu... Tulahkan...duk berdua ni mencabar tau, saya mengadu dengan ayah penat + boring sebab penat bercakap benda yang sama dan penat nak jawab macam2 pertanyaan Hani, tengok TV nak tanya soalan, tengok berita nak tanya lagik, baca buku nak kena hadap [ada perkataan dia tak tau makna, tak tau eja], buat kerja sekolah pun kena tengok [tiap2 malam sebab ada jer homework dan kena ajar dia dulu silibus esok Qiraati dan cahayaku], mandi kena teman, kehulu hilir berdua...kalau bertiga tu masa ayah ada, legalah rasa sebab dia menempel kat ayah pulak, bila dia tanya soalan jer cepat2 saya suh dia tanya ayah...tapi tulah saya plak kadang tak puas hati penerangan ayah tuuu... Malam tadi ada berita keputusan mahkamah pasal lelaki cucuk kemaluan budak pompuan sampai keluar usus tu, terus hani cakap, kemaluan tu faraj,kan ammie, kalau lelaki zakar kan..<-- mak aiii pandainya anak aku ni...terkejut gak saya keluar istilah ni...cikgu2 sekarang sampai benda tu pun dia ajar dan Hani boleh ingat dengan tepat gitu....pastu sessi syarahan ammie lah pulak camana nak jaga itu kemaluan...wah hani sungguh faham dan minat dengar...bagus kecik2 kena latih!





nampak kan mulut ternuka dia tu nak tanya soalanlah tu...seksi sikit lahhh

gaya anak gadiskupandai suh orang diam yer....awak tu????

6 cetusan rasa:

Tanpa Nama berkata...

takpalah kak, layankan ajer..saya nih, tak terlayan bila mira cakap sebab 2 adiknya lagi pun perlukan perhatian, sampai dia besa tanya, mira nih bukan anak ibu ke? alahai..sedih benau..tp nak baut camana lagi dah?

lgpun, masa skrg la depa nak cakap2 ngan kita..sok2 bila dah pandai berkawan, kita nih jadik tunggul saja agaknya..

Ummi berkata...

salam,

layan ajelah wa. nanti bila diaorg dah sekolah darjah satu dah lain plak perangainya.

soalan lain plak yang dioarg akan tanya kat kita.

kdg2 ummi terfikir cikgu yang ajar budak2 darjah satu mesti tension sebab murid-murid kan suka bertanya.

macam batrisya, balik sekolah dia akan update ummi apa yang dia tanya kat cikgu.

cikgu dok kat mana? anak cikgu berapa org? boy ke girl? cikgu dah makan? cikgu beli cincin ni kat mana? itu dan ini.

last-last cikgu tak larat nak jawab. cikgu cakap jangan banyak tanya sbb cikgu ada darah tinggi.

Sya berkata...

Baru jumpa blog ni semula.. comel dah Hani.. waktu sekarang ni aje dia banyak cakap nanti lelama bila dah teenagers makin kurang dia bercakap. So enjoy fasa ni...

HAPPYIRFA berkata...

SALAM KAK WA..
eh samalah yg kat umah tu.mak ai..
soklannya kdg2 buleh buat kita kurang sabar.tp spt biasa,ayahnya akan cakap kat sy balik'anak tanya tu.jawablah.dia tengah membesar dan ingin tahu'..eleh.ayahnya sesekali je kena menjawab.yg kita kena hari2..mana tahan.tp spt kata kak sya..bila dah teenagers..makin kurang bercakap.jadi layan jelah

Zareda Norman berkata...

agaknya semua girl memang cam tu kot ek..

suka cakap banyak. Zulaika pun macam tu, sampai tepu rasanya dok dengar dia cerita.. heheh kengkadang tu terpaksa juga buat tak tahu jer..

Hanisumayyah berkata...

Oren

Yer tak yer gak,kan? Ntah2 sok2 dah tua, kita pulak tak dilayannya. Skang pun dah ada tanda2 kalau saya tanya apa cikgu ajar kat sekolah hari ni, time malas tu dia jawab, ammie ni asyik2 tanya, asyik2 tanya, malaslah kakak nak jawab... kena berubah ni...betul cakap oren tu...saya ni jer kadang2 tak sabar...letih..


Ummie..

kelakarlah jawapan cikgu tu, cikgu ada darah tinggi...
Yerlah camana cikgu2 tu layan bebudak,kan? sabar sungguhlah..nak2 budak2 sekarang 'terlebih' terdedah dgn ICT lah, mak pak pulak dgn kerjaya hebat, camanalah cikgu2 ni berdepan dgn anak murid yg advance macam si Batrisya tu,kan?

Kak sya...

Saya baru jer open blog ni sebelum ni saya privatekan tu pasal kak sya tak jumpa. Dulu2 kerja,kan banyak yg sulit takut2 kena OSA, skang tak deal ngan office, nampaknya setahun setengah cuti belajar ni blhler sakan berblog pastu privatekan semulalah jwabnya...sebab kalau dah kerja tu mana ada isu lain nak di blogkan, pagi petang siang malam kerja kerja dan kerja...
Hani comel? tulah kak sya kadang bila marah @ geram tu hilang comel nya di mata saya...tq kak saya berkunjung sy pun tak putus ziarah blog kak sya cuma tak tinggalkan komen pasal nanti org dtg blog kita tgk2 private mesti org menyampahkan...sebab sy kalau bukak blog org private geram jer, dah tau nak private buat apa bukak blog,kan?

Irfa..

tulah akak ni tak terpikir plak, dah remaja nanti mgkin lain lak gayanya. Sebab akak tengok Hani ni jenis tak serik puas dah akak marah macam2 hal, lepas tu dia buat semula. Macam tanya2 soklan tu, kadang lepas marah atau bebel kat dia kejap tu dia buat muka seposen tanya lagi...guna tektik lain lak..bisik atau pakat2lah...macam2lah...

kak zar...

Betullah kak zar... bila buat tak tau tu pun dibebelnya...ammie ni selalu kakak tanya bua tak tau...kadang dia pulang paku buah keras bila turn kita tanya dia plak buat tak tau...susah..susah..

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP